Thursday, May 02, 2013

"Could not detect a feed for this URL" Solution

"Could not detect a feed for this URL" Solution

"Could not detect a feed for this URL. Blog posts and update time will not be shown. Add URL anyway?"


The message above is what friends keep seeing lately, whenever they want to add my blog URL to their Blogroll via the Blogger's "Blog List" gadget. I have now fixed the problem, and decided to share the solution with you.

So, what is the solution?

Login to your blog, go to "Design" , "Edit html"

Use "CTRL F" to find </head>

Directly ABOVE the </head> , add the code below:

<link href='http://sentiasapanas.com/feeds/posts/default' rel='alternate' title='RSS Feed for SentiasaPanas' type='application/atom+xml'/>

Edit the code above by changing the "href" and "link" with your blog parameter.

Save your template.

If you have another blog, just try and use the "BLOG LIST" gadget to add this blog you just fixed to it, for you to confirm that the error has been fixed.

I hope this info help..

If you want me to add your blog to my Blogroll, drop your link via the TUKAR LINK form and be ready to add mine to your blogroll too.

Cheers!

[Source]

Victoria Mengaku Berbogel Untuk Reka Pakaian

Victoria Mengaku Berbogel Untuk Reka Pakaian

Bekas anggota kumpulan Spice Girl yang juga pereka fesyen, Victoria Beckham mendedahkan bahawa dia kerap berbogel semasa menghasilkan pakaian, lapor akhbar The Sun.


Rutin tersebut dilakukan oleh Victoria, 39, di hadapan pasukan pereka fesyennya sebagai sebahagian proses rekaan pakaian.

“Kami semua amat rapat. Kebiasaannya saya berbogel dan menghasilkan pakaian pada diri sendiri,” akuinya.

Selebriti yang terkenal dengan panggilan Posh itu membuat pengakuan ketika dia menghadiri Festival Vogue di London pada hujung minggu lalu.

Victoria ialah isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Dia meninggalkan kerjaya nyanyian untuk memberi tumpuan kepada label pakaian rekaannya sendiri, merangkumi jeans dan cermin mata yang sebelum ini menggunakan jenama Dvb.

–Agensi

Wednesday, May 01, 2013

Pelajar 16 Tahun Di Cekup Berkhalwat Dengan Tukang Masak

Pelajar 16 Tahun Di Cekup Berkhalwat Dengan Tukang Masak

Seorang pelajar tingkatan empat bersama teman lelakinya, seorang tukang masak di sebuah kedai makan ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Gambar hiasan

Dalam serbuan itu, pegawai syariah bersama polis terpaksa memecahkan pintu bilik kerana pasangan terbabit enggan bekerjasama sebelum berjaya memasuki bilik disewa pasangan lelaki terbabit, sejak dua hari lalu.

Soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim dan bilik itu disewa pasangan lelaki yang berasal dari Balai Besar, dipercayai untuk melakukan hubungan seks.

Menurut pelajar terbabit, dia masuk ke bilik tersebut kira-kira jam 5 petang dan sempat melakukan seks bersama teman lelakinya yang telah berkahwin serta mempunyai seorang anak.

Pelajar terbabit ketika ditangkap penguatkuasa.

Pelajar terbabit yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Dungun itu juga turut mengakui pernah beberapa kali melakukan hubungan seks dengan pasangan berlainan dan menghadapi tindakan undang-undang kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.

Lebih memeranjatkan, selepas ujian saringan air kencing dilakukan mendapati pasangan itu turut positif dadah jenis methapethamine.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pasangan terbabit juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengambil dadah.

-Sinarharian

Panas! Bapa Saiful Akui Anaknya Di Liwat Adalah Benar!

Panas! Bapa Saiful Akui Anaknya Di Liwat Adalah Benar!

Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu.


Mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.

Pada 8 Mac lalu Azlan Mohd Lazim gambar dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.

“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar.

”Ia bukan satu konspirasi politik” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel di sini.

-The Malaysian Insider

Luarbiasa! Satu-satunya Lif Untuk Mendaki Gunung!

Luarbiasa! Satu-satunya Lif Untuk Mendaki Gunung!

Pernahkah anda menaiki lif ke puncak gunung? Tidak? Kemungkinan anda tidak pernah ke Wulingyuan di Zhangjiajie, China, kerana jika anda pernah, anda pasti dapat melihat Bailong Lif dibina di tepi tebing yang tinggi.

Hundred Dragons Elevator

Juga dikenali sebagai Hundred Dragons Elevator, lif kaca yang berdiri 330 meter tinggi dan lif tertinggi dan paling berat yang terletak di luar bangunan di dunia.

Dan mungkin, ia adalah satu-satunya lif di dunia yang membolehkan orang memanjat tebing menggunakan lif.

Lif ini boleh menampung 48 penumpang sekali gus ke atas, perjalanan yang mengambil masa hanya 2 minit. Selepas ia dibina, lif ini dikatakan lif tertinggi di dunia yang terletak di luar bangunan, lif dengan dua dek tertinggi dan lif penumpang terpantas dengan kapasiti terbesar (48 penumpang).

Hundred Dragons Elevator

Lif ini telah dibina pada tahun 1999 dan 2002 dengan kos 120 juta yuan atau $RM58,977,700.

Projek ini telah mendapat kritikan sengit dari jabatan hal ehwal alam sekitar yang marah kerana ia dikatakan terletak di tengah-tengah sebuah Tapak Warisan Dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Giler! Lelaki Mati Ketika Cuba Pecahkan Rekod Dunia

Giler! Lelaki Mati Ketika Cuba Pecahkan Rekod Dunia

Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.


Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.

Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.

Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.

Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.

Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.

Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya.



Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.

-Mynewshub

Ngeri! Lelaki Di Tikam Berpuluh Kali Di Khalayak Ramai

Ngeri! Lelaki Di Tikam Berpuluh Kali Di Khalayak Ramai

Penulis sememangnya tidak faham di mana letaknya nilai keperimanusiaan dalam diri masyarakat di negara China ini. Sebelum ini, kita pernah dihidangkan dengan video seorang budak yang dilanggar oleh sebuah lori dan selepas kejadian itu berlaku tiada satu pun kenderaan dan orang yang datang membantu kanak-kanak malang itu sehinggalah muncul seorang perempuan tua yang datang membantu.

Tikam Beratus Kali

Beberapa hari selepas kejadian itu, budak itu pun menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital dengan ditemani kedua ibu bapanya.

Jika masyarakat di sana terus pantas bertindak, sedikit sebanyak tentu nyawa anak kecil itu dapat diselamatkan.

Terbaru, terdapat sebuah video yang memaparkan seorang pemuda telah ditikam secara bertubi-tubi di sebuah lorong sambil disaksikan berpuluh-puluh orang di situ.

Tidakkah timbul rasa kasihan kepada pemuda tersebut?

Atau paling tidak pun, mereka boleh telefon pihak polis untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku di antara dua pemuda itu.

Anda nilaikanlah sendiri.

BACA INI JUGA:



-SENTIASAPANAS.COM

Kisah Bruce Lee Mati Di Tangan Silat Melayu

Kisah Bruce Lee Mati Di Tangan Silat Melayu

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.

Bruce-Lee

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong.

Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee.

Sebelum itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut.

Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad Bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau.

Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang ternyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan.

Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawar bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.

Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.

Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.

Dia bertarung dengan Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yang terkenal sekitar awal 80-an). Dicky bertarung dengan Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.

Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

Beberapa Hari Sebelum Kematian

Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita-berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit.

Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

Beberapa Jam Sebelum Kematian

Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

Beberapa Minit Sebelum Kematian

Kemudian, jadualnya begitu sibuk. Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yang mengandungi aspirin dan muscle relexant ).

Lebih kurang pukul 7.30 pm, Bruce Lee berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkannya tapi sayang, Lee tidak bangun.

Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital.

Tetapi, Lee sudah pun meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.

BACA INI JUGA: Kisah Tentang Bruce Lee Yang Tidak Semua Orang Tahu

WTF! Ibu Paksa Anak Angkat Mengandung

WTF! Ibu Paksa Anak Angkat Mengandung

Seorang ibu yang kejam telah memaksa anak angkatnya yang baru berusia 14 tahun, menyuntik dirinya sendiri dengan sperma yang dibeli melalui internet, hanya kerana wanita itu menginginkan anak sendiri.

Paksa Mengandung
Gambar hiasan.

Remaja itu dilaporkan masih dara ketika dipaksa mengandung, namun dia mengalami keguguran pada usia 14 tahun. Dia bagaimanapun melahirkan anak pada usia 16 tahun.

Wanita itu yang telah bercerai tidak dapat beranak kerana mempunyai masalah kesihatan.

Selepas gagal dalam cubaannya untuk mengambil anak angkat keempat, dia telah memaksa salah seorang daripada anak angkatnya itu mengandung.

Susulan perbuatan kejamnya itu, wanita tersebut yang telah mempunyai tiga anak angkat daripada beberapa negara, telah dihukum penjara selama lima tahun selepas mengaku berlaku kejam kepada anaknya itu.

Kes berkenaan sebelum ini dirahsiakan sehinggalah ia didedahkan oleh akhbar Guardian.

Ketika membuat keputusan, Hakim Justice Jackson terkejut dan tidak percaya dengan wanita itu yang kejam serta mementingkan diri sendiri.

Dalam pada itu, remaja tersebut ketika memberi keterangan berkata, dia dan adik beradiknya bersekolah di rumah dan tidak pernah bertemu dengan bapa angkat mereka sejak lebih 10 tahun.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Mustafa Ali Sedia Berbogel Bukti Video Seks Palsu

Mustafa Ali Sedia Berbogel Bukti Video Seks Palsu

Setelah gagal mengadakan upacara sumpah laknat di Masjid Rusila minggu lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memaklumkan kepada semua media yang beliau akan mengadakan sidang media khas Jumaat ini (3 Mei 2013) untuk menjelaskan dakwaan video seks yang dikaitkan dengannya.

Mustafa Ali

Maklumat dari sumber dalam PAS menyebut, tindakan ini dibuat setelah beliau melihat, identiti rakan wanitanya dalam video tersebut juga telah disebarkan, termasuk alamat rumah, nombor kereta dan sebagainya di Internet.

Katanya kepada seorang kenalan rapat, “kalau aku seorang yang menghadapi dakyah ini tidak mengapa, tapi bila dah membabitkan orang lain, maka aku perlu tampil menjelaskan keadaan”.

Laman ini dapat merasakan tekanan yang maha hebat ke atas Mustafa sekarang. Beliau khabarnya bukan sahaja diserang dari luar, malah turut diserang dari dalam dalam PAS sendiri. Seperti yang kita semua sedia maklum, memang ada kelompok dalam PAS yang mahu melihat Mustafa disingkirkan.

Sehinggakan ada sumber menyebut Mustafa sedia berbogel untuk membuktikan bahawa video tersebut adalah palsu dan dia bukan lelaki dalam video tersebut – sampai ke tahap itu sekal iltizamnnya untuk membersihkan nama!!

BACA INI JUGA: Khairuddin Cabar Muhyiddin Bersihkan Tuduhan Skandal Dengan Isteri Orang!