Sunday, February 25, 2018

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Skim ponzi atau skim cepat kaya pertama diasaskan oleh Charles Ponzi, dari seseorang yang tidak dikenali menjadi jutawan Boston terkenal dalam tempoh enam bulan melalui skim cepat kaya pada tahun 1920.

Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Keuntungan sepatutnya datang dari pertukaran kupon jawapan pos antarabangsa dengan dia menjanjikan 50% faedah (pulangan) keatas pelaburan dalam tempoh 45 hari atau “gandakan wang anda” dalam tempoh 90 hari.

Sekitar 40,000 orang melabur $15 juta (sekitar $150 juta dalam nilai dolar 2006), akhirnya hanya satu pertiga wang tersebut dipulangkan semula kepada pelabur.

Selain skim Ponzi, skim piramid lain paling terkenal dalam sejarah termasuk:

1. Sindiket Franklin

Sebelum Ponzi, pada tahun 1899 William "520 Peratus" Miller membuka perniagaannya sebagai "Sindiket Franklin" di Brooklyn, New York.

Miller menjanjikan faedah 10% seminggu dan menggunakan sebahagian tema utama skim Ponzi, seperti pelanggan melabur semula faedah yang mereka terima.

Dia menipu pelabur sebanyak $1 juta dan dihukum penjara selama 10 tahun. Apabila dibebaskan, dia membuka kedai runcit di Long Island.

Semasa siasatan, Miller diwawancara oleh Boston Post untuk membandingkan skimnya dengan Ponzi's — wawancara mendapati caranya hampir sama tetapi Ponzi menjadi lebih mahsyur kerana mendapat tujuh kali ganda wang.

2. Dona Branca

Antara 1970 dan 1984 di Portugis, seorang wanita dikenali sebagai Dona Branca menjalankan skim cepat kaya yang membayar faedah 10% sebulan.

Pada tahun 1988 dia dipenjarakan selama 10 tahun dan sentiasa mendakwa bahawa dia hanya membantu orang-orang miskin, tetapi semasa perbicaraan terbukti dia menerima bayaran sebanyak 85 juta Euro.

3. MMM

MMM adalah syarikat Rusia yang muncul pada tahun 1990-an dan dianggarkan antara 5-10 juta orang kehilangan semua wang simpanan mereka.

Skim cepat kaya ini menjanjikan pulangan antara 3,000 - 30,000 peratus setahun.

Kerugian dianggarkan antara 500 juta dolar sehingga 1.5 bilion dollar.

4. European Kings Club (EKC)

Pada musim gugur 1994, European Kings Club (EKC) runtuh, menyebabkan kerugian sekitar AS$1.1 bilion. Penipuan ini diketuai oleh Damara Bertges dan Hans Günther Spachtholz.

Dalam siri penipuan ini, 1 daripada sepuluh orang dewasa melabur dalam EKC.

Penipuan ini adalah dengan cara membeli "surat" bernilai 1,400 francs yang membolehkan pembeli menerima bayaran sebanyak 200 francs sebulan selama 12 bulan.

Organisasi ini berpangkalan di Gelnhausen, Jerman.

5. Yayasan Kedermawanan Era Baru

Pada Mei 1995, pendakwa raya Pennsylvania bertindak membekukan aset Yayasan Kedermawanan Era Baru dan menahan pengerusinya, John G. Bennett, Jr. Organisasi ini telah mengaut wang melebihi USD500 juta dari 1,100 penyumbang.

Ahlinya termasuk Palang Merah, percaya mereka terbabit di dalam program matching-gifts melalui New Era tetapi, sebenarnya ia adalah skim Ponzi.

Kerugian dianggarkan sekitar $135 juta.

6. Bennett Funding Group

Pada awal tahun 1996, SEC mengfailkan saman umum (civil action) terhadap Bennett Funding Group, pegawai ketua kewangannya (chief financial officer), Patrick R. Bennett dan syarikat lain yang dikawal Bennett, berkaitan dengan skim Ponzi berskala besar.

Syarikat itu secara menipu mengaut beratus juta dollar, dengan mengaku membeli jaminan sewa peralatan dan promissory notes.

7. Albania

Pada tahun 1997, kerajaan Albania secara rasmi mengesahkan beberapa siri dana pelaburan skim piramid.

Apabila kerugian tidak lagi dapat dielakkan, penduduk Albania yang kerugian hampir USD1.2 bilion, menunjuk perasaan di jalanan dalam pemberontakan yang menggulingkan kerajaan.

8. Reed Slatkin

Pada tahun 2000, skim Ponzi yang diuruskan oleh Reed Slatkin, paderi Gereja Saintologi, terbongkar apabila pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat menyedari bahawa Slatkin bukannya seorang penasihat pelaburan berlesen.

Reed Slatkin telah mengutip kira-kira AS$600 juta daripada lebih 500 orang pelabur kaya, dengan kebanyakan mereka merupakan tokoh-tokoh terkenal Hollywood.

9. Larry Toshio Osaki

Pada bulan Disember 2005, Larry Toshio Osaki yang mengendalikan sebuah skim Ponzi di Los Angeles, California menawarkan pelaburan-pelaburan palsu dalam "pemfaktoran" akaun belum terima, walaupun telah diperintahkan oleh seorang hakim persekutuan supaya menghentikan kegiatannya, dipenjarakan di penjara persekutuan selama 20 tahun.

Kerugian dianggarkan sebanyak USD200 juta dari lebih 1,000 pelabur.

Selain hukuman penjara, Hakim Stephen V. Wilson juga memerintahkan Larry supaya membayar AS$145 juta kepada mangsa-mangsanya.

10. SwissCash

Pada bulan Oktober 2006, dua individu terkenal di Malaysia, bersama-sama orang lain, ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengendalikan SwissCash atau Dana Bersama Switzerland (1948) yang dikatakan bersifat komplot.

SwissCash menawarkan pulangan sehingga 300% dalam tempoh pelaburan selama 15 bulan.

Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta sehingga RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.

Pelaburan HYIP tersebut ditawarkan kepada warganegara Malaysia, Singapura dan Indonesia, dengan penganjur skim cepat kaya ini mendakwa bahawa dana-dana pelabur disalurkan ke dalam perniagaan yang merangkumi cari gali minyak, perkapalan dan pertanian di Caribbean.

Syarikat ini mendakwa bahawa mereka berpusat di New York dan diperbadankan di Dominica.

BACA INI JUGA: Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

sumber: wikipedia

Monday, February 19, 2018

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Pasti anda semua pernah dengar permainan legenda seperti Super Mario, Contra, Super Tank, Street Fighter dan bermacam-macam lagi dan sekarang permaianan video lebih canggih dari yang sebelumnya.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?
Tennis for Two.

Tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak, pasti ramai yang menyukai permainan video. Bermain permainan video perlu menggunakan konsol melalui televisyen skrin besar dan pada zaman ini, game boleh dimainkan hanya di telefon pintar dan juga komputer.

Setiap tahun industri permainan video mengaut pendapatan lebih daripada $17 bilion hanya melalui game.

Para penggemar video permainan pula pasti sentiasa mencari pengalaman terkini dalam permainan dan juga grafik yang tinggi.

Mari melihat kembali ke masa silam yang akan mendedahkan sejauh mana permainan video ini bermula.

Siapakah orang yang pertama mencipta permainan video?

Walaupun ia kelihatan seperti pertanyaan yang mudah tetapi sebenarnya sejarah perkembangan permainan video ini agak rumit.

Permainan video yang pertama dicipta

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Seawal tahun 1940an, Thomas T. Goldsmith Jr dan Estle R. Mann menggunakan peranti yang mereka cipta dan dipanggil alat amatur Tube Katod Ray.

Ia adalah peranti elektronik yang menggunakan skrin untuk bermain permainan asas yang langsung tidak menyerupai apa yang kita fikirkan sehingga wujudnya permainan video yang sebenar.

Pada tahun 1958, William Higinbotham mencipta permainan elektronik dipanggil Tennis for Two yang boleh dipaparkan pada osiloskop.

Penciptaannya juga adalah permainan yang asas tetapi sekali lagi ia bukan permainan yang banyak digunakan dan dapat dimainkan dengan mudah oleh orang ramai. Bayangkan ia dipaparkan pada osiloskop?

Permainan video seterusnya tidak dicipta sehinggalah pada tahun 1967 apabila seorang jurutera bernama Ralph H. Baer telah mencipta prototaip pertama yang akhirnya dikenali sebagai Magnavox Odyssey yang merupakan permainan konsol video pertama di dunia.

Baer juga amat dikenali sebagai "Bapa Permainan Video" merupakan orang pertama yang membuat sistem penukaran isyarat elektronik menjadi gambar pada skrin televisyen melalui corak raster atau apa yang kita kenali sekarang sebagai permainan video.

Magnavox Odyssey asalnya menampilkan beberapa permainan yang mudah seperti permainan mengejar, dam dan permainan menembak menggunakan peranti senapang elektronik.

Sistem ini dilengkapi dengan dua pengawal paddle serta beberapa aksesori lain. Ia adalah suatu kejayaan yang besar kerana Magnavox Odyssey telah terjual lebih 700,000 unit dalam tiga tahun pertama pengeluarannya.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Sebagai permainan video yang sangat laris terjual pada waktu itu telah menampakkan wujudnya saingan baru.

Walaupun populariti mereka kian melonjak, namun ada orang lain yang tidak lama kemudian mula membangunkan sistem yang baru.

Nolan Bushnell dan Ted Dabney tealh mencipta Atari Computers pada tahun 1972 dan pada tahun 1975, Atari mengeluarkan permainan video rumah, yang dikenali sebagai Pong.

Pong telah membawa kepada perubahan yang sangat besar dalam populariti permainan video.

Tidak lupa juga pada kanak-kanak generasi 80an yang berpeluang bermain permainan video yang mempunyai warna iaitu Nintendo Entertainment System.

Mula dikeluarkan dan dipasarkan pada 15 Julai 1983, Nintendo Entertainment System (NES) adalah konsol permainan video 8-bit yang dikeluarkan oleh Nintendo untuk pasaran di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia, Oceania dan Afrika.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

NES adalah konsol permainan video rumah pertama di Nintendo yang dikeluarkan di luar Jepun.

Di Jepun, ia dikenali sebagai "Family Computer" atau singkatannya disebut Famicom dan telah terjual sebanyak 61.91 juta unit di seluruh dunia.

NES membantu menghidupkan semula industri permainan video berikutan berlakunya kemalangan pada permainan video pada tahun 1983 dan ia telah menetapkan piawaian untuk konsol berikutnya dalam segala hal dari reka bentuk permainan sehingga tatacara dan amalan perniagaan.

The NES adalah konsol pertama yang mana terbuka untuk mengutuk pemaju pihak ketiga yang membangunkan NES.

Sejak lewat tahun 90an banyak jenis permainan video dan konsol telah wujud dengan sistem terkini.

Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?

Pada masa ini, Microsoft Xbox dan Sony Playstation tetap menjadi dua konsol permainan video yang paling popular di dunia.

Manakala kanak-kanak dan orang dewasa juga masih ramai yang menikmati permainan video di komputer dan telefon pintar mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kos Pembikinan Video-video Game Terkenal

sumber: iluminasi

Sunday, January 14, 2018

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

Pengguna sabun sememangnya boleh melindungi diri daripada bakteria dengan mencuci tangan bersama kemudian lap dengan tuala bersih, selain mencuci permainan kanak-kanak dengan kerap serta mendidik anak mengenai cara mencuci tangan dengan betul.

16 Fakta Menarik Tentang Sabun Mandi

Berikut kami kongsikan buat pembaca beberapa fakta yang sangat menarik tentang sabun mandi.

1. Perkataan 'soap' atau sabun diambil dari bahasa latin iaitu 'sapo' yang merupakan nama sebuah gunung dalam mitos romawi kuno.

2. Pada tahun 2008, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan bahawa 15 Oktober setiap tahun sebagai Hari Mencuci Tangan Sedunia.

3. Pada tahun 1688, King Louis XIV dari Perancis telah menandatangani perjanjian dengan pengusaha sabun yang dikenali dengan nama 'Colbert's Edict'. Dalam perjanjian tersebut menyatakan bahawa pembuat sabun mesti menghasilkan sabun dengan minyak zaitun asli sahaja.

4. King Louis XIV juga pernah menghukum mati tiga orang pembuat sabun kerana membuatkan kulitnya menggelupas. Takut ditimpa nasib malang yang sama, beberapa pembuat sabun berusaha lebih serius untuk mencipta sabun berkualiti baik.

5. Ada tiga cara proses pembuatan sabun. Pertama, proses pemanasan, proses pendinginan dan yang terakhir adalah proses pelelehan.

Proses pelelehan sabun juga disebut sebagai proses penuangan kemudian dicetak ke dalam bentuk tertentu.

Setiap proses melibatkan beberapa jenis sabun dalam pembuatannya. Inilah yang membezakan antara produk sabun buatan sendiri dan sabun buatan makmal di kilang.

6. Proses pembuatan sabun dikenal sebagai ‘saponifikasi’. Proses ini merupakan penyampuran minyak tumbuhan dan lemak sebagai bahan dasar. Campuran tersebut kemudian ditambahkan ke dalam garam asam lemak.

7. Terdapat perbezaan yang signifikan pada bahan yang digunakan dalam sabun komersial dan sabun buatan sendiri.

Dalam pembuatannya, sabun komersial menggunakan haiwan dan minyak keras. Manakala sabun buatan sendiri biasanya dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti gliserin.

Maka tidak hairanlah jika sabun buatan sendiri jauh lebih lembut di kulit jika dibandingkan dengan sabun komersial atau buatan kilang.

8. Kenapa sabun berbuih? Ini kerana sabun memiliki kandungan sulfat atau sulfit. Jika sabun tertentu memiliki lebih sulfat, maka sabun tersebut berbuih lebih banyak.

9. Sabun tersedia dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan harian. Sabun biasanya dikemas dalam bentuk gel, cecair, krim dan buku.

10. Ada dua alasan penting mengapa sabun boleh menyebabkan mata iritasi atau terbakar. Biasanya, sabun yang mengandungi dua bahan kimia yang menyebabkan terbakar.

Yang pertama adalah Lye iaitu sejenis bahan kimia yang menyebabkan mata iritasi. Dan yang kedua adalah molekul lemak yang menyebabkan sensasi terbakar di mata.

11. Penggunaan sabun biasanya bergantung pada jenis sabun yang anda gunakan. Jika kulit berminyak atau sensitif, gunakanlah jenis sabun khas.

12. Sabun pertama kali digunakan dalam industri tekstil. Dalam perkembangannya, sabun kemudian digunakan dalam industri perubatan. Secara perlahan-lahan sabun mula diterima oleh masyarakat.

13. Sabun gliserin sangat popular digunakan untuk mandi namun, tahukah anda bahawa nama ini berasal dari proses kimia yang menggunakan alkohol untuk tujuan proses penjernihan.

14. Sabun biasa sebenarnya sudah cukup bagus untuk membunuh pelbagai jenis virus. Sedangkan mitos yang berkembang menyatakan bahawa sabun antibakteria hanya diperlukan untuk membunuh kuman. Padahal, sabun juga mampu mencegah penyebaran virus.

15. Sabun yang digunakan untuk mencuci tangan boleh membantu mencegah demam dan flu.

16. Sabun Buku buatan kilang sebenarnya merupakan deterjen sintetik. Berhati-hatilah ketika anda membeli sabun jenis ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Wanita Mengandung Mengidam Makan Sabun

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, January 07, 2018

Tahukah Anda Maksud Warna Pasport Merah, Biru, Hijau Dan Hitam?

Tahukah Anda Maksud Warna Pasport Merah, Biru, Hijau Dan Hitam?

Semua rakyat Malaysia yang pernah atau akan ke luar negara mempunyai pasport berwarna merah. Pernahkah anda terfikir kenapa ia berwarna merah? Buat pengetahuan anda, terdapat 4 warna sahaja untuk pasport di seluruh dunia iaitu merah, hijau, biru dan hitam. Yang berbeza cuma tona warna tersebut.

Maksud warna pasport

Teknologi, saiz dan format pasport seluruh dunia juga selaras kerana ia telah ditetapkan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Pihak kerajaan hanya boleh memilih warna dan rekabentuk pasport sahaja.

Menurut Hrant Boghossian, Timbalan Presiden Pemasaran Passport Index, kebanyakan pasport di dunia berdasarkan warna biru dan merah dengan tona warna yang berbeza.

Faktor geografi, politik dan agama memainkan peranan dalam pemilihan warna dan rekabentuk pasport oleh pihak kerajaan masing-masing.

Bagi warna kulit pasport pula, ia tiada syarat atau peraturan yang ditetapkan namun begitu, syarikat yang membuat buku pasport ini hanya ada beberapa sahaja di seluruh dunia berikutan kawalan proses yang ketat jadi, pemilihan variasi warna adalah terhad.

Antara syarikat yang membuat pasport ialah syarikat British, De La Rue sejak 1915 dan syarikat Amerika, Holliston yang mengendalikan 65 pasport negara.

Boghossian memberitahu Business Insider, terdapat banyak kemungkinan senario mengapa warna tertentu dipilih untuk kulit buku pasport.

1. Merah


Warna merah tua (burgundy) digunakan oleh ahli European Union dan negara yang berminat menyertai kesatuan tersebut. Ia langkah penjenamaan, menurut The Economist.

Warna merah turut dikaitkan dengan sejarah penglibatan komunis dalam sesebuah negara. Contoh Rusia dan China.

Namun begitu, ia juga menggambarkan identiti negara. Bagi pasport Switzerland, ia menggunakan warna merah cerah sama seperti identiti negara dan benderanya.

Pasport negara kita berwarna merah. Apakah maknanya? Adakah ia dikaitkan dengan komunis? Atau diambil dari salah satu warna bendera Malaysia?

2. Biru


Warna biru menjadi simbolik kepada “dunia baru” seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Oceania dan lain-lain.

Warna biru juga digunakan oleh Caribbean Community & Common Market dan termasuk 15 negara Caribbean dan negara yang bergantung kepadanya.

3. Hijau


Warna hijau melambangkan kepercayaan agama di mana kebanyakkan negara yang menggunakan warna ini adalah negara Islamik. Warna hijau juga dikaitkan dengan warna kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, warna hijau juga melambangkan simbol semula jadi dan kehidupan. Antara negara yang menggunakan warna ini ialah Azerbaijan, Indonesia, Pakistan dan Arab Saudi.

Afghanistan dan Iran menggunakan warna hijau yang sama dengan warna bendera negara mereka.

4. Hitam


Warna hitam pula digunakan oleh negara-negara Afrika seperti Republik Congo, Liberia, Malawi dan Uganda.

Tona warna gelap digunakan kerana ia kurang kotor dan menyerlahkan kontras simbol negara serta nampak lebih rasmi.

Warna-Warna Lain

Warna dan rekabentuk pasport sesebuah negara tidak kekal kerana ia boleh diubah sekiranya pihak kerajaan mahukan perubahan. Contoh, Amerika Syarikat pernah mempunyai pasport berwarna merah, hijau dan kini biru.

Sesetengah pasport pula memiliki ciri rekabentuk yang cool seperti ultraviolet artwork yang ada pada pasport Kanada, UK, US dan China yang mempunyai imej tersembunyi dalam pasport.

Pasport Finland pula tampilkan imej kreatif apabila ia boleh menghasilkan animasi rusa besar berlari apabila muka suratnya dibuka laju.

Boghossian menyatakan ada pengecualian bagi negara tertentu.

Rakyat Kanada mempunyai pasport warna putih bagi dokumen kembara sementara. Rakyat Sweden dan Belanda berwarna merah jambu bagi gantian pasport hilang semasa kembara.

Manakala, Norway menawarkan pasport yang berbeza tona dengan rekabentuk minimalis kepada pengembara. Baru-baru ini Norway menganjurkan pertandingan untuk pasport. Pemenangnya, Neue Design Studio menggunakan warna vibrant and hip.

Organisasi antarabangsa turut mempunyai pasport sendiri, contoh Interpol berwarna hitam dan United Nation berwarna biru pasifik.

Jadi, warna pasport boleh dikatakan ia melambangkan identiti sesebuah negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Pasport Paling ‘Berkuasa’ Di Dunia 2017

sumber: thevocket

Sunday, December 31, 2017

Siapa Orang Pertama Menemui Cara Membuat Aiskrim?

Siapa Orang Pertama Menemui Cara Membuat Aiskrim?

Aiskrim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat aiskrim.

Siapa Orang Pertama Menemui Cara Membuat Aiskrim?

Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat aiskrim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620.

Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa aiskrim yang cukup lazat sehingga ke hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Ais Krim Yang Ramai Tak Tahu

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, December 30, 2017

KIBBER Perkampungan Tertinggi Di Dunia!

KIBBER Perkampungan Tertinggi Di Dunia!

KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India, adalah sebuah perkampungan tertinggi di dunia.

KIBBER Perkampungan Tertinggi Di Dunia!

Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ.

Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya.

Walaupun ia berada di puncak gunung, di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Unik! Perkampungan Yang Mencipta Matahari!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, December 28, 2017

Tahukah Anda Siapa Pencipta Kaca Yang Tidak Pecah?

Tahukah Anda Siapa Pencipta Kaca Yang Tidak Pecah?

Suatu hari dalam tahun 1930, seorang saintis Perancis, Eduoard Benedictus, sedang menjalankan suatu eksperimen. Ketika dia bergerak ke arah lain, secara tidak sengaja dia terlanggar rak sehingga menjatuhkan sebuah kelalang kaca ke lantai.

Tahukah Anda Siapa Pencipta Kaca Yang Tidak Pecah?

Dengan rasa kecewa dia tunduk untuk mengambil kelalang yang jatuh tadi dan disangkanya sudah pecah.

"Eh, tiada serpihan? Kelalang ini tidak berderai?" soalnya apabila mengambil kelalang tersebut.

Kelalang kaca tadi hanya mengalami keretakan tetapi tidak hancur berderai. Entah bagaimana, serpihan itu masih melekat antara satu sama lain.

Tanpa berlengah, dia meninggalkan eksperimennya yang asal dan mengikut haluan baru ini.

Beliau terpegun dengan cara ganjil kelalang tersebut bertindak balas.

Dia kemudiannya memeriksa isi kandungan kelalang tadi. Di dalamnya terisi cecair seluloid (cecair yang diperbuat daripada selulosa nitrat di campur kapur barus) yang telah tersejat.

Beliau menemui sesuatu. Rupanya cecair seluloid inilah yang telah bertindak balas.

Apabila cecair ini mengering, ia meninggalkan satu filem nipis atau plastik nipis di dalamnya dan selaput inilah yang menahan kelalang tadi tidak berderai.

Walau bagaimanapun, Edouard tidak menyedari pentingnya penemuan ini sehinggalah berlaku satu peristiwa secara kebetulan.

Tahukah Anda Siapa Pencipta Kaca Yang Tidak Pecah?
Edouard Benedictus.

Beberapa minggu kemudian, beliau terbaca di dalam akhbar tentang seorang kanak-kanak perempuan yang cedera akibat terpotong cermin dalam satu kemalangan kereta.

Kejadian itu membuatkan dia tersedar bahawa pengalamannya dengan kelalang yang tidak pecah boleh membawa manfaat yang sangat besar.

Beberapa kajian dijalankan dan akhirnya Edouard berjaya membina kaca keselamatan, sejenis gelas yang retak tetapi tidak berderai. Ia tetap melekat dan selamat walaupun diketuk dengan penukul.

Hasil penemuan ini, beliau berjaya menyelamatkan banyak nyawa dan dikomersialkan.

Kini, ia digunakan untuk pelbagai perkara, cermin kereta, tingkap, pintu serta dinding bangunan dan banyak lagi.

Terima kasih Edouard Benedictus!

BACA INI JUGA: Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata

-SENTIASAPANAS.COM