Tuesday, January 29, 2013

Gempar! Bendera DAP Dipijak Penyokong PAS

Gempar! Bendera DAP Dipijak Penyokong PAS

Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.


Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?

Akhirnya, Harakahdaily minggu ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.


Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?

[Sumber]

Luarbiasa! Hotel Mewah Terletak 155 Meter Dibawah Tanah

Luarbiasa! Hotel Mewah Terletak 155 Meter Dibawah Tanah

Sebuah hotel terletak paling dalam di bawah tanah di dunia dibina di wilayah Västmanland, Sweden.

Luarbiasa! Hotel Mewah Terletak 155 Meter Dibawah Tanah

Hotel terletak 155 meter di bawah tanah itu pada asalnya adalah sebuah lombong perak dikenali sebagai Sala Silver Mine yang beroperasi sehingga 1908.

Namun, ia kini telah diubah suai dan menempatkan sebuah muzium, panggung wayang, dua bilik makan yang penuh dengan hiasan dan sebuah hotel.

Pelanggan hotel akan dibawa melawat kemudahan yang disediakan sebelum ditinggalkan bersendirian di waktu malam. Penjaga hotel akan berada di atas tanah.

Hotel itu tidak mempunyai tandas dan pengunjung perlu ke paras dalaman 50 meter di bawah tanah jika mahu membuang air di waktu malam.

Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk semalam ialah AS$580 (RM1,825).

-AGENSI

Pakaian Artis Terlondeh Atas Pentas Sewaktu Terima Anugerah

Pakaian Artis Terlondeh Atas Pentas Sewaktu Terima Anugerah

Tidak disangka pada malam kemuncak karier lakonannya, satu kejadian memalukan telah berlaku kepada Jennifer Lawrence pada majlis Anugerah Screen Actors Guild, semalam.


Di depan hadirin yang terdiri daripada bintang ternama, pelakon jelita berusia 22 tahun itu hampir kehilangan pakaiannya ketika berjalan untuk menerima hadiah.

Dia yang bersaing dengan beberapa pelakon ternama Hollywood telah tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Apabila namanya diumumkan untuk mengiktiraf peranannya dalam filem Silver Linings Playbook, satu kejadian yang agak memalukan menimpanya.

Sambil berdiri dan memeluk mereka di sekelilingnya, bintang Hunger Games itu tidak menyedari ada orang yang meletakkan kaki kerusi mereka pada gaun Christian Diornya yang mahal itu.

Aktres itu cuba berlari naik ke pentas, menyebabkan pakaiannya terlondeh, sehingga mendedahkan seluruh pahanya.

Pelakon siri Breaking Bad terkejut apabila berpaling ke belakang ketika Jennifer menyedari dia berdepan dengan masalah berhampiran meja mereka.

Rakan pelakon, Nicole Kidman dan Marion Cottilard juga terkejut dengan kejadian itu.

Reaksi mereka dirakam oleh kamera, khususnya Cottilard, aktres Perancis, sehingga matanya terbeliak.

-AFP

Rita Rudaini Tak Terkejut Aidil Rampas Kekasih Nazmi

Rita Rudaini Tak Terkejut Aidil Rampas Kekasih Nazmi

“Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku,” demikian ulas pelakon Rita Rudaini mengenai kontroversi terbaharu membabitkan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dikatakan telah ‘merampas’ kekasih kepada pemain bolasepak skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.


Rita sendiri membaca komen-komen membabitkan Aidil dalam laman twitter Nazmi, yang dihantar oleh peminat ke laman sosial peribadinya.

“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya.

Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan,” beritahu Rita kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas dakwaan pemain yang kini beraksi untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal itu di dalam twitter hari ini yang mendakwa Aidil menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya yang dikenali Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi mendakwa, Aidil pernah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk dia berbelanja di Johor dan tinggal bersama pemain Johor Darul Takzim itu selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian.

–UTUSAN

Pokok Aneh Yang Memakan Manusia

Pokok Aneh Yang Memakan Manusia

Pada 1878, seorang pengembara Jerman yang melawat Madagascar iaitu Carl Liche, sempat menyaksikan satu upacara menyeramkan yang dilakukan salah satu puak Orang Asli di wilayah itu. Pengembara itu menyaksikan puak Mkodo menangkap seorang daripada anak gadis kumpulan mereka dan menyerahkan kepada pokok gergasi yang aneh untuk dijadikan korban!

Ilsutrasi kisah Carl Liche mengenai pokok gergasi.Orang Asli Mkodo 
di Madagascar serahkan anak gadis kepada tumbuhan aneh sebagai korban.

Dia melihat bagaimana ahli kumpulan itu mengelilingi gadis terbabit sambil menujah lembing tajam ke arahnya dengan niat memaksa wanita malang itu memanjat tumbuhan gergasi berkenaan. Tidak seperti tumbuhan biasa, pokok aneh yang menyerupai pokok nanas gergasi itu kelihatan menyeramkan dengan bahagian jambul di atasnya dipenuhi jalur hijau seakan sesungut sotong kurita yang mengelilingi takungan berisi cecair tertentu.

Apabila gadis itu sampai di bahagian atas tumbuhan berkenaan, dia dengan berat hati dipaksa meminum cecair yang bertakung di atas pohon berkenaan. Serentak itu, dengan tiba-tiba tumbuhan berkenaan kelihatan hidup dan bergerak-gerak. Sesungut hijaunya dengan rakus membelit jasad gadis berkenaan menyebabkan dia menjerit lantang bagi menzahirkan ketakutan yang teramat.

Sebaik sahaja kisah menyeramkan itu dipaparkan didalam akhbar, tanda tanya segera tercetus di kalangan ramai pihak berhubung kewujudan tumbuhan aneh yang diceritakan itu. Lebih membingungkan adalah kisah berhubung tumbuhan misteri yang memakan manusia tidak tertera menerusi kisah berkenaan saja tetapi turut didapati dalam pelbagai kisah legenda di beberapa negara lain antaranya di Amerika Syarikat dan Mexico.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1924, bekas Gabenor Michigan, Chase Osborn, dalam buku tulisannya bertajuk ‘Madagascar, Negeri Pokok Yang Memakan Manusia’ mengesahkan kewujudan tumbuhan karnivor berkenaan malah menyatakan bahawa puak Mkodo serta mubaligh yang pernah melawat wilayah itu mengetahui wujudnya pokok aneh itu.

Beberapa kenyataan pengesahan itu semakin membingungkan ramai pihak. Fakta yang diketahui ramai adalah tumbuhan tidak mampu bergerak secara bebas dengan sendirinya, apatah lagi untuk memakan dan menelan hidupan lain.

Setelah heboh mengenai kisah tumbuhan aneh itu, satu pencarian yang memakan masa bertahun-tahun dijalankan. Penemuan mengejutkan itu menyebabkan penyelidik biologi terkemuka, Charles Darwin menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji tumbuhan berkenaan yang kemudian dikenali dengan nama saintifik ‘insectivores’.

Kajian mendapati, tidak seperti tumbuhan lain yang memperoleh ‘makanan’ mereka dengan menyerap mineral daripada tanah, tumbuhan karnivor memerangkap haiwan serta serangga dan memakan mereka bagi mendapatkan nutrien. Tumbuhan jenis ini dapat bergerak dengan sendirinya dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memerangkap mangsa mereka. Tumbuhan itu dikenali sebagai ‘venus flytrap’ atau nama saintifiknya ‘Dionaea muscipula’ dan juga ‘nepenthes’ yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan memerangkap serangga, katak dan haiwan sebesar tikus untuk dimakan. Namun, pencarian itu tidak menemui sedikitpun bukti tumbuhan karnivor yang mampu memakan manusia.

Tanpa penemuan memberangsangkan, penyelidik termasuk penulis sains, Willy Ley, berpendapat bahawa kisah Carl Liche seperti yang tertera didalam akhbar South Australian Register itu hanyalah rekaan semata-mata. Tiada pohon yang memakan manusia di Madagascar, tiada puak Mkodo ditemui di situ malah pengembara Jerman bernama Carl Liche juga didapati tidak pernah wujud di dunia ini. [Sumber]

-SP
Wanita Pelik Ketagih Menjilat Bulu Kucing

Wanita Pelik Ketagih Menjilat Bulu Kucing

Info Pelik. Seorang wanita, Lisa memiliki tabiat makan yang pelik. Wanita berusia 43 tahun ini mengaku ketagih memakan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.


Lisa telah mendedahkan keunikan dirinya dalam acara popular TLC musim ini. Dia memperolehi bulu kucing dengan mengumpulkan bulu kucing yang bertaburan di apartment menerusi kucing yang dia pelihara.

Dan yang paling pelik lagi adalah, Lisa mengaku bahawa menjilat kucing rasanya lebih enak daripada memakan bulu kucing.

Meskipun begitu, Lisa membuat pengecualian untuk tidak menjilat kaki dan bahagian dubur kucingnya. Lisa memakan segulung bulu kucing setiap 2 jam.

[Sumber]

Moran Baranes Juara Pertandingan Wanita Gemuk

Moran Baranes Juara Pertandingan Wanita Gemuk

Baru-baru ini, di Beersheba, Israel telah diadakan satu pertandingan ‘Fat and beautifu’ bagi meraikan golongan perempuan yang berbadan besar namun mempunyai perwatakkan menarik.

Moran Baranes

Walaupun bersaiz besar, namun mereka tetap diiktiraf. Mereka yang masuk bertanding itu datang dari pelbagai kawasan.

Lihat gambar dibawah ini di mana Moran Baranes, 22 telah menjadi juara bagi pertandingan berkenaan.

Moran Baranes

Moran bekerja sebagai pegawai keselamatan dan mempunyai hobi melukis dan menari.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Wanita Paling 'Panas' Indonesia 2017

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Lampu Yang Menyala Sejak 1500 Tahun Dahulu

Misteri Lampu Yang Menyala Sejak 1500 Tahun Dahulu

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.

Appian Way

Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”.

Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu?

Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Batu Bersurat Yang Wujud Sebelum Kitab Taurat

Sumber: Rangeboy

Pelik! Spesis Ular Yang Mempunyai Kaki

Pelik! Spesis Ular Yang Mempunyai Kaki

Info Pelik. Badannya mirip ular tapi ada dua kaki di depannya. Sesiapa yang pertama kali melihatnya, pasti akan takut dan geli melihatnya.


Binatang reptilia ini adalah satu-satunya yang terdapat di dunia ini. Haiwan yang menyerupai ular ini diberi namanya Ajolote dan berasal dari Mexico.



Hidup di dalam tanah, biasanya kaki depan digunakan untuk menggali tanah.

[Sumber]


Panas! Aidil Zafuan Dan Fiella Jalin Hubungan Sulit!

Panas! Aidil Zafuan Dan Fiella Jalin Hubungan Sulit!

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.

Mohd Nazmi (kiri) dan Tengku Fiella.

Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.

“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,” kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.

Salah satu status pada Twitter Mohd Nazmi yang mencetuskan kontroversi.

Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja.

Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online.

Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.

Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.

"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.

“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.

"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.

Nazmi membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya pada malam Isnin.

Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.

Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu.

“Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal,” katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin.

Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.

"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

[Sumber]