Thursday, April 13, 2017

10 Bandar Terbaik Di Dunia Untuk Percutian Pilihan Rough Guides

10 Bandar Terbaik Di Dunia Untuk Percutian Pilihan Rough Guides

Adakah anda sedang merancang percutian diluar negara tetapi masih keliru dengan destinasi pilihan terbaik? Portal Rough Guides baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 10 pilihan bandar terbaik di dunia untuk anda lawati.

Adakah negara kegemaran anda antara pilihan yang popular?

Ini senarai 10 bandar terbaik di serata dunia yang menjadi pilihan portal Rough Guides.

1. Reykjavik, Iceland

Reykjavik, Iceland

Kebanyakan bilangan pelancong dikatakan melancong ke Reykjavik kerana seni bina bangunan yang cukup menakjubkan serta aktiviti malam yang menyeronokkan.

Malah, keajaiban alam semulajadi juga menjadi antara punca tarikan pelancong.

2. Mexico City, Mexico

Mexico City, Mexico

Walaupun ramai sering ragu dengan keselamatan bandar ini, tetapi menurut Rough Guides, Mexico City merupakan sebuah destinasi yang selamat untuk dikunjungi.

Hal ini kerana, ibu kota yang sibuk serta ekonomi yang kukuh boleh menjadikan destinasi ini selamat dan menyeronokkan.

Malah, ia mempunyai persekitaran yang mesra serta budaya yang menarik.

3. Seoul, South Korea

Seoul, South Korea

Menurut Rough Guides, jika anda tidak pernah melawat pusat budaya pop Asia ini, ia adalah masa untuk anda merancang percutian ke Seoul.

Menurut laporan portal tersebut, Seoul merupakan sebuah destinasi yang penuh dengan kemasyuran yang sebahagian besar dunia masih mula diterokai.

Bukan sahaja mempunyai kafe bergaya, bandar ini juga merupakan pusat kepada kewujudan restoran-restoran tersembunyi yang menawarkan kedua-dua masakan tradisional serta masakan fusion.

4. Ljubljana, Slovenia

Ljubljana, Slovenia

Ljubljana dikenali sebagai pemenang bandar Eropah yang mesra alam pada tahun 2016.

Jika anda merupakan yang seorang 'eco-friendly', jadi destinasi ini akan menjadi pilihan yang terbaik.

Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat Ljubljana dikatakan menggunakan basikal sebagai pengangkutan mereka serta mengamalkan budaya 'car-free' demi menjaga kesejahteraan alam sekitar.

Pelancong juga dapat mencari makanan murah yang sedap serta penginapan bajet yang berkualiti.

5. Wroclaw, Poland

Wroclaw, Poland

Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom.

Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.

6. Nashville, USA

Nashville, USA

Menurut Rough guides, Nashville merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat.

Destinasi konservatif ini telah mengalami lonjakan besar di kalangan golongan profesional muda yang telah membawa kehidupan baru kepada bandar ini.

Mereka telah menjadikan bandar ini lebih liberal dan unik.

7. Amsterdam, The Netherlands

Amsterdam, The Netherlands

Amsterdam mengagumkan rata-rata pelancongnya dengan kehadiran muzium-muzium bersejarah, institusi seni, hab budaya ‘avant-garde’ serta keindaham alam semula jadi yang menakjubkan.

Amsterdam sudah tentu merupakan destinasi impian kebanyakan orang kerana ia bagaikan lokasi yang kita sering lihat dalam cerita-cerita dongeng.

8. Hull, England

Hull, England

Pada tahun 2007, Hull menerima gelaran sebagai ‘UK City of Culture’.

Seperti gelaran yang diterima, bandar ini terkenal untuk muzium-muzium yang bersejarah, budaya kesenian, serta senibina bangunan warisan yang cantik.

Malah, menurut seorang penyair Australia, Peter Porter, Hull merupakan bandar yang paling puitis di England.

9. Vancouver, Kanada

Butchart Gardens, Vancouver

Vancouver adalah destinasi pelancongan utama Kanada yang menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun.

Kegiatan popular bagi pelancong adalah menyaksikan kemunculan ikan paus, menikmati Busking (menyembur api dari mulut) di daerah pelabuhan dan melawat taman yang sangat terkenal, Butchart Gardens.

10. Agra, India

Agra, India

Agra juga merupakan satu destinasi yang dipenuhi dengan dengan budaya masyarakat negara tersebut.

Dengan monumen mewah dan makam unik yang membarisi tebing sungai Yamuna, destinasi ini sering menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.

Terletak di Uttar Pradesh di utara India, Agra juga merupakan rumah kepada makam ikonik India, Taj Mahal.

Malah, festival seni Taj Mahotsav yang diadakan pada bulan Februari serta taman-taman Mughal sekitar bandar juga menjadi antara pilihan pelancong untuk melancong Agra.

BACA INI JUGA: Top 10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia

sumber: aa

Apa Itu Hemofilia, Jenis, Punca Dan Kaedah Rawatannya

Apa Itu Hemofilia, Jenis, Punca Dan Kaedah Rawatannya

Hemofilia merupakan sejenis penyakit keturunan yang mula dihidapi sejak lahir lagi yang mana penghidap hemofilia akan mengalami masalah kekurangan faktor protein pembeku di dalam darah mereka.

Hemofilia

Penyakit Hemofilia boleh didapati dalam tiga jenis kategori iaitu hemofilia A, hemofilia B dan Von Willebrands Disease.

Hemofilia A
  • Hemofilia A disebabkan kekurangan faktor pembeku iaitu faktor VIII.

Hemofilia B
  • Manakala bagi hemofilia B pula disebabkan kekurangan faktor IX.
  • Rata-rata pesakit kedua-dua jenis hemofilia itu hanya terdiri daripada kaum lelaki dan amat jarang didapati di kalangan wanita.

Von Willebrands Disease
  • Satu lagi jenis hemofilia ialah Von Willebrands Disease di mana pesakit yang dikategorikan dalam kumpulan ini mengalami kekurangan faktor Von Willebrands.
  • Penyakit hemofilia Von Willebrands Disease berlaku kepada lelaki dan wanita.
  • Pesakit yang menghidap Von Willebrands Disease akan mengalami pendarahan yang biasa berlaku di mukosa, kulit, gusi dan jarang sekali di otot-otot atau sendi.
  • Bagi wanita yang menghidap penyakit Von Willebrands Disease ini, mereka sering mendapat menorrhagia iaitu pendarahan yang berlebihan semasa haid.
  • Ini akan mengakibatkan anemia dan jika itu berlaku, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera.

Kurang pengetahuan tentang hemofilia

Apa yang menjadi masalah ialah, masih ramai di kalangan pesakit hemofilia dan juga ibu bapa pesakit tidak mengetahui dengan jelas cara-cara mendapatkan penjagaan serta rawatan yang betul untuk pesakit hemofilia.

Terdapat dua kumpulan pesakit hemofilia iaitu golongan yang kurang mengambil peduli mengenai penyakit hemofilia dan golongan ibu bapa yang terlalu berhati-hati sehingga menyekat kebebasan anak mereka.

Pesakit hemofilia masih boleh terlibat dalam sukan tetapi mereka perlu memilih sukan yang tidak melibatkan body contact atau yang berisiko tinggi yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mereka perlu berhati-hati dan mengelakkan sebarang kecederaan semasa bersukan.

Antara jenis sukan yang dicadangkan ialah badminton dan renang.

Takut aktif

Masih ramai pesakit hemofilia berasa tidak yakin untuk bergerak secara aktif.

Malah ada ibu bapa yang bertindak terlalu melindungi anak-anak sehingga setiap pergerakan mereka dijaga dengan rapi.

Keadaan pasif ini akan menyebabkan pesakit tidak aktif dan ia boleh menyebabkan otot-otot pesakit lemah.

Otot yang kuat diperlukan bagi menyokong pergerakan sendi di mana ini boleh membantu mengurangkan kekerapan pendarahan yang dialami oleh seseorang pesakit.

Pesakit hemofilia yang mengalami kecederaan atau luka perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Sekiranya pesakit lambat mendapatkan rawatan mereka berkemungkinan boleh terdedah kepada masalah kecacatan kekal anggota untuk seumur hidup.

Rawatan pesakit hemofilia

Pesakit hemofilia, seperti juga orang normal yang lain, memerlukan rawatan yang sama untuk penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh orang ramai.

Sekiranya berlaku sebarang pendarahan mereka perlu mengambil ubat yang dinamakan faktor konsentrat. Ini membantu menghentikan pendarahan yang berlaku.

Faktor konsentrat ini mengandungi faktor protein pembeku yang diperlukan oleh seseorang pesakit hemofilia.

Di samping itu, sekiranya pendarahan yang terjadi melibatkan otot-otot dan sendi pesakit, ia memerlukan khidmat fisioterapi.

Ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang terlibat dan memulihkan sendi tersebut. Ia juga penting bagi mengurangkan kekerapan pendarahan yang berlaku.

Fisioterapi juga boleh membantu mengelakkan terjadinya kecacatan kekal anggota yang terlibat dengan pendarahan.

Sekiranya terjatuh atau mengalami sebarang pendarahan, pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Ini adalah kerana rawatan yang cepat dan mencukupi boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal anggota.

Walaupun berlaku pendarahan yang ringan seperti berdarah hidung, gusi atau bengkak sendi pesakit perlu mendapatkan rawatan awal yang sewajarnya kerana pendarahan yang berpanjangan boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah kekurangan darah merah.

Tahap-tahap hemofilia

Terdapat tiga tahap hemofilia:
  1. Kurang 1.0 peratus tahap faktor protein pembeku. Pendarahan yang kerap berlaku dengan spontan. Pendarahan berpanjangan selepas luka atau kemalangan.
  2. 1 hingga 5 peratus tahap faktor protein pembeku. Pendarahan yang berlaku sekali-sekala secara spontan. Berlaku pendarahan berlebihan selepas luka atau kemalangan.
  3. 5 hingga 30 peratus tahap faktor protein pembeku. Pendarahan berlebihan selepas pembedahan atau kemalangan. Jarang ataupun tidak pernah berdarah dengan sendirinya.

Komplikasi pesakit
  • Pendarahan spontan pada sendi-sendi.
  • Radang pada lapisan tisu terutamanya pada sendi di mana jika tidak dirawat boleh menyebabkan kecacatan kekal.
  • Kelemahan pada otot (muscle atrophy) jika jarang digunakan.
  • Pendarahan dalam kepala di mana jika tidak dirawat segera dan secukupnya boleh menyebabkan kecacatan mental dan mungkin juga kecacatan fizikal.
  • Pendarahan dalam otot-otot penting di bahagian paha dan pangkal pinggul.

Ubat-ubatan

CSL faktor konsentrat merupakan ubat istimewa keluaran Kementerian Kesihatan untuk pesakit hemofilia. Faktor konsentrat diproses daripada plasma.

Ia boleh diperoleh daripada Pusat Darah Negara melalui proses fraksinasi di Australia atau membelinya dari luar negara.

Ubat ini diberikan secara suntikan apabila pesakit mengalami sebarang masalah pendarahan.

Kos untuk membeli faktor konsentrat ini mahal, namun dengan adanya plasma daripada penderma darah di Pusat Darah Negara untuk diproses di Australia, kos rawatan hemofilia dapat dikurangkan.

Statistik penghidap hemofilia

Jumlah pesakit yang menghidap penyakit pendarahan di Malaysia ialah 1,213 dalam tahun 2001:
  • Hemofilia A - 701 orang
  • Hemofilia B - 114 orang
  • Von Willebrands Disease - 196 orang
  • Lain-lain faktor pembekuan - 202 orang

Nasihat kepada penghidap

Pesakit hemofilia dinasihatkan supaya menyertai Pertubuhan Hemofilia Malaysia. Pertubuhan ini juga terbuka kepada orang awam yang ingin turut sama membantu.

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti lebam, pendarahan yang spontan dan berulang di sendi-sendi atau di otot, anda dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan segera.

Orang ramai dirayu supaya menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan seperti pesakit leukemia, pesakit buah pinggang dan pesakit hemofilia sendiri.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Wednesday, April 12, 2017

5 Haiwan Yang Hampir Pupus Di Malaysia

5 Haiwan Yang Hampir Pupus Di Malaysia

Bilangan haiwan-haiwan ini di Malaysia dikatakan semakin berkurang dengan sangat drastik sehingga ada juga dakwaan mengatakan bahawa sebahagian darinya sudah pupus.

Berikut adalah 5 haiwan yang dikatakan tadi.

Black Shrew
Bilangan terkini di Malaysia: Mungkin sudah pupus!

Black Shrew

Black Shrew (Tikus Hitam?) sangat jarang ditemui, hinggakan saiz sebenarnya tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, beberapa saksi yang pernah menemuinya mengatakan haiwan ini adalah dalam lingkungan 20-100mm.

Satu spesimen ini pernah ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah.

Sehingga kini, tiada data statistik diperolehi bagi haiwan ini dan dikhuatiri telah pupus.

Badak Sumatra
Bilangan terkini di Malaysia: 300

Badak Sumatra

Badak Sumatra merupakan spesies badak yang paling kecil dengan berat dalam lingkungan 500-800 kg.

Selalu ditemui di kawasan berpaya dan hutan hujan, badak ini menjadi rebutan pemburu yang inginkan tanduknya.

Tapir Malayan
Bilangan terkini di Malaysia: 369

Tapir Malayan

Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir, cipan, tenuk, badak tampung yang paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia.

Uniknya tapir ini kerana warnanya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan proses penyamaran.

Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

Kancil
Bilangan terkini di Malaysia : Tiada data, tetapi diklasifikasikan sebagai spesies dilindungi

Kancil

Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia.

Dengan saiznya yang sangat kecil, haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-daun dan boleh ditemui di Malaysia (Borneo) dan Indonesia.

Orang Utan
Bilangan terkini di dunia: Sumatra (7,000) dan Borneo (45,000-69,000)

Orang Utan

Secara asasnya terdapat 2 jenis orang utan, iaitu spesies Sumatra dan juga spesies Borneo.

Orang utan merupakan haiwan yang bijak dan dikatakan hidupan kedua yang paling bijak di dunia selepas manusia.

Namun, jumlahnya kini semakin menurun yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan.

BACA INI JUGA: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

sumber: cikguhailmi

Tiga Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan (Siri 2/2017)

Tiga Lagi Produk Kosmetik Beracun Dikesan (Siri 2/2017)

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Tati Skincare Night Cream
Gambar hiasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara produk yang disahkan mengandungi racun berjadual adalah;

  1. Tati Skincare Night Cream
  2. Tati Skincare Treatment Cream
  3. Moleek Anti Pigment Cream


Menurut maklumat yang diberikan, produk Tati Skincare Night Cream didapati mengandungi merkuri, manakala Tati Skincare Treatment Cream dan Moleek Anti Pigment Cream pula disahkan mengandungi bahan kimia jenis hydroquinone dan tretinoin.

"Kami ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, katanya lagi, produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Menurutnya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Jelasnya, kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin pula biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

"Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

"Manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," katanya lagi.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Difahamkan, bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," tambahnya.

Beliau dalam masa sama menggesa penjual dan pengedar produk-produk kosmetik yang terlibat menghentikan penjualan dan pengedaran produk berkenaan dengan serta-merta.

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," ujarnya lagi.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Manakala syarikat yang didapati melakukan kesalahan sama pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

BACA INI JUGA: 8 Produk Kosmetik Terbaharu Dikesan Beracun KKM 2017 (Siri 1/2017)

sumber: sh

Sumandak Sabah 'Phan' Mirip Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin!

Sumandak Sabah 'Phan' Mirip Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin!

Seorang sumandak (gadis) kelahiran Sabah yang memiliki raut wajah saling tak tumpah seperti bintang antarabangsa terkenal Selena Gomez baru-baru ini telah mendapat tawaran berlakon dalam sebuah produksi terkenal tanah air.

Phanthegerow Louiselle Leo Estrop

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Phanthegerow Louiselle Leo Estrop pula terletak pada rupa paras jelitanya yang sangat mirip macam Selena!

Phanegerow atau lebih senang dipanggil Phan ini berkata sejak dia menjadi viral di laman sosial, banyak tawaran kerja yang diterimanya.

Antara offer yang tak putus-putus datang ialah tawaran model iklan komersil dan produk kecantikan dan terkini dia telah disunting untuk menjadi heroin filem!

Filem sulung lakonan gadis berusia 19 tahun itu berjudul Tangisan Akinabalu, arahan pengarah terkenal, Dato Jurey Rosli di bawah terbitan rumah produksi New Line Sdn. Bhd.

Phanthegerow Louiselle Leo Estrop

Menceritakan lebih lanjut mengenai wataknya dalam filem itu nanti, Phan yang dipetik portal Rojak Daily berkata, “Saya memegang watak heroin bernama Nikki.

"Watak Nikki dalam filem ini ialah seorang yang berani, perwatakan kasar dan mempunyai semangat mahu menjadi seorang malim gunung.”

“Namun semangatnya untuk menjadi malim gunung ditentang hebat oleh ayahnya yang mendesak Nikki mengambil alih perniagaan ayahnya,” ujar gadis manis kacukan Kadazan-Dusun dan Belanda ini.

Walaupun memiliki rupa paras cantik seperti Selena namun faktor itu bukan menjadi tiket untuknya menempa nama secara ekspres.

Phanthegerow Louiselle Leo Estrop

Sebaliknya menurut Phan, dia juga perlu menghadiri proses ujibakat sebelum diterima berlakon.

“Pengarah memilih saya berdasarkan kemampuan saya berlakon.

"Kalau ada rezeki, memang saya nak cuba semua (cabang bidang seni), tidak terhad pada lakonan dan modelling sahaja,” ujarnya yang pernah menjuarai pertandingan Female Icon Sabah 2015.

BACA INI JUGA: Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

sumber: mynewshub

Ais Dan Air Sejuk Punca Perut Buncit?

Ais Dan Air Sejuk Punca Perut Buncit?

Biasa kita mendengar dari mulut orang, ais dikatakan boleh menyebabkan perut buncit, tetapi sejauh manakah kebenarannya?

Perut Buncit

Doktor Khairul Hafidz dari MedTweetMY telah menjelaskan secara saintifik tentang perkara ini bagi menolak pelbagai mitos yang tersebar berkenaan isu ini.

Ais terbentuk apabila air mencapai tahap suhu 0 darjah celcius. Ais adalah kristal lembut dan rapu yang boleh kelihatan lutsinar atau warna jernih kebiru putihan, bergantung kepada wujudnya unsur seperti udara.

Penambahan bahan lain seperti tanah mungkin akan mengubah penampilannya.

“Suhu normal badan manusia ialah 37 darjah celcius dan mekanisme dalam badan akan mengekalkan suhu tersebut. Ini bermakna air sejuk atau ais yang diminum akan turut berada di suhu yang sama.

“Apabila ais masuk ke dalam mulut, ais akan berubah jadi air kerana suhu ais akan terus berubah.

“Teras suhu badan manusia 37 darjah celcius, ini merupakan thermoregulasi badan, badan akan bekerja maksimum apabila berada dalam suhu ini,” katanya.

Jelasnya, ais atau air sejuk yang masuk ke dalam badan menyebabkan suhunya akan turun menjadi sama dengan suhu badan, kerana badan sentiasa kekalkan suhu 37 darjah celcius.

“Air yang masuk ke dalam mulut akan turun ke perut, di dalam perut suhu ais atau air sejuk berterusan turun ke 37 darjah celcius, sama seperti suhu badan.

“Setakat ini kita sudah tahu ais akan masuk ke dalam badan, suhu ais akan berubah kepada suhu badan dan tidak akan meningkatkan suhu badan,” katanya.

Menurut Dr Khairul Hafidz, teori kononnya air sejuk dan ais akan bergumpal dengan lemak dalam perut boleh ditolak.

“Air yang sama dengan suhu badan macam mana nak bergumpal lemak? Mitos minum ais dan air sejuk bergumpal lemak adalah tidak logik.

“Dalam sistem pencernaan ada enzim-enzim yang akan mencernakan lagi makanan, ia tidak bergumpal seperti yang didakwa,” katanya.

Menurutnya, buncit terjadi kerana lebihan kalori yang menjadi lemak tetapi prosesnya kompleks bukan semudah itu.

BACA INI JUGA: Tips Dan Cara Membezakan Ais Bersih Atau Kotor

sumber: sh

6 Gaya Hidup Punca Metabolisme Rendah Dan Keburukannya Anda Wajib Tahu

6 Gaya Hidup Punca Metabolisme Rendah Dan Keburukannya Anda Wajib Tahu

Ramai tidak menyedari bahawa beberapa amalan dan cara hidup yang tidak sesuai menyebabkan metabolisme rendah atau menjadi perlahan.

Metabolisme

Malangnya, memastikan metabolisme sentiasa tinggi amatlah penting dalam usaha untuk mengurangkan berat badan.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan anda sukar untuk menurunkan berat badan, malah anda lebih mudah mengalami pertambahan berat badan pada masa hadapan.

Berikut merupakan 6 cara hidup yang boleh memperlahankan metabolisme anda:

1. Ambil Kalori Terlalu Rendah

Makan makanan berkalori terlalu rendah termasuk mengurangkan makan secara melampau dan terlalu lama boleh memperlahankan metabolisme secara ketara.

Kajian-kajian terkawal melibatkan peserta-peserta bertubuh normal atau obes mendapati bahawa pengambilan kalori kurang daripada 1,000 kalori setiap hari (kalori defisit) boleh menimbulkan kesan signifikan ke atas kadar metabolisme anda.

Dalam sebuah kajian, para peserta wanita obes mengambil 420 kalori selama empat hingga enam bulan dan didapati kadar metabolisme ketika berehat mereka menjadi perlahan secara signifikan.

Apabila mereka meningkatkan pengambilan kalori sepanjang tempoh lima minggu berikutnya, kadar metabolisme ketika berehat mereka didapati semakin rendah sebelum mengamalkan diet berkaitan.

Sebuah kajian lain melibatkan para peserta obes mengambil 890 kalori setiap hari selama tiga bulan.

Selepas kajian berakhir, jumlah pembakaran kalori yang mereka alami setiap hari didapati jatuh secara purata sebanyak 633 kalori.

2. Tidak Mengambil Protein

Mengambil protein yang mencukupi amat penting bagi mencapai dan mempertahankan berat badan yang unggul.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan berprotein pada jumlah tinggi boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori tubuh secara signifikan.

Peningkatan metabolisme yang berlaku selepas penghadaman dikenali sebagai kesan haba makanan (thermic effect of food, TEF).

Kesan haba protein dikatakan lebih tinggi berbanding kesan haba karbohidrat atau lemak.

Kajian mendapati memakan protein meningkatkan metabolisme secara sementara sebanyak lebih kurang 20-30% berbanding 5-10% untuk karbohidrat dan paling tinggi 3 peratus untuk lemak.

Kajian lain mendapati para peserta harus makan sekurang-kurangkan setengah gram protein bagi setiap sekilogram berat badan mereka bertujuan membantu menghalang metabolisme menjadi perlahan ketika dan selepas program penurunan berat badan.

3. Kurang Bergerak

Menjalani kehidupan harian dengan kurang bergerak boleh menyebabkan pembakaran kalori harian anda tidak cekap.

Aktiviti fizikal seperti berdiri, berjalan ke tempat membuat air, mengemas meja atau turun naik menggunakan tangga boleh membantu anda membakar kalori.

Aktiviti tersebut tergolong sebagai ‘peningkatan haba melalui aktiviti bukan bersenam’ (non-exercise activity thermogenesis, NEAT).

Sebuah kajian menunjukkan bahawa menjalani NEAT secara kerap boleh membakar sehingga 2,000 kalori tambahan setiap hari.

Kajian lain mendapati seseorang yang duduk menonton televisyen membakar kalori 8 peratus lebih rendah berbanding dia duduk menaip, malah purata 16 peratus lebih rendah berbanding dia berdiri.

4. Tidak Cukup Tidur

Cukup tidur, tidur berkualiti dan tidur pada waktu malam boleh membantu mempertahankan kadar metabolisme normal.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan.

Beberapa kajian menunjukkan tidak cukup tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan.

Sebuah kajian menunjukkan orang dewasa sihat yang tidur empat jam setiap malam selama lima malam berturut-turut mengalami pengurangan kadar metabolisme ketika berehat sebanyak 2.6 peratus.

Kadar metabolisme peserta kembali normal selepas itu apabila mereka tidur lena selama 12 jam.

Kekurangan tidur menjadi semakin buruk dengan tidur pada waktu siang kerana pola tidur tersebut mengganggu ritma sirkadian (circadian rhythm).

Sebuah kajian yang dijalankan selama lima minggu mendapati tidak cukup tidur secara berpanjangan ditambah dengan gangguan ritma sirkadian menurunkan kadar metabolisme ketika berehat para peserta secara signifikan sebanyak 8 peratus.

5. Mengambil Makanan/Minuman Bergula

Ini kisah benar. Seorang wanita berketinggian 5 kaki 2 inci dengan berat badan 80 kilogram berjaya menurunkan berat badan dengan mengelakkan makan nasi, produk tepung dan tidak mengambil makanan bergula selama enam bulan.

Di dalam tubuh, nasi (dan produknya seperti bihun) serta sebarang produk tepung diubah kepada glukos yang dipercayai boleh menyebabkan pembakaran kalori tidak cekap.

Beliau banyak makan sayur-sayuran dan mengelakkan buah-buahan manis. Beliau tidak makan daging dan ayam sebaliknya makan ikan yang dimasak cara tradisional Melayu seperti masak lemak, pindang atau asam pedas.

Beliau juga mengambil keju dan mentega susu asli bagi menggantikan marjerin (minyak sayur-sayuran terhidrogenasi).

Berat badan beliau selepas enam bulan program tersebut jatuh kepada 50 kilogram yang sesuai dengan susuk tubuh dan umurnya.

Diet yang diamalkan oleh wanita tersebut dikenali sebagai diet rendah karbohidrat; 50 peratus sayur-sayuran, 30 peratus protein, 20 peratus lemak.

6. Tidak Bersenam

Resistant training atau bersenam berhalangan memang membantu meningkatkan metabolisme dengan cekap. Namun bukan semua orang pada hari ini yang rata-rata sibuk bekerja mampu melakukannya.

Berjoging sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali, tiga kali seminggu juga boleh membantu membakar kalori.

Kepada pasangan yang sudah berkahwin, melakukan hubungan biologi dengan pergerakan sederhana 20 hingga 30 minit setiap kali beberapa kali seminggu juga boleh membantu meningkatkan metabolisme.

BACA INI JUGA: Bahaya Diet Tinggi Protein Untuk Mengurangkan Berat Badan

sumber: sh

Tuesday, April 11, 2017

Tahukah Anda Jenis, Bentuk Dan Asal Usul Nama Galaksi Dalam Sistem Suria Kita?

Tahukah Anda Jenis, Bentuk Dan Asal Usul Nama Galaksi Dalam Sistem Suria Kita?

Perkataan galaksi diambil dari nama galaksi kita, Bima Sakti (Milky Way), dengan menggunakan perkataan Yunani iaitu gala (umumnya galaktos) yang bererti susu.

Galaksi ialah kumpulan bintang yang tebentuk dari protogalaksi, tarikan graviti dan komponen galaksi yang mengorbit satu pusat bagi mengekalkan galaksi tersebut.

Galaksi Bima Sakti

Bima Sakti

Galaksi Bima Sakti merupakan galaksi berbentuk spiral yang terdapat antara 200 hingga 400 bilion lebih bintang.

Galaksi ini menunjukkan rupa jalur cahaya di langit malam melintasi seluruh sfera cakerawala apabila dilihat dari bumi.

Teras galaksi Bima sakti berbentuk palang yang dikelilingi cakera gas, debu dan bintang yang membentuk empat struktur lengan yang berlingkar-lingkar keluar dalam corak pilin logaritma.

Jenis Galaksi

Terdapat tiga jenis galaksi menurut morfologi, yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu galaksi spiral, elips dan tak beraturan.

Ketiga-tiga jenis galaksi ini berbeza bentuk dan penampakannya. Daripada hasil pemerhatian ahli astronomi, galaksi spiral didapati sebanyak 80%, galaksi elips 17% dan galaksi tak beraturan sebanyak 3% ditemui di angkasa lepas.

1. Elips

Elips

Penampakan galaksi elips berbentuk bundar sehingga berbentuk bola pepat. Struktur galaksi elips tidak terlihat dengan jelas.

Galaksi elips mengandungi sedikit ruang antara bintang yang mengandungi bintang-bintang tua. Contoh galaksi berbentuk Elips adalah M87.

Galaksi M87 adalah galaksi elips raksasa yang terdapat dalam Rasi Virgo.

2. Spiral

Galaksi ini terdiri dari sebuah piringan bintang-bintang yang berputar, materi antara bintang, serta tonjolan pusat yang terdiri atas bintang-bintang tua.

Selain dari itu, terdapat lengan-lengan dari spiral yang menjulur keluar dari tonjolan pusat dengan bintang-bintang tua terdapat dalam kumpulan bintang yang berjumlah ratusan dan berbentuk bola.

Galaksi spiral berputar dengan cepat yang membuatkan galaksi ini memipih dan membentuk bidang galaksi.

Contoh galaksi spiral adalah galaksi andromeda dan Galaksi Bima Sakti di mana planet Bumi berada.

3. Tak Sekata

Magellan Galaxy

Galaksi yang memiliki bentuk khusus terdiri daripada bintang-bintang tua dan juga muda.

Contoh Galaksi Tak Sekata adalah awan galaksi magellan besar dan awan galaksi magellan kecil yang hanya berjarak sekitar 180,000 tahun cahaya dari Bima Sakti.

Galaksi tak beraturan mengandungi banyak gas dan debu.

Ciri-Ciri Galaksi

Setiap galaksi mempunyai ciri–ciri tersendiri.
  • Galaksi mempunyai cahaya sendiri, jadi sumber cahaya tersebut tidak berasal dari pantulan.
  • Galaksi–galaksi lain dapat terlihat berada di luar Galaksi Bima Sakti.
  • Antara galaksi satu dengan galaksi yang lain mempunyai jarak jutaan tahun cahaya.
  • Galaksi mempunyai bentuk–bentuk tertentu, seperti Elips, Spiral, Berpalang, dan Tak Sekata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: muftimelaka

Apa Itu Teknologi Angkasa Lepas?

Apa Itu Teknologi Angkasa Lepas?

Teknologi Angkasa Lepas adalah teknologi pembangunan sains angkasa atau industri aeroangkasa yang digunakan dalam penerbangan angkasa, satelit, atau penerokaan angkasa lepas.

Teknologi angkasa lepas ini termasuklah kapal angkasa, satelit, stesen angkasa, sokongan infrastruktur, peralatan dan prosedur.

1. Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

ISS

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) ialah sebuah stesen penyelidikan antarabangsa dengan ketinggian 360 km dari permukaan bumi.

Stesen ini dibina daripada gabungan beberapa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan Eropah dan dilancarkan pada 20 November 1998.

Stesen ini mengelilingi Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j. Fungsi Stesen Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji, pemantauan dan penyelidikan dalam angkasa lepas.

2. Space Transportation System (STS)

STS

Space Transportation System (STS) atau lebih dikenali sebagai NASA's Space Shuttle (Space Shuttle) adalah milik Amerika Syarikat.

Pesawat ulang alik ini berbeza dengan pesawat lain kerana dapat kembali pada waktu tertentu. Pesawat jenis ini hanya mempunyai 5 buah namun kini tinggal 3 yang dimiliki oleh NASA.

Pesawat diterbangkan secara vertikal dan mampu membawa tiga hingga lima angkasawan serta muatan seberat 50,000 paun atau 22,700 kg.

Ketika misi selesai, pesawat ini akan menyalakan pendorongnya sendiri untuk kembali menuju ke atmosfera bumi. Apabila memasuki atmosfera bumi pendorong kemudiannya dimatikan dan pesawat akan melayang sehingga mencapai permukaan Bumi.

3. Pesawat Ulang-Alik Columbia

Pesawat Columbia

Pesawat ulang-alik Columbia (kod pesawat NASA: OV-102) adalah pesawat ulang-alik pertama NASA. Pada 12 hingga 1 April 1981 telah bermula misi pertamanya iaitu STS-1.

Pesawat ini meletup ketika misi ke 28 iaitu STS-107 pada 1 Februari 2003, sekaligus meragut nyawa tujuh orang angkasawan, iaitu Rick D. Husband (Komander), William C. McCool (Juruterbang), David M. Brown, Kalpana Chawla (Orang India-Amerika pertama di luar angkasa), Michael P. Anderson, Laurel B. Clark dan Ilan Ramon (Israel pertama di luar angkasa).

Secara keseluruhannya Columbia telah melakukan 28 penerbangan, menghabiskan masa selama 300,74 hari di luar angkasa, melintasi 4,808 orbit dan terbang sejauh 201,497,772 km, termasuk misi terakhirnya.

4. Satelit

Satelit

MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.

Pada awal 2007, terdapat tiga satelit MEASAT mengikut rekaan dan binaan Boeing Satellite Development Center iaitu MEASAT-1 dan MEASAT-2 yang dilancarkan pada tahun 1996 serta MEASAT-3 pada tahun 2006.

Rekaan satelit MEASAT-1 dan 2 menyediakan khidmat televisyen kepada pengguna Malaysia dan khidmat perhubungan awam dari kawasan Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.

5. Prob

Prob

Prob angkasa lepas ialah prob yang tiada angkasawan, mengumpul maklumat sambil mengembara ruang angkasa. Penghantaran maklumat kajian saintis ke Bumi melalui gelombang radio dalam proses telemetri.

Kesatuan Soviet atau Rusia merupakan negara yang menghantar prob pertama ke angkasa lepas iaitu Sputnik 1.

Tujuan prob direka ialah untuk mengkaji dan mencari lubang hitam, planet baru serta pelbagai benda di angkasa lepas.

Sputnik 1

Sputnik 1 dilancarkan pada 4 Oktober 1957 dan berakhir pada 26 Oktober 1957 dalam misi yang dipanggil “Technology”.

Berdiameter 58 sm dengan logam sfera dan mempunyai empat radio satelit, setiap orbit yang dilalui mengambil masa 96.2 minit dengan kelajuan 29,000 kilometer sejam (18,000 mph; 8100 m/s).

Pengendali radio amatur memantau Sputnik pada 1 20,005 dan 40,002 MHz selama 21 hari sehingga kehilangan bateri pemancar pada 26 Oktober 1957.

Pada 4 Januari 1958 Sputnik 1 terbakar kerana memasuki atmosfera Bumi selepas menghabiskan tiga bulan dalam orbit kira-kira 70 juta km (43.5 juta batu).

Terdapat juga beberapa prob yang dihantar ke angkasa selepas Sputnik 1 iaitu Sputnik 2, Explorer 1, Vanguard 1 dan Sputnik 3.

6. Roket

Roket

Kebanyakan roket angkasa ialah roket kimia yang menggunakan bahan api pepejal seperti Penguat Roket Pepejal Ulang-alik Angkasa atau bahan api pepejal, seperti enjin utama Pengangkut Ulang-alik Angkasa.

Kandungan kimia bertindak balas dengan bahan api semasa proses pembakaran dan gas panas yang keluar melalui corong pada hujung roket menghasilkan tekanan untuk roket berlepas ke angkasa.

Saturn V

The Saturn V ("Saturn lima") adalah roket Amerika yang digunakan oleh NASA pada tahun 1966 dan 1973.

Roket ini dibina untuk program Apollo iaitu penerokaan manusia ke bulan dan kemudian melancarkan Skylab, stesen angkasa Amerika Syarikat yang pertama.

The Saturn V dilancarkan 13 kali dari Kennedy Space Center di Florida tanpa sebarang kekurangan.

The Saturn V mengekalkan ketinggian, berat dan roket paling berkuasa di angkasa pada tahun 2016.

Oleh kerana kapasiti muatannya berat, roket ini mampu menghantar Apollo Command/Modul Perkhidmatan dan Modul Lunar ke Bulan melalui orbit Bumi rendah (LEO) 140,000 kg (310,000 lb) tanpa terbakar.

Di bawah arahan Wernher von Braun dan Arthur Rudolph roket Saturn V juga direka berdasarkan sebahagian kerja siri Agregat roket, terutama A-10, A-11, dan A-12, di Jerman semasa Perang Dunia II di Marshall Space Flight Center di Huntsville.

Setakat ini, hanya Saturn V sahaja yang mampu membawa angkasawan seramai 24 orang ke bulan dalam masa 4 tahun dari Disember 1968 hingga Disember 1972.

7. Teleskop Angkasa

Teleskop Angkasa Hubble

Ahli astronomi Edwin Hubble menemui Teleskop Angkasa Hubble (HST) dan mencipta Peraturan Hubblenya sendiri untuk mengira perkembangan angkasa.

Kedudukan teleskop di luar atmosfera Bumi membolehkannya untuk mengambil gambar optikal tajam pada objek yang sangat malap menjadikan alat terpenting dalam sejarah astronomi.

Beliau bertanggungjawab menolong ahli astronomi memahami masalah asas dalam astrofizik.

Ultra Deep Field Hubble adalah gambar optikal astronomi yang terdalam pernah diambil.

Projek untuk membina sebuah teleskop angkasa dibatalkan kerana mempunyai masalah kewangan.

Selepas itu, beliau menemui masalah pada cermin utama yang mengalami aberasi bersfera walau bagaimanapun, selepas misi perkhidmatan pada 1993, teleskop dibaik pulih dan menjadi alat kajian penting serta perhubungan awam untuk astronomi.

HST adalah sebahagian siri Pencerapan Awam, dengan Balai Cerap Compton Gamma, Balai Cerap Chandra X-ray, dan Teleskop Angkasa Spitzer.

BACA INI JUGA:

sumber: muftimelaka

Tahukah Anda Berapa Banyak Satelit (Bulan) Planet Dalam Sistem Suria Kita?

Tahukah Anda Berapa Banyak Satelit (Bulan) Planet Dalam Sistem Suria Kita?

Dalam istilah astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang bergerak mengelilingi objek lain yang lebih besar.

Satelit+Planet

Bulan merupakan satelit bagi bumi manakala bumi dan planet lain merupakan satelit bagi matahri.

Dan tahukah anda semua berapa banyak satelit (bulan) yang terdapat di dalam sistem suria kita? Jom baca.

Satelit Planet

1. Planet Utarid dan Zuhrah tiada satelit planet.

2. Bumi mempunyai satu satelit planet yang dipanggil Bulan.

3. Marikh

Phobos dan Deimos. Kedua-dua ditemui pada tahun 1877 oleh Asaph Hall. Orbit mereka hampir bulat serta bergerak ke permukaan rata pada garisan lintang planet. Kedua-dua planet berketul dan gelap.

4. Musytari

Mempunyai 67 bulan. Kebanyakannya berbentuk elips dan bertentangan dengan putaran planet.

IO merupakan salah satu bulan daripada empat bulan Musytari yang ditemui oleh Galileo Galilei pada 7 Januari 1610.

Dengan diameter berukuran 3,642 kilometer, IO terdiri daripada batuan silikat yang mengelilingi leburan besi atau pusat besi sulfida.

Permukaan IO mempunyai lebih daripada 400 gunung berapi aktif menjadikan geologinya sangat aktif.

5. Zuhal

Memiliki 53 bulan antaranya Titan. Ahli astronomi Belanda, Christiaan Huygens menemui Titan pada 25 Mac 1655 selepas Galileo menemui bulan Musytari.

Nama lain bagi Titan ialah Zuhal VI.

Zuhal mempunyai awan dan atmosfera serta tasik pada permukaan.

6. Uranus

Mempunyai 27 bulan yang terbentuk daripada separuh ais dan batu.

Miranda, bulan yang kecil dan ahli astronomi yang menemuinya ialah Gerard Kuiper pada 16 Februari 1948 di Balai Cerap McDonald.

Nama lain bulan ini ialah Uranus V. Rata-rata permukaannya dilitupi ais, dengan ketumpatan rendah yang mungkin mengandungi batu silikat dan sebatian organik.

7. Neptun

Mempunyai 13 satelit, antaranya Triton yang ditemui oleh William Lassell pada 10 Oktober 1846, sebesar planet kerdil Pluto dan mengorbit ke belakang bertentangan arah putaran Neptun.

Permukaannya terdiri daripada nitrogen beku, kerak dan mantel ais manakala terasnya daripada batu dan logam di mana jisimnya ialah dua pertiga jisim bulan.

Minimum ketumpatannya kira-kira 2.061 gram per sm padu dan kandungan ais pada airnya dianggarkan sebanyak 15-35%.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: muftimelaka

Fakta Menarik Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) Ramai Tak Tahu!

Fakta Menarik Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) Ramai Tak Tahu!

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Space Station (ISS) merupakan sebuah satelit buatan yang mampu didiami oleh manusia dan berfungsi untuk menjalankan kajian dan penyelidikan di angkasa lepas.

ISS

Sebenarnya, terdapat beberapa fakta penting yang mungkin kita tidak pernah tahu mengenai ISS sebelum ini.

Sejarah

Selepas Perang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa bersama pihak Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada.

Stesen ini menggabungkan Stesen Angkasa Freedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) dan Columbus (Eropah).

Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering tertunda kerana kos yang semakin meningkat.

Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen ISS sebelum dipasang oleh angkasawan. Bahan-bahan ini dihantar melalui Kapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal angkasa Soyuz, Progress Rusia dan lain-lain.

Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca kat bawah ni.

1. Pusat Penyelidikan Angkasa Antarabangsa

Stesen Angkasa Antarabangsa, International Space Station ISS) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi berada di dalam orbit rendah bumi.

2. Ketinggian Dari Bumi

ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi dan mengorbit (mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j.

3. Jumlah Orbit Bumi Setiap Hari

Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.

4. Pengunjung

ISS juga telah dikunjungi oleh para angkasawan dari 15 buah negara yang berbeza.

5. Tarikh Pelancaran

Stesen ISS telah dilancarkan pada 20 November 1998.

6. Angkasawan Bertugas

Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa.

7. Pusat Latihan Angkasawan

Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.

8. Gabungan Kepakaran Teknologi

ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada dan Eropah. Pemilikan dan penggunaan stesen angkasa lepas ini telah diwujudkan melalui perjanjian antara kerajaan.

9. Fungsi ISS

Fungsi Stesen Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.

10. ISS Terbahagi Dua

Stesen ISS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu segmen orbit Rusia (ROS) dan segmen orbit Amerika Syarikat (USOS) yang dikongsi oleh banyak negara lain.

11. Rekabentuk ISS

Stesen Angkasa Lepas Generasi Ketiga reka bentuk ISS ini telah direka mengikut reka bentuk siri Salyut dan Almaz, Cosmos 557, Skylab dan Mir sebagai sebuah stesen angkasa lepas prototaip ke-11 yang dilancarkan.

12. Generasi Ketiga

ISS merupakan stesen angkasa lepas modular generasi ketiga.

13. Makanan Tidak Sedap

Kebanyakan makanan di atas stesen ISS ini telah diletakkan di dalam bungkusan plastik yang telah divakumkan.

14. Makanan Dalam Tin Terlalu Mahal

Makanan dalam tin menelan belanja yang sangat mahal dan terlalu berat untuk diangkut, oleh itu jumlahnya di ISS sangat sedikit. Makanan seperti ini secara umumnya tidak disukai oleh angkasawan dan apabila digabungkan dengan kekurangan rasa dalam persekitaran mikrograviti ini, mereka perlu menggunakan usaha sendiri bagi menjadikan makanan tersebut menjadi sedap.

15. Tiada Bilik Air

ISS tidak mempunyai bilik mandi dan angkasawan akan mencuci badan mereka dengan menggunakan jet air dan kain lap basah dengan sabun yang diletakkan di dalam bekas seperti tiub ubat gigi.

16. Sabun Yang Tidak Perlu Dibilas

Angkasawan juga dibekalkan dengan sabun yang tidak perlu dibilas dan ubat gigi yang boleh dimakan bagi menjimatkan air.

17. Menggunakan Kuasa Solar

Bekalan kuasa ISS dibekalkan melalui lapisan kaca Photovoltaic. Panel kuasa solar atau dikenali sebagai Photovoltaic arrays yang mempunyai dwi-permukaan menyediakan kuasa elektrik untuk ISS. Sel-sel bifacial ini lebih cekap dan mampu beroperasi pada suhu yang lebih rendah berbanding sel tunggal yang kebiasaannya digunakan di Bumi. Ia juga mampu mengumpul cahaya matahari dan cahaya yang dipantulkan dari Bumi.

18. Dilengkapi 100 Buah Komputer

ISS dilengkapi kira-kira 100 buah komputer jenama IBM Lenovo ThinkPad model A31 dan model T61P. Setiap komputer yang dipasang di ISS telah dibeli secara komersial di mana ia kemudiannya diubahsuai untuk keselamatan dan operasi termasuk proses kemaskini kepada penyambungan, penyejukan dan kuasa untuk menampung sistem kuasa DC setinggi 28V dan persekitaran yang sukar.

19. Angkasawan Pertama Malaysia

Angkasawan pertama Malaysia, Dr. Syeikh Muzaffar pernah singgah di ISS.

BACA INI JUGA:

sumber: drysheet