Saturday, February 02, 2013

Luarbiasa! Tumbuhan Hidup Dalam Botol Tertutup Sejak 40 Tahun Lalu!

Luarbiasa! Tumbuhan Hidup Dalam Botol Tertutup Sejak 40 Tahun Lalu!

Jika dilihat tiada yang istimewa pada tumbuhan tanam sendiri oleh lelaki tua didalam botol besar tersebut.

Luarbiasa! Tumbuhan Hidup Dalam Botol Tertutup Sejak 40 Tahun Lalu!

Bagaimanapun tanaman dalam botol kedap udara ini sebenarnya sudah berusia 40 tahun dan hanya sekali sahaja ia pernah disiram dengan air sepanjang hidupnya hingga kini.

David Latimer, menjalankan eksperimen menanam tanaman yang dipanggil sebagai Tradescantia sejak pada tahun 60an lagi. Dia kemudiannya menyiramkan air buat kali pertama yang juga kali terakhir pada tanamannya itu pada tahun 1972.

Setelah 40 tahun berlalu, dia sendiri tidak menyangka bahawa tanamannya itu mampu terus hidup dengan hanya bergantung pada cahaya matahari sahaja.

Dikatakan proses fotosintesis menghasilkan oksigen yang kemudiannya menghasilkan titisan air berfungsi sebagai hujan di dalam botol tersebut.

'Saya meletakkan botol ini 6 kaki berhampiran tingkap untuk mendapatkan sedikit cahaya matahari. Tumbuhan itu berkembang membesar menuju ke arah cahaya matahari', ujar David.

'Saya tidak pernah membentukkanya dan ia nampaknya sudah mencapai ketinggian botol itu'..

Eksperimen yang dilakukan oleh David menarik minat pekebun dan orang ramai setelah dia mendapat perhatian daripada media BBC.

Mereka cuba mengkaji bagaimana botol tersebut boleh dijadikan contoh menarik bahawa tumbuhan boleh membangunkan ekosistem sendiri untuk terus bertahan hidup.

Mungkin selepas ini orang ramai boleh cuba tanam sendiri tumbuhan di dalam botol isolasi seperti yang David lakukan selain tanaman hidroponik yang sememangnya sudah terkenal.

[Sumber]

Pemain Liga Perdana Inggeris 'Basuh' Punggung Dengan Duit!

Pemain Liga Perdana Inggeris 'Basuh' Punggung Dengan Duit!

Mungkin kerana terlalu kaya, seorang pemain sebuah kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) ini mengesat punggungnya dengan hanya menggunakan wang kertas bukan dengan tisu seperti kebiasaannya.


Terdapat juga beberapa lagi wang kertas yang masih bertaburan dalam tandas di sekelilingnya yang dianggarkan sebanyak 1000 pound yang digunakan untuk mengesat najisnya!


Liam Ridgewell, 28, merupakan seorang pemain bolasepak kelab West Brom di Liga Perdana Inggeris yang mencetuskan kontroversi selepas beberapa keping gambar yang tersebar menunjukkan dia sedang mengesat punggungnya menggunakan wang kertas dan bukannya tisu tandas.

Dia dikatakan menerima gaji yang agak lumayan (28,000 Pound) setiap minggu sebagai seorang pemain midfield bagi kelab bolasepak tersebut sehingga dia sanggup mengesat najisnya menggukan wang kertas itu.

Dia bagaimanapun meminta maaf atas tindakan bodohnya itu selepas mendapat beberapa kritikan daripada peminat dan juga orang ramai dan menganggap tindakannya itu hanyalah sebagai gurauan peribadi.

Kerana tindakan bodohnya itu kebanyakan peminat pasukan bolasepak itu melabelkan dia sebagai seorang yang angkuh dan bodoh.

[Sumber]

Awek Tak Malu Kencing Dilaluan Orang Ramai

Awek Tak Malu Kencing Dilaluan Orang Ramai

Gila, amoi yang tak tahan ini kencing di tempat terbuka tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang sekeliling dia. Apalah salahnya kencing dalam tandas.


Gambar wanita yang sedang kencing di tepi jalan ini dikatakan berlaku di negara China.


Lepas kencing tu dia berdiri pakai semula seluar tanpa rasa bersalah sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.


Kalau tak tahan nak kencing pun carilah tempat yang senonoh sikit. Dahlah kencing tak basuh, amoi ni buat bodoh je. Sia-sia buat tandas awam mahal tapi kesedaran sivik tiada langsung.

Ada juga manusia yang macam ni.

[Sumber]

Unik! Gambar Hidup Selebriti Yang Sebenarnya Hanyalah Lukisan

Unik! Gambar Hidup Selebriti Yang Sebenarnya Hanyalah Lukisan

Mati hidup balik pun anda susah nak percaya bahawa ini sebenarnya hanyalah sebuah lukisan tangan dan bukannya seni visual mahupun gambar sebenar.


Denagn hanya menggunakan pensel dan arang, artis seni ini melukis potret selebriti terkenal yang kelihatan seperti gambar sebenar.

Kelvin Okafor, 27 tahun, hanya menggunakan arang hitam dan pensil grafit untuk melukis wajah Rihanna dan Puteri Diana yang kelihatan hidup.


Setiap gambar mengambil kira-kira 100 jam untuk disiapkan dan yang menariknya, Kelvin melukis berdasarkan ingatan ataupun memori setelah melihat dan mengkaji sesuatu gambar yang akan dihasilkannya.

Kerja seni unik yang telah dilakukan oleh Kelvin kebanyakannya telah memenangi anugerah dan dipamerkan di pameran di galeri-galeri besar.

Kelvin Okafor

Tapi jangan terkejut, setiap orang yang ingin memiliki hasil seni lukisan Kelvin harus membayar sebanyak £10,000 untuk setiap seni halus lukisan yang dihasilkannya.

BACA INI JUGA: Nu Couche, Lukisan Berusia 60 Tahun Wanita 'Tanpa Pakaian' Berharga RM745 Juta!

[Sumber]

Unik! Restoran Bertemakan Patung Barbie Pertama Didunia

Unik! Restoran Bertemakan Patung Barbie Pertama Didunia

Info Unik Dunia. Dengan bertemakan pink sebagai warnanya, restoran Barbie ini dibuka untuk peminat-peminat watak patung Barbie. Ia merupakan satu-satunya restoran berkonsepkan kafe Barbie yang pertama dibuka di dunia.


Bertarikh 30 Januari, secara rasminya restoran yang berkonsepkan Barbie doll sepenuhnya ini dibuka kepada umum di Taipei, Taiwan.

Keseluruhan restoran seluas 660 meter ini dihias dengan dekorasi bewarna pink (merah jambu) bertemakan Barbie termasuklah para pekerja lelaki dan wanitanya yang memakai pakian bewarna pink yang sesuai dengan tema watak patung Barbie yang digilai ramai.


"Kami memilih Taiwan kerana tema restoran Barbie ini sangat popular dan berjaya di sini. Kami amat yakin bahawa Cafe Barbie boleh mempromosikan imej jenama kami menurut kenyataan dari Iggy Yip, pengurus kanan Mattel Greater China, pembuat patung ikonik tersebut..

Shiao Yu, salah satu daripada pengunjung pertama yang mengunjungi Kafe Berbie berkata, "Saya rasa seperti anak patung Barbie di dunia dongeng, dan saya berasa seperti seorang puteri. Ia amat mengasyikkan.


Barbie Cafe ini dilaporkan menelan kos sehingga $1.7 juta dengan pelabur yakin ia merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang.

Satu perkara yang menarik tentang tempat ini ialah peminat Barbie tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menikmati 'fairy-tale' di sini kerana setiap satu hidangan hanya bernilai $10 dan anda mempunyai banyak hidangan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.

[Sumber]

Bersyukurlah Kita, Anak-anak Ini Hanya Mampu Bersekolah Dibawah Jambatan

Bersyukurlah Kita, Anak-anak Ini Hanya Mampu Bersekolah Dibawah Jambatan

Beginilah keadaan "sekolah" tempat belajar untuk kanak-kanak miskin yang tidak mampu untuk ke sekolah. Kerana kemiskinan, mereka hanya mampu mendapatkan pendidikan percuma di bawah jambatan berbanding dengan kanak-kanak lain yang masih mampu untuk ke sekolah.


Rajesh Kumar Sharma, 40, dari New Delhi, India, membuka sebuah sekolah sementara di bawah sebuah jambatan untuk beliau mengajar kanak-kanak dari kawasan miskin di bandar ini yang juga terlalu miskin untuk menghadiri sekolah biasa seperti kanak-kanak lain..

Sharma bukanlah merupakan seorang guru yang sebenar. Dia mengendalikan sebuah kedai di kawasan bandar tetapi setiap dua jam sehari dia akan meninggalkan kedai kepada saudaranya untuk mengajar di bawah sebuah jambatan metro di Delhi yang dijadikan sebagai 'sekolah'.

Dilaporkan berpuluh-puluh kanak-kanak dari keluarga yang terlalu miskin datang ke sini setiap hari untuk belajar percuma dan anda tidak akan rasa ini merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk proses pendidikan yang dijalankan.


Di sini, tiada dinding atau meja, hanya jambatan bertindak sebagai bumbung yang melindungi daripada cuaca panas mahupun hujan sementara dinding jambatan dicat warna hitam untuk dijadikan sebagai papan hitam.

Kebanyakan kanak-kanak yang belajar di sekolah ini berusia 4 hingga 12 tahun. Mereka diajar subjek matematik, membaca dan juga asas untuk menulis sebagai persediaan masa depan untuk kemasukan ke sekolah Kerajaan sekiranya berkemampuan.

Daripada 140 orang kanak-kanak yang belajar di bawah jambatan tersebut beberapa tahun yang lalu, 70 orang daripadanya sudah berjaya mendapatkan tempat untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan.

"Mereka masih datang ke sini setiap hari. Saya berjaya memastikan mereka mendahului kurikulum sekolah mereka" ujar Sharma kepada India Express.


Bermula 20 tahun lalu, Rajesh Kumar Sharma datang ke New Delhi untuk menuntut ilmu. Dia bagaimanapun terpaksa menghentikan pengajiannya dalam Business School ketika tahun ketiga pengajiannya disebabkan masalah kewangan.

Episod duka tersebut memaksa dia untuk tidak mahu melihat sesiapapun yang mempunyai nasib yang sama sepertinya. Dia mula mendapat idea untuk membuka sekolah bawah jambatan setelah melihat ramai kanak-kanak miskin bermain dalam lumpur dan bukannya mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Sejak itu dia mula memutuskan untuk melakukan sesuatu untuk kanak-kanak malang tersebut sehinggalah dia sendiri membuka dan menjadi guru di "sekolah" tersebut.

"Saya faham bahawa kerajaan tidak mampu membina sebuah sekolah di sini sekarang, saya tahu mengenainya. Tetapi saya pernah bermimpi kita akan mendapat sebuah sekolah kecil di mana semua kanak-kanak yang tinggal di sini boleh belajar'. Semoga hari tersebut akan tiba nanti", kata Rajesh.

Dia percaya, pendidikan adalah senjata yang paling penting untuk kanak-kanak di India dan jika mereka tidak mempunyai pelajaran, mereka akan terus susah. Itulah sebab utama mengapa dia sanggup mengajar kanak-kanak miskin di sini. Pendidikanlah yang mampu merubah nasib mereka.

Di Malaysia pula, ramai yang ke sekolah tapi panjat semula pagar untuk lari dari sekolah.

[Sumber]

Bintang Porno Jepun Buat Penggambaran Filem Di Singapura

Bintang Porno Jepun Buat Penggambaran Filem Di Singapura

Sebuah filem lucah yang dikeluarkan oleh produksi filem lucah Jepun dibintangi oleh pelakon lucah wanita dari Jepun bernama Aoki Misora di pelbagai lokasi di seluruh Singapura, termasuk hotel Marina Bay Sands (MBS) telah berlegar-legar di laman- laman web lucah Jepun.


Menurut laporan di akhbar Cina Lianhe Wanbao, filem lucah berdurasi 160 minit itu menceritakan tentang pasangan Jepun yang menginap di sebuah hotel semasa bercuti di Singapura..

Dalam filem itu, mereka boleh dilihat berenang di kolam renang di Sands Sky Park. Adegan dalam filem lucah porno Jepun itu turut diselangi dengan pasangan itu terlibat dalam beberapa hubungan seksual di dalam sebuah bilik hotel di Marina Bay Sands.


Pelakon filem lucah wanita dari Jepun itu juga dilihat melawat beberapa tempat seperti Chinatown, Bugis dan Pasar Maxwell untuk menikmati hidangan tempatan seperti nasi ayam, dan kemudian kembali ke bilik mewah hotel penginapan mereka..

Laporan itu juga menyebut bahawa filem ini mencetuskan perdebatan di kalangan penduduk tempatan yang telah melihat filem itu dan beberapa kebimbangan telah disuarakan mengenai video filem lucah ini yang dikaitkan sebagai salah satu langkah mempromosi pelancongan di Singapura.

Video 160 minit panjang itu telah dimuat naik dan dikatakan mula berlegar-legar di laman- laman web porno dan lucah Jepun sejak beberapa minggu lepas.

[Sumber]

Giler! Cabut Gigi Depan Supaya Kelihatan Lebih Kacak

Giler! Cabut Gigi Depan Supaya Kelihatan Lebih Kacak

Di Afrika Selatan, anda akan di kategorikan sebagai lelaki kacak, macho dan maskulin sekiranya anda berani membuang gigi hadapan dan dibiarkan begitu sahaja..Trend tersebut dikatakan terkenal dikalangan remaja lelaki masa kini yang mahu kelihatan kacak, tampan dan menjadi idaman wanita walaupun dikatakan trend sebegitu telah bertahan sejak hampir 60 tahun lamanya.


Budaya pelik yang masih diteruskan dikalangan remaja lelaki di Afrika Selatan ini sebenarnya sudah terkenal dan bertahan sejak lebih daripada 60 tahun lalu..

Lelaki yang membuang gigi hadapan ini dikatakan layak dikategorikan sebagai seorang lelaki yang benar-benar kacak dan maskulin.

"Ini adalah fesyen, semua orang melakukannya," ujar Yazeed Adams yang berusia 21 tahun. Dia kelihatan tampan dengan mengenakan gaya pakaian dan topi ala hip hop dengan 'penampilan' gigi hadapannya yang lompong itu..


Seorang pengkaji dari University of Cape Town melakukan kajian tentang budaya unik dan pelik ini yang disebut sebagai Cape Flats Smile. Jacqui Friedling mendapat kesimpulan bahawa fenomena ini dipercayai berlaku hasil dari tekanan dari rakan sebaya dan gangsterism di Afrika.

Trend ini pada mulanya dipelopori oleh suku kaum yang tinggal di pedalaman sebelum ramaja-remaja moden yang tinggal di Cape Town turut melakukannya untuk kelihatan lebih maskulin dan kacak.

Jangan terkejut sekiranya doktor-doktor gigi di sana dikatakan mengaku mendapat permintaan untuk mencabut gigi depan hampir setiap minggu oleh lelaki yang mahu kelihatan kacak kerana dikatakan fenomena pelik itu mampu untuk menarik perhatian wanita!

[Sumber]

Friday, February 01, 2013

WSJ Diserang Penggodam Tentera Siber China

WSJ Diserang Penggodam Tentera Siber China

Penggodam daripada China telah menyusup sistem komputer Wall Street Journal (WSJ), serangan kedua dilaporkan pada outlet berita utama Amerika Syarikat (AS) itu.


Journal berkata, penggodam cuba untuk memantau liputan di China.

The New York Times melaporkan bahawa penggodam China "berterusan" menembusi sistem sejak empat bulan lepas.

Beijing telah dituduh oleh beberapa kerajaan dan syarikat dalam menjalankan pengintipan siber selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun Kementerian Luar China menolak tuduhan New York Times sebagai "tidak berasas" dan "benar-benar tidak bertanggungjawab".

"China adalah juga mangsa serangan penggodaman. Undang-undang Cina jelas melarang serangan penggodaman, dan kita berharap pihak-pihak yang berkenaan mengambil sikap bertanggungjawab mengenai isu ini," kata jurucakap Hong Lei.

Penerbit WSJ, Dow Jones & Co, mengeluarkan satu kenyataan pada Khamis berkata, serangan penggodaman yang berkaitan liputan China adalah "satu isu yang berterusan."

"Bukti menunjukkan bahawa usaha penyusupan sasaran pemantauan liputan Journal China, dan tidak satu cubaan untuk mendapat kelebihan komersial atau salahnya maklumat pelanggan," kata jurucakap akhbar.

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan pakar keselamatan luar, mengambil langkah-langkah yang menyeluruh untuk melindungi pelanggan, pekerja, wartawan dan sumber," ujar beliau dipetik laporan BBC.

WSJ katanya, telah selesai membaik pulih rangkaian untuk meningkatkan keselamatan.

Sementara itu, New York Times berkata, serangan ke atas sistem itu bertepatan dengan laporan penyiasatan ke atas dakwaan bahawa keluarga Perdana Menteri China Wen Jiabao telah mengumpulkan kekayaan berbilion-bilion dolar.

Ia berkata, pakar telah mendapati bahawa serangan "bermula dari komputer universiti yang sama digunakan oleh tentera Cina untuk menyerang ketenteraan Amerika Syarikat pada masa lalu."

Beijing telah dituduh oleh beberapa kerajaan, syarikat-syarikat asing dan organisasi menjalankan pengintipan siber yang luas selama bertahun-tahun, cuba untuk mengumpul maklumat dan untuk mengawal imej China.

[Sumber}

Naib Presiden PAS Kantoi Menipu!

Naib Presiden PAS Kantoi Menipu!

Dekat-dekat pilihanraya ini apa ada main rembat saja. Janji dapat buat riuh kerajaan pembohong dan putar alam. Gara-gara ini juga Datuk Mahfuz Omar kantoi. Jawatannya dalam PAS bukan kecik anak… Naib Presiden.


Sepatutnya Ahli Parlimen Pokok Sena ini belajar dari pengalaman yang baru saja dilalui oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang kantoi akibat heboh kisah kononnya kerajaan Jepun ada bagi pampasan RM207 billion kepada mangsa Perang Jepun.

Nak kata tak ada akai… mereka pembesar PAS.Ia sekaligus mengambarkan mentaliti cacamarba mereka.

Lain kali tengok kiri kanan dan check dulu sebelum nak kaut publisiti murahan panggil wartawan ke sidang akhbar segala macam dengan niat nak buat pendedahan sensasi.

Mana agaknya Mahfuz nak sorok muka apabila sah didapati surat yang beliau dok heboh Rabu konon telah dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tipu kad pengenalan di Sabah nyata PALSU.

Surat berkenaan didakwa meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah.

Dalam sidang akhbarnya di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur, Mahfuz kata bimbang kad pengenalan yang hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing di Sabah yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya.

Menurut Mahfuz surat arahan itu ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Rabu, kata,” Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu.”

Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said, Khamis.

Baru-baru ini Kementerian Kewangan terpaksa keluar kenyataan beritahu dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Nizar adanya surat mengesahkan pembayaran RM207 billion dari kerajaan Jepun kepada mangsa landasan maut Burma-Thailand dalam Perang Dunia ke2 adalah palsu.

Dalam pada itu kerajaan Jepun sendiri menerusi saluran diplomatik meminta kerajaan Malaysia bertindak terhadap mereka yang terlibat sebar dakwaan palsu itu.

Akhirnya kerana riak dan terburu-buru nak cipta nama… Parti Islam Semalaysia kena tanggung malu.

–Agendadaily.com