Thursday, January 12, 2017

iPhone Sambut Ulang-Tahun Ke-10 Pada 2017

iPhone Sambut Ulang-Tahun Ke-10 Pada 2017

Dalam arena telefon pintar, salah satu peranti yang sangat popular adalah iPhone daripada Apple dan pada 9 Januari 2017, Apple menyambut ulang-tahun ke-10 sejak iPhone diperkenalkan.

iPhone-10

Untuk yang tidak mengetahuinya, Steve Jobs telah memperkenalkan iPhone di Macworld 2007.

Sejak pengenalan iPhone pada 2007, sehingga kini ia telah mengubah landskap telefon pintar dan sering dijadikan perbandingan oleh pengeluar ketika pengenalan peranti masing-masing.

Sehingga kini, lebih satu bilion peranti iPhone dijual diseluruh dunia dan yang paling terkini adalah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Kedua-duanya menjalankan sistem operasi iOS 10 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk pembantu maya Siri dalam memudahkan pelbagai tugasan.

Bercakap mengenainya, Tim Cook mengatakan iPhone telah menjadi salah satu standard dalam arena peranti mudah-alih, dan memberikan petanda apa yang terbaik daripada mereka akan hadir – dan mereka baru sahaja bermula.

BACA INI JUGA: 7 Penggodam Paling 'Hebat' Di Dunia!

Sumber: amanz

Sunday, December 18, 2016

20 Aplikasi iPhone Paling Popular 2016

20 Aplikasi iPhone Paling Popular 2016

Tahun 2016 akhirnya bakal melabuhkan tirai. Pelbagai aplikasi telah tercipta dan viral. Tidak dilupakan juga aplikasi yang telah terkubur sepanjang tahun ini.

Aplikasi+Popular+iPhone

Setakat ini lebih 2 juta aplikasi telah tersedia buat di Apple Store. Syarikat tersebut turut mengumumkan 20 aplikasi paling top sepanjang 2016 termasuk 10 aplikasi percuma dan berbayar.

Aplikasi yang paling kerap dimuat turun sepanjang tahun ini adalah Snapchat. Snapchat yang berada pada tangga kelima pada list tahun lepas berjaya menarik lebih ramai pengguna menggantikan aplikasi Trivia Crack. Tidak hairanlah Instagram bersungguh-sungguh cuba implemen perkara yang sama aplikasinya.

Aplikasi yang paling viral pada tahun ini iaitu Pokémon Go tampil sebagai aplikasi percuma ketiga paling popular dimuat-turun manakala Facebook Messenger di tempat kedua.

Berikut merupakan senarai aplikasi berbayar dan percuma iPhone yang paling popular sepanjang 2016:

Top Free iPhone Apps

1. Snapchat
2. Messenger
3. Pokémon GO
4. Instagram
5. Facebook
6. YouTube
7. Google Maps
8. Pandora
9. Netflix
10. Spotify Music

Top Paid iPhone Apps

1.Heads Up!
2. Face Swap Live
3. Minecraft: Pocket Edition
4. Facetune
5. KIMOJI
6. 7 Minute Workout Challenge
7. Geometry Dash
8. Plague Inc.
9. Akinator the Genie
10. Bloons TD 5

Agak mengejutkan melihat aplikasi Heads Up! mengungguli carta. Mungkin kerana aplikasi ini kurang popular di Malaysia berbanding negara luar.

Untuk pengetahuan anda aplikasi ini memerlukan 2 individu bermain guessing game dengan cara yang sangat fun dan interaktif.

Dipopularkan melalui rancangan Ellen, aplikasi ini berjaya menjadi Top Paid iPhone Apps 2016.

Aplikasi lain seperti Minecraft dan Workout Challenge terus selesa berada di dalam carta selepas setahun carta Top Paid iPhone Apps 2015 diumumkan.

BACA INI JUGA: Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

Sumber: Thevocket

Tuesday, October 04, 2016

Harga iPhone 2G Kini Lebih Mahal Berbanding iPhone 7!

Harga iPhone 2G Kini Lebih Mahal Berbanding iPhone 7!

Masih ingatkah anda kepada model pertama Apple iPhone iaitu iPhone 2G? Sewaktu itu pasaran smartphone masih lagi didominasi oleh Nokia, Sony Ericsson dan BlackBerry.

iPhone 2G

Dan siapa menyangka kehadiran iPhone telah mengubah ‘the way you use the phone’ bak kata mendiang Steve Jobs.

Kini, ketiga-tiga jenama tersebut telahpun mengalami evolusi baik dari segi telefon mahupun penstrukturan syarikat.

Dan tahukah anda, harga iPhone 2G ketika ini yang sudah 9 tahun sejak awal dilancarkan kini mempunyai harga yang jauh lebih mahal berbanding iPhone 7!

Berdasarkan carian di eBay, harga iPhone 2G kini dijual dengan harga serendah $1,000 USD (RM4114.65+-) dan boleh mencecah sehingga $8,500 USD (RM34974.53+-) bergantung kepada keadaan iPhone tersebut.

iPhone 2G

Berdasarkan carian di beberapa laman web, didapati trend ini masih belum sampai di Malaysia dan boleh didapati dengan harga serendah RM200 untuk set ‘second-hand’.

Memandangkan iPhone bakal menyambut 10th anniversary pada tahun 2017, dijangka iPhone model pertama bakal menjadi buruan.

Selepas hampir 10 tahun dilancarkan, tidak dinafikan Steve Jobs ternyata mempunyai auranya yang tersendiri dengan melancarkan Apple iPhone pertama dengan gayanya yang begitu bersahaja.

Adakah anda masih menyimpan iPhone 2G anda?

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Saturday, August 23, 2014

Gambar Terbaru iPhone 6 Tersebar!

Gambar Terbaru iPhone 6 Tersebar!

Gambar-gambar iPhone 6 terbaru telah dibocorkan oleh Feld & Volk melalui laman Instagram menunjukkan telefon pintar 4.7 inci itu dari beberapa sudut.

iPhone 6

Ini memberikan gambaran betapa nipisnya telefon pintar iPhone 6 terbaru. Menurut laporan, ia mempunyai ketebalan hanya 7mm.

Imej-imej iPhone 6 terbaru ini sememangnya berkadar langsung dengan gambar dan laporan yang diterima sebelum ini dengan bahagian tepi yang melengkung, butang speaker seakan iPod Touch dan butang kuasa yang diletakkan di bahagian tepi.

iPhone 6 [2]

iPhone 6, 4.7 inci dan 5.5 inci dikhabarkan akan dilancarkan pada 9 September ini.

Jika benar, bermakna pengguna tidak perlu menuggu lama untuk melihat sejauh mana kesahihan imej-imej iPhone 6 terbaru ini dan maklumat yang telah dibocorkan selama ini.

iPhone 6 [3]

Namun, sebaik mana iPhone 6 terbaru ini kelihatan, berkemungkinan besar ini bukan produk akhir yang akan dijual kepada pengguna.

Produk akhir iPhone 6 terbaru ini tentunya akan kelihatan lebih kemas dan lengkap.

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk memiliki gadget terbaru keluaran Apple ini sama seperti impian memiliki iPhone 5s sebelum ini.

Sumber: Feld & Volk

Perbandingan iPhone 6 dan iPhone 5S

Dengan beberapa maklumat ini kami cuba memberikan anda apa yang akan membezakan iPhone 5S ini dengan model iPhone 6 terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Teruskan membaca!

Skrin paparan

Tahun lalu, Apple telah memberikan iPhone 5 dengan skrin paparan 4-inci namun saiz ini dilihat masih ketinggalan dibelakang pencabar terdekat seperti Samsung, LG, HTC, dan Nokia yang melancarkan generasi baru model mereka dengan skrin paparan yang lebih besar berbanding model sebelumnya.

Walau bagaimanapun, Apple dijangkakan akan memperkenalkan iPhone dengan skrin paparan lebih besar dengan khabar angin terbaru iPhone 6 terbaru akan hadir dengan skrin paparan 4.7 inci.

Seperti iPhone 5, iPhone 5s masih mengekalkan skrin paparan Retina bersaiz 4-inci dengan resolusi 640 X 1136 piksel yang mempunyai kepadatan piksel 326ppi. Selain itu, skrin paparan iPhone 5s juga hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla.

Reka Bentuk dan Komponen

Apple dijangka akan mengekalkan penggunaan rangka aluminium pada peranti iPhone 6 terbaru mereka. Selain itu, iPhone 6 terbaru ini akan mempunyai reka bentuk yang lebih nipis dan panel skrin paparan yang lebih kecil sama seperti yang digunakan pada iPad Mini.

Seperti kebiasanya, model iPhone dengan siri ‘S’ akan tampil dengan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya dan Apple iPhone 5s ditawarkan dalam tiga warna iaitu perak, emas dan kelabu dan direka berasakan aluminium berkualiti tinggi.

Kamera

12MP iSight

Apple perlu bertindak dengan memberikan kualiti kamera yang lebih baik jika ingin mengekalkan dominasi pasaran telefon pintar dunia. Apple dijangka tampil dengan kamera 12MP iSight bagi iPhone 6 terbaru dan hampir pasti memberikan persaingan sengit kepada telefon pintar lain kelak.

8MP iSight

Walaupun iPhone 5S menggunakan kamera 8MP yang terdapat pada iPhone 5, ianya telah diberikan beberapa penambahbaikan. Kamera iPhone 5S ini mempunyai f/2.2 aperture yang lebih lebar sekaligus memberikan kualiti gambar yang lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang malap. Selain itu, aplikasi kamera iPhone 5s mampu mengambil beberapa gambar serentak dan akan memilih gambar terbaik, juga dilengkapi dengan dua lampu flash LED.

OS

iOS 8

Selepas pelancaran iOS 7 bersama-sama Apple iPhone 5s dan iPhone 5c, Apple mengesahkan bahawa iOS 7 telah dimuat turun oleh lebih 200 juta unit peranti Apple didalam masa beberapa hari sahaja. iOS 8 dijangka hanya akan dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan dan beberapa ciri-ciri terbaru.

iOS 7

iOS 7 telah menyaksikan Apple telah melakukan perubahan paling drastik yang pada sistem operasi mereka sejak iOS 1. Disebabkan perkara ini , Apple dengan beraninya telah mengeluarkan kenyataan bahawa iOS 7 merupakan kemaskini iOS yang terbaik didalam sejarah sistem operasi ini. Selain menyokong peranti dengan spesifikasi terbaik, iOS 7 juga memberikan pengguna lebih banyak kebebasan didalam UI yang hadir dengan menu yang lebih ringkas, rekaan yang lebih rata selain penggunaan warna yang lebih terang merupakan antara perubahan pada iOS 7.

Harga

Harga pasti menjadi aspek kritikal yang akan menentukan penjualan iPhone 6 terbaru ini dan dijangkakan Apple pasti akan mengekalkan harga asas RM2399 yang sama seperti iPhone 5s.

Apple iPhone 5S yang merupakan model premium Apple dijual pada harga yang bermula daripada RM2,399 bagi versi 16GB sebelum ini.

Ini adalah sedikit peningkatan berbanding iPhone 5 yang mula dijual pada harga RM2,199 ketika mula-mula diperkenalkan.

Sumber: Mobile88.com

-SENTIASAPANAS.COM