Friday, June 06, 2025

Fakta Ejakulasi Dan Air Mani Wanita

Fakta Ejakulasi Dan Air Mani Wanita

Wanita apabila mengalami klimaks dan ejakulasi semasa melakukan hubungan seks juga akan mengeluarkan air mani bagi menandakan kepuasan nafsu syahwat mereka namun, pasti ramai yang tidak tahu bagaimana rupa air mani yang sebenar wanita kan?

Fakta Ejakulasi Wanita
Gambar hiasan.

Sebenarnya, air mani wanita adalah lebih kurang sama saja seperti air mani lelaki dari segi penampilannya.

Air mani wanita mempunyai warna putih, tekstur likat dan rasa masin, masam atau manis, bergantung kepada pemakanan.

Jadi, perbezaan antara air mani wanita dan lelaki hanyalah kewujudan sperma di dalamnya.

Bagaimana pula dengan kuantiti? Ada yang mengatakan ia lebih banyak daripada air mani lelaki dan juga sebaliknya.

Mungkin ia bergantung kepada keupayaan wanita itu sendiri, samada mampu memancutkan air mani (squirting) semasa ejakulasi atau hanya akan mengeluarkan lelehan sahaja.

Ini bermaksud kuantiti air mani wanita adalah berbeza mengikut individu malah, ada wanita yang sangat sukar untuk 'memancutkan' air mani.

Mungkin situasi ini berlaku kerana wanita tidak dapat mencapai klimaks atau orgasma.

Keadaan ini mungkin berlaku ekoran wanita tidak dapat mencapai klimaks atau orgasma disebabkan oleh beberapa faktor.

Sebab air mani perempuan susah keluar semasa seks

Jika kaum lelaki sering dimomokkan dengan masalah ejakulasi pramatang atau keluar air mani terlalu awal ketika beraksi di ranjang, wanita mungkin ada masalah lain yang lebih membimbangkan iaitu air mani wanita susah keluar semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Menurut kajian, kira-kira hampir 1 daripada 3 wanita tidak mampu mencapai orgasma semasa melakukan hubungan intim.

Ramai pasangan terpaksa melakukan rangsangan tambahan menggunakan tangan dan oral untuk mengeluarkan air mani wanita.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan air mani perempuan susah keluar, ya?

Berikut merupakan jawapannya:

1. Kurang rangsangan pada klitoris

Menurut doktor pakar kehamilan, rangsangan klitoris sangat diperlukan dalam usaha wanita mencapai klimaks. Tanpanya, orgasma dan air mani perempuan mustahil untuk dikeluarkan.

Klitoris ada banyak saraf yang sangat sensitif terhadap apa-apa rangsangan, tidak kira sentuhan tangan atau jilatan lidah. Klitoris adalah kunci utama dalam memuaskan nafsu syahwat wanita.

Oleh itu, pasangan suami isteri sebenarnya perlu merancang perlakuan seks dengan lebih menumpukan rangsangan pada klitoris berbanding payudara.

Jika tangan atau lidah masih tidak cukup, boleh guna alatan seks seperti vibrator atau dildo!

2. Tidak kenal tubuh badan sendiri

Bagi wanita, klitoris adalah bahagian dalam tubuh badan yang perlu diutamakan untuk rangsangan semasa melakukan hubungan kelamin.

Setiap wanita memiliki area sensitifnya yang tersendiri. Ada yang akan ghairah jika disentuh pada puting, payudara, punggung dan sebagainya.

3. Pengambilan ubat-ubatan

Menurut pakar, ada beberapa jenis ubat terutamanya jenis antidepresan untuk merawat depresi akan memberi efek kepada fungsi seksual wanita.

Pengambilan ubat-ubatan ini mungkin akan menyukarkan usaha mengeluarkan air mani wanita.

Ini kerana ubat jenis antidepresan misalnya akan menghalang produksi hormon seks seperti serotonin, dopamin dan norepinefrin dalam tubuh badan perempuan.

Tanpa hormon-hormon ini, agak mustahil untuk wanita menikmati seks bersama pasangan.

4. Kurang hormon oksitoksin

Hormon oksitoksin adalah hormon cinta yang dirembeskan otak sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan seks.

Kekurangannya sudah pasti akan mengakibatkan wanita susah mencapai orgasma.

Anda dan pasangan perlu melakukan foreplay terlebih dahulu sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi membantu wanita lebih mudah terangsang semasa berasmara.

Adegan ringan-ringan seperti berpelukan, bercium, berpegangan tangan serta bersentuhan badan sudah pasti dapat meningkatkan produksi hormon oksitoksin wanita.

5. Tidak ada keyakinan diri

Wanita sukar untuk mencapai klimaks lalu mengeluarkan air mani adalah tidak mempunyai keyakinan diri dengan kecantikan dirinya.

Memang sudah sifat wanita untuk merasa insecure terhadap pandangan pasangan terhadap mereka.

Mereka selalu akan beranggapan bahawa diri mereka adalah gemuk, busuk, tua dan tidak mampu menarik perhatian pasangan mereka. Ini adalah salah sama sekali!

Jadi, perempuan tidak seharusnya berfikiran seperti ini. Hakikatnya, suami anda mungkin tidak begitu kisah dengan rupa dan bentuk tubuh badan anda.

Ini kerana perasaan cinta yang akan membuat segala-galanya tampak indah. Cinta itu buta dan membutakan, bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, air mani perempuan akan jadi sukar untuk dikeluarkan semasa hubungan seks adalah berpunca daripada anda dan pasangan anda sendiri.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Thursday, May 29, 2025

SBDJ Siri 226: Wanita Dalam Bilik Pawang

SBDJ Siri 226: Wanita Dalam Bilik Pawang

Tanpa membuang masa saya dan datuk melihat ke dalam bilik. Samar-samar kelihatan seorang lelaki duduk bersila dengan sepasang tangan berada diantara kedua belah paha dan kaki. Sebuah tempat bara berada di depannya, mengeluarkan asap berbau cengkih dan kemenyan.

Toyol jadi-jadian

Lelaki yang berwajah serius dan bengis itu seperti bertafakur dengan sepasang kelopak matanya dirapatkan. Kepala dililit dengan kain kuning.

"Dari mana datangnya makhluk ini," bisik batin saya.

"Eehemmmmm..." suara datuk menyumbat lubang telinga. Dan sudah pasti, suara tersebut adalah isyarat untuk saya mengawal perasaan, jangan memikirkan tentang sesuatu.

Asap kemenyan yang bergerak lembut si sebelah kiri dan kanan lelaki itu, melakarkan sekumpulan bebayang makhuk ganjil yang menakutkan.

Ada yang bertanduk, bermisai, mata berlubang, berdagu panjang hingga ke lantai dan bermacam-macam lagi.

Saya segera merenung ke arah datuk. Tenang sahaja datuk menghadapi suasana yang mencemaskan itu. Bibirnya seperti bergetar. Dan saya menduga, datuk sedang membaca petikan ayat al-Quran untuk menghalau syaitan.

Usaha datuk yang direstui Allah mendatangkan hasil yang sungguh mengesankan. Satu persatu bayang yang menakutkan itu menipis, membulat dan memanjang.

Sebelum ghaib dari penglihatan terdengar seperti suara hembusan angin yang keluar dari belon mainan akibat dicucuk dengan jarum.

"Dah hilang," cetus hati saya.

Datuk berdehem dan saya sedar tentang kesilapan yang tidak saya sengajakan. Dua tiga kali saya menarik dan melepaskan nafas sambil mengutuk diri sendiri.

Mungkin menyedari tidak ada sebarang gangguan lagi menyebabkan datuk menumpukan seluruh perhatiannya kepada Ali Usman kembali. Macam tadi juga, Ali Usman masih lagi mamai.

Dua kali bahu Ali Usman saya singgung dengan kuat. Tetapi, dia tidak memberikan tindak balas yang sewajarnya.

"Áli, apa yang kamu lihat itu, itulah juga yang aku lihat. Sekarang semuanya sudah selesai, sudah tak ada lagi, Cuba buka mata kamu."

Datuk dan saya segera berusaha mendirikan Ali Usman. Kepalanya yang terkulai kami tegakkan. Wajahnya dihalakan ke arah pintu bilik yang terdedah. Pelahan-lahan Ali Usman membuka kelopak matanya.

"Kamu tengok sekarang, semuanya sudah hilang."

Itulah yang datuk bisikkan ke lubang telinga Ali Usman. Dengan lemah saya lihat Ali Usman anggukkan kepala. Dia hanya berkerut, buat beberapa ketika Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dalam usahanya mencari ketenangan dan ketenteraman.

"Bagaimana perasaan kamu sekarang? Dah tenang?" susul datuk.

Ali Usman anggukkan kepala, senyumnya kian lebar.

"Kalau gitu kamu mulakan."

Datang lagi usul dari datuk dan ternyata tiada bantahan dari Ali Usman. Dia pun melangkah melepasi bendul pintu bilik.

Setelah mendapat isyarat dari datuk, saya turut melangkah ke dalam bilik yang kelihatan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Datuk pun membekalkan pesan agar jangan menyentuh apa juga barang yang terdapat di situ, kecuali setelah mendapat kebenaran darinya.

KHAS

Berada di dalam bilik khas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, terasa nyaman bagaikan berada di dalam bilik yang berhawa dingin.

Keganjilan yang dialami setiap kali melangkah, saya seperti tidak dapat mengimbangi seluruh tubuh, terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan. Bagi mengelak dari jatuh terpaksa berpaut pada tubuh Ali Usman.

Apakah perkara yang saya alami turut dirasakan oleh Ali Usman dan datuk? Tetapi, melihat pada gaya dan gerak mereka temyata perkara itu tidak berlaku.

Dengan tidak semena-mena terdengar seperti suara kumbang mengorek lubang dikayu. Keadaan begini memang kurang tenteram, memberi kesan yang tidak tentu arah disanubari.

"Apa pula sialnya si kumbang ni, mengacau urusan orang dan menakutkan aku," jerit batin saya.

"Ehemmmm..." Datuk berdehem pendek.

Dan secara sepontan saya menoleh ke arah datuk, pandangan kami bertembung.

"Jangan ditegur atau dikomen bila kamu melihat atau mendengar sesuatu yang pelik. Cuba fikir dulu sebelum mengikut kata hati. Jangan pandai-pandai nak mengutuk atau marah tidak bersebab."

Itulah komentar datuk. Dia bagaikan tahu erti renungan mata saya sebentar tadi. Saya mengggit bibir, susah sungguh berurusan dengan manusia yang dapat membaca suara hati kita.

Dan buat sekian kalinya, saya menatap wajah Ali Usman. Dia nampak bersahaja. Tetapi gerak mata hitamnya membayangkan sekelumit keresahan dalam dirinya. Dia cuba tersenyum dan ternyata senyum yarng dipaksa itu hilang serinya.

Bilik yang nampak kecil itu, tenyata cukup besar dan luas. Buktinya, sudah lebih sepuluh langkah kami melangkah dari bendul, masih belum sampai ke bahagian tengah bilik.

Ali Usman memberikan isyarat tangan, supaya kami menuju ke bucu bilik sebelah kiri. Dan saya yang sangsi dengan arahan tersebut enggan melangkah.

"Ke sana, sebelah kiri," keras suara Ali Usman.

"Maaf," bisik saya padanya.

"Bodoh."

Sakit benar rasa hati menerima ungkapan kata yang ditujukan oleh Ali Usman untuk saya. Kalau tidak memikirkan berada di tempat orang mahu rasanya melepaskan penumbuk sulung ke mukanya. Biar pecah berdarah dan tersungkur di lantai.

"Ehemmm..." datuk bersuara.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, saya minta maaf dengan menganggukkan kepala pada datuk.

Saya dan datuk mengekori Ali Usman menuju ke tempat yang dimaksudkan. Keadaan di situ agak gelap dan lubang hidung mula diasak dengan bau bunga cempaka kembang pagi.

Terdengar bunyi seperti kain batik dikoyak berkali-kali. Sesekali terdengar suara wanita berbisik sesama sendiri.

Dalam suasana yang agak gelap itu, sepasang telapak tangan jatuh atas sayap bahu kiri dan kanan. Berdebarlah hati saya, rasa cemas dan takut terus memuncak.

Perlahan saya raba tangan di bahu kiri, terasa kasar dan keras dengan urat-urat timbul di belakang tangan.

Bila telapak tangan merayap di lengan orang yang belum saya pasti siapakah orangnya, rasa gementar terus menguasai tangkai hati, lebih-lebih lagi bila telapak tangan menyentuh bulu roma yang keras terpacak.

Pergerakan telapak tangan terhenti di hujung siku, bila tersentuh bulu berlebihan daging yang lembik dan lembut.

Tidak salah lagi tangan yang memegang kedua belah sayap bahu ialah tangan datuk dan dengan serta merta degup jantung saya kembali normal.

"Bertenang dan kawal perasaan kamu Tamar, jangan menggelabah tak tentu pasal,"suara datuk masuk ke lubang telinga.

"Baik tuk."

Serentak dengan itu cengkaman sepasang telapak tangan di bahu kiri dan kanan segera berakhir. Saya bernafas lega kerana datuk berada tidak jauh dari saya.

LILIN

Ali Usman menyalakan api di hujung lilin besar. Tidak diketahui dari mana dia memperolehi mancis.

Cahaya di hujung lilin yang sekejap besar, sekejap kecil itu mampu memberikan sinar yang cukup terang untuk kami melihat apa saja barang atau peralatan yang berada disitu.

Terdapat sebuah perahu Bugis, lengkap dengan layar dan pendayungnya terbelenduh di bucu bilik. Bahagian bawah (perut) perahu terletak di atas empat pasu besar Cina yang berukiran naga dengan latar belakang biru kuat.

Pada hemat saya, tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan kerosakan lantai bilik dan perut perahu.

"Kita ke sana."

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkan. Saya dan datuk pun bergerak ke arah yang dimaksudkan. Tidak ada apa pun yang terdapat di situ, kecuali kain tabir yang berwarna hitam.

"Ada rahsia di sebalik tabir ini."

Dengan pantas Ali Usman menjatuhkan kain tabir berwarna hitam lalu digulung serta di ketepikan berhampiran dinding.

"Pasu pertama diisi tulang gajah mati beragan, pasu kedua atau di tengah-tengah ditaruh tulang badak sumbu mati berlaga di tepi danau dan pasu yang ketiga ditaruhkan dengan tulang harimau jantan yang ganas."

Mulut saya terlopong mendengar penjelasan dari Ali Usman yang memang tidak diduga atau dijangkakan.

Datuk hanya anggukkan kepala sambil mengharapkan ada penjelasan selanjutnya dari Ali Usman. Dan apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Keadaan sekitar terasa amat sunyi sekali tetapi, beberapa minit kemudian tulang temulang dalam ketiga-tiga pasu besar itu bergerak dan berlaga sama sendiri.

Beberapa potong tulang terangkat sendiri. Dalam masa yang sama, terdengar seperti ada orang menjilat dan menyedut tulang yang terangkat dari pasu besar.

Saya cuba mengesan dari arah mana datangnya bunyi orang menjilat dan menghisap tulang itu.

Ali Usman tahu yang saya sedang mengesan bunyi ganjil tersebut. Dia cuba berusaha menghalangnya dengan cara yang paling sopan sekali.

Berkali-kali dia mengedutkan dahi sambil menggaru pangkal leher kanan, macam ada sesuatu yang mahu dituturkan.

"Semua yang saya cakapkan tadi, bukan rekaan. Hal itu diberitahu oleh bapa saudara saya sendiri. Pesannya, bila dia sudah tiada, saya mesti menjaga apa yang ada di dalam rumah ini," Ali Usman mengakhiri kata dengan senyum yang memanjang.

Saya dan datuk berbalas renungan.

KHASIAT

"Dia tak cakap pada kamu tujuan dia menyimpan tulang temulang binatang dalam pasu?" Satu pertanyaan datu ajukan dalam nada suara yang lembut sekali.

"Untuk tujuan perubatan," jawap Ali Usman.

"Untuk ubat." Datuk minta kepastian.

"Iya," angguknya penuh yakin.

Mungkin untuk meyakinkan kami berdua, Ali Usman pun menerangkan tentang khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dari tulang-temulang binatang yang ada di dalam ketiga-tiga pasu tersebut.

"Kalau kena cirit birit atau kolera, panas badan, darah tinggi, runsing dan sukar tidur malam, rendam tulang paha gajah semalaman bersama air telaga, kemudian minumlah air tersebut bersama dengan campuran biji tembikai."

"Lagi, tulang yang lain macam mana?" desak datuk.

"Air rebusan tulang harimau ganas, diminum waktu pagi dicampur dengan sedikit jintan manis, boleh menghilangkan lenguh-lenguh sendi, lelas, lesu badan, kencing manis, gaut, tekanan darah rendah, menambahkan nafsu makan."

"Macam mana tulang badak sumbu mati berlaga."

"Air rebusan dari tulang kaki badak mati berlaga diminum bersama campuran kicap pekat dan air tebu hitam diminum waktu pagi cukup berkesan untuk menguatkan dan mengeraskan alat kelamin lelaki, tahan lama berjuang lama di katil. Perempuan belum beranak dilarang minumnya, boleh menyebabkan mandul."

"Haaaa..." Datuk seperti terkejut.

Sesungguhnya saya tidak melibatkan diri dalam perbincangan itu (antara datuk dan Ali Usman) lebih banyak mendengar dan memerhatikan saja. Kalau masuk campur, mungkin tidak disenangi oleh Ali Usman.

Malah, mungkin dimarahi datuk. Ali Usman bergerak ke arah lain, kesudut paling kanan. Datuk mengikut saja ke mana Ali Usman melangkah, begitu juga dengan saya.

Berada di sudut paling kanan dalam bilik tersebut seluruh badan terasa panas berbahang, macam berdiri dekat unggun api. Peluh mula mercik di seluruh badan.

"Panas?" Tanya Ali Usman.

Saya mengangguk.

"Tetapi, datuk kamu sejuk mengigil."

Bagi mempastikan cakap Ali Usman benar atau sebaliknya, saya toleh ke arah datuk, memang benar dia menggeletar.

Saya berhadapan dengan suasana yang sungguh menakjubkan. Dalam sebuah bilik, kami berhadapan dengan hawa yang berbeza.

"Tak apalah, sebentar lagi kamu akan kembali normal, setiap orang yang baru masuk ke sini akan mengalami rasa sejuk dan panas tidak bersebab," jelas Ali Usman dengan tenang.

Saya dan datuk menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Kata-kata Ali Usman terbukti benar. Lima minit kemudian suhu badan saya dan datuk kembali normal.

"Ini tempat paling rahsia, hanya saya seorang saja yang diizinkan masuk di sini, orang lain diharamkan. Hari ini saya melanggar akibatnya," tutur kata Ali Usman tersangkut sangkut.

Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Bagaimanapun, Ali Usman tidak terdaya menyembunyikan keresahan batinnya dari terpamir diwajahnya.

BANTAL

Sudut paling kanan ini saya kira cukup istimewa berbanding dengan sudut sebelah kiri, terdapat tilam bersarung kain kuning, dua biji bantal beropol kain kuning juga.

Terdapat longgokkan buku (kitab) lama yang kertasnya sudah kuning. Terdapat lampu minyah tanah antik, badannya dari kaca dan corongnya juga dari kaca.

Di hujung tilam, atas rak yang dibuat dari buluh kuning tersusun berpuluh botol kecil yang berisikan aneka minyak, ada minyak dagu, minyak tupai jantan, minyak tembuni, minyak mani gajah, dan berbagai lagi.

Kegunaannya untuk pengasih dan menegangkan kulit muka, demikian saya diberitahu oleh Ali Usman.

"Ini pula taring babi hutan yang mati beragan."

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah tali pinggang yang penuh taring babi hutan yang berwarna putih berkilat.

"Untuk apa?" secara sepontan datuk menyoal.

"Sesiapa yang memakainya, digantung di leher, diikat di pinggang atau dijadikan azimat, orang itu tak lut peluru atau senjata tajam. Itulah yang diberitahu oleh bapa saudara kepada saya."

"Perbuatan syirik, syukurlah saya dapat membetulkannya. Walaupun mengambil masa yang lama," Ali Usman luahkan perasaannya dengan penuh keyakinan.

"Sepatutnya semua yang ada di sini dimusnahkan," datuk mengemukakan cadangan.

Ali Usman menarik nafas panjang sambil merenung ke arah longgokan kitab.

"Biarkan semua yang ada di sini musnah sendiri, saya tak senang hati kalau dimusnahkan oleh orang lain."

"Kamu ada maksud lain Ali?"

"Tidak ada, saya sendiri tidak suka dengan semua ini."

"Baiklah," jawap datuk pendek.

BENAR

Sungguh mengejutkan bila Ali Usman membenarkan saya dan datuk menyentuh dan membaca kitab-kitab lama yang ada di situ. Walaupun sudah diizinkan, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya.

"Boleh tuk."

"Silakan tuk."

Sebuah kitab lama saya buka, tulisannya sungguh ganjil bercampur aduk tulisan jawi dengan tulisan siam, Vietnam, Jawa Kuno, dan Hindustan. Sukar untuk membaca apalagi memahaminya.

Tetapi, saya tidak putus asa, saya cari kitab lain dan akhirnya saya tersua dengan sebuah buku tebal yang di dalamnya tercatat nama pawang dan bomoh serta orang yang pernah berguru dengan bapa saudara Ali Usman (Si Raja Susuk).

Antaranya terdapat nama beberapa lelaki dan wanita dari Pahang, Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu yang pernah menuntut ilmu dengan Raja Susuk.

Bila pulang ke tempat asal mereka berusaha mengembangkan ilmu tersebut di tempat masing-masing.

"Dia datang," jerit Ali Usman.

Dengan serta merta buku ditangan, saya lepaskan. Datuk yang duduk bersandar di tepi dinding segera bangun.

Seluruh biji mata tertumpu ke arah pintu yang terbuka. Semuanya tergamam tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Seorang wanita dengan rambut mengerbang, memangku seorang bayi berkepala licin dalam kain putih. Sebahagian dari dadanya dibalut dengan kain merah manakala bahagian lainnya terdedah. Buah dadanya dilindungi oleh tubuh bayi yang dipangkunya.

Kain putih yang membalut tubuh si bayi kepala botak, menutup bahagian badan depan wanita tersebut iaitu dari pinggang hingga ke kaki.

Dengan sepasang mata yang merah, mulut separuh terbuka bersama susunan gigi yang tinggi rendah. Wanita melangkah kea rah kami.

Di luar bilik terdengar suara tangisan bayi sedangkan bayi dalam pangkuan wanita berwajah hodoh diam kaku.

Dari bahagian jenang atas pintu terhulur kain berwarna merah jambu bersama lembaga yang menyerupai muka orang hutan.

Dari lubang hidung lembaga tersebut terkeluar hembusan nafas membekalkan bau busuk.

Mata kanannya buat kehijau-hijauan, manakala mata kirinya serupa dengan mata manusia biasa. Wanita berwajah hodoh terus melangkah mendekati kami.

Ali Usman cuba melakukan sesuatu. Dia berdiri sambil menggenggam penumbuk dan menentang wanita yang memangku bayi kecil kepala botak.

"Saya tahu, semuanya berpunca dari perbuatan saya membuka rahsia rumah ini pada orang lain," jerit Ali Usman.

"Bertenang, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi," datuk memberikan secebis nasihat dan Ali Usman akur dengan nasih tersebut.

Wanita terus melangkah mendekati dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 226/284

BACA: SBDJ Siri 225: Penunggu Bilik
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Tuesday, May 27, 2025

Kenapa Seks Sangat Penting Dalam Rumahtangga?

Kenapa Seks Sangat Penting Dalam Rumahtangga?

Apabila membincangkan hal-hal berkaitan hubungan suami isteri, ia akan melibatkan cara komunikasi, layanan dan sudah tentu SEKS. Hubungan seks merupakan sesuatu yang semulajadi, dan keinginan itu ada pada setiap insan, cuma sama ada ianya tinggi atau rendah.

Masalah SX

Seks memainkan peranan yang sangat penting dalam rumahtangga kerana ia bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga elemen emosi, psikologi dan spiritual yang menyumbang kepada keharmonian dan kestabilan hubungan suami isteri.

Keinginan seks ini sama seperti makan, ada orang suka makan ala kadar, ada yang suka makan sedap. Ada yang makan sehari sekali, ada yang makan sepanjang hari.

Begitu juga apabila tidak dapat, akan rasa lapar, bila lapar apa pun tak boleh buat. Begitulah juga keinginan seks ini perlu dipenuhi, jika tidak, ia akan rasa 'lapar' juga.

Begitu penting hubungan seks ini sehingga Nabi SAW menjelaskan di dalam hadis yang bermaksud, "Bagi kamu melakukan jimak (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. Lalu sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawab Baginda, "Bagaimana pendapatmu jika dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala." (Hadis riwayat Muslim)

Hubungan seks ini peranannya ada pada suami dan isteri. Islam telah meletakkan tanggungjawab yang berbeza mengikut keadaan dan kemahuan berbeza setiap jantina.

ISTERI

Dalam hubungan seks rumah tangga, isteri bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak suami apabila dia berkehendak.

"Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan suaminya itu, hingga suamiya menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)

SUAMI

Dalam hubungan seks, suami bertanggungjawab untuk memuaskan isteri. Jangan bila dah ajak, biarkan isteri dalam keadaan tidak disempurnakan kemahuan seksnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu." (Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Apabila bersetubuh dengan isteri, maka hendaklah si suami menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya, maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya." (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)

KEPUASAN SEKS

Akibat daripada tidak memikirkan kemahuan pasangan, maka jarang sama ada suami atau isteri yang mendapat kepuasan dalam hubungan seks.

Lebih parah apabila tidak merasakan bahawa tidak puas seks adalah perkara remeh, akhirnya ia menyebabkan pasangan curang dan akan berlaku perceraian.

Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang hambar dan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004, menunjukkan faktor utama perceraian mendapat peratusan tertinggi ialah, tidak puas dalam hubungan, tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan.

Hubungan hambar disebabkan kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri, isteri berasa bosan kerana suami cepat klimaks setiap kali bersama, ketiadaan zuriat, suami mati pucuk, isteri tidak pernah atau jarang mencapai orgasme, juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.

Ia menjadi punca berlaku perbalahan kerana ada pihak yang memendam perasaan dan sakit hati akibat perkara yang dianggap kecil oleh sebelah pihak lagi.

Lebih parah apabila pasangan terjerumus dalam fenomena mempunyai kekasih gelap.

Kajian dibuat syarikat farmaseutikal Pfizer melalui The Asia Pacific Sexual Health and Overall Wellness atau APSHOW pada 2008, menunjukkan 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka.

Kajian dilakukan di 13 negara dari kawasan Asia Pasifik, termasuk Malaysia dengan taburan responden sebanyak 328 lelaki dan 250 wanita.

Di negara ini, kajian mendapati 73 peratus wanita Malaysia tidak puas dalam hubungan seks mereka, 62 peratus lelaki turut dikatakan tidak puas.

Laporan pada tahun 2008 memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh berkata, bau badan, adegan seks dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri itu.

Jika anda mempunyai masalah ini, segeralah untuk selesaikan, jangan malu untuk bertanya pada doktor atau kaunselor, berbincanglah untuk memastikan rumah tangga sentiasa aman dan bahagia.

Dalam Islam, isu seks bukan sesuatu yang memalukan untuk diketengahkan. Hubungan seks suami isteri yang halal adalah suatu ibadah dalam rumah tangga seorang muslim.

Hari ini, kita tidak didedahkan dengan hadis hubungan seks suami isteri yang lengkap, sebab itu banyakkan berbincang untuk anda dan pasangan mendapat kepuasan seks bagi memastikan kehidupan dan rumah tangga bahagia.

Kesan buruk akibat tidak puas seks boleh menyebabkan murung, marah, kecewa, tertekan dan pasangan mula mengungkit kesalahan-kesalahan lain.

NIKMAT ORGASME

Ketika tidak mengalami orgasme, tubuh wanita akan mengalami tekanan yang berat. Pada ketika tidak tercapai orgasme, darah tidak akan bergerak dan tertahan. Akibatnya, tubuh dapat mengembangkan berbagai penyakit.

Selain itu, menurut Prof Dr dr Wimpie Pangkahila, Sp.And, FAACS, Ketua Asosiasi Seksologi Indonesia (ASI), tidak mencapai orgasme akan memberikan kesan pengaruh negatif keatas pemikirannnya, seperti menjadi sering marah, pemurung atau susah tidur.

Paling utama, suami isteri perlu banyak berkomunikasi, kerana ia bukannya untuk orang lain, tetapi untuk kebaikan rumah tangga yang dibina.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, May 06, 2025

SBDJ Siri 225: Penunggu Bilik

SBDJ Siri 225: Penunggu Bilik

"Teruskan," kata Datuk. Bila melihat saya dan Ali Usman mematikan langkah dengan mengejut. Perasaan saya berdebar semacam. Sawang dan sarang lelabah yang bergayutan di ambang pintu putus dan jatuh ke atas bahu bahagian belakang saya.

Siri Bercakap Dengan Jin Episod 225

Paling mengejutkan, berbelas-belas ekor tikus berbulu kelabu muncul dari celah jenang pintu dan tingkap lalu terjun ke arah Ali Usman dan saya. Kami terpaksa melompat, mengelakkan tubuh menjadi tempat tikus kelabu bergayut.

Dalam masa yang sama, entah dari mana datangnya kelihatan beratus-ratus ekor lipas memanjat dan terbang ke arah tangga. Bentuknya lebih besar dari lipas biasa yang sering dilihat dalam rumah.

Kepaknya hampir dua inci lebarnya. Dari badannya yang besar berkilat itu mengeluar kan bau hamis, macam bau hamis kambing randuk.

"Apa erti semuanya ini?" kata saya.

Kata-kata yang terpancut dan kelopak bibir saya, tidak mendapat tindak balas dari datuk dan Ali Usman. Inilah yang membuat saya resah.

"Allah," terkeluar lagi ungkapan dari mulut saya.

"Humm..." keluhan dari datuk masuk ke lubang telinga.

"Hisss...banyaknya," terhambur kata dari Ali Usman.

Dan kini, enam biji mata tertumbuk ke arah barisan semut merah yang bertali arus me¬manjat tiang, dinding, meniti di jenang tingkap dan bendul. Sebahagiannya jatuh terus menerpa ke arah kaki kami.

"Elakkan dari kena gigitannya," datuk mengingatkan.

Serentak saya dan Aii Usman menarik nafas cemas sambil mata mengawasi kumpulan semut merah yang jatuh menuju ke arah kaki.

"Jangan dibunuh," datang lagi ingatan dan datuk.

Bagi melaksanakan saranan datuk ini, saya dan Ali Usman ada ketikanya terpaksa berjingkit dan melompat, begitu juga dengan datuk.

Kerana kumpulan semut merah yang ber¬jatuhan itu bukan sedikit jumlahnya, beberapa ekor daripadanya berjaya bergayut di hujung sepatu yang dipakai, getah di hujung sepatu terus dimamah hingga relai, giginya cukup tajam.

"Semut menggigit hujung kasut saya," adu saya pada Ali Usman sambil merenung mukanya. Dia cemas dan tidak tahu apa perkara yang patut di beritahu pada saya.

"Ambil ini."

Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datuk yang melambungkan keris pendek kepada saya. Keris pendek tanpa hulu dan sarung segera saya sambut. Keris dalam genggaman saya renung sekali imbas.

Sepanjang yang saya ingat datuk sememangnya tidak memiliki keris jenis ini. Dari mana dia memperolehinya. Tak kisahlah datuk memang suka buat kejutan dan melakukan hal hal yang pelik. Soalnya apa yang mesti saya lakukan dengan keris di tangan ini?

Bunuh semut merah dengan keris pendek? Ini kerja gila. Mana ada orang bunuh semut dengan keris. Saya terus berperang dengan perasaan sambil menggigit bibir. Kerana bosan menanti arahan dari datuk saya segera menyongsong pertanyaan.

"Tikam semut dengan keris Tuk?"

"Kenapa otak kau beku sangat Tamar," Sergah datuk.

JATUH

Ali USMAN ketawa kecil dan saya jadi serba salah. Memang saya kurang senang dengan tutur kata yang dihamburkan oleh datuk. Dia seolah-olah mempermain-mainkan saya.

Semut merah kian banyak berjatuhan, semuanya menuju ke arah kaki saya dan Ali Usman. Jumlah yang menuju ke kaki datuk agak berkurangan, jika dibandingkan dengan jumlah yang meluru ke kaki kami.

Tikus berbulu kelabu boleh dikatakan hanya tinggal beberapa ekor saja yang aktif melompat dan terjun.

Lipas besar berbau hamis yang tadi menguasai di dinding rumah lari menyelamatkan diri, bila semut merah muncul. Mana yang tidak sempat menyelamatkan diri terus jadi mangsa semut merah. Semuanya serba menakutkan dan membingungkan.

"Tamar."

Perhatian kembali kepada datuk, tidak lagi kepada semut merah, tikus berbulu kelabu dan lipas yang berbau hamis.

"Ada apa tuk?"

"Banyak lagi semut merah menggigit kasut kamu?"

"Banyak tuk."

"Si Ali macammana?"

"Setakat ini belum ada yang hinggap di sepatu saya, tapi saya sudah letih melompat dan berjingkit," Kata Ali Usman dalam nada suara yang agak cemas.

"Apa yang aku harapkan kamu berusaha jangan sampai semut merah menggigit kasut kamu, bila dah jadi macam Tamar, sulit sikit," terang datuk pada Ali Usman.

Kata-kata itu sudah tentu membuat saya lemah semangat. Membuat saya hilang keyakinan diri.

Bila saya lihat ke kaki, jumlah semut merah kian banyak bergayut di hujung sepatu, kalau tadi hanya sebelah, kini sudah menjadi dua belah. Saya tidak boleh bergerak kerana kaki terasa amat berat macam batu.

"Semut merah makin banyak tuk, matilah saya," nada suara saya separuh menangis.

Dalam melompat dan terjingkit jingkit itu. Ali Usman masih sempat melepaskan senyum sinis untuk saya.

Sebahagian daripada muncung sepatu saya sudah berlubang digigit oleh semut merah. Begitu juga bahagian tumit. Pada hemat saya dalam beberapa minit lagi mungkin gigitan itu menembusi kulit kaki saya.

"Macamana ni tuk?" saya merayu.

"Kamu acukan hujung keris itu ke arah kasut kamu Tamar."

Arahan datuk segera saya turuti.

"Haaaa..." biji mata saya terbeliak.

Sebaik saja hujung keris dihalakan ke arah kumpulan semut merah, kaki yang berat terasa ringan.

Dan semut-semut di hujung sepatu berjatuhan di lantai lalu menjadi debu halus yang bertukar menjadi kelompok air berwarna kemerah-merahan dan terus bersatu (meresap) dalam papan lantai.

"Sudah habis kerja kamuTamar?"

"Dah tuk."

"Sebelum tu, Ali pergi ke arah kanan, berdiri dekat tingkap. Apa yang kamu nampak di situ, jangan disentuh dan jangan diusik."

Ali Usman pun melakukan apa yang disuruh oleh datuk. Dalam sekelip mata saja Ali Usman sudah berubah tempat.

Dengan hati-hati dan penuh waspada saya pun meletakkan keris pendek di lantai. Ada pancaran cahaya keluar dari hujung keris yang kemudian bertukar menjadi percikan api dan terus merayap di permukaan papan lantai, seolah-olah papan lantai disimbah minyak petrol.

PANTAS

Perkara itu berlangsung cukup pantas sekali, sepantas semut-semut merah yang bertali-tali hilang dari penglihatan saya. Hujung dan tumit sepatu saya yang robek dan berlubang, kelihatan tidak mengalami kecacatan sedikit pun, masih seperti asal.

"Terlalu banyak rintangan." keluh Ali Us¬man.

"Sabar." kata saya Tidak ada komen dari datuk.

Dengan tenang datuk mendekati saya. Dia membongkok mengambil keris pendek di lantai, keris pendek tanpa hulu segera dibungkus dengan kain dua warna iaitu hitam berjalur merah.

Saya sendiri tidak tahu, bagaimana caranya datuk membungkus keris yang panjangnya kira-kira satu jengkal orang dewasa, boleh menjadi kecil sebesar ibu jari dan terus diselitkan ke celah tali pinggang lebarnya yang berwarna hijau.

Datuk menegakkan jari telunjuk ke langit kemudian manjatuhkannya perlahan-lahan hingga hujung jari itu selari dengan pintu bilik. Isyarat tersebut membawa maksud langkah seterusnya ialah menuju ke bilik yang berada di sebelah kanan Ali Usman.

Masalahnya siapa yang harus mendahului. Saya atau Ali Usman? Walaupun cahaya dapat masuk ke ruang rumah melalui pintu yang terbuka. Tetapi cahaya itu tidak menyeluruh, tidak sampai ke depan pintu bilik.

Rasa takut dan cemas setelah melalui peristiwa berdepan dengan semut merah, tikus kelabu dan lipas besar masih terkesanen di hati.

"Kamu dulu, aku ikut dari belakang." bisik Ali Usman.

"Maaf, ini rumah bapak saudara kamu, eloklah kamu pergi dulu." saya membalas bisikan Ali Usman.

Hampir lima minit masa berlalu begitu saja, kami masih belum bergerak dari tempat berdiri. Datuk sudah dua kali berdehem menyuruh kami segera melangkah.

"Buka mana-mana tingkap, baru dapat cahaya masuk dan memudahkan kamu bergerak." ujar datuk dari belakang.

Aneh! selesai saja datuk bercakap, daun tingkap yang berada tidak jauh dari saya terbuka sendiri. Cahaya matahari segera menerpa ke ruang rumah.

"Buka lagi satu tingkap," datuk bersuara.

Sepasang daun tingkap yang berada betul-betul di belakang datuk terbuka sendiri. Angin terasa meluru masuk ke ruang tamu.

Dalam keadaan cemas dan takut, saya masih sempat melihat bahagian tertentu dalam rumah tersebut dipenuhi dengan jaringan sarang lelabah. Ali Usman nampak tenang dan bersahaja.

"Luas," terdengar suara datuk.

"Memang luas," balas Ali Usman.

Sepasang mata liar terus bergerak. Di satu sudut terdapat meja bulat kecil yang dipenuhi dengan tengkorak binatang. Berpandukan dari bentuk tengkorak tersebut menyakinkan saya bahawa tengkorak tersebut adalah tengkorak monyet atau sejenis dengannya.

SAKIT

Tiba-tiba saja batang leher rasa sakit, sukar untuk digerakkan ke kiri dan ke kanan. Ali Usman dan Datuk masih bercakap sesuatu yang tidak dapat saya pastikan perkara yang mereka perkatakan.

"Ular."

Mujur suara itu bergolak dalam dada saja. Kalau terpaksa keluar pasti datuk dan Ali Usman melompat. Walau apapun saya tetap cemas. Demi kepastian, saya renung kembali ke bawah meja bulat.

Saya pasti bukannya ular di bawah meja bulat, tetapi sebatang tongkat dan kayu yang bengkang-bengkuk, manakala pemegang atau hulunya diukir kepala ular, seluruh tongkat disapu cat hitam berkilat.

Tidak jauh dan kaki meja bulat terhampar sehelai tikar mengkuang yang keempat-empat bucunya dikerat.

Di bahagian tengah ditebuk bulat dan disitu terdapat tempat membakar kemenyan yang dibuat dari tembikar, masih terdapat arang yang membara mengeluarkan asap nipis. Seolah-olah baru saja lepas ditiup.

Selain dari itu, tidak terdapat benda-benda pelik yang lain. Cuma sesekali terhidu bau kemenyan dan bau daun pandan terbakar.

Datuk dan Ali Usman yang terpisah segera bersatu dan mendekati saya. Datuk berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik sambil menggigit hujung jari kiri dengan sepasang mata merenung lubang kunci pintu.

"Pada hemat aku, bilik ini tidak ada istimewanya, macam bilik biasa saja."

"Maksudnya?" Pintas Ali Usman.

"Bukan bilik kerjayanya."

"Jadi mahu cari bilik kerjanya."

"Tentu sekali," jawab datuk tegas.

PELIK

Ali Usman kerutkan dahi, ada sesuatu yang bermain dalam ternpurung kepalanya. Biji matanya mula merenung ke setiap sudut ruang.

Dia mencari bilik kerja arwah bapa saudaranya. Memang tidak ada bilik lain, selain dari bilik yang ada di depan kami.

"Buka lagi satu tingkap," perintah datuk pada saya.

Sama seperti tadi, sebaik habis datuk bercakap tingkap yang kedudukannya agak tersorok terbuka sendiri.

Cahaya yang masuk membuka rahsia, menyuluh ke arah tirai kain berwarna hitam yang di bahagian kakinya ada garisan kain berwarna kuning.

Kalau tidak diperhatikan dengan teliti kain hitam tidak kelihatan seperti kain hitam. Malah kelihatan macam dinding rumah (semua dinding rumah dicat dengan warna hitam).

Ali Usman agak terkeiut, sebelumnya dia tidak pernah melihat tirai tersebut.

"Barangkali di sebalik tirai itu bilik kerjanya." Spontan datuk bersuara.

Serentak dengan itu kain tirai lucut dan penyangkutnya seperti direntap oleh seseorang yang tidak kelihatan oleh mata kasar.

"Memang itu biliknya, saya ingat sekarang," suara Ali Usman riang.

Jari telunjuknya masih menuding ke arah pintu dua warna. Pintu kiri dicat hitam, manakala sebelah kanan dicat merah.

Berdasarkan dari warna di dalam rumah tersebut. Ternyata pemiliknya amat berselera dengan warna hitam, merah dan sedikit warna kuning. Mungkin warna tersebut membawa erti tertentu dalam kehidupan pemiliknya atau mempunyai imej tersendiri.

"Ada kucing hitam depan pintu Tuk."

Seekor kucing hitam jenis Siam duduk berlingkar di depan pintu. Ekornya yang panjang bergerak-gerak menyapu lantai, sesekali membalik-balikkan badannya yang besar sambil mengiau panjang. Kehadiran kami bagaikan tidak menarik minatnya.

"Kucing hitam siapa?"

Saya renung batang hidung Ali Usman.

"Kucing peliharaan bapa saudara aku. Dari dulu lagi memang tempatnya di situ"

"Jaga pintu?" tingkah saya lagi.

"Begitulah kira-kiranya," jawab Ali Usman selamba dan penjelasan itu saya sambut dengan ketawa kecil.

"Salah seorang dari kamu mesti lakukannya, pada hemat aku orang yang paling sesuai si Ali kerana dia ada hubungan darah dengan pemiliknya," lembut dan senada saja suara datuk mengungkapkan kata tetapi wajah Ali Usman membayangkan keresahan.

"Ayuh buka Ali."

"Sekarang?" Ali renung muka datuk.

"lya."

Ali Usman pun mengatur langkah menuju ke pintu bilik dua warna merah dan hitam.

Saya yang nakal mengira langkah Ali Usman.

"Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuu..." kata tidak dapat diteruskan.

Dari arah belakang dirasakan ada tangan besar yang menolak tubuh saya maju ke depan menuju ke bilik kerja memintas Ali Usman yang sedang melangkah.

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini terpaksa meluruskan sepasang tangan ke depan dengan harapan tubuh tidak terdampar ke pintu dua warna, biar tangan saja yang mencecah pintu.

Semasa telapak tangan menyentuh daun pintu, kucing yang berada di situ mengiau keras.

Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, kucing hitam melompat ke arah muka sambil mempamirkan gigi, kukunya yang tajam dan panjang menuju ke arah biji mata.

Dalam keadaan yang tergamam itu, Ali Usman menerpa lalu memeluk tubuh saya. Akibatnya kami jatuh terguling di lantai.

CARI MANGSA

Mungkin kerana gagal menjadikan saya mangsanya, kucing hitam naik angin.

Mangsa seterusnya ialah datuk yang diserang dari segenap penjuru. Semua serangan itu dapat diatasi dengan baik.

Kucing hitam siam yang mempunyai kekuatan tenaga luar biasa, tidak berputus asa dan terus melakukan serangan demi serangan bertubi-tubi.

Dalam usaha menewaskan datuk, lebih dari lima kali kucing hitam itu jatuh di sisi Ali Usman, malah ada ketikanya badannya jatuh atas badan Ali Usman. Anehnya, kucing tersebut tidak pun mencakar menggigit Ali Usman.

"Bersedia kamu."

Saya dan Ali Usman yang baru bangun segera merenung ke arah datuk yang berdiri betul-betul di muka pintu.

Kucing hitam berlegar-legar di depannya. Tidak ubah seperti harimau yang cuba menarik perhatian musuhnya. Bila musuh terlalai masa itulah serangan maut dilakukan.

"Mari..."

Datuk menyelak bajunya mempamerkan daging perutnya pada kucing hitam. Perbuatan itu menyebabkan sikucing bertambah marah. Tanpa membuang masa, satu terkaman dilakukan dan dengan pantas datuk menjatuhkan dirinya dipermukaan lantai.

Kucing hitam meluru bagaikan peluru menuju ke pintu yang terbuka luas, lalu tercampak di halaman sambil mengiau panjang, manahan kesakitan.

Saya dan Ali Usman meluru ke pintu dan berdiri di situ. Kucing hitam siam terkapar di halaman untuk beberapa detik, sebelum mengecil dan akhirnya bersatu dengan pasir di halaman rumah.

"Kita tunggu dulu, kalau-kalau kucing syaitan datang lagi."

Arahan datuk itu kami patuhi. Lebih dari sepuluh minit masa berlalu. Tidak ada sebarang tanda atau alamat yang boleh membawa kepada keburukan. Demikianlah menurut firasat datuk.

Tugas yang dibebankan kepada Ali Usman untuk membuka pintu bilik kerja masih belum berakhir, meskipun diganggu oleh kucing hitam siam.

Dari gerak-geri dan air muka Ali Usman, ternyata dia cukup senang dengan tugas tersebut. Dia tidak gentar dan cemas macam tadi.

"Semasa arwah ayah saudara ada lagi, saya memang takut semacam bila berdepan dengan kucing hitam yang menjaga bilik, kerana dia ada saya tidaklah cemas sangat," Ali Usman membuka rahsia.

"Kenapa tak cakap awal-awal," datuk gelengkan kepala.

Saya dan Ali Usman ketawa serentak, penuh lucu.

"Bagaimana? Boleh saya masuk."

Datuk anggukkan kepala.

Tiga langkah Ali Usman maju ke depan. Berdiri betul di depan pintu dua warna. Sebelum pemegang pintu dipulas, dia merenung ke arah saya dan datuk.

"Mari rapat dengan saya. Berdirilah di kiri dan kanan saya."

Permintaan Ali Usman segera dipatuhi. Saya dan datuk berdiri disisinya.

Mungkin untuk memberikan kekuatan atau semangat baru. Datuk menekan ibu jari kirinya ke pangkal telinga kanan Ali Usman.

Ada perubahan di wajahnya, muka Ali Usman nampak merah, macam udang kena bakar. Dia nampak bersemangat sekali. Perlahan-lahan, pembuka pintu dipulas, sepasang daun pintu terkuak.

"Ya Allah..."

Ali Usman tidak mampu berdiri, tubuhnya jadi lemah dan lembik. Datuk segera memangkunya, saya turut membantu.

Dengan perlahan-lahan badan Ali Usman diletakkan atas lantai.

"Kenapa Ali?" Soal datuk.

"Bapak saudara saya ada di dalam."

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 225/284

BACA: SBDJ Siri 224: Di Serang Pontianak
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Maksud Mimpi Membunuh Ular Hitam

Maksud Mimpi Membunuh Ular Hitam

Mimpi membunuh ular hitam boleh ditafsirkan secara simbolik, kerana ular sering dikaitkan dengan musuh, bahaya tersembunyi atau fitnah. Dalam Islam, mimpi dianggap sebagai salah satu bentuk komunikasi dari Allah dan memiliki makna tertentu tergantung pada konteksnya.

Mimpi Ular hitam
Gambar hiasan.

Berikut adalah beberapa tafsiran umum:

1. Mengatasi Tentangan Hidup

Mimpi membunuh ular dapat diertikan sebagai petanda bahawa anda akan berjaya mengatasi pelbagai cabaran dalam hidup. Ular sering melambangkan rintangan atau masalah, sehingga membunuhnya menunjukkan kemampuan untuk menakluk kesulitan yang dihadapi.

2. Kemenangan atas Musuh

Membunuh ular dalam mimpi juga boleh menjadi simbol kemenangan atas musuh atau pesaing. Ini menandakan bahawa anda akan mampu mengalahkan orang-orang yang berusaha menjatuhkan atau menghalangi kejayaan anda.

3. Petanda Kekayaan dan Kejayaan

Beberapa tafsiran juga menyebutkan bahawa mimpi membunuh ular merupakan isyarat akan datangnya rezeki, kekayaan dan kejayaan dalam waktu terdekat. Hal ini dikaitkan dengan kemampuan anda untuk mengatasi hambatan yang menghalangi jalan menuju kejayaan.

4. Menghindari Bahaya atau Ancaman

Mimpi membunuh ular juga dapat diertikan sebagai tanda bahawa anda akan terhindar dari bahaya atau ancaman yang mungkin mengintai. Ini mencerminkan kewaspadaan dan kesiapsagaan anda dalam menghadapi situasi berbahaya.

5. Penyelesaian Konflik Dalaman

Dalam beberapa keadaan, mimpi ini juga merefleksikan konflik dalaman yang sedang anda alami. Membunuh ular menunjukkan bahawa anda mampu menyelesaikan permasalahan batin dan siap untuk melangkah ke tahap kehidupan yang lebih baik.

6. Petanda Hubungan Asmara

Mimpi membunuh ular kobra dapat menjadi petanda adanya orang ketiga dalam hubungan asmara anda. Namun, jika dalam mimpi anda berhasil membunuh ular tersebut, ini menandakan bahawa hubungan anda akan tetap kekal dan mampu mengatasi godaan tersebut.

7. Peringatan untuk Lebih Berhati-hati

Membunuh banyak ular dalam mimpi boleh jadi peringatan untuk lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Ini menggambarkan adanya bahaya di masa depan, seperti orang yang mungkin memanfaatkan, menipu atau mengkhianati anda.

8. Mengatasi Godaan Negatif

Mimpi membunuh ular putih dapat menjadi petanda bahawa anda akan menghadapi godaan untuk melakukan hal yang tidak baik. Jika anda berjaya menakluk ular tersebut dalam mimpi, ini menandakan kemampuan anda untuk menolak godaan tersebut.

9. Kekuatan dan Keberanian

Jika dalam mimpi anda membunuh ular tanpa menggunakan senjata, ini menandakan kekuatan dan keberanian diri. Anda memiliki kemampuan untuk mengatasi masalah dengan kekuatan dan kebijaksanaan sendiri, tanpa bergantung pada bantuan orang lain.

10. Kejayaan dalam Mengatasi Masalah Keluarga

Membunuh ular di dalam rumah dalam mimpi dapat diertikan sebagai petanda bahawa anda akan berjaya mengatasi masalah keluarga. Ini menunjukkan bahawa keharmonian rumah tangga akan terjaga.

TAFSIR MIMPI MEMBUNUH ULAR HITAM MENURUT ISLAM

1. Mengalahkan Musuh atau Bahaya

Ular hitam dalam mimpi sering ditafsirkan sebagai simbol musuh yang kuat, berbahaya atau tersembunyi. Membunuh ular hitam menandakan bahawa si pemimpi akan berjaya mengatasi musuh, masalah besar atau kejahatan yang mengancamnya.

2. Mengatasi Ketakutan atau Gangguan Jin/Syaitan

Warna hitam dalam mimpi kadang-kadang dikaitkan dengan kekuatan gaib atau energi negatif. Membunuh ular hitam boleh bererti seseorang akan berjaya melawan gangguan jin, sihir atau godaan syaitan.

3. Petanda Kemenangan Spiritual atau Emosional

Mimpi ini boleh juga menunjukkan bahawa si pemimpi sedang atau akan berjaya melewati masa sulit dalam hidupnya, baik secara spiritual mahupun emosional.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Thursday, April 24, 2025

9 Senarai Produk Makanan Indonesia Ada DNA BABI (Porcine)

9 Senarai Produk Makanan Indonesia Ada DNA BABI (Porcine)

Berdasarkan maklumat rasmi dari Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH), sebanyak 11 batch dari 9 produk makanan telah disahkan mengandungi DNA babi selepas ujian makmal dijalankan.

Produk Indonesia DNA Babi

Daripada jumlah itu, 9 batch melibatkan produk yang mempunyai sijil halal, manakala 2 batch lagi tidak mempunyai sijil halal.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengarahkan para pengimport untuk menarik balik beberapa produk makanan dari Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porcine) dari pasaran Malaysia.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajudin Suhaimee berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah pun memulakan pemantauan segera bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan sekiranya produk-produk tersebut ditemui di pasaran tempatan.

Menurut beliau, JAKIM memandang serius kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia berkaitan isu ini.

Maklumat dari BPJPH Indonesia - Lampiran Siaran Pers Nomor 242/KB.HALAL/HM.1/04/2025 Tanggal 21 April 2025:

Produk Indonesia Mengandung Unsur Babi (Porcine)

JAKIM menyeru orang ramai supaya lebih peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak produk-produk berkenaan di pasaran.

Sebarang maklumat atau aduan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Friday, April 11, 2025

Video Tentera Israel Membunuh Pasukan Perubatan Gaza

Video Tentera Israel Membunuh Pasukan Perubatan Gaza

Rakaman video yang menunjukkan tentera pengganas Israel menembak secara sengaja ke arah ambulans di Genting Gaza mencetuskan desakan supaya siasatan antarabangsa dijalankan berhubung kematian 15 petugas perubatan dan kemanusiaan.

Kekejaman israel

Video berkenaan diperoleh daripada telefon milik seorang petugas yang turut terbunuh dalam kezaliman tersebut dan kemudian diterbitkan oleh The New York Times, sekali gus bercanggah dengan penjelasan rejim Zionis.

Tentera Israel mendakwa kenderaan kecemasan itu mendekati kawasan berkenaan secara mencurigakan tanpa menggunakan lampu utama atau indikator kecemasan.

Setiausaha Agung Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC), Jagan Chapagain turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan terhadap petugas kemanusiaan.

"Mereka percaya kenderaan yang bertanda Bulan Sabit Merah cukup untuk menunjukkan siapa mereka dan tujuan mereka. Mereka percaya undang-undang kemanusiaan antarabangsa akan melindungi mereka," katanya.

Jagan Chapagain turut menyifatkan insiden itu sebagai sebahagian daripada trend global yang semakin membimbangkan.

Video Genocide Gaza


TERUSKAN BOIKOT

Boikot Israel

Jika melemahkan musuh tidak sempurna melainkan dengan boikot, maka ia menjadi wajib sebagaimana kaedah 'Suatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia juga wajib'.

Boikot merupakan salah satu bentuk jihad menggunakan harta dengan tidak membeli barangan keluaran pihak musuh atau pihak yang menyokongnya.

Teruskan memboikot produk Yahudi dan jangan menjadi anjing tunggangan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Monday, March 10, 2025

SBDJ Siri 224: Di Serang Pontianak

SBDJ Siri 224: Di Serang Pontianak

Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil.

Toyol jadi-jadian

Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya pelik dan membingungkan.

Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersilat, tiba-tiba boleh bersilat macam pendekar.

Biasanya dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak mahu berada jauh dari saya, tetapi kali ini keadaan itu tidak berlaku.

"Huuuuuuuuuuuuuuu... Ahhhhhhhhhh..."

Suara jeritan itu membuat saya menekup sepasang lubang telinga dengan telapak tangan. Ali Usman yang bersilat, mati langkah malah tersembam memeluk pokok jering, macam ada tenaga ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut.

Datuk pula sudah berubah tempat, duduk bersila di atas tanah yang agak tinggi memeluk tubuh, tidak ubah macam orang bersemadi.

Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yang menekup lubang telinga saya buka.

Mata saya melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia keluang. Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jeritan tersebut.

"Batalkan apa yang kamu fikirkan. Kalau kamu meniru jeritannya, kamu akan masuk perangkapnya. Aku baru saja melepaskan Ali dari cengkamannya. Bila dia sudah menguasai fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk.

Dengan pantas saya renung ke arahnya, datuk tidak bergerak, masih macam tadi.

"Huuuuuuuuuuuu... Ahhhhhhhhhh..." jeritan bergema lagi.

Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. Jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang wajar datuk melarang saya meniru jeritannya.

Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya.

Saya renung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas pulas cuba bangun.

Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik patah pinggang.

Apa yang menarik, manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu.

Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya.

"Huuuuhhhhhhh..."

Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan sepenuhnya.

Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula.

Saya mula merasakan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerak-geri dan karenah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir saya dalam hati.

Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan. Datuk masih macam tadi masih bertafakur.

Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok.

"Ali."

Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah.

Dan sebagai usaha terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali Usman.

JAMAH

Semasa ketul batu dijamah, pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada sesuatu yang menekan. Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada apa di sisi saya.

"Siapa yang mengganggu?"

Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan-lahan menoleh ke arah manusia keluang yang sudah berdiri dengan baiknya.

"Perbuatan kamu," kata saya.

Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidak langsung mengakui perbuatannya terhadap diri saya.

Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke arah Ali Usman.

Saya sedar, datuk dan Ali Usman tidak dapat menolong, andainya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi saya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar jangkaan.

"Allah yang maha besar, berilah kekuatan dan keyakinan untuk menentang semuanya ini. Sesungguhnya, tanpa-Mu, aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan.

Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Ali Usman, tidak menarik perhatian saya.

Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini.

Saya cuba melupakan tentang manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri.

Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit, kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar matahari tidak segarang tadi.

Sukar untuk mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini.

Sesungguhnya, memang saya mengharapkan manusia keluang merupakan dugaan terakhir daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal.

"Uhhhhhhhh..."

Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya terjulur kuku yang panjang dan tajam.

CEMAS

Sepasang telinga ganjilnya nampak tegak dan mengembang, giginya yang bersusun rapi dipamerkan. Dengus nafasnya, jelas kedengaran.

Matanya, tidak berkedip merenung ke arah saya. Dan saya mula berkira-kira ke arah mana harus lompatan dilakukan dan kemudian terus lari menyelamatkan diri.

"Uhhhhhhhhhhhh..."

Manusia keluang melakukan lompatan yang luar biasa. Dia sudah tercegat di depan saya. Bersedia meletakkan sepasang tangan ke batang leher sambil melakukan cekikan padu hingga boleh membuat lidah terjelir sampai sekaki.

Bila membayangkan tentang semuanya ini saya jadi cemas dan takut semacam.

"Selamatkan diri kamu Tamar,"

Bagaikan ledakan petir, suara datuk mengasak lubang telinga saya. Dan ketika itu, saya seperti memperolehi kekuatan yang luar biasa dan terus melompat tinggi melepasi kepala manusia keluang. Lompatan itu membawa saya berada dekat dengan datuk.

Muka datuk saya tatap dengan gerak wajah dan mulut, datuk menyuruh saya berlari kearah Ali Usman.

Memang sudah diduga tindak tanduk saya menimbulkan kemarahan yang amat sangat pada manusia keluang. Perkara ini diukur dari tempekan suaranya yang menguasai kawasan sekitar.

Disaat manusia keluang meledakkan kemarahannya dengan tempekan sambil menghentak-hentakan sepasang kakinya ke permukaan bumi, Datuk segera memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik mungkin.

Dia menguling-gulingkan diri ke arah kaki sebelah kiri manusia keluang. Taktik yang dilakukan oleh datuk dapat dikesan oleh makhluk aneh tersebut.

Perlahan-lahan dia mengangkat kaki semampu yang boleh, dalam perkiraannya bila tubuh datuk berada di bawah telapak kaki akan dijatuhkan dan sekujur tubuh datuk terbenam dalam perut bumi.

Perancangan yang disusun oleh manusia aneh berjalan dengan baik, begitu juga dengan perancangan datuk. Disaat ghairah menggolekkan tubuh, tiba-tiba saja datuk kehilangan tenaga.

Tubuhnya keras kaku dan betul-betul berada di bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Dengan tempikan dan ketawa yang tidak putus-putus, sedikit demi sedikit manusia keluang menjatuhkan telapak kakinya.

Tidak ada apa-apa yang datuk lakukan, hanya berserah pada Allah.

Entah macamana dalam saat genting begitu, datuk terlihat seketul teras kayu merbau hitam dihujung kakinya.

TERAS KAYU

Dengan sisa kekuatan yang tidak seberapa, dia berusaha mengkuiskan teras kayu itu dengan ibu jari kakinya hingga sampai ke hujung tangan kanannya.

Sebaik saja teras merbau hitam yang tajam dan runcing itu berada di tangannya terus dicacakkannya permukaan bumi.

Pada masa itu jarak dadanya dengan telapak kaki manusia keluang tidak sampai sepuluh inci hingga bau telapak kaki yang busuk dan hanyir itu terus menyumbat lubang hidungnya, tekaknya terasa loya dan mahu muntah.

Datuk cuba mengarahkan tubuhnya ke kanan. Kali pertama masih gagal. Kali kedua juga tidak berhasil sedangkan telapak kaki manusia keluang, makin hampir ke dadanya. Usaha ketiga juga tidak menhasilkan sesuatu seperti yang diharapkan.

"Kalau kali ini gagal juga, ertinya memang sudah sampai ajalku," bisik batin datuk sambil matanya memandang ke arah telapak kaki manusia keluang yang mengerutu serta mengeluarkan bau busuk dan hapak.

Telapak kaki itu hanya berada beberapa inci saja dari dadanya. Bajunya terutama di bahagian dada basah kuyup akibat dihujani air hanyir dan hapak dari bawah telapak kaki kiri manusia keluang.

Apakan daya, dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan itu.

"Allahhu Akbar..."

CANTUM

Tempik datuk dengan sekuat hati. Suaranya bergema ke seluruh kawasan dan pada masa yang sama, datuk terus berusaha mengubah kedudukan tubuhnya ke kanan. Ternyata usaha itu tidak sia-sia.

Semasa telapak kaki kiri manusia keluang bercantum dengan permukaan bumi, tubuh datuk sudah bergerak jauh ke kanan.

Sepasang tangannya berpaut pada sebatang pokok langsat. Dengan berpaut pada pokok tersebut, datuk mengharapkan agar dia dapat bangun dan berdiri.

Dalam pada itu sepasang matanya tidak terlepas dari memerhatikan keadaan manusia keluang.

Terdengar rintihan kesakitan yang amat sangat dari manusia keluang, kami juga mendengar rintihan tersebut.

"Kakinya tertusuk benda tajam?"

Secara tiba-tiba saja Ali Usman bersuara. Datuk yang sudah duduk tersandar di batang langsat, saya lihat dia menganggukkan kepala, membenarkan pendapat Ali Usman.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ali Usman. Manusia keluang berpusing-pusing sambil mengangkat kaki. Bila telapak kakinya dihalakan ke arah saya, kelihatam benda hitam terbenam di situ.

Darah yang bercampur dengan air hanyir bercucuran kebumi. Manusia keluang berjalan terhincut-hincut.

Suaranya yang merintih menahan kesakitan sungguh memilukan meringgit-ringgit macam bayi kelaparan susu.

Dia tidak tentu arah. Sekejap melompat, sekejap bergulung-gulung di bumi. Kakinya yang ditusuk teras merbau hitam, tidak lepas dari pegangannya.

"Bummmmm..."

Manusia keluang tumbang di bumi terlentang merenung langit. Telapak kaki kirinya yang ditusuk teras kayu merbau hitam di angkatnya ke udara, seolah-olah minta bantuan pada sesiapa saja.

Ada lelehan air jernih dipinggir kelopak matanya. Sedih sunguh melihat keadaannya.

"Huuuuuhhhhh..."

Terdengar dengusan dari manusia keluang. Serentak dengan itu dari ibu jari kanannya keluar asap nipis yang diikuti dengan percikan bunga api.

Dalam masa beberapa detik saja percikan bunga api itu bertukar menjadi bara api yang akhirnya mengeluarkan api dan terus marak serta merebak ke seluruh badan manusia keluang. Tubuhnya terbakar terus.

Bunyi suara api yang membakar tubuh manusia ganjil tidak ubah macam bunyi batang-batang kayu besar yang dibakar ketika membuka tanah baru. Tidak sampai sepuluh minit seluruh tubuh manusia keluang menjadi abu dan debu.

Saya menarik nafas lega, semoga selepas ini tidak ada lagi kejadian yang menakutkan.

Dengan sisa-sisa yang masih ada, datuk berjalan separuh merangkak menuju ke tempat mayat manusia keluang terbakar. Saya hanya melihat gerak-geri datuk dengan hati-hati dan teliti.

Saat datuk duduk mencangkung di depan debu mayat, tanpa diduga angin bertiup kencang. Debu mayat berterbangan berpusing-pusing lalu membentuk sekujur tubuh perempuan berjubah putih dengan rambut mengerbang wujud di depan datuk.

Wanita yang wajahnya berkeriput dipenuhi dengan ulat-ulat kecil macam ulat nangka terus melakukan serangan mengejut ke arah datuk.

Nasib baik dalam keadaan yang serba terdesak itu, datuk dapat berfkir dan membuka langkah silat untuk mempertahankan diri.

Serangan dari perempuan berjubah putih berterusan. Dua tiga kali datuk jatuh terduduk akibat menerima (tendangan) pukulan dari wanita tersebut.

"Állah hu Akbar..."

MAYAT

Serentak dengan ungkapan itu, datuk menggenggam abu mayat yang berada tidak jauh darinya. Setelah membaca sesuatu debu mayat itu di campakkan ke arah wanita yang berada di awang-awangan di depannya.

Angin kencang terus mati, lembaga wanita terus ghaib dan seluruh kawasan dikuasai jeritan suara wanita. Sungguh nyaring dan mengerikan.

Suasana sekitar kembali tenang. Ali Usman mengatur langkah menuju ke arah saya. Datuk yang berhadapan dengan kejadian aneh dan pelik itu hanya mengurut dada sambil menark nafas panjang.

Setelah mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada datuk segera berubah tempat. Dia menuju ke arah tanah lapang dan duduk bersila di situ.

"Kamu berdua mari ke sini."

Datuk merenung tajam ke arah saya dan Ali Usman. Kami segera mendekati dan duduk di sampingnya. Saya berada di sebelah kanan, manakala Ali Usman di kirinya.

"Wajarkah kita masuk ke rumah itu?"

Hujung telunjuk datuk menunding ke arah rumah Raja Susuk. Sukar untuk memberikan jawapan dan saya mengharapkan Ali Usman akan melakukan sesuatu.

"Wajar diteruskan, kalau perlu kita musnahkan semua kelengkapan di rumahnya, kerana ini adalah amanatnya," jawapan yang sungguh menyenangkan.

Datuk mengkerutkan dahi, ada sesuatu yang difikirkannya.

"Kamu macamana Tamar?" Soal datuk.

"Saya hanya mengikut."

"Hmmmmmm..."

Datuk menelan air liur. Saya dan Ali Usman saling berpandangan. Ruang dada terus diselubungi dengan berbagai-bagai pertanyaan. Apakah datuk bersedia menunaikan permintaan kami.

"Iya kita tunaikan amanat orang bertujuan baik." Satu jawapan yang sungguh menyenangkan.

Dan sebuah harapan berbunga di dada. Semoga seiepas ini, tidak ada dugaan dan rintangan besar yang bakal menghalang kami bertiga memasuki RAJA SUSUK.

Kami pun melangkah dengan sebuah keyakinan yang kukuh. Tidak dinafikan ada gangguan-gangguan kecil serupa bayangan wanita berwajah hodoh, kulit mukanya menggerutu macam katak puru, rambut menggerbang bagaikan berterbangan di depan kami.

Ada ketikanya dia berdiri di depan kami tanpa bunyi. Semuanya tidak dihiraukan oleh datuk.

Kerana kedatangan makhluk (Pontianak) dalam keadaan seperti bebayang atau kabus, datuk terus menguaknya ke tepi dengan sepasang tangan. Setiap kali dikuak, terdengar suara wanita ketawa manja kegelian seperti digelitik.

"Jangan peduli semuanya itu."

Datuk mengingatkan kami. Serentak kami anggukkan kepala. Dan akhirnya, anak tangga pertama rumah milik Raja Susuk dipijak oleh Ali Usman. Dikuti oleh datuk dan saya. Bila anak tangga kedua dipijak, pintu rumah terbuka sendiri.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 224/284

BACA: SBDJ Siri 223: Di Usik Manusia Keluang
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Monday, February 10, 2025

SBDJ Siri 223: Di Usik Manusia Keluang

SBDJ Siri 223: Di Usik Manusia Keluang

Suaranya mula bergema, macam suara singa betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak bertenggek di dahan pokok besar. Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali. Sambil berbunyi, kumpulan keluang itu terus melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa dari kawasan kampung berdekatan.

Toyol jadi-jadian

Tidak memadai dengan itu, kumpulan keluang tersebut terus berak dan kencing. Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan.

Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara yang dilakukannya itu merupakan petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya.

Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman berhenti dan menoleh ke arah saya dan datuk. Sudah tiga kali dia berbuat demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian.

Sepuluh langkah menuju ke depan terus terhenti. Menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ, seperti menerima arahan seseorang dari pokok besar.

"Maju terus jangan menoleh ke arah kami."

Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali Usman.

"Ingat, aku bersama kamu Ali," tambah datuk lagi. Suara cukup lantang sekali.

Dari jauh Ali Usman anggukkan kepala dan mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu Ali Usman sudah cukup bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat.

Manusia kelawar juga mengikut rentak Ali Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga langkahnya. Ali Usman angkat tangan, dia juga angkat tangan. Ali Usman anggukkan kepala, dia juga anggukkan kepala.

Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya ketawa kecil.

KETAWA

"Jangan ketawa Tamar," tegah datuk.

"Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun tuk."

"Biarkan, kita tunggu dan lihat."

"Tapi, dia mempermain-mainkan kita tuk," saya luahkan rasa kurang senang.

"Kita tengok sejauh mana dia mahu memperdayakan kita," kata datuk sambil menggigit bibir.

Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit, melihat awan putih nipis bergerak ke arah gunung di selatan.

Bila datuk meluahkan kata "Kita lihat sejauh mana dia mahu memperdayakan kita", dalam erti kata lain, datuk tidak mahu bertindak. Dia sekadar mahu menonton saja.

Perhatian kembali ditumpukan kearah Ali Usman yang terus mara penuh semangat. Begitu juga dengan manusia kelawar.

Diduga satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pasti berlaku. Antara manusia kelawar dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat?

"Jangan kemana-mana. Kamu duduk di sini.”

Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai patah dahan akibat di panah petir.

Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki jarinya menekan akar pulai yang menolak bumi. Kaki kanannya diangkat separas lutut. Ekor matanya menjeling ke arah Ali Usman dan manusia kelawar.

"Nampaknya, datuk mula membuat persiapan," cetus batin saya sambil merenung ke arahnya.

"Jangan renung aku, tengok ke arah Ali," sergah datuk.

"Baik tuk." sahut saya cemas

SASARAN

Ali Usman dan manusia kelawar kembali menjadi sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi langkah mereka rancak dan penuh semangat, kini kelihatan agak lemah.

Jarak mereka antara satu sama lain kian dekat. Pada hemat saya, sepuluh tapak melangkah ke depan pasti berlaga batang hidung.

Andainya Ali Usman menjadi korban manusia kelawar, apakah tindakan selanjutnya yang akan datuk lakukan?

Mungkinkah datuk bertindak atau lepas tangan. Semuanya bagaikan diundang muncul dalam tempurung kepala.

Dalam saat genting begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa hal-hal yang positif tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak.

"Ahhhh..."

Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar, berhenti melangkah, masing-masing terpaku kaku. Mereka terpisah dalam jarak sepuluh langkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah datuk yang bersandar di pangkal pokok Pulai.

Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat tersebut terpaksa dibekukan.

"Dummmm..."

Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tersembam di permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak di pangkal pukok Pulai, tempat datuk bersandar.

"Bangun Tamar."

Sedaya upaya saya berusaha untuk bangun dengan berpaut pada lutut datuk. Bila berhasil berdiri dengan sempurna, jari jemari kanan datuk menepuk bahu kiri saya tiga kali berturut-turut.

Serentak dengan itu terdengar suara datuk menyebut beberapa potong ayat dari al-Quran untuk menghalau syaitan.

"Nampaknya aku seperti dicabar."

Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas. Kulit pokok tersebut terkupas.

Tersentak dengan tindak-tanduk itu, saya seperti mendapat semangat baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagaikan tidak terasa.

"Tenaga kamu dah pulih Tamar?"

MENOLEH

Soalan datuk saya jawab dengan anggukan.

Entah macam mana, seperti didorong oleh sesuatu saya menoleh ke arah Ali Usman dan manusia kelawar. Kedua-dua-nya terkapar di tanah.

Ali Usman terlentang menentang langit sedangkan manusia kelawar tertiarap dengan sepasang kakinya masih menggeletek. Macam ekor cicak yang terputus dari badan.

"Sungguh ganjil, semuanya ganjii."

Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling berpandangan tanpa sepatah kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari hujung kaki manusia kelawar.

Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke udara yang kemudiannya mengembang akhirnya terus menghilang. Tanah berhampiran telinga manusia kelawar nampak berlubang sebesar buah kelapa.

Otak nakal segera membuat andaian, mungkin ledakan tersebut berpunca dan situ.

"Ah... dia masih hidup, syukur."

Itu yang muncul di hati, bila melihat sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak-gerak. Menggeliat macam orang terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit berikutnya terus duduk.

"Ali dah duduk Tuk," kata saya.

Tiada jawapan dari datuk tetapi, sepasang anak matanya masih terpanah ke arah Ali Usman yang sedang menggerakkan kepalanya kekiri dan ke kanan.

"Mari Tamar."

Datuk pun menarik tangan saya dengan kasar. Kami terus berlari anak mendapatkan Ali Usman yang tertonggok kebingungan.

Manusia kelawar yang terkapar tidak kami hiraukan. Suara kumpulan beburung gagak yang berpadu dengan suara jeritan kelawar liar dari pepohon sekitar kawasan tersebut, tidak kami pedulikan.

"Ali bagaimana kamu?" Tanya datuk.

Tiada jawapan dari Ali Usman.

Datuk terus meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Ali Usman. Perlahan-lahan telapak tangannya bergerak ke atas permukaan rambut hingga ke bahagian belakang tengkuk.

Perkara sedemikian dilakukan olen datuk sebanyak tiga kali berturut-turut. Dan sebagai penamatnya, belakang Ali Usman ditumbuk dengan sekuat hati hingga tersedak dan muntah. Manusia kelawar terus mengeruh macam babi hutan kena peluru senapang kampung.

PANTAS

Dengan pantas saya merapatkan sepasang kelopak mata, tidak sanggup melihat muntah Ali Usman yang melambak di tanah.

Sebagai manusia, rasa ingin tahu membuat saya membuka kelopak mata semula. Muntah yang berwarna kekuningan bercampur kehijauan dan berlendir membuat bulu tengkuk saya meremang dan tekak jadi loya.

"Ahhhhhhh..."

Saya mengalami kejutan yang luar biasa, bersama muntah yang berlendir itu keiihatan batu-batu kerikil, tanah liat. Beberapa batang paku belanda serta serpihan tembikar.

"Muntahkan lagi, biar semua yang ada di dalam isi perut kamu keluar," lembut nada suara datuk selembut telapak tangannya mengurut belakang Ali Usman.

"Saya tak terdaya lagi," suara All Usman tersangkut-sangkut.

"Hummmmmmm..."

Datuk menarik nafas dalam-dalam. Seiring dengan tarikan nafas itu datuk terus menepuk belakang Ali Usman dengan sekuat hati.

"Weeeeekkkkkk..."

Ali Usman membongkok dan lubang mulutnya terpancut muntah air yang keruh dan berkeladak. Baunya masam sekali.

Bila muntah air tidak lagi memancut dari mulutnya, Ali Usman nampak keletihan dan tidak bermaya, lembik macam ayam berak kapur.

"Kamu letih," tanya datuk.

Ali Usman anggukkan kepala.

"Tekak kamu kering."

Macam tadi juga. Ali Usman terus mengangguk.

"Kamu dahaga?"

Ali Usman gelengkan kepala.

"Bagaimana, apakah semuanya akan berakhir?" Tersekat-sekat Ali Usman mengajukan pertanyaan. Buat seketika, datuk termenung sambil menekan-nekan pangkal dagunya dengan ibu jari kanan.

"Kalau mengikut gerak langkah, petua orang tua-tua, semuanya sudah mahu berakhir," jawab datuk selamba.

Dan secara tidak langsung memberikan khabar gembira buat saya.

"Uuuuhhhhhh..."

Serentak saya dan datuk menoleh ke arah suara tersebut. Manusia kelawar yang hampir dilupakan cuba bergerak dan berdiri. Tetapi tidak berhasil.

Suara gagak dan jeritan kelawar liar mula berkurangan. Agak lama juga datuk merenungi manusia kelawar. Kelopak bibir datuk bergerak-gerak. Tidak tahu apa yang dikatakannya.

Mungkin dia menyebut sumpah petua orang tua-tua. Mungkin juga dia membaca potongan ayat-ayat dari al-Quran. Fikir saya dalam hati.

"Ah! pedulikan dia, kita uruskan hal si Ali ini dulu. Tak guna kita membuang masa di sini, kalau kita terlalu lama di sini, nanti orang yang menunggu marahkan kita," anak mata datuk menikam wajah.

Bibir bawah saya tekan dengan gigi hingga berbekas

Apakah pertanyaan itu wajar dijawab dengan kata-kata atau dengan gerak badan? Sukar untuk saya membuat keputusan.

"Bagaimana? Apakah pendapat aku itu betul atau salah, Tamar?"

Perasaan jadi tidak tentu arah, hati berdebar semacam. Jarang sekali datuk meminta pendapat atau pandangan dari saya.

"Betul tuk," kata saya penun yakin.

"Hummmm..." suara datuk lemah.

Lagi sekali datuk mengusap wajah Ali Usman hingga ke bahagian belakang tengkuk. Kedua-dua belah sayap bahu turut menjadi mangsa jari jemari datuk.

MUNTAH

Setiap kali picit dilakukan, Ali Usman batuk terbahak-bahak, bau mulutnya busuk kesan muntah.

Dari bahu, jari-jemari datuk turun ke tengah belakang dan akhirnya singgah di bahagian pinggang. Lebih tepatnya di belikat Ali Usman yang kegelian. Dengkur manusia monyet sekejap keras sekejap lembik.

"Tamar kamu picit kedua-dua belah buah betisnya."

"Iya Tuk."

Tanpa diarahkan. Ali Usman memberikan kerjasama yang sungguh baik. Sepasang kakinya dilunjurkan. Dan buah betis yang dipadati dengan daging keras terus saya picit.

"Cuba berdiri."

Cakap datuk segera di patuhi, secara perlahan-lahan dan penuh hati-hati Ali Usman berusaha berdiri. Kali pertama gagal, kali kedua juga gagal. Kepala lututnya, seolah-olah tidak berfungsi sama sekali.

Tetapi usaha kali ketiga cemerlang sekali. Dapat berdiri seperti keadaan asal. Ali Usman boleh menghayunkan kakinya ke kiri dan ke kanan, sesuka hati.

Kegembiraan terpancar dimuka datuk dan saya menarik nafas lega.

"Saya dah pulih."

Ali Usman memberitahu datuk, seiring dengan senyuman yang berlari di kelopak bibir. Dua tiga kali, sepasang tangannya diangkat dan dijatuhkan.

"Sekarang saya boleh berjalan?"

"Nanti dulu."

"Kenapa pula?” Ali Usman kehairanan.

Datuk tidak memberikan jawapan pasti, sebaliknya mencabut keris di pinggang dan terus membongkok. Dengan hujung keris pendek dia mencungkil dan mengkuis-kuis tanah lalu dikumpulkan menjadi dua longgokan.

Dua helai daun hijau yang lebar dipetik dari ranting pokok berdekatan.

Memang diyakini, daun yang berada di tangan datuk adalah daun mengkudu hutan yang mempunyai khasiat tersendiri. Setiap urat di daun boleh dijadikan penawar sakit berbisa.

Memilih daun untuk dijadikan penawar harus pandai, mesti dipilih urat daun yang bertindih. Daunnya tidak terlalu tua, tidak pula terlalu muda. Tangkainya mesti terdapat garis-garis nipis.

PETIK

Kedudukan daun yang mahu dipetik itu mestilah mengarah ke kiblat. Dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan selawat terhadap Nabi SAW.

Ciri-ciri itulah yang dilakukan oleh datuk. Saya masih buntu dan tidak dapat menduga untuk apa daun mengkudu hutan itu dipetik oleh datuk.

"Untuk apa?" tanya saya sendirian.

Bila melihat datuk membungkus dua longgokan tanah dengan daun mengkudu hutan. Tak ubah seperti membungkus nasi lemak.

"Kemari dan berdiri di depan aku."

Macam kanak-kanak tadika, Ali Usman mematuhi cakap datuk.

Saya menelan air liur. Perhatian tetap saya tumpukan pada datuk dan Ali Usman. Suara gagak dan jentan kelawar sudah pun berakhir. Di ganti dengan kicau burung.

"Lipat seluar kamu hingga paras pangkal paha," lantang suara datuk menguasai kawasan sekitar. Ali Usman pun membongkok lalu menggulung kaki seluarnya seperti yang diinginkan oleh datuk.

"Lagi apa yang mesti saya buat?" Ali Usman pula bertanya.

"Begini, semasa aku melumurkan kedua-dua lutut kamu dengan tanah, kamu bacalah surah Al-Fatihah tujuh kali. Minta pertolongan dan perlindungan dari Allah, kamu faham?"

"Faham," angguk Ali Usman.

Sebelum bungkusan berisi tanah singgah di kepala lutut Ali Usman, hujung keris kecil dicucuk ke bahagian bucu bungkusan tiga kali berturut-turut. Kemudian baru bungkusan berisi tanah dihempaskan ke kepala lutut Ali Usman.

Bila bungkusan pecah, tanah bertaburan, Ali Usman menjerit kesakitan untuk seketika. Cebisan daun pembungkus segera dikutip oleh datuk lalu dilemparkan ke arah tubuh manusia kelawar.

Sebaik saja terkena cebisan daun mengkudu hutan, manusia kelawar terus bangun terpekik terlolong, mengejutkan dan menghentikan nyanyian beburung.

"Tuk..."

Saya tidak dapat meneruskan kata-kata bila melihat datuk mengangkat tangan kiri dan mengembangkan ke lima-lima jarinya ke arah saya.

GANJIL

Gerak tangan itu bermaksud jangan bertanya kerana dia sedang menggunakan indera yang kelima untuk berhadapan dengan manusia kelawar.

Ali Usman yang sudah dipulihkan oleh datuk, berkelakuan agak ganjil seperti bersilat beradu kekuatan dengan seseorang.

Datuk berdiri kaku sambil memeluk tubuh. Perhatian tertumpu ke satu arah. Dia bagaikan memisahkan dirinya dari alam nyata untuk masuk ke alam lain.

Bila sudah demikian, secara tidak langsung membawa perubahan fizikal pada datuk. Tubuhnya menggeletar sebelum dia undur tiga tapak ke belakang untuk mencari kedudukan yang baik dan selamat.

"Haiiiiii..."

Teriakan datuk itu membuat saya terus merenung ke arahnya. Ada perubahan di wajahnya, keras tengang bercampur bengis. Rambutnya kelihatan seperti mengembang terutama yang dekat cuping telinga, hujung tengkuk dan pelipis.

Kedua-dua telinganya merah hidungnya kembang kempis. Setiap kali dia menarik dan melepaskan nafas dadanya nampak berombak. Urat dan otot ditubuh seperti membengkak.

Jika diperhatikan dengan teliti tanpa berkerdip macam ada bebayang asap keluar dari tubuhnya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 223/284

BACA: SBDJ Siri 222: Di Serang Monyet Jadian
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Monday, February 03, 2025

Bacaan Doa Rasulullah SAW Ketika Melawat Orang Sakit

Bacaan Doa Rasulullah SAW Ketika Melawat Orang Sakit

"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam kelunakan, berkasih-sayang dan berlemah-lembut sesama mereka seperti tubuh yang satu, jika satu anggota sakit, seluruh jasad akan turut terasa demam dengan berjaga malam." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Bacaan Doa Rasulullah ketika sakit

Saidatina Aisyah menceritakan bahawa sekiranya ada dikalangan kami yang sakit, Rasulullah akan menziarahi mereka.

Baginda lalu meletakkan tangan kanan Baginda kepada mereka (memegang/mengusap mereka) lalu berdoa:

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

"Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah dan Engkau adalah Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit." (HR Muslim)

Bahkan, Baginda turut mengajarkan pada sahabat, doa-doa untuk dibacakan ke atas anggota yang tidak sihat.

Seorang sahabat Nabi bernama Uthman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah tentang kesakitan yang beliau alami.

Baginda lalu bersabda, "Letakkan tangan kananmu di tempat yang sakit lalu bacalah bismillah tiga kali dan ucapkanlah di bawah ini tujuh kali."

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya dari segala keburukan (penyakit) yang aku perolehi dan aku bimbangi."

Termasuk dari adab yang perlu diperhatikan ketika menziarahi pesakit ialah memilih waktu yang sesuai, kerana tujuan disyariatkan menziarahi pesakit ialah untuk mendatangkan kegembiraan dan menyenangkan hati pesakit, bukan untuk mendatangkan kesukaran dan kesempitan kepada mereka.

Demikian juga jangan memanjangkan masa bersama dengannya melainkan jika pesakit sendiri yang menghendakinya.

Bagi orang yang menziarahi pesakit dianjurkan dia berada berhampiran dengan kepala pesakit.

Di dalam al-Adab al-Mufrad, daripada Ibn Abbas RA yang berkata: "Dahulunya Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit, baginda akan duduk berhampiran kepalanya, kemudian baginda mengucapkan sebanyak tujuh kali."

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ، رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم أَنْ يَشْفِيَكَ

Mafhumnya, "Daku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan kepada Arasyh yang agung, untuk Dia menyembuhkanmu." (al-Adab al-Mufrad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Adab al-Mufrad)

Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan ketika Nabi SAW menziarahi Saad bin Abi Waqqas RA, baginda meletakkan tangan baginda dahi Saad, kemudian baginda menyapu tangan baginda ke muka dan perut Saad sambil membaca:

اللّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا

Mafhumnya, "Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang menziarahi pesakit juga dianjurkan berdoa dengan ikhlas kepada pesakit dan jangan memperkatakan sesuatu melainkan perkara-perkara yang baik sahaja.

Daripada Umm Salamah RA yang berkata, "Baginda Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu semua menziarahi orang sakit atau orang yang meninggal dunia, maka ucapkanlah perkara-perkara yang baik. Kerana sesungguhnya para Malaikat akan mengaminkan apa yang kamu semua katakan." (HR Muslim)

Kita dibenarkan untuk memilih sebarang bentuk doa dan yang terbaik ialah doa yang datang dari Nabi SAW.

Daripada Aisyah RA yang berkata: "Dahulunya Nabi SAW, jika ada seseorang ditimpa sakit atau terluka, baginda akan melakukan begini – lalu Sufian (periwayat hadis) meletakkan jari telunjuk beliau ke tanah, kemudian mengangkatnya – dan membaca:

بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا، بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا، يُشْفَى سَقِيْمُنَا، بِإِذْنِ رَبِّنَا

Mafhumnya: "Dengan nama Allah, ini sebahagian dari tanah bumi kami, dengan sedikit air liur kami, (semoga) diberi kesembuhan kepada orang yang sakit di kalangan kami dengan izin tuhan kami." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com