Wednesday, March 21, 2018

Bahagiakah Nikah Dulu Baru Bercinta?

Bahagiakah Nikah Dulu Baru Bercinta?

Kita sering mendengar cakap-cakap ‘nikah dulu baru bercinta’ untuk menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya, namun tidak berakhir di jenjang pelamin.

Bahagiakah Nikah Dulu Baru Bercinta?

Memang benar, mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.

Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.

Budaya tersebut bukanlah asing lagi dalam masyarakat kita, malah jika dilihat, trend drama kini juga sering memaparkan situasi bahawa kahwin secara terpaksa atau mengikut pilihan ibu bapa itu pasti akan berakhir dengan happy ending biarpun pada mulanya penuh dengan perasaan tidak suka, benci mahupun marah.

Kahwin secara terpaksa atau nikah dulu baru bercinta ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya termasuk berkahwin dengan pilihan ibu bapa atau terdesak berkahwin dalam tempoh terdekat, namun tidak mempunyai pasangan.

Namun, pada era kini, masih adakah hubungan yang dibina berlandaskan perasaan sebagai sahabat atau orang yang tidak pernah dikenali, lalu menjadi pasangan suami isteri?

Adakah perkahwinan itu mendapat kebahagiaan seperti dalam drama atau sekadar hiburan semata-mata?

Relevankah nikah dulu baru bercinta dalam persepsi golongan belia dan apakah perkahwinan yang dibina itu mendatangkan kebahagiaan atau sebaliknya?

Tidak mahu buang masa

Pernah putus cinta suatu ketika dahulu menyebabkan perasaan ingin bercinta semakin kurang, sebaliknya mahu terus mempunyai komitmen iaitu mendirikan rumah tangga. Bukan menolak hubungan percintaan, namun difikirkan adalah lebih baik bernikah untuk hubungan lebih serius.

Bagi sesetengah orang, bercinta itu merugikan, lebih-lebih lagi apabila bercinta dalam tempoh lama, namun akhirnya tidak membuahkan apa-apa hasil iaitu mendirikan rumah tangga. Tidak salah jika ingin bercinta, namun adalah lebih baik jika bernikah terus.

Ada pasangan tiada perasaan sayang atau cinta ketika mula berkenalan, sebaliknya hanya merasakan wujud chemistry dengan suami apabila mempunyai hobi yang sama.

Nikah dulu baru bercinta sebenarnya memberikan peluang kepada setiap pasangan untuk terus mengenali diri masing-masing, sesuai dengan sifat dan sikap manusia yang sering berubah.

Nikah dulu baharu bercinta lebih ikhlas

Nikah dulu baru bercinta menanam sikap lebih ikhlas antara pasangan untuk mengenali hati budi masing-masing bagi melayari bahtera rumah tangga.

Konsep itu juga menunjukkan golongan muda mula tidak percaya atau enggan berada dalam hubungan cinta yang terlalu lama.

Menjalin hubungan cinta dalam tempoh lama namun tidak berkahwin memberi satu perasaan serta situasi tertekan kepada pasangan.

Tidak ada guna jika bercinta lama-lama tetapi berkahwin dengan orang lain atau lebih buruk, tidak berkahwin langsung.

Konsep nikah dulu baru bercinta bukan hanya untuk golongan pada masa dahulu sahaja, konsep itu juga boleh diguna pakai hari ini kerana daripada situ, mereka berpeluang mengenali pasangan dengan lebih jelas dan nyata, selain ikhlas menerima pasangan dengan hati dan minda terbuka.

Bercinta sebelum kahwin dalam tempoh lama akan memberi satu harapan kepada setiap pasangan dan jika berakhir di tengah jalan, sama ada pasangan itu boleh menghadapinya atau keadaan menjadi buruk.

Nikah dulu baru bercinta tidak boleh dilihat sebagai satu trend, sebaliknya kesan terhadap institusi perkahwinan hari ini. Lebih ramai mula menyedari hubungan selepas kahwin adalah lebih penting berbanding waktu bercinta.

Jika di negara Barat, pasangan kekasih tiada batasan, namun di Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam, hubungan perlu ada batasan dan mengikut hukum agama supaya tidak terpesong dan terlanjur.

Sehubungan itu, konsep nikah dulu baru bercinta amat bagus. Apabila hubungan sudah dihalalkan, maka pasangan boleh mengenali dan menikmati kemanisan rumah tangga.

Perkahwinan dalam Islam adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin, tidak kira bercinta dulu sebelum nikah atau sebaliknya.

Jangan takut dengan komitmen

Apabila bercakap soal nikah, pasti timbul isu komitmen. Alam rumah tangga memerlukan komitmen tinggi kerana cara hidup mula berubah dan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran serta dugaan.

Bagaimanapun, perasaan was-was itu hanya akan melemahkan diri, sebaliknya perlu berpegang kuat pada niat yang diingini.

Percayalah kepada perancangan Allah SWT. Perkahwinan adalah ketentuan tuhan biarpun pasangan mungkin hanya berkenalan dalam tempoh yang singkat dan tidak sempat bercinta seperti pasangan lain.

Tidak perlu bimbang mengenai komitmen apabila sudah berkahwin kerana rasa tanggungjawab itu secara automatik akan ada dalam diri kerana inginkan rumah tangga yang bahagia dan di jalan yang benar.

Bercinta dulu baru nikah atau nikah dulu baru bercinta adalah perkara sama, cuma situasi berbeza.

Apa yang paling penting, jangan terlalu terpengaruh dengan drama-drama yang memaparkan jalan cerita fairy tale.

Setiap perkahwinan mempunyai jalan cerita tersendiri dan apa yang pasti, setiap pasangan suami isteri menginginkan rumah tangga bahagia dan harmoni.

Perasaan sayang dan cinta boleh dipupuk, namun harus ingat pada niat yang kita impikan apabila bernikah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Sunday, March 18, 2018

Jauhi 5 Perkara Nescaya Dipermudahkan Jodoh

Jauhi 5 Perkara Nescaya Dipermudahkan Jodoh

Biarpun diri berusaha gigih dan berdoa untuk dipercepatkan jodoh andai tidak berhasil, semua itu adalah ketetapan dari Allah SWT dan sebagai umat Islam, kita hendaklah redha dengan ketentuan-Nya dan menerima dengan ikhlas.

Jauhi 5 Perkara Nescaya Dipermudahkan Jodoh
Gambar hiasan.

Namun, kadangkala tanpa disangka jodoh ada di depan mata. Tidak perlu bercinta lama.

Dalam soal pemilihan jodoh sememangnya ada yang mudah dan ada yang sulit. Soal rezeki, hidup, mati mahupun jodoh sukar diramalkan kerana ia menjadi rahsia Allah SWT. Semua itu sudah tertulis takdirnya.

Jauhi 5 Perkara Nescaya Dipermudahkan Jodoh.

1. MENINGGALKAN SOLAT

Manusia diwajibkan untuk beribadah (solat) kepada Allah SWT.

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 21)

Solat merupakan ibadah wajib umat Islam yang tidak boleh ditinggalkan. Dengan meninggalkan ataupun jarang menunaikan solat, ia juga merupakan salah satu penyebab kenapa Allah SWT tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya.

Selain meninggalkan solat, mereka yang sering menunda-nunda solat hingga ke akhir waktu itu juga harus mengubah sikap ini.

Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan urusan duniawi sehingga membuatkan manusia lupa ibadah wajib.

Maka tidak hairanlah sekiranya Allah SWT tidak mengutamakan doa-doa yang dipanjatkan orang tersebut termasuk dalam soal jodoh.

2. MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK

Umum sudah mengetahui bahawa perbuatan syirik merupakan perbuatan berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya.

Sebagai contoh, apabila berdepan dengan kelewatan dalam bertemu jodoh, mereka meminta pertolongan daripada bomoh, tukang tilik dan sebagainya.

Malah, ada juga yang mengamalkan sesuatu perkara yang tidak tertulis dalam dalil Al Quran mahupun sunnah Rasul-Nya. Dengan melakukan perkara ini, seseorang itu benar-benar tersesat dari jalan yang lurus.

Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Al-Luqman ayat 13)

Apa yang harus mereka lakukan adalah memperbaiki hubungan dengan Allah lalu memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya.

3. DOSA YANG DILAKUKAN KEPADA ORANG TUA

Ibu dan bapa menjadi sebab hadirnya kita ke muka bumi ini. Dengan melakukan dosa terhadap kedua-duanya ataupun salah satu daripadanya maka Allah SWT akan murka dan menutup segala sumber rezeki.

Sumber rezeki yang dimaksudkan itu juga termasuk dengan ‘jodoh’.

Keredaan ibu bapa adalah sangat penting dan tanpa reda ibu bapa, Allah SWT juga tidak akan membantu hamba-Nya.

4. MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah.

Ia sama juga seperti restu Allah bergantung kepada restu kedua-dua ibu bapa, namun mengekalkan hubungan silaturrahim sesama manusia juga akan mempermudahkan kita dalam mendapatkan rezeki berupa jodoh.

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikan antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya mendapat rahmat." (Surah Al-Hujurat ayat 10)

Oleh itu, sebagai manusia, jangan sesekali cuba memutuskan hubungan silaturrahim antara sesama manusia.

5. MELAKUKAN ZINA

Mereka sering menyalahkan takdir ilahi apabila sering berdepan dengan ujian dan cabaran hidup, walhal mereka tidak sedar dengan setiap tindakan mereka yang berterusan melakukan perbuatan zina.

Zina adalah salah satu perbuatan keji yang dibenci Allah SWT dengan kata lain, melakukan zina akan membuat hubungan manusia dengan Tuhannya menjadi rosak sehingga urusan jodoh pun akan terhalang kerana dosa tersebut.

Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat yang bersungguh-sungguh, memohon ampun atas perbuatan itu.

Dengan izin dan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Allah SWT akan menerima taubat seseorang yang ikhlas yang tidak akan mengulangi kesalahannya.

KESIMPULAN

Dengan mengelakkan daripada terjadinya lima perkara di atas, kita semua disarankan agar sentiasa melakukan perubahan ke arah yang terbaik.

Sekiranya anda tidak mempunyai perkara-perkara di atas tetapi masih juga tidak dipertemukan jodoh, teruskanlah berusaha dan berdoa.

Semoga setiap doa dan permintaan kita dikabulkan oleh Yang Maha Esa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pesonapengantin

Monday, March 12, 2018

7 Tips Mencairkan Hati Lelaki, Rahsia Memikat Untuk Mencari Calon Suami

7 Tips Mencairkan Hati Lelaki, Rahsia Memikat Untuk Mencari Calon Suami

Wanita adalah manusia juga mahu bahagia, seperti impian setiap insan ingin dibelai rasa cinta, mencari pasangan dan calon suami.

7 Tips Mencairkan Hati Lelaki, Rahsia Memikat Untuk Mencari Calon Suami

Tips di bawah ni boleh membantu wanita di luar sana bagaimana untuk memikat lelaki yang mereka sukai, malah untuk isteri juga boleh kerana ianya adalah sinomin dengan sifat istimewa wanita.

Kalau anda sudah berkenan dekat lelaki yang selalu di dambakan, disyorkan ada ciri ciri ini:
  • Tak tinggal solat.
  • Amanah dan penyayang.
  • Tak merokok.
  • Tidak kedekut.
  • Hormat kamu sebagai wanita, sebagai hamba Allah.
  • Tak ambil kesempatan nak pegang tangan, nak ajak dating bagai.

Kalau korang ada lelaki macam gini, boleh teruskan kut cinta dan sayang.

Tips 1: Sifat kelembutan

Lelaki memang mudah terpikat dengan kelembutan, kerana kelembutan bukan sifat lelaki pada asasnya.

Lelaki biasanya dikaitkan dengan sifat macho, agak keras di dalam menghadapi situasi kehidupan , maka kekurangan pada lelaki akan dilengkapkan oleh sifat kelembutan wanita.

Lelaki akan cair dengan kelembutan wanita. Suami dan lelaki akan terpikat pada kasih sayang, sifat keibuan, mengambil berat serta kelembutan sebagai sifat natural wanita.

Pamerkan kelembutan kerana ianya melengkapkan jiwa lelaki. Lelaki akan meletakan kelembutan wanita sebagai keutamaan bila ianya sudah yakin untuk berumahtangga.

Lelaki yang berfikiran matang, biasanya mempunyai visi di dalam kehidupannya di masa akan datang, akan memilih wanita yang penuh sifat kelembutan, untuk menjadi antara tunggak membina keluarga penyayang serta boleh menyayangi anak atau zuriatnya.

Jadi, ambil perhatian sebab secara semulajadinya wanita memang bersifat lemah lembut.

Tips 2: Sifat Manja

Lelaki pada asasnya garang, cepat melenting (biasanya bila egonya tercabar) dan ganas di dalam sesetengah situasi.

Cuma bab ni korang jangan gedik sudahlah. Ianya berbeza dengan sifat keanak-anakan. Sifat ini boleh menghiburkan serta boleh memukau lelaki.

Lelaki amat menyukai wanita yang mempunyai kelembutan dan disempurnakan dengan sifat manja.

Kalau wanita yang sudah berkahwin, sifat manja dan ceria boleh menyebabkan suami terpukau.

All out manja bila kena dengan tempat dan masanya, korang akan memenangi hati lelaki kerana kelembutan adalah titik kelemahan lelaki.

Seorang suami yang angin dan marah marah mungkin sukar dipujuk, namun seorang istei boleh meredakan kemarahan suami melalui kelembutan dalam percakapan, pertanyaaan dan belaian yang boleh meredakan keadaan.

Tips 3: Menerima seadanya

Lelaki akan mencari calon isteri yang boleh menerima seada keadaan diri dan pekerjaannya.

Sebab apa, kejayaan dan kehebatan lelaki biasanya dikaitkan dengan wanita yang memberi sokongan yang kuat kepadanya, terutama bila dia dalam kesusahan.

Wanita mampu memberikan sokongan yang tak berbelah bagi pada dirinya dengan dorongan dan sokongan isteri.

Tips 4: Mengerti kerjaya dan keadaan hidup dan kehidupan lelaki

Lelaki akan tenang, jika ada wanita sentiasa memahami keadaan dirinya kerana sifat wanita yang mudah mengalah, boleh memaafkan, boleh memilih timing yang tepat untuk berleter, berbincang dan bergurau.

Waktu yang betul serta memahami adalah kunci memiliki lelaki atau Mr right yang anda idamkan.

Tips 5: Menjaga penampilan dan imej

Semua manusia suka kepada kecantikan. Lelaki suka kepada wanita atau gadis yang kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik.

Menjadi kebanggaan lelaki memiliki wanita yang cantik walaupun begitu kecantikan sangatlah subjektif sebenarnya di mata lelaki.

Begitu hebat kuasa Allah SWT meletakkan nilai kecantikan berbeza-beza pada pandangan manusia, ianya begitu unik sekali.

Mungkin anda melihat seorang lelaki itu kacak tak terkalah, namun pada pandangan mata wanita lain biasa sahaja.

Jadi, jaga penampilan korang kerana apabila ianya dipadukan dengan tips 1-4 sahaja sudah boleh mencairkan lelaki.

Tips 6: Memiliki Dan Menjaga Kehormatan Diri

Bab ni nampak macam skema tapi paling penting buat lelaki. Kalau aku tanya korang sweet atau coklat yang korang jumpa tepi jalan, yang terdedah kena panas, debu, hujan, habuk dengan coklat yang korang jumpa tersimpan rapi di dalam almari kedai yang di display masih belum dibuka, masih lagi siap dengan tanda harga, yang mana korang agak akan jadi pilihan?

Walaupun nampak simple tetapi penting. Wanita kena jaga maruah dirinya. Lelaki suka gadis yang menghormati diri sendiri, bersikap sopan dan mempunyai etika, tahu batas untuk berjumpa, bersembang dan berbincang dan tidak sesekali membiarkan lelaki memperlakukan diri sesuka hati.

Jagalah maruah diri dan keluarga. Lelaki suka wanita yang berilmu, intelek dan berani mempertahankan hak mereka

Tips 7: Kecantikan Dalaman

Kecantikan dalaman datang dari hati yang ikhlas. Korang sudah jatuh cinta dan ingin memikat hati Mr Right dan anda memang ikhlas.

Kecantikan wanita atau gadis bukan hanya diukur dari segi luaran sahaja tetapi juga dari hati kerana ianya mampu memancarkan keikhlasan dan menjernihkan wajah.

Penampilan penting, wajah yang comel dan cantik penting tetapi kecantikan dalaman merupakan kecantikan tak terkalah.

Ianya cerminan akhlak dan peribadi yang anda tak boleh dibuat-buat atau secara sengaja dan lelaki akan melihat ini sebagai lambang kecantikan sebenar gadis atau wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lovehijau

Saturday, March 10, 2018

5 Sebab Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik

5 Sebab Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik

Kebanyakan lelaki inginkan wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, sopan santun dan paling penting mendengar kata apabila menyentuh bab memilih pasangan.

5 Sebab Wanita Keras Kepala Calon Isteri Terbaik

Tetapi, bagaimana pula apabila dijodohkan dengan wanita yang degil dan keras kepala? Adakah mana-mana lelaki yang sukakan wanita jenis ini?

Ramai lelaki tidak tahu, sebenarnya wanita jenis keras kepala adalah calon isteri paling terbaik. Nak tahu sebab apa?

1. Dia tahu apa yang diinginkan

Wanita jenis keras kepala selalunya tahu apa yang dia inginkan dan tidak pernah risau dengan segala apa yang dihadapinya.

Jadi, jika sudah mencintai seseorang, apa pun terjadi, dia tetap setia mempertahankan cintanya.

2. Bijak menguasai emosi

Wanita keras kepala ini tahu bila masa yang sesuai untuk marah dan akan memperjuangkan sesuatu hingga semuanya selesai. Tidak seperti wanita lemah-lembut yang tidak menentu emosinya.

3. Wanita keras kepala sangat prihatin

Mesti ramai yang terkejut. Wanita keras kepala dia tidak mempedulikan tentang dirinya. Apa yang penting adalah orang di sekelilignya.

4. Mereka lain dari yang lain

Selalunya wanita jenis lemah-lembut inginkan sesuatu yang romantik. Berbeza dengan wanita keras kepala, mereka sukakan sesuatu lain dari yang lain. Barulah hubungan cinta lebih menarik.

5. Mereka percayakan diri

Wanita jenis ini sentiasa percaya dan yaking dengan diri sendiri. Bagi mereka, tiada siapa yang dapat mengubah apa yang dia inginkan.

Apa yang bagusnya, wanita jenis keras kepala tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hanasuva

Tuesday, March 06, 2018

Bolehkah Berdoa Orang Disukai Menjadi Jodoh Kita?

Bolehkah Berdoa Orang Disukai Menjadi Jodoh Kita?

Persoalan jodoh sebenarnya termasuk dalam perkara yang telah ditakdirkan, sama macam rezeki, ajal maut dan sebagainya. Jodoh termasuk dalam perkara ghaib yang siapa pun tak mampu mengetahuinya, termasuklah tukang tilik atau tukang karut.

Berdoa Orang Disukai Menjadi Jodoh
Gambar hiasan.

Bila kita tak tahu persoalan jodoh, macam mana kita hendak tahu yang seseorang itu adalah jodoh kita atau bukan jodoh kita?

Adakah melalui firasat, tarikan hati, degupan jantung ketika bertentang mata, lambungan duit syiling bunga atau kepala?

Kalau kita tak tahu macam mana rupanya kereta, macam mana kita nak tahu pilihan kita adalah kereta proton dan bukannya BMW?

Sebab itu dalam persoalan jodoh ini, lebih mudah difahami kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki.

Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi, tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki.

Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir), Qada Allah yang tidak akan berubah dan ada juga takdir yang boleh berubah, iaitu Qadar, bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini).

Kita bukanlah berfahaman Jabbariah yang meyakini semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah dan tiada kaitan dengan perbuatan manusia, seolah-olah menunjukkan Allah itu kejam kerana telah menetapkan seseorang itu menjadi baik atau jahat, ataupun menjadi ahli syurga atau neraka tanpa diberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri.

Kita juga bukanlah berfahaman Qadariah yang meyakini segala perbuatan manusia tiada kaitan dengan takdir yang telah ditentukan Allah. Semuanya bergantung atas manusia itu sendiri.

Kita meyakini takdir Allah dan kita juga memahami kaitannya dengan amalan manusia kerana walaupun Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman.

Sama ada kita hendak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah.

Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan bintang dan sebagainya.

Berbalik kepada persoalan jodoh, ia sama juga kaedahnya seperti rezeki. Kita diperintahkan untuk mencarinya.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama.

Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit.

Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini.

Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.

Hasil keyakinan inilah yang akan membezakan kedudukan kita, sama ada syirik kepada Allah atau beriman kepada-Nya.

Jadi, oleh kerana jodoh itu juga sesuatu yang mampu kita usahakan, maka tiada salahnya untuk kita berdoa semoga disatukan dengan pilihan hati kita. Berdoa itu juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar.

Namun, keyakinan kita tetap kepada Allah yang menetapkan jodoh. Seandainya kekasih hati itu menjadi jodoh, kita akan bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah itu.

Jika ditakdirkan dia bukan jodoh, kita akan sabar dan redha kerana yakin jodoh itu ditentukan oleh Allah.

Namun begitu, daripada berdoa supaya seseorang itu menjadi jodoh kita, adalah lebih baik beristikharah memohon petunjuk daripada Allah.

Sebab ilmu dan pengetahuan kita ini sangat terbatas, ditambah lagi dengan dorongan nafsu yang kadang-kadang membutakan penilaian akal.

Kita cuma nampak apa yang zahir pada pandangan mata. Kita tengok jejaka itu putih melepak, mungkin kita menyangka beliau seorang pembersih, sentiasa wangi, ketiak licin, tapi mungkin hakikatnya bukan begitu.

Hanya Allah saja yang mengetahui sama ada seseorang itu baik atau tidak, layak dibuat pasangan atau tak.

Jadi, jika nak berdoa, berdoalah dengan penuh pengharapan dan penyerahan.

“Jika ditakdirkan dia adalah jodoh yang terbaik buatku, mudahkanlah urusanku untuk bertemu jodoh dengannya. Jika ditakdirkan dia bukan jodoh terbaik buatku, padamkanlah perasaan ini dan jauhkanlah aku daripadanya.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 13 Amalan Mempercepatkan Jodoh

sumber: ustazlove

Friday, March 02, 2018

Cari Jodoh Anda Sendiri, Tidak Salah Perigi Mencari Timba

Cari Jodoh Anda Sendiri, Tidak Salah Perigi Mencari Timba

Wanita yang lambat berumah tangga sering dipandang negatif. Kemudian hati yang gundah itu pula terikat dengan peribahasa lama, ‘masakan perigi mencari timba’. Kadangkala sebagai wanita, ada perkara yang perlu kita abaikan untuk membawa perubahan.

Cari Jodoh Anda Sendiri, Tidak Salah Perigi Mencari Timba

Perigi boleh mencari timba. Asalkan timba yang dicari itu sesuai semua hukum syaraknya.

Kalau dilihat dari sudut sejarah atau Sirah Rasulullah SAW, ternyata isteri baginda yang pertama, Saidatina Khadijah yang terlebih dahulu meminang baginda melalui perantaraan orang kepercayaan beliau, Maisarah.

Memang Khadijah wanita hebat yang ditentukan Allah SWT yang terbukti menjadi tiang sokong kepada perjuangan dakwah yang agung.

Pengorbanan Khadijah tiada tolok bandingnya. Sebagai seorang yang matang dan jauh lebih berpengalaman, Khadijah dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata! Iktibar yang perlu diambil dari kisah cinta Khadijah dan Muhammad SAW, sekiranya seorang wanita mempunyai keyakinan dan kekentalan semangat, positif melihat dirinya sebagai seorang insan yang punya banyak potensi dan sumbangan untuk masyarakat, tidak salah baginya memilih secara tegas calon suami yang bakal melayari hidup bersama untuk merealisasikan impian dan hasrat mulianya.

Apa yang boleh diteladani dari kisah Khadijah ini, seorang wanita tidak hanya berserah kepada takdir bagi menunggu jodohnya datang menggolek.

Usaha mestilah ada - merangkumi doa yang tidak pernah jemu serta pengharapan kepada kerahmatan serta belas kasihan Allah menjadi sandaran dan sokongan.

Secara amnya, tanggungjawab dalam mencari jodoh bukanlah terletak pada lelaki semata-mata.

Sesungguhnya, jodoh, ajal dan maut itu sudah ditentukan Allah SWT namun, usaha kita juga perlu dalam mengharungi perjalanan mencari cinta sejati. -karangkraf

Laman Cari Jodoh Online

Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati yang dicari.

Kenapa anda mesti daftar?

Islami
  • Baituljannah menapis setiap calon yang mendaftar. Malahan setiap sesi taaruf dipantau bagi tujuan menjaga adab ikhtilat.

Privasi anda terjamin
  • Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.

Bebas spam
  • Baituljannah mengawasi sebarang bentuk spam. Anda boleh melaporkan sekiranya terdapat sebarang salah laku oleh para calon yang mendaftar.

Anti-SEO
  • Identiti anda berkaitan Baituljannah tidak akan dapat dicari oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain kerana dilengkapi dengan sistem anti-SEO.

Siapa tau jodoh impian anda sedang menanti di sana kan. Insyaa Allah.

DAFTAR LA SEKARANG: BAITULJANNAH.COM.

BACA INI JUGA: 'Bridegroom Oak' Pokok Berusia 500 Tahun Jadi Pusat Cari Jodoh

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 01, 2018

Mencari Jodoh Online Dan Media Sosial

Mencari Jodoh Online Dan Media Sosial

Zaman sekarang adalah zaman teknologi. Dunia kini hampir tiada sempadan. Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik akan mendatangkan kebaikan, tetapi jika teknologi disalahgunakan, ianya boleh mendatangkan kemudaratan.

Mencari Jodoh Online Dan Sosial
Gambar hiasan.

Salah satu teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk mencari jodoh adalah media social seperti facebook dan lain-lain.

Menggunakan media sosial membolehkan kita mengenali seseorang yang jauh walaupun kita langsung tidak pernah berkenalan.

Mengenali lebih ramai orang akan meningkatkan lagi kebarangkalian anda untuk menjumpai jodoh anda.

Tetapi perlu diingatkan bahawa batas pergaulan dalam media sosial adalah sangat penting.

Adalah penting untuk tidak memberikan maklumat diri anda terlalu terdedah untuk mengelakkan maklumat tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Portal Jodoh Online

Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh adalah di laman web mencari jodoh.

Ia adalah tempat di mana berkumpulnya individu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari jodoh.

Salah satu laman web yang baik untuk mencari jodoh adalah di Baituljannah.

Ia adalah laman web mencari jodoh yang patuh syariah dan juga mementingkan privasi dan juga perlindungan maklumat peserta di laman web tersebut.

Daftar la sekarang di BAITULJANNAH.COM.

Ini pastinya langkah terbaik jika anda sendiri sukar untuk mencari jodoh kerana kekangan masa, menggunakan laman web mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda.

Semoga bertemu jodoh. Amiin.

BACA INI JUGA: 13 Amalan Mempercepatkan Jodoh

-SENTIASAPANAS.COM