Monday, January 28, 2013

Wow! Gangnam Style Gondol 2 Anugerah Di Perancis


Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menggondol dua anugerah menerusi lagunya, Gangnam Style pada Anugerah Muzik NRJ, Cannes, Perancis, lapor portal hiburan Contactmusic kelmarin.

PSY membuat persembahan tarian kuda pada 
Anugerah Muzik NRJ di Cannes, Perancis kelmarin.

Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 35, memenangi kategori lagu antarabangsa terbaik untuk tahun 2012 dan video muzik terbaik.

Dia yang memakai pakaian berkilat sempat membuat persembahan tarian kuda di atas karpet merah.

Sementara itu, kumpulan nyanyian terkenal dari Britain, One Direction pula memenangi kategori artis kumpulan antarabangsa terbaik.

Kumpulan itu dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Liam Payne.

Bintang terkenal kelahiran Barbados, Rihanna, 24, juga merangkul satu anugerah bagi kategori artis wanita antarabangsa terbaik untuk tahun 2012.

Namun, bekas kekasih penyanyi R&B, Chris Brown itu tidak hadir pada majlis tersebut. - Agensi

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon