Tuesday, April 30, 2013

Guru Rakam Adegan Panas Dengan Pelajar Bawah Umur Di Penjara

Guru Rakam Adegan Panas Dengan Pelajar Bawah Umur Di Penjara

Seorang bekas guru drama di Singapura yang melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun dan merakam adegan itu dijatuhkan hukuman penjara setahun. Hakim menggelar perbuatannya merakam satu daripada aksi mereka sebagai “amat dikesali”.

Guru Rakam Adegan Panas Dengan Pelajar Bawah Umur
 Aravind S Menon

Hakim daerah Siva Shanmugam berkata Aravind S Menon “telah menyalahgunakan kepercayaan dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai guru” apabila dia melakukan perbuatan itu pada 2009.

Menon, 25, mengaku bersalah pada 11 April lalu kerana melakukan seks dengan pasangannya yang berusia di bawah 16 tahun.

Mahkamah kemudian diberitahu dia bekerja dua kali seminggu di sekolah itu sebagai sukarelawan ketika remaja terbabit menyertai persatuan dramanya pada Mac 2008.

Remaja itu mula meluahkan kepada Menon yang berusia 20 tahun ketika itu mengenai masalahnya di rumah dan di sekolah.

Mereka mula rapat dan melakukan hubungan seks buat kali pertama di kediaman Menon di Choa Chu Kang pada Mei 2009.

Bimbang hamil, remaja terbabit menggunakan alat ujian kehamilan pada 31 Mei di kediaman Menon. Keputusannya negatif tetapi Menon terus melakukan hubungan seks bersama remaja itu pada hari sama dan sekali lagi pada Julai. Dia turut merakam satu daripada aksi mereka di telefon bimbitnya dan menyimpannya di komputernya.

Pada akhir Julai, ibu bapa remaja itu membaca mesej Menon di telefon bimbit pelajar terbabit dan menyuruhnya memutuskan hubungan mereka.

Bapanya turut memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kecurigaannya dan Menon kemudian dipecat.

Pada Ogos 2009, remaja itu menghantar mesej pesanan ringkas kepada Menon dan memberitahu dia mahu menamatkan hubungan mereka sebelum Menon mengancam akan mencederakan keluarganya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Karpal Singh Cuba Lagakan Islam-Kristian?

Karpal Singh Cuba Lagakan Islam-Kristian?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) mengecam tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa sengaja membangkitkan isu untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu dan menentang hukum hudud.


Kata beliau, Karpal yang beragama Sikh sepatutnya tidak membangkitkan isu agama kerana tidak melibatkan agama yang dianutinya selain berisiko mewujudkan ketegangan kaum di negara ini.

Menurut beliau, berdasarkan tindakan Karpal itu, beliau yakin peguam terbabit mempunyai niat untuk melaga-lagakan penganut Islam dengan Kristian selain meraih undi penduduk Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Saya yakin tindakan DAP membangkitkan isu kalimah Allah dan hukum hudud kerana Karpal dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membenarkan cetakan Bible menggunakan kalimah Allah dilakukan jika mereka menang pada pilihan raya kali ini".

Berikutan itu, Mohd. Puad mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan ketegasan parti tersebut selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah dan hukum hudud.

"Nik Abdul Aziz perlu berani menyatakan ketegasan Pas, jangan hanya duduk diam dan jika menang pilihan raya, dia juga turut bersetuju kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

"Malah Karpal perlu memohon maaf dan berjanji tidak akan mengungkit perkara yang mencabar sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah kerana kegagalan bertindak akan menyebabkan tercetusnya ketegangan.

-Utusan

Monday, April 29, 2013

Awas! Ketahui Bahaya Membunuh Lipas

Awas! Ketahui Bahaya Membunuh Lipas

Info Kesihatan. Bila anda melihat lipas di rumah, jangan memukulnya sampai mati dengan tangan kosong kerana isi perut lipas sangat bahaya.


Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut dan hanya akan kelihatan pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Kita akan melihat cacing lipas akan bergerak-gerak.

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana cacing ini mampu masuk melalui liang roma kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

[Sumber]

Dr Mahathir Bekas Pemimpin Kedua Terkaya Di Dunia?

Dr Mahathir Bekas Pemimpin Kedua Terkaya Di Dunia?

Walaupun sudah bersara, Tun Mahathir kekal menjadi musuh utama pembangkang. Kesungguhan beliau membantu kempen Barisan Nasional dalam PRU-13 ini benar-benar menyesakkan dada pembangkang.


Sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu menahan semarak aura Tun Mahathir dan tidak mampu juga untuk mematahkan kata-kata beliau, maka mereka bertindak melepas geram dengan mempersoalkan ajal beliau yang belum sampai. Mereka juga tidak mampu lagi menyembunyikan dendam peribadi terhadap beliau dengan menyatakan secara terbuka betapa cita-cita mereka untuk memenjarakan beliau sejurus berkuasa.

Serentak dengan itu, tentera siber mereka pun ditugaskan menyerang Tun Mahathir. Justeru, tersebarlah berbagai artikel untuk memburukkan beliau. Antara yang paling menarik ialah artikel yang menuduh beliau sebagai orang ke-2 terkaya di dunia seperti yang tertulis di sebuah blog pro-pembangkang:

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia. Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Kononnya, maklumat ini didapati dari Wikipedia, namun hilang sejurus selepas mereka melayarinya. Tidak pasti kenapa mereka mesti menyatakan maklumat tersebut hilang secara tiba-tiba. Apakah mereka cuba menggambarkan seolah-olah Wikipedia juga berada di bawah kawalan Tun Mahathir atau BN?

Sedangkan jika kita melayari Wikipedia berkenaan personaliti-personaliti politik di Malaysia, mahupun jika mencari maklumat mengenai mereka di ‘google search’ atau ‘yahoo search’, kita akan dapati bahawa kebanyakannya mengutamakan atau memaparkan maklumat yang cenderung berat sebelah di sebelah pembangkang. Justeru, di mana logiknya Wikipedia, google atau yahoo dikawal oleh Tun Mahathir atau BN.

Pelik juga apabila maklumat mengenai kekayaan Tun Mahathir ini hanya tersebar selepas beliau bersara dan menjelang pilihanraya ke-13. Sedangkan, selama 22 tahun beliau memerintah dan beberapa tahun kemudiannya setelah bersara, tiada pun yang mengungkit perihal kononnya beliau begitu kaya? Dengan begitu ramai musuh dan begitu hebat sekali ‘korupsi’ beliau sepertimana yang dituduh pembangkang, kenapakah tiada usaha dari pembangkang untuk membawanya ke mahkamah? Jika pembangkang boleh melakukan cubaan untuk menyaman beliau atas tuduhan memfitnah Anwar, kenapa tidak boleh mendakwa beliau atas tuduhan korupsi?

Jika alasannya ialah mahkamah tidak adil dan berada di dalam kawalan Tun Mahathir, kenapakah Anwar lepas bebas?

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, sekiranya ingin memfitnah, sekurang-kurangnya, biarlah konsisten. Fitnah yang tidak konsisten mudah saja dikantoikan. Takkanlah dah terlalu banyak kali terkantoi pun masih belum belajar dari kesilapan lagi?

Mengikut senarai Forbes, orang yang ke-dua terkaya di dunia ialah Bill Gates dengan kekayaan berjumlah USD67billion. Tun Mahathir langsung tiada dalam senarai orang-orang kaya dunia.

Kehidupan Tun Mahathir juga membuktikan bahawa beliau tidaklah semewah mana. Tanpa gelaran Bekas Perdana Menteri dan Penasihat Petronas, segala kemudahan yang dinikmatinya dari segi perjalanan dan lain-lain tentulah sukar baginya. Namun, tentulah bohong juga jika dikatakan Tun Mahathir miskin. Jika benar beliau miskin maka tentulah satu penangan yang memalukan bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur. Tentulah ada yang tidak kena dengan negara ini jika bekas Perdana Menteri yang begitu banyak berjasa, bertaraf negarawan dan berdiri sebaris dengan pemimpin dunia akhirnya hidup dalam kemiskinan setaraf rakyat biasa.

Tidak kira betapa kaya atau miskinnya Tun Mahathir, apa yang pasti ialah beliau belum mampu memiliki atau menyewa jet peribadi dan helikopter seperti Anwar Ibrahim sekadar untuk berkempen. Namun, bohong juga jika dikatakan beliau tidak mampu tinggal di hotel mewah di luar negara. Pun begitu, beliau tidaklah sehebat Anwar yang mampu melakukannya beratus kali setahun dengan wang sendiri.

Jangan lupa bahawa Anwar keluar negara selalunya bukan atas jemputan, tetapi atas inisiatif sendiri untuk memburukkan negara ini. Berbeza dengan Tun Mahathir di mana kebanyakan perjalanan beliau adalah atas jemputan dan segala kos yang terbabit ditanggung pihak yang menjemput.

Oleh itu, jika Tun Mahathir dikatakan ke-dua terkaya di dunia, di mana pula kedudukan Anwar? Lebih dari itu, di mana pula kedudukan Bill Gates? Atau Carlos Slim Helu, iaitu orang yang terkaya di dunia pada ketika ini mengikut senarai Forbes?

Apakah pembangkang cuba menyatakan bahawa ‘Forbes’ juga dikuasai oleh Tun Mahathir kerana tidak memaparkan senarai sebenar?

-Mynewshub

PRU13 - Jadilah Penyokong Yang Berakal

PRU13 - Jadilah Penyokong Yang Berakal

Semenjak dua ini, semakin ramai artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada parti politik yang menjadi pilihan mereka.


Ada yang menyatakan sokong secara berhemah seperti Aznil yang hanya memperlihatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) tanpa menghina atau merendahkan sesiapa.

Beliau berkempen dan sebagainya secara terbuka untuk BN tetapi beliau tidak tweet atau mengeluarkan kenyataan menghina penyokong pembangkang.

Itu contoh penyokong berakal.

Ada beza antara cara beliau dengan Abby Abadi yang memperlihatkan sokongan kepada PAS tetapi kerap mengeluarkan kenyataan yang secara langsung merendah, menghina dan mengaibkan penyokong lawan terutamanya dalam BN dan UMNO.

Memalukan kerana seorang yang kononnya sudah berhijrah bercakap lebih banyak menggunakan bontot dan lutut daripada menggunakan hati dan otaknya.

Lihat salah satu tweet terbaru Abby di atas…

Kalau pemimpin PKR dan PAS terbabit dalam isu moral… takkan itu pun salah UMNO?

Itu masalah pemimpin itu sendiri ok…

Takkan itu pun salah UMNO? Tak faham la…

Hakikatnya, sokonglah mana yang anda hendak sokong tapi jangan ubah sokongan itu kepada serangan yang memalukan orang.

Sebab itu bila artis yang tidak tahan macam Azhar Sulaiman mula menyerang balik…menyakitkan hati bukan…tetapi kena terimalah bila adanya pihak yang bertindak pada tahap yang sama dengan anda.

Kalau hendak menyokong…ikutlah cara Aznil…hanya kepada parti yang diminatinya tanpa memburukan lawan…

-Mynewshub

10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia

10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia

Setiap negara di dunia memiliki wanita dengan pesona dan kecantikannya masing-masing. Kajian 10 negara dengan wanita tercantik didunia telah dijalankan oleh majalah Traveller's Digest Magazine.

Kajian dilakukan berdasarkan kualiti wanita, jumlah ratio perbandingan lelaki dan perempuan, kemesraan dan keramahan dalam berbincang dengan wanita.

Berikut merupakan 10 negara dengan wanita tercantik di dunia:

Sweden

Sweden

Berada di urutan pertama negara dengan wanita tercantik didunia, dapat dibuktikan dengan supermodel yang anda boleh temui di mana-mana, rata-ratanya memiliki ketinggian, rambut perang dan mata biru yang akan memikat hati anda.

Ibu kota Sweden umpama syurga bagi wanita-wanita cantik. Disini, anda akan menemui wanita yang menawan dan memiliki aura sensual yang akan membuatkan mereka semakin menarik.

Argentina

Argentina

Tidak dapat disangkal lagi, 1/3 wanita di Buenos Aires adalah wanita yang seolah-olah telah dilahirkan hanya untuk menjadi model.

Wanita di Argentina memiliki ciri khas iaitu tinggi, kecantikan yang menawan di mata, kesedaran berfesyen yang tinggi dan wanita yang memiliki budaya romantik.

Ukraine

Ukraine

Ukraine, negara dengan wanita paling dicari dalam dunia jodoh. Wanita dinegara ini berpakaian dengan baik walaupun seolah kain tak cukup.

Cubalah ke Odessa, anda akan menemui wanita cantik di pantai-pantainya dan disepanjang jalan kota.

Russia

Russia

Merupakan negara dengan wanita terbaik yang anda temui. Keunikan wanita Rusia adalah mereka rata-ratanya tinggi, rambut perang, bermata biru dan sangat peramah.

Kecantikan wanita Rusia mampu membuatkan rahang anda terbuka lebar ketika melihatnya.

Bulgaria

Bulgaria

Merupakan negara dengan pantai-pantai yang indah, rumah penginapan ski, kota peradabaan di zaman pertengahan dan wanita-wanita yang sangat menawan.

Salah satu ciri khas wanita Bulgaria adalah kulit pucat, rambut hitam dan mata berwarna biru atau hijau yang menawan.

Korea Selatan

Korea Selatan

Wanita-wanita di Korea memiliki keinginaan untuk sentiasa tampil cantik. Korea juga merupakan negara dengan kebudayaan yang sangat tinggi.

Colombia

Colombia

Ada sesuatu yang dimiliki oleh wanita di negara kolombia, iaitu kepercayaan diri dan kebanyakan wanita di sana ingin menjadi model.

Wanita-wanita cantik di negara ini boleh temui di jalan-jalan sepanjang kota. Cubalah ke Carribean Coast, anda mungkin tidak akan pulang ke negara anda!

Denmark

Denmark

Merupakan negara dengan wanita perang dan bermata biru Vixen. Denmark telah melahirkan salah satu masyarakat paling liberal di dunia.

Anda tidak akan mampu membayangkan bagaimana sesuatu tidak akan kelihatan buruk di Copenhagen, merupakan ibu kota Denmark yang berada di atas air.

India

India

Jika anda melawat ke daerah Kasmir Valley, Kerala, Punjab atau Kolkata, maka anda akan menemui ramai wanita cantik di India.

India merupakan salah satu negara dengan keunikan kecantikan wanitanya yang tidak dimiliki negara lain.

Salah satu contohnya adalah Aishwarya Rai yang merupakan wanita India yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Miss World.

Kanada

Kanada

Montreal merupakan ibu kota di Kanada dengan penduduknya yang ramah. Kanada juga merupakan rumah bagi universiti dan institusi pengajian tinggi.

Wanita-wanita Kanada juga memiliki minat terhadap fesyen yang tinggi. Kanada merupakan negara dengan budaya Multicultural.

BACA INI JUGA:

sumber: dalzakga

Pembaca Berita Di Pecat Gara-gara Sebut F**K S**T

Pembaca Berita Di Pecat Gara-gara Sebut F**K S**T

Seorang pembaca berita yang baru bekerja sehari rela dipecat. Hal itu berlaku ketika dia telah mengeluarkan kata-kata yang tak harus dikeluarkan ketika siaran berita sudah bermula.


Pembaca berita dari stesen televisyen KFYR, A.J Clemente tidak menyangka bahawa hari pertama dia bekerja turut menjadi hari terakhirnya bekerja.

Dia melontarkan kata-kata kesat seperti f***, S*** ketika slot berita sudah bermula secara live dan mikrofon telah pun menyala. Kata-kata kesat yang dilontarkannya adalah untuk mengurangkan rasa gugup semasa hari pertamanya.

Akibat kata-kata yang dilontarkan Clemente, stesen televisyen KFYR telah mengambil langkah untuk memecat pembaca berita yang baru bekerja kurang dari 24 jam itu.

Seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (23/4/2013), Clemente menulis permohonan maaf pada akaun Twitternya dan bersetuju dengan keputusan KFYR TV yang telah memecatnya.

“Sayangnya KFYR TV telah memutuskan untuk membiarkan saya pergi. Saya minta maaf pada semua. Terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan saya kesempatan dan juga atas segala dorongan,” tulis Clemente pada akaun Twitternya.



Kesalahan yang dilakukan oleh Clemente ini telah menjadi perbincangan hangat di kalangan semua orang, bahkan menjadi bahan ketawa di Internet.

[Sumber]

Pemain Bola Indonesia Tumbuk Hidung Pengadil Sehingga Patah

Pemain Bola Indonesia Tumbuk Hidung Pengadil Sehingga Patah

Pieter Rumaropen, seorang pemain bola sepak Indonesia yang bermain untuk pasukan Persiwa Wamena telah digantung seumur hidup dari bermain bola sepak setelah menumbuk muka pengadil sehinnga menyebabkan hidung pengadil tersebut patah.


Insiden itu terjadi setelah keputusan kontroversi pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan ketika perlawanan antara Persiwa Wamena dan Bandung Raya.



[Sumber]

Sunday, April 28, 2013

Amoi Berak Dalam Lif Dirakam CCTV

Amoi Berak Dalam Lif Dirakam CCTV

Apa perasaan jika anda duduk satu lif dengan seorang pengotor yang dengan selambanya telah membuang air besar atau bahasa kasarnya berak di situ. Tetapi jangan risau, rasanya rakyat Malaysia tiada yang akan buat perkara sebegitu di khalayak ramai.

Amoi Berak Dalam Lif Dirakam CCTV

Sebaliknya, perkara ini terjadi di China di mana seorang perempuan tua dengan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya, dia terus mencangkung dan berak di dalam lif itu juga dan kemudiannya hanya membiarkan tahinya itu di situ saja.

Dashyat sungguh perangai dan kelakuan masyarakat di sana. Dah tak tahu beza mana lif dan tandas gamaknya.

Harap-harapnya situasi seperti di dalam video ini tidak terjadi di sini la hendaknya ya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Syarikat Insuran PruBSN Gondol 14 Anugerah

Syarikat Insuran PruBSN Gondol 14 Anugerah

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) menerima sebanyak 14 anugerah pada majlis Takaful Starnite 2013 anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di sini baru-baru ini.


PruBSN melalui satu kenyataan media memberitahu anugerah tersebut diperoleh daripada enam kategori yang dipertandingkan iaitu Top Rookie, Top Agent, Top Unit Manager, Top Agency Manager (Direct), Top Agency Manager (Group) and Top Recruiter (Leader).

“ Acara ini mengiktiraf pencapaian warga kerja, ejen agensi dan ejen yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani dalam kenyataan sama berkata, beliau gembira kerana ejen syarikat tersebut diiktiraf oleh MTA.

Menurut beliau, penganugerahan itu sekali gus membuktikan komitmen, profesionalisme dan kesungguhan ejen PruBSN dalam menjalankan perniagaan.

Tambah beliau, kejayaan itu juga mengambarkan pencapaian PruBSN yang semakin meningkat sebagai pengendali takaful terkemuka di negara ini.

“Kami memberi penghormatan ini kepada ejen kami,” katanya lagi.

-Mynewshub