Tuesday, January 29, 2013

Pakaian Artis Terlondeh Atas Pentas Sewaktu Terima Anugerah


Tidak disangka pada malam kemuncak karier lakonannya, satu kejadian memalukan telah berlaku kepada Jennifer Lawrence pada majlis Anugerah Screen Actors Guild, semalam.


Di depan hadirin yang terdiri daripada bintang ternama, pelakon jelita berusia 22 tahun itu hampir kehilangan pakaiannya ketika berjalan untuk menerima hadiah.

Dia yang bersaing dengan beberapa pelakon ternama Hollywood telah tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Apabila namanya diumumkan untuk mengiktiraf peranannya dalam filem Silver Linings Playbook, satu kejadian yang agak memalukan menimpanya.

Sambil berdiri dan memeluk mereka di sekelilingnya, bintang Hunger Games itu tidak menyedari ada orang yang meletakkan kaki kerusi mereka pada gaun Christian Diornya yang mahal itu.

Aktres itu cuba berlari naik ke pentas, menyebabkan pakaiannya terlondeh, sehingga mendedahkan seluruh pahanya.

Pelakon siri Breaking Bad terkejut apabila berpaling ke belakang ketika Jennifer menyedari dia berdepan dengan masalah berhampiran meja mereka.

Rakan pelakon, Nicole Kidman dan Marion Cottilard juga terkejut dengan kejadian itu.

Reaksi mereka dirakam oleh kamera, khususnya Cottilard, aktres Perancis, sehingga matanya terbeliak.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon