Sunday, September 01, 2013

Pengasas Bersama Syarikat Enjin Carian Google Bercerai


Pengasas bersama syarikat enjin carian Google, Sergey Brin dan isterinya, Anne Wojcicki, dilaporkan berpisah selepas enam tahun berkahwin.

Sergey Brin and Anne Wojcicki

Kisah perpisahan pasangan tersebut hangat diperkatakan selepas laman web bahari, AllThingsD melaporkan tentang Brin, 40, dan Wojcicki kini tinggal berasingan.

Laporan berkenaan menyebut, punca perpisahan tersebut dipercayai disebabkan hubungan sulit antara Brin dan seorang wanita berusia 26 tahun daripada kumpulan Google Glass.

Syarikat Google yang beribu pejabat di California, bagaimanapun enggan mengulas tentang perpisahan pasangan terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, tetapi mengesahkan hubungan mereka berakhir secara baik.

Berita perpisahan Brin dan Wojcicki itu dijangka tidak akan menjejaskan operasi syarikat Google kerana pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian pra-perkahwinan yang turut disertakan cara menyelesaikan masalah sekiranya berlaku perpisahan.

Lelaki kelahiran Rusia itu merupakan ketua unit khas Google yang mengutuskan projek besar seperti menjalankan kajian kereta kawalan sendiri dan kaca mata yang boleh dihubungkan dengan Internet.

Sehingga Mac lalu, Brin dianggarkan memiliki kekayaan bernilai kira-kira AS$22.8 bilion (RM75.5 bilion).

Wojcicki dan rakannya, Linda Avey mengasaskan syarikat kajian genetik, 23andMe yang mendapat pelaburan daripada Google.

Sebelum ini, Brin dan Wojcicki pernah terlibat dalam pelbagai urusan perniagaan dan kerja-kerja amal, termasuk membangunkan sebuah yayasan kebajikan. -AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon