Friday, February 01, 2013

Aktivis Korea Selatan Bakal Bina Tugu Hamba Seks Di Singapura

Aktivis Korea Selatan Bakal Bina Tugu Hamba Seks Di Singapura

Republik Singapura kelmarin berkata ia menolak rancangan aktivis Korea Selatan untuk mendirikan sebuah tugu di tengah ibu kota ini bagi memperingati wanita yang dipaksa menjadi hamba seks oleh Jepun ketika Perang Dunia Kedua.


Kementerian kebudayaan menafikan dakwaan oleh Majlis Wanita Kerahan Untuk Perhambaan Seksual Tentera Korea, yang berkata ada perbincangan mengenai rancangan mendirikan patung terbabit.

“Itu tidak benar,” kata kementerian kepada AFP dalam satu kenyataan menerusi emel.

“Tiada pertemuan atau perbincangan berterusan antara kerajaan Singapura dan Majlis berhubung isu berkenaan. Begitu juga tiada patung sebegitu akan didirikan di Singapura.”

Di Seoul minggu lalu, aktivis mendedahkan rancangan mendirikan tugu berkenaan, mewakili “wanita pendamping” yang dipaksa mendiami rumah pelacuran tentera Jepun ketika perang, di sejumlah negara Asia bermula di republik ini.

Mereka juga berkata sedang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Singapura dan menambah satu delegasi akan dihantar ke sini untuk memuktamadkan rancangan itu.

Kumpulan Korea Selatan itu menjadi perancang tugu gangsa seorang gadis muda dengan seekor rama-rama pada bahunya yang didirikan pada 2011 berhadapan Kedutaan Jepun di Seoul. Tugu lain juga dirancang didirikan di China, Malaysia dan Indonesia, kata mereka.

–AFP

Aznil Haji Nawawi Kini Bergelar 'Datuk'

Aznil Haji Nawawi Kini Bergelar 'Datuk'

Jutaan tahniah Admin ucapkan kepada Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Pak Nil atas kurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”. Memang Pak Nil layak menerima penghargaan ini.


Istiadat penganugerahan akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini. Kurniaan pangkat kebesaran ini adalah sempena Hari Wilayah Persekutuan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk Aznil atas berita gembira ini.

[Sumber]

Ulat Beluncas Terbesar Didunia Ditemui

Ulat Beluncas Terbesar Didunia Ditemui

Seorang ahli botani di sini telah menemui seekor ulat beluncas terbesar yang pernah ditemui di dunia semalam.


Ahli botani itu, Markus Buerki mendedahkan ulat yang ditemuinya merupakan ulat beluncas dari spesis atlas moth atau attacus atlas.

Atlas moth akan bertukar menjadi kupu-kupu dengan lebar sayapnya boleh mencecah lebih 25 sentimeter.

Ulat beluncas tersebut kini dipelihara di sebuah taman botani di Bern.

–Agensi

Lindsay Lohan Masuk Penjara Lagi?

Lindsay Lohan Masuk Penjara Lagi?

Aktres Lindsay Lohan akan menghadapi perbicaraan pada 18 Mac atas dakwaan menipu polis California mengenai nahas kereta Jun tahun lalu dan melanggar tempoh percubaan, meningkatkan kemungkinan dia mungkin dihantar semula ke penjara.


Hakim di Los Angeles, kelmarin menetapkan tarikh perbicaraan atas dakwaan berhubung dengan nahas kereta itu dan berkata, mahkamah akan menangguhkan perbicaraan pada masa sama berikutan sama ada Lindsay melanggar tempoh percubaan dalam insiden itu seperti pada insiden kecurian barang kemas pada 2011.

Bintang Mean Girls itu yang masuk dan keluar dari pusat pemulihan dan penjara sejak 2007, memakai baju hitam tanpa lengan dan kelihatan letih dalam sesi ringkas mahkamah itu.

Dia tiba di Los Angeles dari New York Selasa lalu dan mengenepikan peguam lamanya untuk memilih peguam baru, Mark Heller.

Lindsay membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tiga dakwaan salah laku cuai ketika memandu, menipu dan menghalang polis apabila mengatakan dia tidak memandu kereta sport miliknya itu yang merempuh sebuah trak di Santa Monica Jun tahun lalu.

Lindsay, 26, meninggalkan mahkamah tanpa bercakap kepada media.

–Reuters

Pusat Urut Tawar Pakej Tiga Dalam Satu Diserbu

Pusat Urut Tawar Pakej Tiga Dalam Satu Diserbu

Pakej tiga dalam satu. Sambil mencuci rambut, pelanggan turut ditawarkan khidmat urut dan seks.


Pelanggan diberi pilihan sama ada mahu mencuci rambut pada harga RM80, pakej urutan badan RM160 atau yang inginkan khidmat seks boleh berunding harga dengan wanita berkenaan.

Taktik licik premis itu berjaya dikesan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, yang membuat penyamaran selama dua hari sebelum menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Rohan Shah Ahmad berkata, seramai 12 wanita warga asing diberkas di premis terbabit.

Menurutnya, kesemua wanita berusia 23 hingga 42 tahun ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Seramai tujuh wanita Vietnam, empat China, dan seorang Thailand ditahan kerana tidak memiliki pasport,” katanya. Rohan Shah berkata, premis yang beroperasi tanpa lesen itu mempunyai beberapa bilik dan turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV) di pintu pagar bahagian tangga serta pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk.

“Seorang penjaga premis yang baru sebulan bekerja bersama empat pelanggan berusia 21 hingga 30 tahun turut ditahan dalam serbuan itu. Kami juga merampas beberapa bungkusan kondom, wang tunai RM1,000 dan minyak urut,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

-SinarHarian

Permohonan Bantuan Lesen BL1M Dibuka

Permohonan Bantuan Lesen BL1M Dibuka

Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai hari ini.


Pengerusi Eksekutif MYEG Services Berhad, Datuk Norraesah Mohamad, berkata borang boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.

Manakala yuran RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.

“Bayaran dalam bentuk tunai adalah tidak dibenarkan pada bila-bila masa dalam program BL1M ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program BL1M di bawah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda Barisan Nasional dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sempena program Himpunan Orang Muda di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

Dalam pada itu, Norraesah mengingatkan orang ramai bahawa BL1M, Pemuda BN dan MYEG tidak pernah melantik mana-mana ejen atau agensi untuk mendaftar dan memungut yuran bagi pihak BL1M, sama ada dari pintu ke pintu mahupun di tempat awam.

Katanya, MYEG adalah satu-satunya agensi yang dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program itu.

Yakin program itu akan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya secara am, Norraesah berkata, sambutan menggalakkan yang diterima secara talian oleh MYEG sejak ia diumumkan pertengahan bulan ini, menunjukkan bahawa orang ramai memandang positif terhadap manfaat program itu.

Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana institut memandu yang mahu menyertai program BL1M perlu mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan terlebih dahulu dan memenuhi kriteria tertentu serta menjalani sistem pembidaan terbuka.

Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web http://www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888.

BACA INI JUGA: Kenapa Tun Mahathir Menganggap Pemberian BR1M Rasuah Kepada Rakyat?

-SENTIASAPANAS.COM

Paling Cerdik Di Dunia Boleh Membaca Ketika Berusia 2 Tahun

Paling Cerdik Di Dunia Boleh Membaca Ketika Berusia 2 Tahun

Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun, diiktiraf sebagai antara manusia paling cerdik di dunia.

Paling Cerdik Di Dunia Boleh Membaca Ketika Berusia 2 Tahun
Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun.

Sarabi dari Barnsley, South Yorkshire, memperoleh gelaran itu selepas ujian kecerdikan otaknya (IQ) adalah sebanyak 136, menjadikannya seorang daripada satu peratus penduduk dunia paling cerdik.

Kanak-kanak tersebut mula belajar membaca pada usia enam bulan dan mula bertutur pada usia 10 bulan dan pandai menyusun perkataan pada usia 20 bulan.

Apabila berumur dua tahun, Sarabi boleh membaca, mengira dari 1 hingga 200, mengenal dan boleh menamakan nama negara, bendera, planet di sistem suria selain bahagian anggota badan dan organ dalaman.

Ibu kanak-kanak itu, Amanda Sarabi, 36, berkata, anaknya itu mampu menamakan setiap negara di dunia bersama bendera negara tersebut.

''Dia juga boleh menerangkan fungsi anggota dalam badan.

''Pengetahuan umumnya juga mengagumkan. Dia tahu mengenai segalanya. Apabila bercakap dengan dia tidak seperti bercakap dengan kanak-kanak berumur tiga tahun,'' katanya yang merupakan seorang bekas guru. -Agensi

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

RCI - Anwar Termasuk Dalang Edar Kad Pengenalan

RCI - Anwar Termasuk Dalang Edar Kad Pengenalan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya.


“Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan),” kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau “mempunyai pengetahuan” mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Pernah Seleweng RM30 Bilion?

Sumber: Mynewshub

Rahsia Cahaya Didalam 5 Waktu

Rahsia Cahaya Didalam 5 Waktu

Dalam setiap pertukaran waktu antara solat terkandung rahsia tentang warnanya. Apakah maksud disebalik? Mari kita baca seterusnya.

Rahsia Cahaya

Waktu Subuh

Jika kita sering memerhatikan waktu selepas subuh, ketika menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.

Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki.

Seperti Sabda Rasulullah, "Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di waktu pagi," (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tiroid. Bila kelenjar tiroid kita lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.

Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermula ketika azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka.

Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangkan beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhur berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat ceria.

Waktu Asar

Ketika masuk waktu asar, warna alam akan berubah menjadi warna oren, di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red). Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam yang berada dalam kegelapan di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau berehat.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Rahsia Besar Solat Subuh!

Sumber: detikislam

Misteri Surat Cinta Tertua Didunia

Misteri Surat Cinta Tertua Didunia

Surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq, dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM.

Surat Cinta Tertua

Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Noah Kramer Profesor dari Philadelphia University pada tahun 1889.

Pada mulanya ada kira-kira 70 ribu artifak yang berbahasa Sumeria yang tidak dapat diterjemahkan maksudnya.

58 tahun kemudian, dua orang ahli dalam bahasa Sumeria berjaya menterjemahkan maksud yang terkandung di artifak itu.

Artifak tersebut kelihatan seperti kepingan batu yang terukir. Jika melihatnya, memang tidak dapat kita membacanya.

Surat dalam bentuk artifak itu ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya.

Sudah menjadi tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya.

Ini adalah terjemahan yang telah dilakukan oleh ahli bahasa Sumeria tersebut:
Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.

BACA INI JUGA: Keunikan Muzium Putus Cinta Croatia

sumber: rangeboy