Monday, January 28, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #5/2013

Info Fakta Menarik Dunia #5/2013

Dianggarkan manusia menuturkan 30,000 patah perkataan sehari bersamaan 3.4 jam jika bertutur tanpa henti.


Gelaran ‘The Black Prince’ (raja hitam) untuk Putera Wales Edward (1330-1376) hanya muncul selepas 200 tahun kematiannya walaupun hakikatnya beliau berkulit putih.


Sum-sum tulang manusia dewasa mengeluarkan 10,000,000 sel darah merah sesaat.


Aktress Perancis, Sarah Bernhardt melakonkan watak Juliet berumur 17 tahun walaupun sebenarnya beliau berusia 70 tahun ketika itu.


2,000 tahun lalu asbestos digunakan untuk mengawet mayat tetapi sekarang asbestos digunakan sebagai bumbung rumah.


Nike, jenama barangan sukan sebenarnya adalah nama dewi kemenangan dalam metologi masyarakat Greek.


Boomerang tidak akan kembali kepada pembalingnya selepas mengenai sesuatu.


-SP

Sunday, January 27, 2013

Kura-kura Galapagos Hampir Pupus Kerana Serangan Tikus

Kura-kura Galapagos Hampir Pupus Kerana Serangan Tikus

Tikus merupakan bukan hidupan asli di rangkaian Kepulauan Pasifik. Kini, ia hampir melenyapkan populasi kura-kura dan ancamannya semakin menuju kepupusan menyeluruh.

Helikopter digunakan untuk menyebarkan palet racun tikus di pulau yang tidak didiami oleh manusia.

"Haiwan itu memusnahkan telur-telur dan membunuh spesies tersebut yang masih muda. Ia mengganggu keseimbangan ekosistem semula jadi yang lemah seperti di Galapagos," kata pengarah Taman Alam Semula Jadi Galapagos, Edwin Naula.

Racun tikus telahpun dilepaskan menggunakan helikopter di Pulau Pinzon yang tidak dihuni sebagai eksperimen bagi membuka jalan membasmi masalah kebanjiran makhluk perosak itu.

Setakat ini, kesemua kura-kura di taman alam itu menetas melalui kaedah eraman, kemudian ia dibesarkan dalam kurungan sebelum dilepas ke hidupan liar ketika berumur empat atau lima tahun.

"Kami masih belum bernasib baik dalam usaha membiakkan spesies asal itu dalam habitat liar kerana kehadiran tikus tetapi berharap ia akan berubah sebaik semua tikus tersebut dihapuskan," kata penyelia program konservasi, Christian Sevilla.

Galapagos yang terletak 1,000 kilometer dari pesisir pantai Ecuador merupakan kepulauan yang merangkumi 13 buah pulau dan lebih 100 batu-batuan serta pulau-pulau mikro.

Ia menjadi terkenal apabila pakar evolusi, Charles Darwin melawat kawasan tersebut pada tahun 1835 bagi menjalankan kajian penandaan kawasan.


Kajian tersebut telah menjadi faktor tercetus teori-teori evolusi yang sangat radikal.

Kepulauan itu tidak dihuni apabila orang Eropah mula-mula melawat tempat tersebut pada abad ke-16 tetapi kini populasinya sudah mencapai kira-kira 25,000 orang.

Pakar-pakar menganggarkan terdapat lebih 300,000 ekor kura-kura raksasa tetapi populasi menyusut ketika abad ke-18 dan ke-19 selepas haiwan itu diburu oleh pemburu paus serta lanun sebagai bekalan makanan segar.

Tanpa disedari, penceroboh-penceroboh itu secara tidak sengaja turut membawa makhluk perosak yang lain seperti tikus ke kepulauan itu.


Pada hari ini, antara 30,000 hingga 40,000 penyu dan kura-kura masih hidup di Galapagos. Kawasan semula jadi itu diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia daripada Pertubuhan Bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1978 kerana keunikan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.

Bagaimanapun, UNESCO telah mengisytihar persekitaran rangkaian kepulauan itu terancam pada tahun 2007 kerana kenaikan dalam bidang pelancongan dan kemasukan spesies invasif.

Renjer penjaga Galapagos telah melakukan banyak usaha untuk menghapuskan tikus-tikus di seluruh rangkaian pulau itu yang menjadi rumah bagi sekurang-kurang 1,500 spesies flora dan 500 jenis fauna.

Para pakar menganggarkan terdapat antara lapan hingga 12 ekor tikus untuk setiap hektar di kawasan-kawasan serangan.

Selain memberi ancaman pada kura-kura, tikus juga turut menyerang iguana dan cicak. Para penyelidik amat gusar terhadap kemungkinan yang berpunca daripada makhluk perosak itu.

Terdapat juga kebarangkalian bahawa tikus-tikus itu telahpun menghapuskan beberapa spesies yang masih belum ditemui dan direkodkan.

Sebagai langkah memulihara ekosistem Galapagos, organisasi dan kumpulan Konservasi Pulau Amerika Syarikat telah membantu menyebarkan bertan-tan gentelan racun tikus di Pinzon.

Terdapat beberapa kelemahan dalam pendekatan itu termasuk mengelakkan umpan tersebut dimakan oleh penduduk peribumi atau spesies-spesies lain.

Dalam usaha menangani perkara itu, strategi menggunakan burung pemangsa pernah dicuba. Lebih kurang 60 helang dipelihara dalam sangkar di kawasan cerun Pulau Pinzon.

Namun begitu, ahli-ahli alamiah di situ berkata, sekurang-kurangnya seekor burung pungguk ditemui mati selepas memakan seekor tikus yang tercemar dengan racun.

"Itu adalah harga yang perlu dibayar untuk sebuah rancangan bagi membolehkan sistem semula jadi dibaik pulih," kata salah seorang pegawai yang terlibat dalam pengurusan seharian Galapagos, Danny Rueda.

Beberapa jenis burung dan haiwan dilindungi sepanjang usaha membasmi tikus-tikus, ia akan dilepaskan dalam tempoh lebih kurang lima hari, waktu yang cukup untuk racun itu melalui proses biodegradasi.

Jika skim penghapusan itu berjaya di Pinzon, ia akan dipanjangkan ke pulau-pulau lain di rangkaian Galapagos termasuk kawasan yang tidak berpenghuni. - AFP

-SP

Tentera Rusia Di Larang Tatu Alat Sulit

Tentera Rusia Di Larang Tatu Alat Sulit

Tentera Russia semalam mengeluarkan perintah untuk memeriksa tatu pada bahagian sulit anggotanya.

Gambar hiasan

Satu sumber Kementerian Pertahanan berkata, langkah itu tidak ada kena mengena dengan undang-undang mengharamkan kumpulan gay.

Dalam kenyataan yang disiarkan akhbar Izvestia, kementerian itu berkata, tumpuan akan diberikan pada muka, organ seks dan punggung.

Sumber Kementerian Pertahanan juga berkata, pemeriksaan dilakukan untuk memastikan kesihatan dan penampilan semata-mata, bukan untuk menentukan kecenderungan seks anggota tentera. - Agensi

-SP

Luarbiasa! Kura-kura Hilang 30 Tahun Lalu Ditemui Semula!

Luarbiasa! Kura-kura Hilang 30 Tahun Lalu Ditemui Semula!

Seekor kura-kura yang hilang sejak 30 tahun lalu akhirnya ditemui semula oleh pemiliknya. Kura-kura itu sebenarnya selama ini berada di dalam bilik stor yang dikunci, tanpa disedari oleh pemiliknya.

Luarbiasa! Kura-kura Hilang 30 Tahun Lalu Ditemui Semula!

Kura-kura itu atau dikenali sebagai Manuel hilang pada 1982. Biarpun tuannya mencari di merata tempat, ia gagal dikesan, hinggalah ketua keluarga tersebut meninggal dunia awal bulan lalu.

Selepas kematian lelaki itu, Leonel Almeida, anak-anaknya telah membersihkan bilik stor terbabit yang dipenuhi dengan barang-barang elektrik yang mengalami kerosakan.
Bilik itu sebelum ini sentiasa dikunci oleh keluarga terbabit.

Menurut salah seorang anak Leonel, iaitu Leandro, ketika dia membuang sampah di dalam tong sampah, dia terkejut kerana ditegur oleh seorang pemungut sampah.

“Takkan lah awak hendak membuang kura-kura ini,” kata pemungut sampah berkenaan, lantas mengejutkan Leandro yang sama sekali tidak menyangka akan menemui semula kura-kura kesayangan keluarga itu.

Tiada siapa di kalangan anggota keluar Almeida itu yang mengetahui bagaimana Manuela boleh hidup sehingga 30 tahun dalam bilik stor tersebut.

Dalam pada itu, seorang doktor haiwan, Jeferson Pires berkata, Manuela merupakan seekor kura-kura daripada spesis yang mampu hidup untuk tempoh lama tanpa makanan.

“Ia adalah sejenis kura-kura yang mampu bertahan dan hidup selama dua hingga tiga tahun tanpa makanan. Kalau di hutan, ia makan buah-buahan dan bangkai binatang,” katanya.

Dalam kes ini, kata Pires, Manuela hidup dengan makan anai-anai dalam bilik berkenaan.

Sumber: mynewshub.cc

Gambar Puteri Diana Masa Remaja Terjual RM54,800

Gambar Puteri Diana Masa Remaja Terjual RM54,800

Sekeping gambar Diana Spencer bertanda “bukan untuk disiarkan” dijual pada harga AS$18,000 (RM54,800) dalam sebuah acara lelongan.


Gambar itu memaparkan Diana sebelum berkahwin dengan Putera Charles dan bergelar Princess of Wales berehat di katil bersama rakannya dalam satu percutian bermain ski.

Selain Diana, seorang lelaki misteri yang akhirnya dikenali sebagai Adam Russell dan sebotol wiski turut kelihatan dalam gambar berkenaan. Gambar itu diperoleh sebuah akhbar Britain sejurus selepas Diana bertunang dengan Charles.

Firma lelongan RR Auction berkata, gambar itu dijual kepada seorang pelabur hartanah dari San Diego pada harga AS$18,000 (RM54,800). -AP

-SP

Gadis-gadis Cantik Yang Menjual Dara Di Internet

Gadis-gadis Cantik Yang Menjual Dara Di Internet

Berikut adalah senarai lapan wanita yang diketahui menjual keperawanan mereka secara terbuka. Sebahagian besar daripada mereka berbuat demikian untuk mencari wang bagi melanjutkan pelajaran.

Catarina Migliorini


Catarina Migliorini berumur 20 tahun ketika menjual daranya kepada seorang jutawan Jepun. Dia berasal dari Brazil dan mendapat bayaran lebih RM2 juta.

Natalie Dylan


Natalie Dylan merupakan seorang pemegang ijazah dalam bidang Pengajian Wanita dari Universiti Sacramento State. Pada asalnya, wujud khabar angin daranya mencapai nilai ‘bidaan’ RM11 juta namun menurut pihak yang menguruskannya, urusniaga itu tidak pernah menjadi realiti. Natalie bagaimanapun tetap membawa pulang hampir RM750,000.

"Ungirl"


Seorang gadis dari New Zealand menggunakan nama "Ungirl" mengikuti jejak Natalie Dylan. Dia menerima 1,200 bidaan dan berakhir dengan dia menerima tawaran bernilai hampir RM100,000.

“Jumlah itu jauh lebih banyak daripada apa yang saya impikan,” wanita itu dilaporkan berkata.

Alina Percea


Alina Percea yang berasal dari Romania mendakwa menjual daranya untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengkomputeran. Seorang usahawan Itali membayar RM52,000 untuk dara gadis manis itu.

Rosie Reid


Tidak ketinggalan dalam perdagangan dara adalah Rosie Reid, seorang remaja lesbian yang berumur 18 tahun. Dia menjual daranya untuk meneruskan pelajaran ke Bristol University. Selepas 2,000 bidaan, seorang jurutera berusia 44 tahun yang juga duda anak dua berjaya memperoleh habuannya.

Rosie dilaporkan menyesal dengan tindakannya itu. Selepas daranya hilang, dia dan teman lesbian, Jess Cameron menangis berhari-hari.

Rafella Fica


Rafella Fica, model bikini dan bintang program realiti berusia 20 tahun hanya bersedia memberikan daranya melalui kemasyhuran dan kekayaan. Dia hanya bersetuju untuk menurunkan seluar dalamnya jika ada lelaki yang sudi membayar RM5.1 juta. Katanya, dia mahu menggunakan wang berkenaan untuk membeli sebuah rumah dan mengikuti kelas lakonan.

Graciela Yataco


Graciela Yataco adalah wanita yang bertanggungjawab memulakan trend menjual dara. Pada tahun 2005 ketika berusia 18 tahun, Graciela Yataco, seorang model di Peru tidaklah terlalu menyerlah. Ketika itu, dia terpaksa menangung perbelanjaan perubatan ibunya dan yuran adik lelakinya. Dia menerima tawaran RM4.5 juta daripada seorang lelaki Kanada. Namun, kutukan dan email hinaan yang diterima dari masyarakat negaranya menyebabkan Graciela membatalkan hasratnya pada saat-saat terakhir.

The Gumtree Girl


Seorang gadis Sekolah Katolik Irish berusia 16 tahun mengiklankan dirinya di laman web Gumtree. Seorang wartawan berjaya membida sehingga harga RM30,000. Tujuan wartawan berkenaan adalah untuk memastikan kesahihan identiti The Gumtree Girl. Apabila mereka bertemu, memang terbukti The Gumtree Girl adalah seorag budak sekolah berumur 16 tahun. Pelajar itu bagaimanapun menarik diri dan berkata tindakannya itu hanyalah satu lawak jenaka apabila wartawan berkenaan mendedahkan identiti dirinya.

[Sumber]

Baju Kalis Peluru Yang Mampu Menahan Tembakan AK-47

Baju Kalis Peluru Yang Mampu Menahan Tembakan AK-47

Jurutera senjata rusia telah mencipta perisai kalis peluru baru yang dinamakan Zabor untuk tentera mereka. Perisai ini paling kuat di dunia dan boleh menahan tembakan AK-47 dan Sniper Rifle (SVD).


AK-47 dan SVD memang cukup menggerunkan. Dicipta untuk membunuh dan meninggalkan kerosakan kekal pada tubuh manusia sehingga kini.


[Sumber]

Misteri Tiga Generasi Yang Terbunuh Di Sambar Petir

Misteri Tiga Generasi Yang Terbunuh Di Sambar Petir

Pada tahun 1899, panahan petir membunuh seorang lelaki yang berdiri di belakang rumahnya di tarato, itali.

Misteri-Petir
Gambar hiasan.

Tiga puluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1929 anak lelaki si mati terkorban dengan cara yang sama, tidak berapa jauh dari tempat ayahnya terbunuh.

Pada 8 oktober 1949 pula, Rolla Primarda, generasi ketiga keluarga itu, anak mangsa kedua menemui ajal dengan cara yang sama.

Masyarakat setempat menuduh lelaki itu terkena sumpahan lalu menghantui beberapa generasi berikutnya.

BACA INI JUGA: Misteri Manusia Diburu Petir Hingga Ke Kubur Sekalipun!

[Sumber]

Gambar Kristen Stewart Berasmara Dengan Suami Orang

Gambar Kristen Stewart Berasmara Dengan Suami Orang

Rumah tangga penerbit dan pengarah Rupert Sanders dengan Liberty Ross akhirnya berkecai apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Rupert dan Liberty mengambil keputusan untuk bercerai selepas 
tidak dapat lagi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Menurut laporan Contact Music, Liberty mengambil keputusan untuk bercerai pada Jumaat lalu selepas suaminya itu ditangkap menjalinkan hubungan sulit dengan aktres Kristen Stewart beberapa bulan lalu.

Liberty yang juga seorang pelakon turut melantik barisan peguam bagi mewakilinya di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak-anak mereka, nafkah dan sebagainya.

Rupert juga dilaporkan tidak berdiam diri apabila turut membuat tuntutan sama terhadap isterinya di mahkamah.

Paparazzi berjaya merakamkan aksi mesra Kristen dan Rupert yang 
telah menyebabkan kekecohan dalam dunia Hollywood.

September tahun lalu, pasangan itu dilihat bermesra di khalayak selepas insiden penyebaran gambar Rupert dan Kristen tersebar. Namun usaha berbaik-baik itu menemui jalan buntu.

Seperti pasangan itu, hubungan Kristen dan kekasihnya iaitu Robert Pattinson juga mengalami masalah akibat kejadian itu dan dikhabarkan telah memutuskan hubungan mereka.

-mStar

Gempar! Anjing Elizabeth Hurley Mati Kena Racun

Gempar! Anjing Elizabeth Hurley Mati Kena Racun

Pelakon dan model Elizabeth Hurley terkejut besar sebaik tiba di rumahnya dari Australia. Apa tidaknya dua ekor anjing kesayangannya telah diracun.


Bagaimanapun tidak diketahui sama ada anjing terbabit diracun akibat perbuatan khianat atau kerana binatang berkenaan makan makanan mengandungi racun ketika ia merayau di ladang Gloucestershire .

“Adalah sesuatu yang menakjubkan dapat pulang ke rumah namun menakutkan apabila dua ekor anjing kesayangan saya kini sakit tenat. Doktor haiwan berpendapat ia diracun,” tulisnya dalam twitter miliknya.

Salah seekor anjingnya, Lucy paling teruk terjejas akibat diracun.

Liz yang juga pelakon filem Austin Powers sering bercerita mengenai anjing kesayangannya dan bagaimana binatang berkenaan menceriakan hidupnya.

Malah dia mengaku sering berkongsi katil dengan anjing tersebut dan binatang itu amat penting dalam kehidupan hariannya.

Setiap kali ada peluang, dia pasti akan berjoging bersama anjing itu.

[Sumber]