Tuesday, April 30, 2013

Karpal Singh Cuba Lagakan Islam-Kristian?


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) mengecam tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa sengaja membangkitkan isu untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu dan menentang hukum hudud.


Kata beliau, Karpal yang beragama Sikh sepatutnya tidak membangkitkan isu agama kerana tidak melibatkan agama yang dianutinya selain berisiko mewujudkan ketegangan kaum di negara ini.

Menurut beliau, berdasarkan tindakan Karpal itu, beliau yakin peguam terbabit mempunyai niat untuk melaga-lagakan penganut Islam dengan Kristian selain meraih undi penduduk Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Saya yakin tindakan DAP membangkitkan isu kalimah Allah dan hukum hudud kerana Karpal dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membenarkan cetakan Bible menggunakan kalimah Allah dilakukan jika mereka menang pada pilihan raya kali ini".

Berikutan itu, Mohd. Puad mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan ketegasan parti tersebut selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah dan hukum hudud.

"Nik Abdul Aziz perlu berani menyatakan ketegasan Pas, jangan hanya duduk diam dan jika menang pilihan raya, dia juga turut bersetuju kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

"Malah Karpal perlu memohon maaf dan berjanji tidak akan mengungkit perkara yang mencabar sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah kerana kegagalan bertindak akan menyebabkan tercetusnya ketegangan.

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon