Tuesday, January 29, 2013

Rafizi Mohon Maaf Mengaku Buat Fitnah

Rafizi Mohon Maaf Mengaku Buat Fitnah

Itulah...lain kali jangan berlagak macam terlalu hebat. Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli nampaknya menjilat ludah sendiri akhirnya.


Terpaksa mohon maaf pada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namun nak menceritakanlah pasal Rafizi kan…Lihat kedua-dua tweet yang datang dari akaun dia sendiri.

Yang pertama penuh dengan ego dan sombong nadanya. Tup tap... mengaku buat fitnah, sedih, mintak maaf yea... kah kah kah...


Mana pergi lawan tetap lawan?

Teringat apa Deepak cakap pasal Rafizi dalam satu sidang media kat Hotel Le Meridian Kuala Lumpur baru-baru ni...

“Masa isu lembu dulu memang dia buat kerja yang baik, mungkin itu kekuatan dia dan dia patut tumpukan pada lembu,”. .

Tepek tepat ke muka Deepak bagi...

Jadi... ada sebab la kot ramai duk gelar dia Rafizi Lembu sekarang ni.

[Sumber]

Kantoi! Guru Dipecat Kerana Berlakon Filem Dewasa

Kantoi! Guru Dipecat Kerana Berlakon Filem Dewasa

Seorang guru sains gagal dalam rayuan untuk mendapatkan semula pekerjaannya selepas dia dipecat setelah pelajarnya menyaksikannya beraksi dalam filem lucah.

Guru Dipecat Kerana Pernah Berlakon Filem Dewasa

Tiga hakim yang membuat keputusan itu memutuskan bahawa Stacie Halas tidak sepatutnya mengajar lagi.

“Kami berharap awak dapat melupakan kisah silam. Namun kemudahan untuk mengakses filem lucah itu melalui internet akan berterusan.

“Ia akan menyebabkan keupayaan awak untuk mengajar dengan efektif akan terjejas,” kata hakim Cabos-Owen ketika membaca penghakiman setebal 46 muka surat.

Halas, 32, menjadi pelakon lucah selama sembilan bukan sebelum mengajar di Sekolah Haydock.

April tahun lepas, dia dipecat sebagai guru sains selepas filem lucahnya disaksikan oleh pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut melalui internet.

Dia mendakwa hanya terlibat sebagai pelakon lucah untuk tempoh antara 2005 hingga 2006 selepas berdepan masalah kewangan kerana ditinggalkan kekasihnya.

Ketika menjadi guru, Halas memberitahu dia langsung tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Namun imejnya telah terjejas hingga menyebabkan tugas sehariannya terganggu.

BACA INI JUGA: Pelakon Lucah Tercantik Dunia

sumber: carigold

Adakah William Sebenarnya Mati Didera?

Adakah William Sebenarnya Mati Didera?

Negara dikejutkan dengan penemuan mayat William Yau Zhen Zhong, 6, yang jasadnya ditemui terapung di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu.


Hari ini, pihak polis mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui itu memang sah William selepas menerima laporan awal ujian ‘deoxyribunucleic acid’ (DNA) oleh Jabatan Kimia.

Ia bertepatan dengan sampel DNA yang diberikan oleh ibu bapa William sendiri, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32.

Maka, secara rasminya William Yau sudah ditemui walaupun hanya jasadnya sahaja selepas dia dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights.

William dipercayai hilang dan tidak dapat dikesan selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik. Itulah versi yang kita semua faham setakat ini.

Walaupun mayat William sudah ditemui….namun ia bukan penghujung kepada kisah malang kanak-kanak itu.

Sebaliknya, penemuan mayat William membawa semakin banyak tanda tanya dan misteri kepada pihak polis dan masyarakat.

Malah, kes kematian anak kedua pasangan berbangsa Cina itu sepertinya membuka ‘episod’ baru dari sehari ke sehari.

Menurut laporan akhbar Kosmo hari ini, polis ada menerima laporan kemungkinan terdapatnya unsur penderaan terhadap mangsa.

Ini kerana, terdapat beberapa kesan lebam ditemui di anggota badan William.

Justeru, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ibu bapa William akan dipanggil semula untuk memberi keterangan terhadap laporan dera yang diterima.

“Bagaimanapun, ia akan dilakukan selepas kita menerima keputusan penuh bedah siasat dan ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak yang dipercayai William itu. DNA biasanya akan diperoleh dalam tempoh 72 jam hari bekerja,” kata Yahaya.

Sementara itu, dalam laporan berita akhbar The Star, satu lagi tanda misteri ‘muncul’ berhubung kematian William.

Pihak polis ketika ini sedang meneliti semula kesemua bukti yang ada termasuk kenyataan bercanggah dari keluarga mangsa dan saksi.

Setiap kenyataan yang diberikan kepada pihak polis amat berbeza antara ibu bapa dan abang kepada William.

Antara kenyataan yang bercanggah datangnya dari bapa William sendiri di mana, pada hari William dilaporkan hilang, Kok Kang hanya menyedari kehilangan William selepas jangka masa 15 minit memandu kereta?

Bukan itu sahaja, persoalan lain yang timbul adalah mengapakah abang William tidak memberitahu kepada ibu bapanya akan kehilangan William?

Percanggahan kenyataan antara keluarga dan orang-orang yang rapat dengan William menjadikan kes itu mungkin berubah dari kematian mengejut kepada pembunuhan.

Ia bertepatan dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zini bahawa kes William yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tidak bermakna bahawa polis tidak akan menyiasat kemungkinan lain termasuk pembunuhan.

“Kita masih akan menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak lelaki itu dibunuh atau mati kerana kemalangan.

“Kami sedang menjejaki semula semua penemuan kami dengan teliti sepanjang siasatan,” katanya.

Nyata, pada peringkat ini, kes melibatkan William semakin kusut dan semakin misteri.

Persoalannya…apakah yang berlaku adalah kemalangan atau jenayah berat?

[Sumber]

Monday, January 28, 2013

Orang Miskin Ialah Mereka Yang Berusaha Memenuhi Kehendak Mewah

Orang Miskin Ialah Mereka Yang Berusaha Memenuhi Kehendak Mewah

Menjadi individu ternama apatah lagi menjawat jawatan sebagai pemimpin negara akan menyebabkan segala gelagat dan tindak-tanduk akan sentiasa diperhatikan.

Orang Miskin Ialah Mereka Yang Berusaha Memenuhi Kehendak Mewah

Tujuannya, sama ada untuk dijadikan panduan oleh penyokong atau ancaman terhadap penentangnya.

Tetapi, Presiden Uruguay, Jose Mujica tampil dengan sisi eksentrik lari daripada kebiasaan presiden lain yang sudah biasa hidup mewah.

Mujica dilantik memegang jawatan itu pada 2009 bukan sahaja menjadi sumber inspirasi rakyatnya bahkan masyarakat dunia yang begitu mengaguminya.

Lelaki berumur 77 tahun ini rela memilih untuk hidup sederhana di sebuah rumah ladang milik isterinya, Lucia Topolansky di Montevideo, ibu negara Uruguay walaupun kerajaan menyediakan istana presiden yang selesa untuknya.

Presiden Uruguay ini gemar menanam pokok bunga hiasan.

Malah, dia yang tidak mempunyai zuriat telah mendermakan 90 peratus gajinya untuk golongan miskin dan usahawan kecil.

Rumahnya dikelilingi tanaman jagung dan bunga yang diusahakan sendiri. Hanya terdapat dua orang polis yang menjaga keselamatannya selain seekor anjing peliharaan yang diberi nama Manuela.

Bekalan air diperoleh daripada telaga di belakang rumah manakala pakaian tersidai di ampaian menjadi pemandangan biasa di belakang rumahnya.

Gaji Mujica kira-kira RM40,000 namun hanya RM2,500 yang ditinggalkan untuknya.

Selain itu, aset yang diisytiharkan hanyalah sekitar RM675,000 termasuklah rumah dan tanah ladang, traktor dan sebuah kereta buruk, Volkswagen Beetle keluaran 1967.

Kehidupan presiden ke-40 Uruguay ini didasari sejarah perjalanan hidupnya semasa muda.

Beliau menganggotai kumpulan gerila Tupamaros yang dibayangi gerila Cuba pada 1960 selama 10 tahun.

Lelaki yang mengamalkan diet vegetarian ini pernah dipenjarakan selama 16 tahun sebelum dibebaskan pada 1986.

Katanya, hidup di penjara banyak mendewasakan dirinya kerana keadaan fizikal tempat tahanan itu yang buruk selain sering diasingkan dengan banduan lain.

Malah, beliau mendakwa pernah ditembak sebanyak enam kali tetapi mujur umurnya masih panjang.

"Saya digelar sebagai Presiden paling miskin di dunia tetapi saya langsung tidak berasa miskin.

"Orang miskin ialah mereka yang berusaha untuk memenuhi kehendak hidup serba mewah dan akhirnya sentiasa tamak untuk mendapatkan harta," ujar Mujica.

[Sumber]

Saya Tak Kisah Digelar Lelaki Gay - James Franco

Saya Tak Kisah Digelar Lelaki Gay - James Franco

Aktor kacak, James Franco mengakui dirinya telah ditohmah sebagai seorang gay ketika di zaman persekolahannya dahulu. Namun, pelakon siri filem Spider-Man itu menegaskan dia tidak peduli tentang hal itu kerana dia adalah lelaki sejati.


Ujarnya kepada MTV News: "Di zaman persekolahan saya dahulu, ramai yang membuat spekulasi saya ini seorang gay.

"Sebenarnya, apa yang berlaku ialah apabila saya menolak cinta seorang pelajar wanita. Disebabkan sakit hati, dia telah menyebarkan gosip di sekolah saya itu mendakwa saya seorang gay."

Aktor berusia 34 tahun itu pernah bercinta dengan aktres Marla Sokoloff selama lima tahun sebelum putus cinta dan kembali bercinta, juga selama lima tahun dengan pelakon Anna O'Reilly.

Dia yang kini kembali solo sejak tahun 2011 menegaskan, dirinya tidak kisah dituduh sebagai seorang gay.

"Saya tak kisah digelar sebagai gay kerana saya lelaki sejati!" tegasnya.

[Sumber]

Artis Popular Indonesia Di Tahan Ketika Berpesta Dadah

Artis Popular Indonesia Di Tahan Ketika Berpesta Dadah

Artis popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 yang lain ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi semalam.


Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN, Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam.

Irwansyah popular di Malaysia menerusi lagu Pecinta Wanita dan My Hearts serta sinetron Andai Ku Tahu dan Upik Abu dan Laura.

[Sumber]

Manchester United Kempunan Piala FA Sejak 2004

Manchester United Kempunan Piala FA Sejak 2004

Alex Ferguson berazam mahu membawa pulang Piala FA untuk kali ke-11 buat Manchester United pada penghujung musim ini.

Nani kembali diturunkan United dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang 
Fulham kelmarin selepas lama direhatkan. Pemain itu berjaya membantu United menang 4-1.

United merupakan antara pasukan terbanyak memenangi trofi tersebut dalam sejarah kejohanan, namun kali terakhir mereka berjaya mendakap Piala FA adalah pada tahun 2004.

Ini bermakna hanya Ryan Giggs, Paul Scholes dan Darren Fletcher berada dalam kesebelasan utama United berjaya merasai nikmat memenangi trofi tersebut ketika ini.

Paling membanggakan, Giggs menjaringkan gol pembukaan United ketika mereka mudah mengatasi cabaran Fulham 4-1 dalam pusingan keempat Piala FA kelmarin.

"Saya percaya pemain-pemain United akan meneruskan momentum kemenangan ini hingga ke perlawanan akhir.

"Saya berharap tahun inilah peluang mendapatkannya. Sesetengah daripada mereka (pemain) beraksi cemerlang hari ini," jelas Ferguson.

Tambah beliau, ini merupakan salah satu persembahan terbaik mereka musim ini selepas menurunkan pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Giggs menyempurnakan sepakan penalti pada minit kedua perlawanan untuk gol pertama United, diikuti gol Wayne Rooney sebelum Javier Hernandez menambah dua lagi gol untuk United selesa mendahului 4-0.

Bagaimanapun, Aaron Hughes berjaya 'mencuri' satu gol untuk Fulham.

"Piala FA sangat bermakna. Kali terakhir kami memenanginya sembilan tahun lalu. Ramai pemain masih belum merasai nikmat mendakap trofi ini.

"Kami harap tahun ini ia menjadi kenyataan," kata Giggs.

Persembahan menakjubkan Hernandez dan Rooney turut menggembirakan Ferguson.

Beliau menyifatkan kuartet Rooney, Hernandez, Danny Welbeck dan Robin van Persie pasti digeruni sama seperti gandingan pemenang tiga piala pada 1999 - Andy Cole, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solskjaer dan Teddy Sheringham. - AFP

[Sumber]

Wow! Gangnam Style Gondol 2 Anugerah Di Perancis

Wow! Gangnam Style Gondol 2 Anugerah Di Perancis

Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menggondol dua anugerah menerusi lagunya, Gangnam Style pada Anugerah Muzik NRJ, Cannes, Perancis, lapor portal hiburan Contactmusic kelmarin.

PSY membuat persembahan tarian kuda pada 
Anugerah Muzik NRJ di Cannes, Perancis kelmarin.

Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 35, memenangi kategori lagu antarabangsa terbaik untuk tahun 2012 dan video muzik terbaik.

Dia yang memakai pakaian berkilat sempat membuat persembahan tarian kuda di atas karpet merah.

Sementara itu, kumpulan nyanyian terkenal dari Britain, One Direction pula memenangi kategori artis kumpulan antarabangsa terbaik.

Kumpulan itu dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Liam Payne.

Bintang terkenal kelahiran Barbados, Rihanna, 24, juga merangkul satu anugerah bagi kategori artis wanita antarabangsa terbaik untuk tahun 2012.

Namun, bekas kekasih penyanyi R&B, Chris Brown itu tidak hadir pada majlis tersebut. - Agensi

[Sumber]

245 Pengunjung Mati Kelab Malam Terbakar

245 Pengunjung Mati Kelab Malam Terbakar

Kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di bandar Santa Maria, selatan Brazil awal pagi semalam mengorbankan kira-kira 245 orang dan mencederakan sekitar 200 orang, kata polis dan bomba.


Seorang pegawai polis tempatan, Cleberson Braida ketika memberitahu media tempatan berkata, 245 mayat dibawa untuk proses pengecaman ke sebuah gimnasium di bandar Santa Maria.

Jumlah kematian itu menjadikan ia salah satu insiden kebakaran kelab malam paling buruk dalam tempoh lebih satu dekad.

Menurut beberapa pegawai, punca kebakaran belum diketahui. Kebanyakan yang maut kerana terhidu asap atau menjadi mangsa rempuhan pengunjung yang berasak-asak untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, menurut laporan tempatan, kebakaran berlaku akibat percikan bunga api. Beberapa pegawai berkata, kebakaran tersebut berlaku semasa sebuah band membuat persembahan.

Pada awalnya, para pegawai menganggarkan jumlah kematian seramai 180 orang.

Jurucakap polis awam dan pentadbiran serantau, Marcelo Arigoni pada awalnya memberitahu Radio Gaucha bahawa jumlah sebenar mangsa masih tidak jelas dan mungkin ada beratus-ratus mangsa yang cedera.

Akhbar Diario de Santa Maria melaporkan, api mula marak pada pukul 2 pagi di kelab malam Kiss di bandar selatan Brazil itu dekat sempadan Argentina dan Uruguay.

Seorang pengawal keselamatan kelab malam itu, Rodrigo Moura dilaporkan berkata, pusat hiburan tersebut mencapai kapasiti maksimum antara 1,000 dan 2,000 pengunjung dan mereka menolak dan merempuh untuk menyelamatkan diri.

Seorang pengunjung kelab malam itu, Ezekiel Corte Real, 23, dipetik sebagai berkata, dia membantu orang ramai menyelamatkan diri.

Bandar Santa Maria merupakan sebuah bandar universiti utama dengan jumlah penduduk sekitar suku juta orang. - Agensi

[Sumber]

Pertandingan Boling Kelapa Yang Sangat Unik

Pertandingan Boling Kelapa Yang Sangat Unik

Satu pertandingan membaling buah kelapa ke arah 10 buah nanas diadakan di Restoran Blue Heaven, Key West, Amerika Syarikat kelmarin.

Clifford membaling buah kelapa ke arah 10 buah nanas 
di Restoran Blue Heaven, Key West kelmarin.

Seorang peserta, Clifford Rolwing memenangi pertandingan itu.

Ia diadakan sempena Festival Buah-Buahan Key West. - AGENSI

[Sumber]