Saturday, February 02, 2013

Pemain Liga Perdana Inggeris 'Basuh' Punggung Dengan Duit!


Mungkin kerana terlalu kaya, seorang pemain sebuah kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) ini mengesat punggungnya dengan hanya menggunakan wang kertas bukan dengan tisu seperti kebiasaannya.


Terdapat juga beberapa lagi wang kertas yang masih bertaburan dalam tandas di sekelilingnya yang dianggarkan sebanyak 1000 pound yang digunakan untuk mengesat najisnya!


Liam Ridgewell, 28, merupakan seorang pemain bolasepak kelab West Brom di Liga Perdana Inggeris yang mencetuskan kontroversi selepas beberapa keping gambar yang tersebar menunjukkan dia sedang mengesat punggungnya menggunakan wang kertas dan bukannya tisu tandas.

Dia dikatakan menerima gaji yang agak lumayan (28,000 Pound) setiap minggu sebagai seorang pemain midfield bagi kelab bolasepak tersebut sehingga dia sanggup mengesat najisnya menggukan wang kertas itu.

Dia bagaimanapun meminta maaf atas tindakan bodohnya itu selepas mendapat beberapa kritikan daripada peminat dan juga orang ramai dan menganggap tindakannya itu hanyalah sebagai gurauan peribadi.

Kerana tindakan bodohnya itu kebanyakan peminat pasukan bolasepak itu melabelkan dia sebagai seorang yang angkuh dan bodoh.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon