Monday, June 19, 2017

Video Solat Tarawih Sambil Berjoget Di Indonesia

Video Solat Tarawih Sambil Berjoget Di Indonesia

Media Indonesia beberapa tahun yang lalu pernah digemparkan dengan rakaman video solat tarawih ‘paling pantas’ yang berlaku di sebuah masjid di Jawa Timur.

Tarawih Berjoget

Video ibadat sunat yang dilakukan dalam masa tujuh minit itu mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan hangat di media sosial ekoran begitu bertentangan dengan rukun Islam.

Apa yang lebih memeranjatkan, ibadah solat Tarawih kilat itu telah dilakukan sejak turun-temurun selama beberapa generasi dan diamalkan di masjid sama sejak 160 tahun yang lalu.

Kini, sebuah lagi amalan pelik cara bersolat daripada segelintir masyarakat Indonesia berjaya dirakam dan kini heboh diperkatakan di media sosial.

Menerusi rakaman, ia menyakskan puluhan jemaah wanita dan lelaki sedang berjoget di dalam sebuah masjid, berkemungkinan besar kejadian ini terjadi ketika solat Tarawih.

Kesemua jemaah turut melaungkan suatu “kalimah” atau perkataan secara serentak namun tidak begitu jelas sebutannya di dalam video itu.

Ramai menganggap perbuatan tersebut sebagai ‘sesat’ kerana cara solat seperti itu bukan ajaran Islam.

Bagaimanapun, ada pendapat yang menyatakan perbuatan itu adalah sebahagian daripada zikir, “Sekadar info: itu bukan solat tapi zikir ‘jahr la ilaa ha illalloh...’

"Gerakan semua anggota tubuh untuk melatih ke zikir sirri.. ajaran Tarekat tu,” jelas seorang netizen, Amin Musthofa.

BACA INI JUGA: Solat Tarawih Paling Pantas Di Dunia Diamalkan Sejak 115 Tahun Lalu!


sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Jun)

Tarikh 19 Jun merupakan hari ke 170 (hari ke 171 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 195 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Garfield 1978

Hari ini merupakan sambutan Juneteenth di beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Peristiwa

1179 - Pertempuran Kalvskinnet berlaku di luar Nidaros, Norway. Earl Erling Skakke terbunuh dan pertempuran mengubah rentak perang saudara.

1269 – Raja Louis IX dari Perancis memerintahkan kesemua orang Yahudi yang ditemui di tempat awam tanpa memakai lencana pengenalan kuning didenda sepuluh livre perak.

1306 – Pasukan tentera Earl Pembroke mengalahkan tentera Bruce dari Scotland di Pertempuran Methven.

1770 – Emanuel Swedenborg melaporkan telah menyiapkan Kedatangan Kedua Christ di dalam kerja beliau sendiri yang bertajuk Agama Sebenar Kristian.

1807 – Laksamana Dmitry Senyavin memusnahkan armada Uthmaniyyah di dalam Pertempuran Athos.

1846 - Permainan besbol pertama menggunakan peraturan moden dimainkan di Hoboken, New Jersey, A.S.

1865 - Pengisytiharan Pembebasan sampai ke Galveston, Texas, dan memulakan tradisi perayaan Juneteenth.

1867 - Maximilian I dari Empayar Mexico Kedua (gambar) menjalani hukuman mati oleh pasukan penembak di Querétaro.

1953 - Warganegara A.S. Julius dan Ethel Rosenberg menjalani hukuman mati kerana didapati menjadi perisik Kesatuan Soviet.

1961 - Kuwait mengisytiharkan kemerdekaan daripada United Kingdom.

1970 - Perjanjian Kerjasama Paten ditandatangani, menyediakan satu prosedur seragam untuk memfailkan permohonan paten.

1978 - Garfield, ciptaan pelukis kartun Jim Davis, muncul buat pertama kalinya dalam lerang komik pensindiketan.

2005 - Cuma enam kereta berlumba dalam Grand Prix Amerika Syarikat Formula Satu di Indianapolis Motor Speedway di Indianapolis, Indiana selepas penyertaan lain ditarik balik atas isu keselamatan tayar Michelin.

2010 - Banjir meluas di selatan China mengorbankan lebih 210 orang, dengan sekitar 110 lagi masih hilang dan ribuan kehilangan tempat tinggal.

2012 - Yousaf Raza Gillani dibatalkan kelayakan daripada menjadi Perdana Menteri Pakistan kerana sabit bersalah menghina mahkamah.

Kelahiran

1959 - Christian Wulff, Presiden Jerman ke-9.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Jun)

sumber: wikipedia

Doktor Beri Sebab Mengapa Suspek Bunuh Zulfarhan Wajar Dihukum Gantung

Doktor Beri Sebab Mengapa Suspek Bunuh Zulfarhan Wajar Dihukum Gantung

Seorang doktor yang menggunakan nama samaran @hafizsuratman di laman sosial Instagram menceritakan mengapa suspek pembunuhan arwah Zulfarhan wajar berdepan hukuman gantung.

Zulfarhan

Hasil bedah siasat melaporkan arwah Zulfarhan mengalami kesan lecur terbakar di seluruh badan bahagian hadapan, tangan kanan dan kiri, bahagian kemaluan, kedua-dua belah kaki depan dan belakang badan yang didakwa menggunakan seterika wap. Punca kematian arwah dilaporkan berpunca daripada 80% kesan lecur tahap dua dan tiga.

Menurut doktor berusia 26 tahun itu, beliau memaklumkan bahawa kematian kesan lecur tahap ketiga bukanlah disebabkan arwah tidak dapat menahan sakit terbakar.

Tetapi, kesan lecur tahap ketiga membawa maksud bahawa lapisan kulit sudah tiada akibat kesan terbakar dan saraf-saraf yang mengenal pasti rasa sakit yang berada di bawah kulit sudah tiada lagi untuk mengesan rasa sakit.

Secara umumnya, doktor berkenaan memberitahu bahawa arwah tidak merasa sakit pada bahagian kesan lecur tahap ketiga, tetapi mungkin hanya merasa kesakitan di bahagian hujung-hujung luka yang masih mempunyai reseptor sakit (pain receptors).

Pesakit yang melecur hanya akan merasa kesakitan apabila merasai kesan lecur tahap kedua dan ketiga sahaja.

Doktor tersebut berkata lagi bahawa, kematian kesan lecur tahap ketiga adalah disebabkan kehilangan cecair dalam badan daripada salur-salur yang sudah rosak.

Ini menyebabkan badan mudah terkena kejutan dan jangkitan kuman memandangkan lapisan kulit yang bertindak sebagai pelindung sudah tiada.

Kejutan dan jangkitan kuman akhirnya menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman yang lain di dalam badan.

Pesakit yang mengalami tahap lecur yang sedemikian rupa sepatutnya dibawa ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan doktor.

Tetapi tindakan semua suspek yang melambat-lambatkan penghantaran ke hospital membawa kepada kematian arwah.

Di akhir entri, doktor berkenaan menyatakan perasaannya yang terkesan dengan peristiwa ini dan mendoakan kesejahteraan buat arwah Zulfarhan.

BACA INI JUGA: Liwat, Oral Seks Perkara Biasa Ketika Latihan Tentera - Bekas Pensyarah UPNM

sumber: kisahdunia

Sunday, June 18, 2017

Kenali Wanita Melayu Ini Yang Aktif Menikahkan Pasangan LGBT

Kenali Wanita Melayu Ini Yang Aktif Menikahkan Pasangan LGBT

Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau sebagai penulis lagu bagi beberapa artis wanita popular tanah air antaranya Siti Nurhaliza, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Farah dan Liza Hanim.

Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman

Namun bagi pencinta gerakan seks songsang Lesbian, Gay, Bisekssual, Transgender (LGBT) di Malaysia, nama Zuriani Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman amat terkenal bukan individu asing dalam isu amalan terkutuk itu.

Lebih dikenali sebagai Ani Zonneveld, beliau mendakwa konon dalil dan tradisi agama Islam itu sendiri cukup mesra dengan perbuatan seks sumbang sejenis atau homoseksual yang diperakui oleh kebanyakan alim ulama.

Wanita Melayu ini turut mendakwa konon negara Islam zaman dahulu amat toleransi dengan amalan seks sejenis hingga memaksa bangsa Eropah datang menakluk bagi ‘menyelamatkan’ kita daripada gaya hidup luar tabii itu.

Menurut beberapa blog tempatan, Ani Zonneveldi, 54, kini lantang memperjuangkan hak supaya perlakuan LGBT diterima oleh umat Islam, dan beliau juga sedang aktif menikahkan pasangan homoseksual yang beragama Islam.

Perjuangan beliau ke arah Islam mesra amalan seks songsang ini adalah salah satu penyebab penubuhan gerakan Muslims For Progressive Values (MPV) yang mendapat sokongan pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar.

Secara kebetulan perintis SIS itu juga bertanggungjawab sebagai Penasihat kepada MPV. Ani Zonneveld secara terbuka berkata: “Salah satu daripada sepuluh prinsip kami adalah untuk memperjuangkan hak-hak LGBT.

“Kaedah kami melakukannya ialah melalui program ‘LGBT Outreach’ yang diketuai oleh seorang imam beragama Islam yang juga seorang gay. MPV memilih posisi ini berdasarkan kepada teks-teks suci dan tradisi-tradisi Islam.

“Alim ulama tidak pun menyerang kami. Hanya ‘budak mentah’ yang tidak kenal akan Islam sahaja melakukannya,” dakwa Ani Zonneveld sambil menegaskan konon perundangan Syariah tidak hukum orang sebab homoseksualiti.

“Kita desak balik dengan pertanyaan: Di mana dalam Quran yang menyatakan sedemikian? Dari mana datangnya perundangan Syariah? Ia hanyalah ciptaan manusia,” sambung beliau lagi yang disiarkan menerusi sebuah portal.

Menurut Ani Zonneveld, negara Islam masa dahulu secara lumrahnya adalah sungguh mesra dengan amalan seks sumbang sejenis, tidak sebagaimana umat Islam pada masa ini tidak bertolak ansur terhadap gaya hidup LGBT.

“Komuniti Muslim sekarang sungguh tidak toleransi terhadap amalan seks sejenis dan itu adalah sesuatu malang. Mengikut sejarah, negara Muslim adalah lebih bertoleransi dan sangat menerima golongan gay dan mak nyah.

"Ia sehinggakan negara Eropah terpaksa menakluki wilayah Arab atau Muslim apabila telah menuduh umat Islam sebagai ‘homo-tolerant’. Mereka terpaksa datang untuk menyelamatkan bagi memberi kesedaran kepada kita.

"Itu (LGBT) telah menjadi tradisi Islam. Sungguh menerima,” dakwa Ani Zonneveld. Beliau turut menuduh mereka yang mahu menghukum golongan pengamal seks sumbang sejenis adalah kumpulan pelampau dalam agama.

Ia ujarnya, persis pengganas Daesh. Untuk rekod, militan yang dikenali sebagai ISIL itu, sering hukum mati pesalah LGBT termasuk campak pengamal seks terkutuk amalan kaum Sodom zaman Nabi Luth itu dari tempat tinggi.

Ani Zooneveld menegaskan, “Secara radikalnya ia balik kepada tradisi. Nabi Muhammad tidak menghukum sesiapa kerana menjadi homoseksual, tidak ada hukuman dalam al-Quran kerana menjadi homoseksual. Noktah!

“Apa bezanya di antara ISIL dan ramai imam di dunia ini? Saya lebih gemar memanggil mereka sebagai Daesh kerana ia tolak golongan LGBT jatuh dari bangunan tinggi dan jika tidak mati, mereka akan direjam dengan batu.

“Bahkan imam masjid memulaukan mereka, menggambarkan LGBT sebagai jahat dan menggelarkan pengamalnya dengan pelbagai nama yang buruk. Jadi apakah perbezaannya? Cuma dalam hukuman,” jelas Ani Zonneveld lagi.

Pasti ramai masyarakat Islam akan ‘geleng kepala’ baca pandangan wanita ini mengenai LGBT. Ia bukan sahaja sesat malah secara terang hina kesucian agama Allah SWT dengan fahaman liberalisme.

BACA INI JUGA: LGBT Menjemput Laknat Tuhan, Kelahiran Semula Sodom dan Gomora versi Melayu

sumber: pru14

Menurut Kajian, Wanita Montel Buat Suami 10 Kali Lebih Bahagia

Menurut Kajian, Wanita Montel Buat Suami 10 Kali Lebih Bahagia

Siapa kata wanita bertubuh montel dan berisi tak menarik? Kenyataannya, lelaki lebih sukakan wanita bertubuh gempal.

Wanita montel

Mesti ramai yang tak percaya bukan? Ini bukan rekaan semata-mata, ianya berdasarkan kajian.

Memetik portal Your Tango, kajian mendapati lelaki yang memiliki pasangan bertubuh gempal, mereka 10 kali lebih bahagia berbanding bersama wanita kurus.

Bukan itu sahaja, lelaki sentiasa tersenyum dan lebih mudah menyelesaikan masalah apabila bersama pasangan yang agak ‘chubby’.

Menurut Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari jabatan psikologi di UNAM, lelaki yang memiliki pasangan montel memiliki kosakata lebih luas, malah mampu berkomunikasi dengan lebih baik.

Kajian juga mendedahkkan, wanita kurus lebih cenderung bersikap pasif dan tidak ramah.

Hasil kajian menyimpulkan wanita berisi bersifat ‘subur’ dan tiada masalah untuk hamil.

BACA INI JUGA: Kenapa Lelaki Suka Wanita Kurus?

sumber: timesnewmalaysia

Batu Zamrud Bernilai RM1.3 Bilion Punca Pemiliknya Hidup Ketakutan!

Batu Zamrud Bernilai RM1.3 Bilion Punca Pemiliknya Hidup Ketakutan!

Batu zamrud seberat 360kg dan bernilai kira-kira RM1.3 bilion ini telah ditemui di kawasan perlombongan permata di Brazil, namun ia telah disembunyikan di satu tempat rahsia dan dikawal ketat oleh pemiliknya.

Zamrud Paling Mahal

Pemilik batu berkenaan yang hanya menggunakan panggilan FG, kini hidup dalam ketakutan kerana bimbang diculik, dirompak dan diugut.

Menurut FG, disebabkan ia sangat berat maka dia terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengangkatnya. Batu itu jarang ditemui kerana ia mengandungi kualiti yang terbaik.

Ia ditemui tertanam 200 meter di bawah tanah di lombong Carnaiba di Bahia, iaitu satu kawasan yang kaya dengan permata.

“Saya tidak dapat mendedahkan di mana batu itu berada dan ia kerap dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain di bawah pemantauan pengawal yang bersenjata.

“Saya tidak boleh ambil risiko dengan nyawa keluarga saya dan sebab itulah ia kerap dipindahkan,’’ kata FG.

Zamrud Paling Mahal

FG kini sedang dalam proses menyiapkan dokumen untuk menjadi pemilik batu zamrud itu.

“Kualitinya sangat bagus dan ini yang terbaik yang pernah saya saksikan sejak terlibat dalam industri ini selama 30 tahun,’’ katanya.

BACA INI JUGA: 10 Bahan Yang Sangat Mahal Di Dunia

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Jun)

Tanggal 18 Jun merupakan hari ke-169 (hari ke-170 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 196 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

F-117 Nighthawk
F-117 Nighthawk.

Banyak peristiwa penting telah berlaku pada tarikh ini dan berikut merupakan diantaranya.

Peristiwa

618 - Lǐ Yuān menjadi Maharaja Gaozu, memulakan pemerintahan Dinasti Tang di China.

1812 - Amerika Syarikat mengisytiharkan perang terhadap United Kingdom Great Britain dan Ireland, memulakan Perang 1812 secara rasmi.

1815 - Seratus Hari: Napoleon Bonaparte dikalahkan dalam Pertempuran Waterloo di Belgium kini, pertempurannya yang terakhir.

1858 - Charles Darwin menerima manuskrip Alfred Russel Wallace mengenai pemilihan semula jadi, menyebabkan beliau menerbitkan teorinya mengenai evolusi.

1873 - Aktivis hak mengundi wanita Susan B. Anthony didenda AS$100 kerana cuba mengundi dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 1872.

1908 – Universiti kebangsaan Filipina, Universiti Filipina diasaskan.

1979 - Perjanjian SALT II dimeterai oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet, mengehadkan jumlah simpanan senjata nuklear.

1981 - Lockheed F-117 Nighthawk (gambar), pesawat beroperasi pertama yang direka bentuk berdasarkan teknologi halimunan, menjalankan penerbangan sulungnya.

2006 - Pemain badminton Malaysia Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dari China untuk merangkul kejuaraan kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan Terbuka Malaysia.

2007 - Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu mula dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Malaysia.

Kelahiran

1942 - Thabo Mbeki, seorang Presiden Afrika Selatan.

1949 - Lech Kaczyński, Presiden Poland ke-4.

1982 - Marco Borriello, pemain bola sepak A.C. Milan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Jun)

sumber: wikipedia

Ahmad Maslan Jual Nasi Goreng Di Bazar Ramadhan Pontian

Ahmad Maslan Jual Nasi Goreng Di Bazar Ramadhan Pontian

Entah apa motif pun tak tahu, gambar Datuk Ahmad Maslan beraksi seolah-olah beliau sedang menjual nasi goreng di salah sebuah warung penjaja Bazar Ramadhan disebarkan oleh penyokongnya di media sosial facebook.

Ahmad Maslan

Barangkali ini merupakan strategi kempen menjelang pilihanraya Umum ke 14, untuk menunjukkan kepada pengundi-pengundi di kawasan Pontian, bahawa beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Aku tak tahu apa tanggapan penduduk Pontian terhadap gelagat terbaru Ahli Parlimen ini. Namun warga media sosial rata-rata nampaknya tidak boleh lupa dengan kenyataan bodoh tentang cukai GST yang dikeluarkan oleh Ahmad Maslan sebelum ini.

Mereka rata-rata mengungkit kenyataan bodoh tersebut, selain ramai yang menggelarkan Ahmad Maslan sebagai "pelawak".

Dalam sebuah video wawancara RTM yang tersebar sebelum ini, Ahmad Maslan dengan penuh yakin mengatakan bahawa cukai GST akan menurunkan harga barang.

Namun apa yang berlaku, cukai GST menjadi punca utama kepada kenaikan harga barang sekaligus membebankan rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah akibat peningkatan kos sara hidup harian.

BACA INI JUGA: Fakta Kenapa Rakyat Mahu Ahmad Maslan Mengulas Tentang Kenaikan Harga Barang

sumber: milosuam

Saturday, June 17, 2017

DOJ Buru Isteri MO1 Didakwa Terlibat Skandal 1MDB

DOJ Buru Isteri MO1 Didakwa Terlibat Skandal 1MDB

Dokumen terbaharu dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menjadi tumpuan apabila ia mendedahkan tentang pembelian loket dan rantai berlian merah jambu 22 karat untuk isteri Malaysian Official 1 (MO1).

ISTERI MO1

Apa yang menarik dalam tindakan kali ketiga dan terbaru oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita beberapa lagi aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang diseleweng ialah ia turut menyebut mengenai pembelian dan hadiah barang kemas mewah untuk isteri Malaysian Official 1.

Daripada wang derma AS$620 juta yang kononnya dikembalikan oleh Malaysian Official 1 kepada pemberinya, DOJ mendapati sebahagian wang tersebut turut digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu berharga AS$27.3 juta atau kira-kira RM120 juta.

Ia didakwa dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1.

Selain itu, Jho Low didakwa menghadiahkan 27 barang kemas lain lagi bernilai RM5.5 juta atau AS$1.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 dalam beberapa masa yang berbeza.

Senarai barang kemas tersebut ialah:-
  • 1 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian berharga AS$52 ribu.
  • 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
  • 1 gelang tangan "rose gold" 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
  • 2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$99 ribu.
  • 3 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$91,200.
  • 2 gelang tangan emas 18k bertatah berlian berharga AS$60,800.
  • 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$76,125.
  • 2 gelang tangan emas hitam 18k bertatah berlian hitam berharga AS$35,500.
  • 2 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$92 ribu.
  • 4 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih dan jed hitam berharga AS$68 ribu.
  • 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$65 ribu.
  • 1 utas rantai "rose gold" berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati berharga AS$150 ribu.
  • 1 utas rantai "rose gold" 18k bertatah berlian putih berharga AS$70,714.
  • 1 utas rantai emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$55,489.
  • 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$40,172.
  • 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih dan hitam berharga AS$240 ribu.

Bermakna, jumlah keseluruhan barang yang dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1 yang DOJ percaya bersumberkan dana 1MDB yang diselewengkan ialah berjumlah AS$28.6 juta (AS$27.3 juta + AS$1.3 juta) atau dalam mata wang Malaysia kira-kira RM125.5 juta.

Keseluruhan dana 1MDB yang dipercayai diseleweng adalah berjumlah AS$4.5 bilion atau RM20,000 juta, manakala harta dan pelbagai aset lain yang dalam senarai DOJ untuk dikejar atau disita ialah sebanyak AS$1.7 bilion atau RM7,000 juta.

Dengan menyenaraikan barang-barang kemas mewah yang dipercayai dibeli dengan menggunakan dana 1MDB itu, apakah DOJ akhirnya akan menyita dan merampasnya juga daripada isteri Malaysian Official 1 sebagaimana sebelum ini mereka berusaha menyita dan mendapatkan balik pelbagai aset, hotel, kondo mewah, karya seni dan sebagainya daripada Jho Low dan Riza Aziz?

Anda boleh baca sendiri dokumen setebal 251 muka surat itu sila klik link ini — Department of Justice, 15 Jun 2017

Bagaimana DOJ mahu menyitanya daripada isteri Malaysian Official 1?

Adakah untuk tujuan tersebut, DOJ perlu datang ke Malaysia dan menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan semua barangan kemas yang disenaraikan itu?

Siapa isteri Malaysian Official 1 itu?

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudindotcom

5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

Selain perincian berkaitan aset-aset dipertikai, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam langkah terbarunya turut mendedahkan watak-watak baru di sebalik dakwaan skandal 1MDB itu.

Penjenayah baru 1MDB

Antara yang disebut termasuk “1MDB Officer 4” dan“1MDB-SRC Officer”.

Walaupun nama mereka tidak dinyatakan, saman terbaharu DOJ memberikan perincian yang dapat memberi gambaran berhubung identiti pihak itu.

1. 1MDB Officer 4

Menurut DOJ, 1MDB Officer 4 adalah rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai pengarah eksekutif kewangan 1MDB, paling minimum, antara tahun 2012 hingga 2015.

Menurut jabatan itu, 1MDB Officer 4 terlibat dalam rundingan dengan Goldman Sachs pada 2012 dan menjadi orang perhubungan utama untuk pinjaman 1MDB daripada Deutsche Bank pada 2014.

Berdasarkan garis masa yang diberikan, kemungkinan besar individu itu adalah Terence Geh, yang menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara masih menjadi pengarah eksekutif kewangan 1MDB pada Oktober 2015.

Sebelum ini, nama Geh muncul dalam dokumen mahkamah Singapura yang menjelaskan bagaimana dana SRC International dipindahkan kepada rakan Jho Low, Eric Tan.

Dana-dana itu disalurkan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 – dana yang dilanggan oleh SRC International yang didakwa diselia oleh Geh.

Bagaimanapun, saman terbaru DOJ memberi gambaran bahawa Geh mempunyai peranan lebih besar dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan negara itu.

Menurut DOJ lagi, 1MDB Officer 4 terlibat mengelirukan KPMG, juruaudit syarikat itu pada 2012, berkaitan hal ehwal aset yang dipegang oleh Brazen Sky.

1MDB Officer 4 juga membantu menubuhkan Aabar-BVI, untuk urusan pemindahan bon-bon yang melibatkan 1MDB.

Rundingan lain didakwa melibatkan kelulusan pinjaman Deutsche Bank yang kemudian turut didakwa dilencongkan.

2. 1MDB-SRC Officer

1MDB-SRC Officer juga seorang warganegara Malaysia. Tempoh minimum dia menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah SRC International dari hujung 2011 hingga 2013.

“Pada 2011, sebelum berkhidmat di kedudukan itu di SRC International, 1MDB-SRC officer pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai pelaburan 1MDB,” kata DOJ.

Berdasarkan penjelasan itu, kemungkinan ia merujuk kepada Nik Faisal Ariff Kamil, yang menjadi pengarah di SRC International dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

Menurut DOJ, 1MDB-SRC Officer terlibat dalam perpindahan AS$681 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB ke akaun Malaysian Official 1 (MO1).

Dia juga didakwa terlibat dalam pemindahan dana untuk usaha sama palsu antara 1MDB dan PetroSaudi International kepada Good Star Limited, syarikat yang dikawal oleh Low.

1MDB-SRC Officer juga dikatakan pernah berjudi bersama Low di kasino Las Vegas pada 2012.

Pihak lain yang turut bersama adalah bintang Hollywood Leonardo DiCaprio dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

3. Jasmine Loo Ai Swan

DOJ juga menyebut nama seorang individu yang namanya dirahsiakan sebelum ini.

Dirujuk sebagai 1MDB Officer 3 sebelum ini, DOJ kini menamakannya sebagai Jasmine Loo Ai Swan. Loo adalah bekas peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan perniagaan itu.

DOJ dan mahkamah Singapura menyebut beliau diberikan kuasa menandatangani untuk akaun Tanore Corporation yang digunakan untuk memindahkan wang AS$681 juta kepada MO1.

4. Isteri MO1 dan lain-lain

Pihak lain dinamakan dalam latar belakang saman atau “individu relevan” adalah sama seperti saman sebelum ini.

Mereka adalah Low, 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2, MO1, Riza, Tan, Khadem Abdulla Al-Qubaisi, dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Bagaimanapun, watak baru muncul dalam saman itu, iaitu isteri MO1, yang mencuri perhatian banyak pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 yang disebut dalam saman pertama DOJ merujuk kepada Najib.

Beliau bagaimanapun menegaskan Najib bukan sebahagian daripada subjek siasatan.

Dalam pemfailan terbaharu, DOJ mendakwa sebahagian daripada AS$620 juta yang dikatakan dipulangkan oleh MO1 kepada “penderma” digunakan untuk membeli rantai dan loket permata merah jambu 22 karat kepada isteri MO1 yang bernilai AS$27.3 juta.

DOJ juga menuduh hartawan Jho Low membeli 27 bentuk rantai emas 18 karat dan gelang kepada isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Najib sudah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Beliau juga mendakwa dakwaan-dakwaan itu bertujuan menggulingkannya daripada tampuk kuasa.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku.

5. Malaysian Friend

Selain isteri MO1, watak yang dirujuk sebagai "Malaysian Friend" juga mencuri perhatian awam.

Walaupun identiti itu masih tidak jelas, wanita itu dikatakan menerima rantai dan loket permata merah jambu dan dikatakan menyerahkannya kepada isteri MO1.

BACA INI JUGA: 1MDB, Akta RICO Dan Rahsia Kod SWIFT, Kerisauan Tun Mahathir Kini Terbukti Benar!

sumber: malaysiakini

Liwat, Oral Seks Perkara Biasa Ketika Latihan Tentera - Bekas Pensyarah UPNM

Liwat, Oral Seks Perkara Biasa Ketika Latihan Tentera - Bekas Pensyarah UPNM

“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisi sehingga hari ini dalam tentera kita."

Zulfarhan Osman Zulkarnain

“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan.”

Demikian pendedahan sumber yang memetik daripada laporan Malaysia Gazette berhubung kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.

Tegasnya, apa yang berlaku itu bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.

Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan pula dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.

“Aduan-aduan pelajar kena liwat, oral seks dan banyak lagi itu sudah menjadi perkara biasa."

“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

BACA INI JUGA: Bagaimana Komando Malaysia Dilatih!?

sumber: CARI