Tuesday, September 25, 2012

Remaja Bawah Umur Jadi 'Ibu Ayam'!


Dalam usianya yang masih 14 tahun, seorang gadis sudah pandai membuat perniagaan pelacuran. Sebelum ini dia hanya menjual dirinya sendiri, namun mula melebarkan sayap secara perlahan. Dia menjadi ibu ayam dan mengajak gadis remaja menjadi pelacur secara online.

Remaja Bawah Umur Jadi Ibu Ayam
Gambar hiasan.

Gadis yang tidak dapat disebut namanya kerana usia yang masih sangat muda, tinggal di British Columbia, Kanada.

Dia yang mengiklankan para gadis tersebut di Craigslist, website dikecam kerana mempromosikan pelacuran.

Perbuatan memperdagangkan seks perempuan di bawah umur jelas tidak dapat dibenarkan.

Iklan pelacuran itu kemudiannya dihapuskan Craigslist yang juga membantu penyiasatan polis.

Umur 20 tahun jadi 'ibu ayam'

Remaja jadi Emak ayam

Sementara itu, seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menjadi 'pembekal' remaja untuk dijadikan mangsa seks warga Amerika Syarikat (AS), Russ Medlin, yang ditangkap di Jakarta.

Russ Medlin ditahan selepas dua remaja perempuan mendakwa dia membayar mereka untuk melakukan hubungan seks, sejak memasuki Indonesia pada tahun 2019.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Ariyana Ahmad turut dipercayai bertindak sebagai 'mak ayam' untuk pekerja seks bawah umur.

Liputan6 melaporkan, Ariyana juga mengakui menerima keuntungan jutaan rupiah hasil kegiatannya itu.

Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus berkata, sejak Februari 2020, Ariyana aktif menghantar gadis-gadis bawah umur mengikut permintaan Medlin dan kira-kira 10 gadis pernah bekerja dengannya.

Sejak itu, dia menerima sekitar RP20 juta (RM6,000) sebagai imbuhan membawa gadis bawah umur kepada Medlin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. apa yang akan terjadi dibawah umur dah jadi ibu ayam

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon