Tuesday, April 30, 2013

Penyakit Misteri Dawai Keluar Dari Perut

Penyakit Misteri Dawai Keluar Dari Perut

Info Misteri. Inilah kejadian yang sangat misteri iaitu "Fenomena manusia dawai dari Kalimantan Timur".

Penyakit Misteri Dawai Keluar Dari Perut

Fenomena tersebut telah mengemparkan masyarakat Indonesia dan mungkin hanya ada di Indonesia sahaja. Dimana seorang wanita bernama Noorsyaidah telah menderita sejenis penyakit yan sangat misteri, wanita malang ini mengeluarkan dawai besi dari dalam tubuhnya.

Seperti yang kelihatan dalam gambar, dawai-dawai yang tertanam di dalam tubuh wanita ini kelihatan tembus hingga terkeluar dari perutnya.


Pada pada bahgian telapak tangannya pula, dawai-dawai itu hanya kelihatan bayangan di bawah lapisan kulit, tetapi pada bahagian perut, batang-batang dawai berukuran 10-20cm itu kelihatan banyak yang terkeluar.


Fenomena ini memang sangat misteri dan menakjubkan. Malahan beberapa orang doktor mengaku belum pernah menemukan gejala penyakit seperti yang dialami wanita malang ini.

Wanita malang ini bertugas sebagai seorang guru. Beberapa pakar perubatan sedaya upaya untuk membantu wanita malang ini.


Berita ini sangat mengemparkan hingga menarik simpati menteri kesihatan negara tersebut.

Nur Syaidah menderita penyakit ini sejak tahun 1991 ketika ia berusia 22 tahun, berbagai macam ikthiar telah dilakukannya untuk menyembuhkan penyakit tersebut namun hingga kini masih belum berhasil.

Semoga beliau bersabar dengan dugaan yang hebat ini.

[Sumber]

Luarbiasa! Buaya Berwarna Oren Berjaya Di Rakam

Luarbiasa! Buaya Berwarna Oren Berjaya Di Rakam

Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methenawal tahun ini.

Luarbiasa! Buaya Berwarna Oren Berjaya Di Rakam
Seekor buaya berwarna oren berjemur di Venice, Florida.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.

"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.

"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.

Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut.-Agensi

Benarkah Syiling Yasin Mampu Tarik Duit Dari Alam Ghaib?

Benarkah Syiling Yasin Mampu Tarik Duit Dari Alam Ghaib?

Syiling lama sering dikaitkan dengan nilai pasaran yang tinggi lebih-lebih lagi jika usia mata wang tersebut sudah mencecah ratusan tahun dan semakin sukar ditemui.

Duit lama Jawa kuno
Duit lama dari kerajaan Jawa kuno mudah dikenali 
kerana ia mempunyai lubang di tengahnya.

Begitupun, tidak semua syiling lama bernilai tinggi. Ada juga beberapa jenis syiling, biasanya yang tidak dapat dipastikan asal usul dan tahun pengeluaran, nilainya lebih rendah walaupun sesetengah pihak mendakwa ia sudah berusia ratusan tahun.

Antara syiling lama yang masih kabur nilainya ialah syiling Yasin. Jika ditanya kepada komuniti pengumpul syiling lama, kajian untuk mengesan kewujudan syiling jenis ini dari sudut numismatik masih tidak jelas.

Malah, ramai yang mengaitkan syiling ini lebih banyak digunakan dalam beberapa amalan mistik seperti dijadikan tangkal azimat dalam upacara 'menarik duit' selain dijadikan pendinding diri berbanding digunakan sebagai mata wang.

Menurut pengumpul barangan antik, Mohd. Sukor Abdul Rahman, 48, ada peminat syiling Yasin sanggup mengeluarkan belanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki sekeping syiling Yasin bagi tujuan menarik duit.

"Segelintir pengumpul dan penjual syiling Yasin mendakwa mereka memperoleh syiling tersebut semasa bertapa, selepas berzikir mahupun melalui mimpi. Dek kerana unsur mistik itu, ada yang sanggup membelinya walaupun harga yang diletakkan kadang-kadang tidak masuk akal iaitu sehingga mencecah jutaan ringgit.

"Berlainan pula jika syiling itu warisan turun-temurun yang bukan diperoleh dengan cara pertapaan dan pemujaan, harganya lebih murah," ujarnya yang mengumpul lebih 200 keping syiling Yasin sejak dua tahun lalu.

Jenis dan corak syiling Yasin juga berbagai-bagai. Ada gambar Kaabah, gambar orang tua mengandar buntil, gambar perahu dan juga gambar lelaki dipercayai para wali.

Selain itu, ada juga syiling yang mencatatkan ukiran kalimah suci seperti bismillah, kalimah syahadah, nama Allah dan Muhammad, kalimah Yasin, nama empat sahabat nabi dan bermacam lagi.

Jelas Mohd. Sukor, permintaan tinggi peminat syiling lama terhadap syiling Yasin jenis Wali Tujuh menyebabkan harga syiling tulen dari jenis tersebut mahal.

"Tidak dinafikan ada peminat syiling lama yang begitu takjub dengan cerita mistik yang mendakwa syiling yang jarang ditemui ini boleh menarik duit.

"Pernah juga saya menjualnya dengan harga RM1,000 kepada seorang pembeli.

"Pesan tok guru pembeli itu, syarat utama menarik duit ialah dengan menggunakan syiling Yasin Wali Tujuh yang dibeli dengan mahar sebanyak RM1,000.

"Bila ada orang hendak membeli dengan harga yang munasabah, saya tidak menolak untuk menjualnya. Saya hormati pendiriannya dan enggan mempersendakan tujuannya membeli syiling tersebut walaupun saya sendiri tidak percaya tentang kebolehan sekeping syiling menarik duit," ujar Mohd. Sukor.

Disimpan dalam bungkusan kain kuning, lelaki ini memberitahu, sudah menjadi rutin hariannya membelek setiap keping syiling Yasin miliknya.

Selain memiliki koleksi pelbagai jenis syiling Yasin, dia turut mengumpul syiling semah, iaitu syiling yang pernah dikeluarkan kerajaan Jawa kuno ratusan tahun dahulu.

"Pada pendapat saya, syiling-syiling ini bukan diperbuat di Malaysia kerana ratusan tahun dahulu, masyarakat di negara ini belum memiliki teknologi melebur tembaga.

"Ia juga dicetak tanpa menggunakan acuan besi sebaliknya dihasilkan daripada acuan tanah liat.

"Kepingan tembaga juga tidak ditempa seperti barangan logam lain. Kerana itu, biarpun ia memempunyai imej dan ukiran timbul di permukaan syiling, hasil buatannya cukup halus," kata Mohd. Sukor yang mempunyai syiling Yasin diperbuat daripada tembaga kuning, timah hitam dan nikel.

Jelasnya, kepingan syiling yang diperbuat daripada tembaga kuning dianggap lebih lama dan bernilai jika dibandingkan dengan syiling yang diperbuat daripada timah hitam ataupun nikel.

"Syiling Yasin yang diperbuat daripada nikel lebih baharu buatannya. Ia agak kasar dan hujungnya lebih tajam berbanding syiling tembaga," kata Mohd. Sukor.

Menarik tentang syiling ini, corak ukiran yang terdapat pada sejenis syiling tidak sama antara satu sama lain.

"Cuba lihat syiling Yasin Empat Sahabat ini. Walaupun saya memiliki hampir 10 keping, namun ia diperbuat daripada bahan berlainan dan coraknya berbeza antara satu sama lain.

"Begitu juga dengan syiling Yasin Rama-Rama. Terdapat perbezaan dalam setiap ukiran rama-rama ini," katanya.

Bagi pengamal perubatan tradisional, Yahya Abdul Manaf, 51, dia mengakui pernah melihat ritual menarik duit menggunakan duit syiling Yasin.

"Dalam upacara itu, pengamal akan duduk berzikir untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Malah, ada sanggup pergi bertapa di Pulau Besar, Melaka dan tempat-tempat terpencil untuk melakukan upacara tersebut.

"Apa yang saya tahu, wang yang berjaya 'ditarik' bukanlah jatuh dari langit atau keluar dari tanah, sebaliknya ada yang dijumpai di bawah alas duduk pengamal. Ada juga yang ditemui di dalam buntil berhampiran tempat pengamal berzikir.

"Ramai percaya upacara ini disertai oleh khadam, terdiri daripada jin yang bertindak sebagai pihak tengah dalam proses menarik duit.

"Duit yang diperoleh itu pula dikatakan diambil daripada bank dari dunia bunian, yang mana apa yang ada di alam nyata, turut ada di sana.

"Jika Bank Negara keluarkan not wang baharu, bank di alam ghaib juga akan mengeluarkan not wang baharu," ujarnya yang pernah melihat rakannya memegang beberapa keping not RM50 hasil upacara tersebut.

Yahya turut mengakui, kejayaan sesetengah pihak mendapat wang secara percuma ini secara tidak langsung telah menarik ramai peminat duit syiling lama yang taksub untuk menyertai ritual misteri tersebut.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com

Zain Saidin Mengamuk Di Tendang Keluar Dari MasterChef Selebriti

Zain Saidin Mengamuk Di Tendang Keluar Dari MasterChef Selebriti

Program MasterChef Selebriti Malaysia untuk musim kedua yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104), Mustika HD (134) serta Astro On The Go menyaksikan empat selebriti iaitu Zain Saidin, Rozita Che Wan, Sathiya dan Lisdawati yang terpaksa berentap di zon penyingkiran.


Bagaimanapun, keputusan tidak menyebelahi Zain Saidin apabila pihak juri sebulat suara memutuskan bahawa dia perlu meninggalkan dapur MasterChef.

Berikutan keputusan tersebut, Zain dilihat mempertikaikan keputusan pihak juri sehingga menghamburkan kata-kata yang tidak sopan dan menimbulkan perbalahan di antara mereka.
Tadi juri ada tanya, berbaloi ke saya tanya kawan-kawan saya? Ya, saya rasa sangat berbaloi sebab kalau nak makan dengan nasihat chef satu tu je,tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa dalam pinggan ini. Tapi kawan-kawan bagitau bahan-bahan apa yang nak kena pakai dan sebagainya, jadi dapat juga saya sampaikan pancake yang worst chef pernah rasa tu.
Cara juri-juri judge kami punya makanan saya tak setuju. Maaf saya katakan.
Sebagai juri anda tak capai ke tahap pengadil yang adil. Jadi, tolonglah adil. Saya tahu tahap saya bukan chef sebab saya penghibur, tapi saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan ini,” Ujar Zain penuh tegas.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan dilihat bersikap tenang dan seolah-olah mempertahankan tindakan teman lelakinya.
Biasalah orang tengah marah macam-macam dia nak keluarkan. Kalau marah, kita kena diam. Bila dia diberi peluang untuk bercakap memang dari A sampai Z la dia keluar,” komen Che Ta atas tindakan kurang sopan Zain.

Atas tindakan kurang sopan itu, Zain telah menerima pelbagai kritikan negatif dikalangan peminat menerusi laman Facebook MasterChef Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan bagaimanakah Che Ta boleh menerima Zain sebagai kekasih hati.

[Sumber]

Peter Schmeichel Bakal Menjadi Pengurus Manchester United?

Peter Schmeichel Bakal Menjadi Pengurus Manchester United?

Penjaga gol legenda Manchester United (MU) Peter Schmeichel yang kini menjadi duta pasukan itu mahu kembali semula kepada sukan itu pada masa yang sesuai -- kali ini sebagai pengurus.


"Saya tidak mahu mengurus sebuah kelab untuk seketika. Jika diberi peluang dengan adanya pengerusi yang sesuai, pemilik dan pembiayaan, saya suka untuk kembali ke bola sepak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Maybank Manchester United Visa Infinite Card' di sini hari ini.

Schmeichel, 49, yang dipilih sebagai penjaga gol terbaik dunia pada 1992 dan 1993, memainkan peranan penting dalam membantu MU memenangi gelaran treble - Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA pada 1999.

Beliau juga mempunyai peranan dalam memujuk penyerang kelab Borussia Dortmund, Robert Lewandowski menyertai MU musim depan selepas pemain itu mengejutkan dunia bola sepak dengan menjaringkan empat gol menentang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada separuh akhir pertama Piala Juara-Juara Eropoh, Rabu lepas.

"Selain Lewandowski, saya harap pengurus United, Sir Alex Ferguson akan mengikat pemain sayap Tottenham Hotspurs, Gareth Bale dan menjangka Christiano Ronaldo kembali ke Old Trafford.

"Mereka adalah pemain hebat dan ia akan menjadi impian untuk mendapatkan mereka bermain untuk MU. Saya yakin mengikat mereka," katanya.

Schmeichel, yang menjangka Jose Mourinho yang bergelar 'The Special One' (kini jurulatih Real Madrid) kembali ke Chelsea, berkata menjuarai Liga Perdana musim depan akan lebih mencabar bagi MU.

"Kami mahu menyamai rekod Liverpool yang menjuarai Liga Juara sebanyak lima kali," katanya.

Schmeichel meninggalkan MU pada 1999 untuk menyertai kelab Lisbon Sporting dan kemudian mewakili Aston Villa dan Manchester City sebelum bersara pada 2003.

Pada 2003, Schmeichel disenaraikan dalam 'English Football Hall of Fame' atas impaknya dalam dunia sukan bola sepak Inggeris dan pada Mac 2004, beliau dinamakan sebagai salah satu daripada 125 pemain legenda bola sepak yang masih hidup sempena sambutan 100 Tahun FIFA.

Anak beliau, Kasper, yang juga penjaga gol, bermain untuk kelab Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

-Bernama

Lim Kit Siang Rasis Dan Dia Memang Rasis - Dr Mahathir

Lim Kit Siang Rasis Dan Dia Memang Rasis - Dr Mahathir

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".


Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat.

-Bernama

Ngeri! Hampir Maut Panah Ikan Tertusuk Kepala Sendiri

Ngeri! Hampir Maut Panah Ikan Tertusuk Kepala Sendiri

Info Ngeri. Anda perlu cukup bebal untuk menembak tempuling sepanjang 30 sentimeter ke mata sendiri, tetapi anda pasti amat bertuah kerana masih hidup untuk menceritakan sendiri detik itu kepada orang lain.

Bruno Bruno Coutinho.

Itulah yang dilalui Bruno Bruno Coutinho. Dia sedang membersihkan alat itu yang sering digunakannya untuk menangkap ikan.

Bagaimanapun, tanpa disengajakan Coutinho, 34, tertekan pemicu alat itu menyebabkan bilah tempuling berkenaan menusuk ke soket matanya.

Apabila Coutinho tiba di Hospital Santa Teresa di Rio de Janeiro 10 jam kemudian, doktor di situ kehairanan kerana dia masih dalam keadaan sedar.

Menetap di Petropolis, kira-kira 65 kilometer di utara Rio de Janeiro, Coutinho kemudian menjalani pembedahan selama empat jam bagi membolehkan besi tajam itu dikeluarkan dari matanya.

Lebih mengejutkan, insiden itu tidak menyebabkan otak Coutinho cedera. Namun, pembedahan kedua yang dijalankan gagal memulihkan mata kiri Coutinho.

Sementara itu, Ketua pembedahan saraf Hospital Santa Teresa, Dr Orlando Maria berkata, Coutinho sangat bernasib baik kerana besi tajam itu hanya beberapa milimeter daripada merosakkan semua salur darah penting dalam tengkoraknya.

“Objek itu nampaknya menusuk tanpa menyebabkan kerosakan sebarang struktur atau salur darah utama.

“Objek itu juga dapat dikeluarkan dengan selamat,” katanya. Sementara itu, jiran Coutinho berkata, keadaan sangat menakutkan ketika dia mengejarkan kenalannya itu ke hospital.

“Biasanya situasi itu hanya dapat anda lihat dalam filem,” katanya ketika ditemui.

Sehingga kini, Coutinho masih ditempatkan di unit rawatan rapi tetapi dijangka dibenarkan pulang beberapa hari lagi. -AP

Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Argentina

Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Argentina

Misteri dan menyeramkan! Masyarakat di daerah Firmat, Argentina telah gempar dengan satu insiden aneh yang berlaku di sebuah taman permainan kanak-kanak.


Insiden misteri tersebut melibatkan salah satu buaian yang terdapat di taman itu telah berayun sendiri tanpa henti selama 10 hari berturut-turut.

Hanya selepas 10 hari berayun dengan sendirinya, barulah buaian tersebut berhenti secara drastik tanpa sebarang gangguan luar. Situasi tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan suasana seram di kalangan penduduk di sekitar kawasan itu.

Mengikut kenyataan penduduk di situ, kejadian ini terjadi berikutan gangguan roh seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia sewaktu sedang bermain buaian di taman permainan tersebut.

Kejadian yang menyeramkan ini bukan cerita dongeng atau khayalan. Beratus-ratus orang termasuk wartawan The Sun telah datang dan melihat sendiri sebuah insiden dan fenomena yang menyeramkan ini.

BACA INI JUGA: Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan



[Sumber]

Benarkah Burung Cenderawasih Kononnya Dari Kayangan?

Benarkah Burung Cenderawasih Kononnya Dari Kayangan?

Rupa fizikal burung itu begitu menakjubkan. Ia memiliki bulu pelepah berwarna keperangan pada badannya. Ekornya pula ditumbuhi bulu-bulu lembut yang berjurai.

Burung Cenderawasih

Tidak hairanlah jika sesetengah pihak percaya setiap inci tubuh burung itu memberi tuah kerana rupanya yang unik, apatah lagi ia begitu sukar ditemui.

Menurut catatan, burung yang berasal daripada keluarga Paradisaeidae itu hanya boleh didapati di kawasan Irian Jaya atau dikenali sebagai Papua, Indonesia.

Justeru kesukaran untuk bertemu haiwan itu di tempat biasa menguatkan lagi kepercayaan bahawa ia merupakan sejenis haiwan magis yang hidup di kayangan.

Selain cerita mitos yang disampaikan daripada mulut ke mulut, kisah misteri burung cenderawasih turut ditulis menerusi sebuah kitab kuno, Hikayat Tajul Muluk.

Sebahagian kandungan kitab itu menyatakan bahawa: "Burung cenderawasih asalnya dari kayangan. Amat jarang orang yang menemuinya kerana ia tiada di bumi. Kalau ia terbang rendah ke bumi, itu tandanya hayat burung itu akan berakhir kerana ia mati bila menjejakkan kaki ke tanah.

"Bangkai burung itu tidak reput kerana ia hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Selain itu, setiap inci tubuhnya termasuk perut dan bulu mempunyai keistimewaan. Ia ada khasiat dalam perubatan."

Pendapat lain oleh Sahibul Hikayat yang menceritakan mengenai burung cenderawasih menjelaskan bahawa apabila bulunya gugur di bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata yang berharga.

Selain itu, jika seseorang memakai bulunya di kepala dan dibawa pergi ke mana-mana, dipercayai bulu tersebut akan memberi kuasa pengasih, penunduk dan pelaris kepada sekalian manusia.

Selain pengaruh mitos tersebut kuat di Indonesia terutamanya kepercayaan oleh kaum orang asli di kawasan asal burung itu, hal sama turut mempengaruhi segelintir rakyat Malaysia.

Banyak pihak yang cuba menyeludup burung itu sama ada yang masih hidup atau bangkainya demi mengaut keuntungan. Bangkai haiwan itu yang telah diawet dijual antara harga RM1,500 hingga RM10,000.

Turut dilaporkan bahawa ada pihak yang menjual sehelai bulu burung cenderawasih yang dibingkaikan pada harga RM800. Selain itu, sebotol minyak pengasih bulu burung itu dijual pada harga RM77 sebotol.

Haiwan itu mendapat permintaan yang tinggi di negara ini kerana dikatakan mampu menjadi pelaris dan membantu memberi kesihatan yang baik kepada pemiliknya.

Burung-burung cenderawasih yang masih elok itu sebenarnya telah diawet untuk dijadikan perhiasan kerana rupanya yang cantik dan sukar diperoleh. Sebenarnya bangkai haiwan itu tidak mampu kekal secara semula jadi.

Sesetengah pihak di Indonesia yakin haiwan itu mampu memberi aura kepada pemiliknya, bahkan boleh menaikkan nafsu pasangan yang meletakkan burung tersebut di bilik tidur.

Orang asli Papua selalu memburu haiwan yang dilindungi itu untuk dipersembahkan ketika melakukan upacara tradisional. Mereka memburunya untuk hal itu. Ada juga yang menjualnya kerana ramai yang mempercayai kuasa magis burung itu.

"Dahulu populasinya banyak di hutan Papua. Tetapi oleh kerana kerap diburu, jumlah burung itu berkurangan secara mendadak, bahkan begitu sukar ditemui lagi. Sesuatu harus dilakukan agar ia tidak terus pupus,".

BACA INI JUGA: Misteri Hantu Krew Pesawat 401

Sumber: alamcyber

Tanda-tanda Dan Penyebab GearBox Kereta Anda Mula Rosak

Tanda-tanda Dan Penyebab GearBox Kereta Anda Mula Rosak

Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri. Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.


Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
  1. Lambat menukar minyak gear
  2. Tidak pernah tukar filter auto
  3. Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
  4. Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
  5. Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
  6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto. Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku. Tanda-tanda seperti:-
  1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
  2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
  3. Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
  4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
  5. Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
  6. Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
  7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah? Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut:-
  1. Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
  2. Tukar minyak auto
  3. Tukar mounting gearbox
  4. Tukar pin pada panel gear
  5. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear. Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi. Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer. Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

[Sumber]