Sunday, February 03, 2013

Nazmi Ditendang Keluar Dari Kelab S.C. Beira-Mar?


Diam tak diam, pemain bola sepak pasukan Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor telah pun pulang ke Malaysia.

Nazmi

Nazmi dikhabarkan sudah tidak lagi bersama kelab Portugal, S.C. Beira-Mar.

Bapa kepada Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu kepulangan anak keempatnya itu ke Malaysia bukanlah disebabkan masalah peribadi iaitu kaitan percintaan dengan gadis bernama Tengku Fiella.

Kata Mansor yang dipetik dari akhbar Kosmo!, dia enggan mendedahkan punca sebenar dan masih lagi menunggu kenyataan dari agen Nazmi sendiri.

“Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana perlu merujuk kepada ejen Nazmi (Marco Guimaraes) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terlebih dulu,” kata Mansor.

Mengenai kesahihan dakwaan yang mengatakan Nazmi mengalami tekanan perasaan ketika berada di negara orang, Mansor menafikan cerita tersebut.

Mansor memberitahu emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil selepas tiba ke Malaysia.

“Ketika ini, emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil dan telah berada di Malaysia bersama keluarga,” katanya.

Hingga kini, lokasi keberadaan Nazmi masih lagi tidak didedahkan oleh Mansor kepada umum.

Pun begitu, satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi menerangkan situasi yang berlaku kepada Nazmi.

“Insya-Allah, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat seawal-awalnya Isnin ini,” beritahu Mansor.

Nazmi dikhabarkan akan beraksi untuk kelab Selangor PKNS dalam saingan Liga Malaysia selepas ini dan tidak lagi bersama Beira-Mar.

Hari ini, dilaporkan Nazmi akan menandatangani kontrak dengan Selangor PKNS.

Sejak akhir-akhir ini, kecoh dengan cerita Nazmi yang mengeluarkan kenyataan berunsur kecewa menerusi laman Twitter tentang hubungan cintanya dengan Tengku Fiella yang sudah pun berakhir.

Nazmi telah menuduh Fiella curang dan mempunyai hubungan dengan suami kepada pelakon, Rita Rudaini.

Namun, Fiella menafikan dakwaan tersebut dan menganggap Nazmi mengalami tekanan perasaan di sana kerana keseorangan.

BACA INI JUGA: 5 Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon