Sunday, February 03, 2013

Bayi Malang Maut Ditimpa TV

Bayi Malang Maut Ditimpa TV

Seorang bayi berusia empat bulan, Kian McMillan meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas sebuah televisyen seberat 30 kilogram menimpa kepalanya akibat perbuatan ibunya yang mabuk dan sedang khayal dengan dadah.


Wanita itu, Natalie McMillan, 25, dipenjarakan selama 15 bulan.

Kejadian itu berlaku ketika bayi itu sedang terbaring di atas karpet di rumah berkenaan di Lancashire.

Ketika itu, ibunya cuba mengalihkan televisyen untuk membolehkannya memasang plug dvd.

Akibat kecuaian dan kebodohannya, peti televisyen itu menimpa anaknya sendiri.

Bagaimanapun Natalie ketika memberikan keterangan menafikannya dan memberitahu bahawa bekas kekasihnya yang juga bapa bayi itu, Edward Hanratty, 41, melakukan perbuatan berkenaan.

Jelasnya, ketika kejadian dia sedang tidur di tingkat atas rumah itu.

Natalie juga menafikan dia berada di bawah pengaruh arak dan dadah namun ujian yang dijalankan mengesahkan dia mengambil heroin dan valium.

Hanratty juga mengambil dadah ketika kejadian, namun dia tidak sedarkan diri di dapur rumah mereka.

Natalie bernasib baik tidak didakwa melakukan pembunuhan sebaliknya hanya didakwa kerana cuai.

Ketika hukuman dijatuhkan, hakim juga menempelak pasangan itu kerana tidak mempedulikan kebajikan bayi tersebut dan dalam masa sama sibuk mengambil dadah demi kepentingan diri mereka sendiri.

“Pada malam kejadian, anda berdua khayal dengan dadah dan arak hinggakan awak berdua melupakannya sehingga mendorong kematian anak tersebut dengan begitu tragis,” katanya.

[Sumber]

Awas! 250,000 Akaun Twitter Digodam Minggu Ini!

Awas! 250,000 Akaun Twitter Digodam Minggu Ini!

Penggodam yang tidak diketahui identiti mereka mensasarkan akaun Twitter dengan mengakses kira-kira 250,000 akaun pengguna, minggu ini, tetapi hanya berjaya mendapatkan maklumat tertentu seperti alamat e-mel.


Menurut laman rangkaian sosial itu, Twitter sudah menangani isu itu khususnya menukar semula kata laluan pengguna yang terbabit dengan ancaman penggodam dan mereka akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Serangan siber itu, katanya, berlaku beberapa hari selepas New York Times dan Wall Street Journal mendedahkan bahawa mereka menjadi sasaran usaha penggodaman terancang.

“Serangan itu bukan kerja amatur dan kami tidak percaya ia adalah kes terpencil. Kumpulan penggodam itu sangat canggih dan kami percaya syarikat lain serta pertubuhan turut mengalami serangan sama,” katanya di sini, hari ini.

–Reuters

Nazmi Ditendang Keluar Dari Kelab S.C. Beira-Mar?

Nazmi Ditendang Keluar Dari Kelab S.C. Beira-Mar?

Diam tak diam, pemain bola sepak pasukan Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor telah pun pulang ke Malaysia.

Nazmi

Nazmi dikhabarkan sudah tidak lagi bersama kelab Portugal, S.C. Beira-Mar.

Bapa kepada Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu kepulangan anak keempatnya itu ke Malaysia bukanlah disebabkan masalah peribadi iaitu kaitan percintaan dengan gadis bernama Tengku Fiella.

Kata Mansor yang dipetik dari akhbar Kosmo!, dia enggan mendedahkan punca sebenar dan masih lagi menunggu kenyataan dari agen Nazmi sendiri.

“Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana perlu merujuk kepada ejen Nazmi (Marco Guimaraes) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terlebih dulu,” kata Mansor.

Mengenai kesahihan dakwaan yang mengatakan Nazmi mengalami tekanan perasaan ketika berada di negara orang, Mansor menafikan cerita tersebut.

Mansor memberitahu emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil selepas tiba ke Malaysia.

“Ketika ini, emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil dan telah berada di Malaysia bersama keluarga,” katanya.

Hingga kini, lokasi keberadaan Nazmi masih lagi tidak didedahkan oleh Mansor kepada umum.

Pun begitu, satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi menerangkan situasi yang berlaku kepada Nazmi.

“Insya-Allah, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat seawal-awalnya Isnin ini,” beritahu Mansor.

Nazmi dikhabarkan akan beraksi untuk kelab Selangor PKNS dalam saingan Liga Malaysia selepas ini dan tidak lagi bersama Beira-Mar.

Hari ini, dilaporkan Nazmi akan menandatangani kontrak dengan Selangor PKNS.

Sejak akhir-akhir ini, kecoh dengan cerita Nazmi yang mengeluarkan kenyataan berunsur kecewa menerusi laman Twitter tentang hubungan cintanya dengan Tengku Fiella yang sudah pun berakhir.

Nazmi telah menuduh Fiella curang dan mempunyai hubungan dengan suami kepada pelakon, Rita Rudaini.

Namun, Fiella menafikan dakwaan tersebut dan menganggap Nazmi mengalami tekanan perasaan di sana kerana keseorangan.

BACA INI JUGA: 5 Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia

Sumber: Mynewshub

Ngeri! Kepala Lelaki Tertusuk Besi Tajam Sepanjang 35cm

Ngeri! Kepala Lelaki Tertusuk Besi Tajam Sepanjang 35cm

Tanpa disangka-sangka, seorang remaja lelaki yang begitu bersemangat memulakan kerja bertukar ngeri pada hari pertamanya apabila ditimpa nasib malang.


Wang Xin, 17, memulakan kerja dan latihannya pada 5 Januari di sebuah kilang di Qinghuangdao, Wilayah Hebei, Utara China.

Sedang melakukan kerjanya, secara tiba-tiba sebatang besi yang tajam telah terjatuh dari tingkat atas kilang tersebut.


Apa yang mengerikan, besi itu telah tertusuk ke kepala Wang Xin! Wang Xin terus di bawa ke hospital kerana dikhuatiri insiden itu akan meragut nyawanya.

Hasil dari pemeriksaan doktor, sepanjang 3cm besi yang penghujungnya tajam telah menembusi otak remaja itu.

Doktor telah pun melakukan pembedahan dan ternyata, nyawa Wang Xin masih lagi panjang. Dia selamat dalam pembedahan untuk mengeluarkan besi itu.-Dailymail.co.uk

BACA INI JUGA: Ngeri! Implan Payudara Tersembul Keluar

Mata Nyaris Buta Tercucuk Lidi Sosej Panggang

Mata Nyaris Buta Tercucuk Lidi Sosej Panggang

Wang Zijun dikatakan sedang makan sosej di dalam kereta sebelum bapanya tiba-tiba memberhentikan kereta serta-merta.

Nyaris Buta

Akibat daripada insiden itu, sebatang pemegang sosej buluh telah tercucuk pada kedalaman 1.5cm di bahagian kelopak mata anaknya yang pada ketika itu sedang makan sosej di tempat duduk belakang kereta yang dipandu itu.

Batang buluh sepanjang 1.5cm tertusuk berhampiran kelopak matanya hampir menyebabkan dia buta.

Doktor mengatakan dia bernasib baik kerana tidak kehilangan penglihatan disebabkan batang buluh itu tidak mengenai tepat pada matanya.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan doktor berhati-hati cuba membuang batang pemegang buluh sosej yang telah menembusi kulit kelopak mata kirinya itu.

Bapa kanak-kanak tersebut, Mr Dong berkata, 'selepas brek mengejut, anak saya menjerit dengan kuat menyebabkan saya terkejut. Saya terlihat batang sosej hampir menusuk biji matanya' katanya.

Menurut seorang ketua pakar bedah, Qiu Xiaorong, jika bapanya memandu lebih laju sedikit, perkara yang lebih buruk mungkin akan terjadi.

Dia juga bernasib baik kerana pemegang sosej yang tertusuk pada kedalaman 1.5cm itu tidak mengenai tepat pada mata anaknya yang boleh menyebabkan buta.

Selepas kejadian tersebut, ibu bapa Wang Zijun diberi amaran keras untuk memastikan anaknya, Wang Zijun sentiasa mamakai tali pinggang keselamatan untuk mana-mana perjalanan masa hadapan.

BACA INI JUGA: Apa Itu Buta Warna Dan Jenis-jenisnya

sumber: buatbest

Pekerja Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal

Pekerja Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal

Seorang remaja, Sam Green Jeffries (15 tahun), bergegas bangun untuk melakukan pekerjaannya sebagai penjual suratkhabar.

Sam Green Jeffries

Jam 6.45 dia sudah mula berbasikal, melempar surat khabar di depan rumah pelanggan-pelanggan setianya.

Kerja separuh masa ini dilakukan Sam sebelum berangkat ke sekolah.

Suatu hari, ibu Sam, Green Jeffries mendapat surat panggilan dari Pejabat Tenaga Kerja Kanak-Kanak di Worcestershire County Council.

Beliau terkejut kerana mendapat amaran keras, kerana mengizinkan  Sam bekerja 15 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan.

“Saya sudah mendidik anak-anak saya untuk bekerja keras dan menghargai waktu semasa usia begini.

"Saya tidak ingin mereka kelak menjadi seperti remaja-remaja zaman sekarang yang hanya boleh menimbulkan masalah bagi keluarga dan orang lain…”

Namun undang-undang tetap melarang Sam untuk bekerja sebelum jam 07.00 pagi. Sam memulakan kerja awal, kerana jika dia mula bekerja jam 07.00, dia akan terlambat ke sekolah.

Dia pun dipecat kerana mula kerja 15 minit lebih awal.

Walaupun dibuang kerja, Sam diberikan anugerah kecemerlangan prestasi oleh Neil Jagger, Pengarah Operasi Mail Newspaper


Sam telah memulakan kerja ini sejak 2008 lagi, majikanya sangat menyukai kerajinan yang ditunjukkan oleh Sam dan ramai pelanggan sukakan Sam kerana sifat ramah dan ringan tulangnya.

Ramai pelanggan Sam yang akhirnya mengajukan bantahan ke Pejabat Tenaga Kerja, meminta agar undang-undang tersebut dinilai semula dan disesuaikan dengan kehidupan.

Mereka berpendapat, Sam akan memberikan contoh dan teladan bagi anak-anak lain seusianya; bekerja keras, menghargai waktu dan disiplin.

Dewan Bandaraya akhirnya mempertimbangkan untuk melakukan kajian semula, keputusan hanya akan dibuat pada hujung tahun 2012 atau 2013.

Berikut adalah Undang-undang yang harus dipatuhi bagi kanak-kanak yang ingin bekerja:

1) Setiap syarikat yang menggaji kanak-kanak di bawah 16 harus mengetahui undang-undang Tenaga Kerja Kanak-Kanak.

2) Hanya kanak-kanakberusia 13 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan bekerja dan telah mendapat pengesahan dari ketua setempat (Jika di Malaysia seperti ketua kampung)

3) Kanak-kanak tersebut hendaklah membuktikan status kesihatanya dari hospital.

4) Kanak-kanak ini hanya dibenarkan bekerja diantara jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam dan mereka berhak mendapat cuti musim panas selama 2 minggu. -Agensi

BACA INI JUGA: 20 Negara Dengan Pekerja Paling Gembira Di Dunia

Benarkah Memakan Roti Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Benarkah Memakan Roti Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Seperti biasa roti sudah menjadi kegemaran ramai orang. Selain mengenyangkan, mudah didapatkan dan harganya agak berpatutan, rasa roti juga beraneka ragam. Meskipun begitu, bukan bererti roti adalah makanan yang menyihatkan. Ada juga kebaikan dan keburukan roti ini.


Berikut adalah alasan mengapa anda tidak boleh terlalu banyak makan roti, seperti dinyatakan oleh Times of India (16/01).

Tidak bernutrisi. Tidak seperti makanan lain, terutamanya roti putih tidak mengandungi nutrisi. Dengan memakan roti, anda tidak akan mendapatkan serat atau manfaat dari gandum yang lengkap yang ada di dalamnya. Meskipun begitu, roti yang dibuat dari gandum masih mengandungi sedikit nutrisi. Jadi, jika anda ingin mengambil roti untuk mendapatkan nutrisi, pilihlah roti gandum.

Terlalu banyak garam. Kebanyakan roti, terutamanya roti hasil daripada proses yang dibeli di supermarket, mengandungi banyak garam dan natrium. Jadi, jika anda mengambil roti, jangan lupa untuk selalu menghitung natrium yang ada di dalamnya. Tentu saja mengambil satu atau dua lapisan roti tawar tidak akan berbahaya. Namun akan lebih baik jika anda membuat dan memanggang roti sendiri di rumah, tanpa menggunakan terlalu banyak garam.

Boleh gemuk. Karbohidrat, garam, pengganti gula, dan bahan pengawet yang ada dalam roti boleh membuat berat badan bertambah. Jadi jangan terlalu banyak mengambil roti jika ingin menjaga berat badan. Makan roti sesekali tidak bermasalah, namun pilihlah roti yang sihat.

Tidak puas. Meskipun mengenyangkan, namun roti tidak boleh membuat anda puas kerana kurangnya nutrisi di dalamnya. Selain itu, roti juga tidak mengenyangkan jika hanya diambil sedikit.

Itulah beberapa sebab anda tidak boleh terlalu selalu makan roti. Daripada makan roti, lebih baik anda mengambil makanan yang lebih bernutrisi dan baik untuk kesihatan tubuh.

[Sumber]

Saturday, February 02, 2013

Unik! Sajian Enak Yang Dicampur Tanah Dan Lumpur

Unik! Sajian Enak Yang Dicampur Tanah Dan Lumpur

Sebuah restoran pelik yang terletak di Jepun menyediakan menu masakan yang berunsurkan tanah dan lumpur.


Setiap sajian menu yang dihidangkan akan ditambah dengan "perasa" tersebut sehinggakan pelanggan yang datang makan kadangkala tidak menyedari adanya tanah dan lumpur dalam makanan tersebut.


Restoran makanan Perancis tersebut dikatakan menyediakan menu yang dicampurkan dengan lumpur dan tanah bermula dari appetizer hingga ke dessert dan juga minuman yang disediakan.

Bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana bahan-bahan (tanah dan lumpur) yang dicampurkan ke dalam menu tersebut sudah diuji tahap kebersihan dan disahkan bersih untuk dimakan.

Seorang wartawan yang datang sendiri ke restoran Ne Quittez Pas, Gotanda, Tokyo itu memaklumkan bahawa dia tidak merasai langsung bahawa adanya tanah mahupun lumpur di setiap menu yang dirasainya itu.

Dia yang memesan menu pink watermelon champagne, potato starch and dirt soup, salad with dirt dressing dan juga dirt ice cream merasa sangat berpuas hati sekali dengan menu yang dihidangkan oleh restoran tersebut.

"Istimewa! Tiada rasa tanah sama sekali" ujar Jessica.

"Saya datang untuk merasai menu yang dihidangankan bersama tanah, tapi rasa tanah yang saya harapkan terlalu sedikit di dalam menu makanan sehinggakan saya terlupa bahawa ada tanah di dalamnya."

Bahan tanah tersebut dikatakan tidak terasa kerana lumpur tersebut diambil daripada kompos kopi dan serat yang biasanya dibuang begitu saja sebelum chef Toshio Tanabe mendapat idea menghasilkan menu makan malam, minum petang, tengahari daripada tanah dan lumpur itu.

[Sumber]

Penyanyi Cantik Indonesia Ini Lebih Terkenal Di Malaysia

Penyanyi Cantik Indonesia Ini Lebih Terkenal Di Malaysia

Penyanyi baharu Indonesia, Shae (ganbar) menganggap dakwaan kononnya dia kurang dikenali di negara asal berbanding di negara ini sebagai isu yang tidak perlu dibimbangkan.


Shae atau nama penuhnya Sheryl Gething, 19, berkata, dia mendapat tempat dan masih menerima tawaran di republik itu walaupun tidak sampai setahun menceburi bidang nyanyian.

"Saya percaya sesuatu perkara (kurang diterima) berlaku dengan sebab-sebab tertentu. Benar, nama saya agak kecil dan perlahan di negara saya tetapi saya ada kemajuan sebenarnya.

"Peluang (nyanyian) tetap ada dan peminat mulai menerima saya. Tidak banyak beza sama ada popular di negara mana pun," katanya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sayang ini berkata, dia lebih memikirkan mengenai mengembangkan kerjaya berbanding isu remeh seperti populariti.

"Saya ceburi bidang ini kerana cintakan terhadap seni. Apa jua berlaku, sama ada diterima ramai atau sebaliknya saya tetap gembira.

"Yang penting kerja keras untuk mengukuhkan nama dan kerjaya. Saya tidak tengok skala (populariti) tetapi penerimaan peminat terhadap muzik saya," katanya.

Penyanyi berdarah kacukan Australia (bapa) dan Riau (ibu) ini berkata, penerimaan yang baik di kalangan masyarakat di negara ini bertitik tolak daripada kerja keras syarikat rakamannya Warner Music Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada pasukan Warner di sini yang bekerja keras mempromosikan saya sehingga makin dikenali di sini.

"Saya mahu terus belajar untuk hasilkan lagu sendiri kerana tidak berpeluang untuk buat lagu sendiri dalam album pertama ini," katanya yang baharu melancarkan album berjudul The First, baru-baru ini.

[Sumber]

WTF! AVN Award Untuk Pelakon Filem Porno Terbaik

WTF! AVN Award Untuk Pelakon Filem Porno Terbaik

Ribuan manusia membanjiri dewan Hard Rock Hotel di Las Vegas untuk meraikan AVN Award (Adult Video News) iaitu anugerah untuk pelakon-pelakon filem porno terbaik beberapa hari lepas lapor media.


Menurut seorang pelakon lucah wanita yang bertanding dalam kategori anugerah pelakon porno terbaik, Natasha Nice, dia akan letakkan anugerah itu di bilik mandi berhampiran tab mandinya sekiranya memenangi anugerah berprestij tersebut.


Saya menghabiskan banyak masa di tab mandi, terutama dalam babak lakonan saya. Saya suka kebanyakan adegan lesbian dan akan meletakkan anugerah pelakon lucah tersebut di tab mandi itu katanya.


Bagaimanapun, menjelang lewat malam itu, Nice tidak berjaya merangkul anugerah pelakon porno terbaik sebaliknya anugerah tersebut dimenangi oleh seorang lagi pelakon lucah wanita bernama Lily Carter, 22 tahun, yang kurang 3 tahun pengalaman beraksi dalam filem porno berbandingnya.

Anugerah pelakon lucah lelaki terbaik pula dimenangi oleh James Deen, pelakon porno yang pernah dikaitkan bersama Lindsay Lohan.


Anugerah yang dipertandingkan dalam AVN Award pada 19 Januari 2013 itu dikatakan dihadiri oleh pelakon-pelakon lucah dari serata dunia dimana pelakon lucah serta pengarah filem porno masing-masing bersaing untuk merebut penghargaan dalam industri porno tersebut.

[Sumber]