Wednesday, August 07, 2013

Ancaman Serangan Besar-besaran Al-Qaeda, AS Tutup 19 Kedutaan

Ancaman Serangan Besar-besaran Al-Qaeda, AS Tutup 19 Kedutaan

Amaran berjaga-jaga ke atas serangan pengganas di seluruh dunia sehingga menyebabkan 19 Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ditutup di beberapa negara Islam adalah berpunca daripada mesej rahsia ketua al-Qaeda di Pakistan yang dihantar kepada rakan sejawatnya di Yemen.

Gambar arkib.

Dalam mesej daripada Ayman al-Zawari, pemimpin yang menggantikan Osama bin Laden kepada Nasser al-Wuhayshi, Ketua al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) itu, Zawari mengarahkan serangan besar dilancarkan.

Seorang pegawai perisikan AS dan diplomat di Asia Barat berkata, mesej yang dihantar pada beberapa minggu lalu itu bagaimanapun berjaya dipintas oleh mereka, sekali gus mengundang amaran berjaga-jaga ke seluruh dunia.

Pegawai perisikan AS sebelum ini menyifatkan perbualan itu sebagai ‘sangat penting’ yang sama seperti mesej yang berjaya dipintas sehari sebelum serangan 11 September.

Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan akan menutup pejabat kedutaan dan konsulatnya di 19 buah bandar di negara-negara Islam sekurang-kurangnya sehingga hujung minggu ini.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki memberitahu tindakan itu diambil berikutan timbulnya ancaman serangan keganasan yang serius daripada kumpulan Al-Qaeda.

Penutupan dilakukan sebagai bukti terhadap komitmen AS untuk melindungi kakitangannya dan pelawat di kemudahan terbabit.

Pejabat diplomatik yang akan ditutup sehingga 10 Ogos ini adalah di Mesir, Jordan, Libya, Yemen, Arab Saudi dan Kuwait. Tidak terkecuali pejabat kedutaan AS di negara Afrika termasuklah Madagascar, Burundi, Rwanda dan Mauritius.

AS bagaimanapun membuka semula pejabat kedutaannya di Kabul dan Baghdad semalam.

Jumaat lalu, Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama mengumumkan penutupan pejabat konsulat dan kedutaan sepanjang minggu ini.

Jabatan Negara AS pula mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga AS di seluruh dunia sambil memberi amaran yang kumpulan Al- Qaeda atau sekutunya mungkin akan menyerang kerajaan AS atau kepentingan Barat.

Perisikan AS turut menasihatkan Britain, Jerman dan Perancis supaya menutup pejabat kedutaan masing-masing di Yemen pada Ahad dan Isnin (semalam). Perancis semalam memberitahu bahawa ia akan menutup pejabat kedutaannya di Yemen sehingga esok.

Ahli Kongres AS, C.A. Dutch Ruppersberger yang juga wakil Ahli Jawatankuasa Perisikan memberitahu, ancaman serangan pengganas besar-besaran itu diketahui selepas perbualan pemimpin kanan Al-Qaeda di Semenanjung Arab diintip.

"Ini merupakan ancaman paling serius yang pernah saya lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Senator Republikan, Sax- by Chambliss. -Agensi

Monday, August 05, 2013

 Bangkai Ariel Sharon Belum Mati Seperti Didakwa

Bangkai Ariel Sharon Belum Mati Seperti Didakwa

Sejak Jumaat lalu, bertebaran berita menyatakan Ariel Sharon, 85, telah mati setelah 7 tahun hidup dalam koma. Dipercayai berita ini mula tersebar daripada laman Facebook ‘R.I.P Ariel Sharon’ yang mendapat lebih sejuta like dalam masa singkat.


Status kematian Ariel ditulis:

“At about 11 a.m. ET on Friday (August 02, 2013), our beloved politician Ariel Sharon passed away. Ariel Sharon was born on February 26, 1928 in Kfar Malal. He will be missed but not forgotten. Please show your sympathy and condolences by commenting on and liking this page.”

Sebaik status ini dimuatnaik, ia mula merebak disebarkan di laman sosial lain termasuk Twitter.

Bagaimanapun kelmarin (3 Ogos), jurucakap Sharon telah menafikan berita ini.

Sambil memohon masyarakat tidak mudah percaya pada berita di internet, dia menyatakan bekas ahli politik berkenaan menjadi satu lagi mangsa berita palsu kematian melibatkan selebriti yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Ariel Sharon dibenci masyarakat Islam sedunia kerana peranannya membunuh lebih 9,000 warga Palestin antara 2000 hingga 2002 ketika bergelar Perdana Menteri Israel.

Dia juga bertanggungjawab merosakkan Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat buat umat Islam sebelum Kaabah. -Mynewshub

Admin: Doakan si penzalim ini diberikan umur yang panjang supaya dia merasakan azab ngeri didunia sebelum berdepan azab lebih perit di akhirat.

Tuesday, July 30, 2013

Pasangan Kekasih Hampir Maut Diserang 30,000 Ekor Lebah

Pasangan Kekasih Hampir Maut Diserang 30,000 Ekor Lebah

Sekitar 30,000 ekor lebah menyerang sepasang kekasih dan kuda padi mereka di Texas Utara dan menyengat haiwan peliharaan tersebut sehingga mati.

Kristen Beauregard.

Akhbar tempatan, Star-Telegram melaporkan kelmarin bahawa Kristen Beauregard, 44, disengat 200 kali manakala teman lelakinya pula disengat sebanyak 50 kali.

Namun, dua kuda mereka, Chip dan Trump tidak dapat diselamatkan.

"Serangga itu mengejar kami dan mengekori kami," kata Beauregard berhubung insiden tersebut yang berlaku pada Rabu lalu.

"Kuda-kuda itu menerima terlalu banyak sengatan dan mati," kata seorang doktor haiwan, Patricia Tersteeg.

Trump (kiri), Chip (kanan).

Serangga itu turut membunuh lima ekor ayam dan menyengat anjing pasangan itu sebelum dihapuskan oleh pasukan bomba.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak pasti punca lebah-lebah itu keluar dari sarangnya.

Ujian juga sedang dilakukan untuk mengesahkan sama ada lebah itu merupakan lebah pembunuh atau lebah Afrika. -AP

Saturday, July 27, 2013

Kos Bersalin Kate Middleton $15,000!

Kos Bersalin Kate Middleton $15,000!

Sebelum ini, kolumnis The New York Times, Elisabeth Rosenthal dalam sebuah artikel yang ditulisnya pada 30 Jun lalu menceritakan secara panjang lebar kos bersalin di Amerika Syarikat yang dilihat berada di tahap yang begitu tinggi berbanding negara maju yang lain.


Secara kasar, $15,000 adalah jumlah yang perlu dibayar oleh mereka yang ingin bersalin di Lindo Wing, Hospital St. Mary.

Ya, di mana Duchess of Cambridge, Kate Middleton bersalin pada Isnin lalu.

Harga tersebut dilihat agak mahal di Britain, tetapi di US ia merupakan harga yang agak munasabah.

“Secara purata caj yang dikenakan untuk bersalin secara normal adalah $30,000 dan $50,000 untuk pembedahan,” memetik kenyataan Rosenthal.

Tambah beliau, jumlah tersebut telah dipotong dengan anggaran sebanyak $18,329 dan $27,866 yang dibayar oleh syarikat insurans komersial.

Data tersebut dikeluarkan oleh Laporan Analisis Truven yang mengkaji punca bayaran kos bersalin yang tinggi di US.

Jumlah itu juga bukan hanya melibatkan kos bersalin sahaja, tetapi juga kos penjagaan kehamilan.

Namun, jika anda membandingkan kos bersalin di negara-negara maju, tidak terkejut jika US mengenakan kos bersalin yang jauh lebih tinggi.

Apakah punca kos bersalin yang mahal?

Menurut Rosental, salah satu puncanya adalah disebabkan oleh pengurusan bil yang ‘melampau’.

Ini apabila perkara-perkara yang kecil turut dicaj kepada pesakit.

Di negara lain, doktor menerima bayaran yang sama bagi kos penjagaan ibu.

“Antara caj berasingan yang dikenakan adalah bilik bersalin, tab bersalin serta jumlah malam yang didiami terutama di wad ‘semi-private’.

Bukan itu sahaja, membuang uri (placenta) turut dikenakan caj.

Mungkin anda ada pengalaman bersalin di hospital berlainan di Malaysia atau luar negara, sila kongsikan bersama kami.

[Sumber]

Friday, July 26, 2013

George Alexander Louis Gabungan Tiga Nama Tradisional Diraja

George Alexander Louis Gabungan Tiga Nama Tradisional Diraja

Pewaris takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menamakan bayi lelaki mereka George Alexander Louis, gabungan tiga nama tradisional diraja, kata pejabat William kelmarin.

Putera William dan Kate Middleton menamakan anak 
lelaki mereka sebagai George Alexander Louis.

Istana Kensington dalam satu kenyataan berkata, bayi yang merupakan pewaris ketiga takhta diraja Britain itu akan digelar Prince George of Cambridge.

Sejumlah penerima taruhan sebelum ini pernah menjangkakan tiga nama tersebut digunakan dan pengumuman itu dikatakan agak cepat.

Pengumuman nama pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles yang juga bapa William mengambil masa sebulan dan seminggu untuk William.

George pernah menjadi nama enam pemerintah Britain terdahulu.

Nama tersebut digunakan oleh bapa Ratu Elizabeth II, Raja George VI yang memerintah dari tahun 1936 hingga 1952.

Alexander atau digelar Alexandra bagi wanita merupakan gelaran untuk permaisuri. Ia juga merupakan nama permaisuri Raja Edward VII pada permulaan abad lalu.

Louis pula salah satu nama William.

Putera George yang juga anak sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada Isnin lalu di Hospital St. Mary, Paddington, barat London.

William dan Kate yang kedua-duanya berusia 31 tahun kelmarin meluangkan masa di kediaman ibu bapa Kate di Bucklebury, selatan England.

-Reuters

Video Kepala Pelatih Dibaham Buaya Ketika Pertunjukan

Video Kepala Pelatih Dibaham Buaya Ketika Pertunjukan

Seorang pelatih buaya di Bangkok nyaris maut apabila seekor buaya yang terlibat dalam satu persembahan bertindak membaham kepala pelatih tersebut sebelum dihempas beberapa kali ke tanah menurut laporan akhbar Daily mail.


Insiden yang menakutkan itu berlaku apabila buaya terbabit bertindak merapatkan rahang mulutnya sebaik sahaja pelatih taman buaya meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya tersebut.

Aksi berbahaya dengan meletakkan kepala di dalam mulut buaya adalah sebahagian daripada salah satu acara tarikan pelancong di Thailand.

Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh para penonton di Taman Buaya Samut Prakan, Bangkok.

Para penonton yang berada di tempat kejadian menjerit ketika reptilia tersebut membaham kepala pelatih taman berkenaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelatih taman buaya yang berusia 27 tahun itu berjaya meloloskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.

Sebelum itu, buaya tersebut telah menghempaskan badan pelatih buaya berkenaan beberapa kali sebelum melepaskannya.

Beberapa akhbar tempatan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di taman tersebut.



-SP

Tuesday, July 23, 2013

Kelahiran Bayi Lelaki Kate Middleton Disambut Meriah

Kelahiran Bayi Lelaki Kate Middleton Disambut Meriah

Duke dan Duchess Cambridge, Putera William dan Kate Middleton telah menyambut kelahiran bayi lelaki mereka pada Isnin, jam 4.24 petang (waktu tempatan) di Hospital St. Mary, Paddington, London.


Dipetik daripada laporan Telegraph, Kate selamat melahirkan putera sulung mereka secara normal 11 jam selepas dimasukkan ke hospital dan William turut berada di sisinya ketika itu.

Jurucakap Istana Buckingham turut memberitahu Permaisuri Elizabeth II dan suaminya iaitu Duke Edinburgh, Putera Philip gembira dengan berita tersebut.

Malah William yang bersyukur dengan sokongan orang ramai turut memberitahu, "Kami terlalu gembira".

Bapa kepada William, Putera Charles dan Duchess Camilla Parker Bowles turut memberi kenyataan selepas menerima khabar gembira itu.

"Saya dan isteri gembira dengan kehadiran cucu pertama kami. Ianya waktu yang istimewa buat William dan Catherine dan kami teruja atas kelahiran bayi lelaki mereka.

"Bergelar datuk adalah cukup unik dalam kehidupan sesiapa pun seperti yang diberitahu oleh orang ramai kepada saya. Jadi saya cukup berbangga dan gembira menjadi datuk buat pertama kali dan kami tidak sabar untuk melihat bayi itu."

Kelahiran bakal raja itu telah diumumkan menerusi emel terlebih dahulu sebelum notis disiarkan di Istana Buckingham.

Bayi lelaki seberat 3.9 kilogram itu akan dikenali sebagai Putera Cambridge secara rasmi.

Bayi tersebut bakal mengadakan penampilan pertamanya apabila Kate dibenarkan keluar hospital yang dijangka hari ini.

William dan Kate, masing-masing berusia 31 tahun telah berkahwin pada 29 April 2011.


[Sumber]

Monday, July 22, 2013

Ulang Tahun Ke-40 Pemergian Bruce Lee

Ulang Tahun Ke-40 Pemergian Bruce Lee

Selepas dinobatkan sebagai lagenda aksi kung fu, Bruce Lee berjaya meletakkan Hong Kong dalam peta filem dunia.

Aksi Bruce Lee dalam filem The Man And The Legend.

Jadi mengapa beberapa individu di negara ini meraikan sambutan ulang tahun pemergiannya yang ke-40 di dalam tandas?

"Pada 1958, Bruce Lee merupakan pelajar di kolej St Francis Xavier.

"Pada suatu hari, dia ditangkap bertarung dengan salah seorang paderi di dalam tandas.

"Namun, paderi itu turut menyertai sukan tinju ketika kembali ke kampung halamannya. Jadi dia tidak menghukum Lee. Sebaliknya, dia menjemput Lee ke kelas tinju. Lee kemudiannya mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat sekolah dan menang," kata Pengerusi Kelab Bruce Lee, Wong Yiu-Keung.

Insiden itu amat penting bagi Lee yang meninggal dunia akibat bengkak otak pada kemuncak kerjaya perfilemannya pada 1973 ketika berusia 32 tahun.

Tidak lama selepas itu, beliau membuka sekolah seni mempertahankan diri di Amerika Syarikat (AS), tempat beliau dilahirkan.

Pameran selama lima tahun di muzium warisan Hong Kong mengetengahkan memori kehidupan dan filem termasuk jumpsut berwarna kuning milik mendiang yang dirasmikan pada Sabtu oleh anak perempuannya, Shannon Lee.

-mStar

Sunday, July 21, 2013

OMG! Wanita Paling Berani Saman Ketua Yakuza Jepun!

OMG! Wanita Paling Berani Saman Ketua Yakuza Jepun!

Pemilik restoran yang sudah 12 tahun membayar wang perlindungan tetapi bila dia nak berhenti dari membayar dia telah diugut restorannya akan dibakar. Wanita ini adalah yang pertama mengambil tindakan yang begitu berani di jepun.

Gambar hiasan

Wanita ini telah menfailkan saman terhadap Kenichi Shinoda, ketua Yakuza Yamaguchi-gumi dan meminta semula wang perlindungan yang telah dibayar kepada kumpulan tersebut.

Kenichi Shinoda

Wanita yang mahu namanya di rahsiakan itu, adalah pemilik sebuah restoran telah meminta ganti rugi daripada Kenichi Shinoda sebanyak Y17.35 juta ($174,200).

Menurut akbar di Jepun, kes saman keatas kegiatan kongsi gelap ini, adalah kes pertama di negara matahari terbit itu.

Wanita itu juga dilaporkan telah menbayar wang pelindungan sebanyak Y10.85 juta ($109,000) selama 12 tahun. Dan apabila wanita itu berhenti menbayar wang perlindungan, ahli Yakuza mengugut akan menbakar restoran milik wanita itu.

Kumpulan Tamaguchi-gumi menguasai hampir 40% jenayah terancang di Jepun. Kumpulan haram ini juga terlibat di dalam aktiviti jenayah seperti pelacuran, pengedaran dadah dan memanipulasi stock market.

[Sumber]

Soldatenkaffe Kafe Bertemakan Parti Nazi Cetus Kemarahan Di Indonesia

Soldatenkaffe Kafe Bertemakan Parti Nazi Cetus Kemarahan Di Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia akan menyoal siasat seorang pemilik restoran kerana membuka kafe dengan tema Parti Nazi di Bandung yang mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dan pelancong asing.


Kafe Soldatenkaffe milik Henry Mulyana yang terletak di sini, dalam wilayah Jawa Barat, telah dibuka sejak April 2011.

Timbalan Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivananda berkata, sepucuk surat meminta Mulyana memberikan penjelasan berhubung tujuan dia membuka restoran itu telah dihantar kelmarin.

“Simbol-simbol Swastika (Parti Nazi) yang terdapat di kafe itu dikenali di seluruh dunia kerana sinonim dengan keganasan dan perkauman,” kata Vivananda.

Kafe tersebut dihiasi sehelai bendera dengan simbol swastika bersaiz besar dan potret gergasi bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler.

Dekorasi lain termasuk beberapa koleksi berkaitan Nazi yang digantung di dinding berwarna merah di kafe itu.

Premis itu mencetuskan kontroversi di Indonesia dan luar negara selepas satu artikel mengenainya tersiar di internet.

Mengulas kontroversi tersebut Mulyana memberitahu, dia tidak berniat untuk mencetuskan kebencian. Sebaliknya, dekorasi itu hanya untuk menarik pelanggan.

Peniaga itu turut menafikan dia seorang pro-Nazi atau menyokong Hitler yang bertanggungjawab ke atas kematian enam juta orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Katanya, kontroversi terbaharu itu memaksa dia menutup kafenya buat sementara waktu.


-AP

Sunday, July 14, 2013

Empat Cedera Ditanduk Lembu Dalam Festival San Fermin

Empat Cedera Ditanduk Lembu Dalam Festival San Fermin

Empat orang telah ditanduk dalam larian lembu keenam sempena Festival San Fermin di Sepanyol.


Kejadian tersebut mencetuskan situasi panik di beberapa batang jalan di bandar yang terletak di Sepanyol itu.

Situasi tegang memuncak apabila seekor lembu jantan menanduk dan menyerang seorang lelaki selama hampir 30 saat.

Lembu tersebut berterusan menyerang lelaki berkenaan walaupun cuba dihalang oleh beberapa pelari lain yang menarik ekor haiwan itu.

Mereka kemudian menarik kaki mangsa untuk menjauhkannya daripada lembu tersebut.

Pengarah Hospital Navarra, Javier Sesma berkata, seramai empat orang cedera akibat ditanduk lembu semalam, manakala tiga lagi mengalami kecederaan lain.

Insiden peserta ditanduk lembu adalah yang pertama dalam larian lembu pada tahun ini.

Acara itu menyaksikan para peserta berlari sambil dikejar oleh enam ekor lembu jantan menuju ke sebuah gelanggang di sini. -AP

BACA INI JUGA: Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?

Tuesday, June 11, 2013

Wow! Inilah Gambar Gadis Cantik Punca Vladimir Putin Bercerai

Wow! Inilah Gambar Gadis Cantik Punca Vladimir Putin Bercerai

Inilah ahli gimnastik dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Presiden Vladimir Putin.


Pemenang pingat emas Olimpik Alina Kabaeva, 30, dikatakan sudah sekian lama menjadi wanita simpanan Putin dan didakwa mempunyai anak hasil hubungan sulit itu.

Khabar angin kononnya pasangan itu merancang berkahwin dihangatkan lagi dengan pengumuman mengejut Putin bahawa dia dan isteri, Lyudmila akan bercerai.


Putin, 60, secara dramatik mengumumkan hasratnya itu dalam mesej menerusi televisyen yang disiarkan ke seluruh negara kelmarin.

Beliau dan Lyudmilla, 55, bekas pramugari berkahwin 30 tahun lalu dan mempunyai dua anak perempuan.

Bagaimanapun, di Moscow, bukan lagi rahsia rumah tangga mereka sudah berakhir dengan Putin dilapor dilihat mengucup Alina di sebuah restoran pada 2008.

Dakwaan bahawa mereka menjalin hubungan sulit mula didedahkan akhbar milik penentang Putin, Alexander Lebedev.

Akhbar itu diharamkan enam hari kemudian.


Kelmarin, khabar angin semakin kencang mengenai apa tindakan presiden itu selanjutnya. Rakyat Russia yakin Putin meninggalkan Lyudmilla untuk berkahwin dengan Alina walaupun mendakwa dia bercerai kerana beban kerja hingga tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

Jurucakapnya, Dmitry Peskov berkata: “Tidak ada tempat dalam kehidupan Putin untuk hal ehwal keluarga. Yang ada hanya tugas memimpin negara.

Bagaimanapun, bloger Leonid Volkov berkata: “Saya mendengar ramai pemandu teksi berkata: “Jika dia curang kepada isterinya bermakna dia menipu negara.”

Bulan lalu, Alina, dalam wawancara televisyen menafi mempunyai anak, tetapi secara berhati-hati mengelak menyebut nama Putin.

-MyMetro

Thursday, February 28, 2013

Gambar Seksi Adik David Beckham Bertukar Jadi Kurus

Gambar Seksi Adik David Beckham Bertukar Jadi Kurus

Jika pemain bola sepak, David Beckham bukan main bergaya disamping isterinya, Victoria dan anak-anak.


Lain pula cerita mengenai adiknya Joanna, 31.

Selepas mengalami penurunan berat badan sebanyak 20 paun, Joana yang baru saya menyambut hari lahirnya telah memakai dress bewarna hitam dengan menampakkan sebahagian daripada ‘asetnya’.

Baju yang dipakainya itu mempunyai ruang yang luas pada bahagian depan. Dia pulak tidak memakai baju dalam!

Ramailah yang mula mengutuknya kerana dia seolah-olah memalukan diri sendiri.

Lihat gambar Joanna sebelum dan selepas kurus ini.


[Sumber]

Wednesday, January 16, 2013

Pasangan Kembar Takut Buta Akhirnya Bunuh Diri

Pasangan Kembar Takut Buta Akhirnya Bunuh Diri

Pasangan kembar yang pekak mengambil keputusan membunuh diri selepas kecewa mengetahui bakal menjadi buta, kata ahli keluarga mereka, semalam.


Kembar berusia 45 tahun itu dikenali sebagai Marc dan Eddy Verbessem tinggal bersama sejak kecil dan tidak mampu berkomunikasi dengan dunia luar. Abang mereka, Dirk Verbessem berkata, Marc dan Eddy terlalu takut jika tidak lagi boleh melihat antara satu sama lain serta gagal berdikari.

“Mereka tidak sanggup menghadapi kemungkinan itu,” katanya.

Menurut Dirk, 46, Marc dan Eddy sentiasa membantu antara satu sama lain termasuk memasak dan membersih rumah.

Namun, katanya, jika mereka buta tidak lama lagi, keadaan akan menjadi sangat berbeza dan mereka tidak lagi boleh berdikari. “Kadang-kadang saya terfikir jika mereka mempunyai isteri dan anak, mungkin mereka tidak membunuh diri,” katanya. Kembar dari Putte dekat bandar Mechelen itu berkata, mereka bakal mengalami buta kerana glaukoma akibat faktor genetik.

Doktor yang merawat mereka, David Dufour berkata, pasangan kembar itu juga mengalami pelbagai masalah kesihatan kronik. Bekerja sebagai tukang kasut, Marc dan Eddy berkomunikasi melalui bahasa isyarat khas yang hanya difahami mereka serta ahli keluarga terdekat. Apabila memohon kepada pihak berkuasa untuk menamatkan riwayat masing-masing secara ‘sah’ mereka mengemukakan sokongan daripada Dufour. Bagaimanapun, mereka mengambil masa dua tahun mencari institusi perubatan yang sedia melakukan prosedur itu.

Kata Dirk, beberapa ahli keluarga cuba memujuk Mark dan Eddy membatalkan niat mereka.

“Namun, akhirnya hujah dikemukakan meyakinkan kami membiarkan pilihan mereka” katanya. Amalan membunuh diri di institusi perubatan dibenarkan di Belgium jika pihak terbabit mampu membuktikan mereka mengalami penderitaan serius.

-Daily Mail

Tuesday, January 15, 2013

Ratusan Ribu Orang Di Perancis Berhimpun Bantah Perkahwinan Gay

Ratusan Ribu Orang Di Perancis Berhimpun Bantah Perkahwinan Gay

Ratusan ribu orang termasuk penganut agama Islam mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan gay di bandar raya ini.


Protes itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk membenarkan perkahwinan gay.

Sebanyak 900 buah bas digunakan untuk membawa para penunjuk perasaan di lokasi tunjuk perasaan di sini.

Tunjuk perasaan tersebut dihadiri oleh pelbagai penganut agama termasuk Kristian.

“Kami mahu draf undang-undang perkahwinan gay itu ditarik balik,” kata seorang penganjur penunjuk perasaan, Patricia Soullier.

Beliau membuat kenyataan itu kepada stesen televisyen BFM-TV sebelum menaiki sebuah kereta api bagi menghadiri tunjuk perasaan tersebut.

Sebelum ini, Menteri Kehakiman, Christiane Taubira menganggap undang-undang perkahwinan itu sebagai satu perubahan terhadap tamadun manusia.

Beberapa wanita yang tidak berbaju dengan mendedahkan payudara turut diadakan di Vatican yang merupakan tempat tinggal Ketua Gereja Kristian Katolik, Benedict XVI.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis menangkap wanita-wanita tersebut.

Kumpulan wanita itu mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang perkahwinan gay.

Mereka merupakan anggota pertubuhan pembela hak wanita yang dikenali sebagai FEMEN.

–Agensi

Monday, January 14, 2013

Virus H5N1 Yang Melanda Indonesia Disyaki Senjata Biologi

Virus H5N1 Yang Melanda Indonesia Disyaki Senjata Biologi

Virus baru selesema burung yang dikenali sebagai H5N1 clade 2.3.2 mungkin merupakan senjata biologi dicipta negara asing sehingga menyebabkan beribu-ribu itik mati di negara itu sejak beberapa bulan lalu.

Virus H5N1

“Kami telah mengikuti perkembangan virus ini sejak mula lagi.

"Justeru kita harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana perkembangan sentara biologi ini cukup pantas,” kata ketua Agensi Perisikan Kebangsaan (BIN), Leftenen Jeneral Marciano Norman semalam.

Bagaimanapun Indonesia belum lagi menemui sebarang bukti wabak itu merupakan serangan senjata biologi oleh negara asing.

Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto turut bersetuju dengan pandangan Marciano.

“Kami akan terus mengikuti perkembangan virus ini. Kami juga tidak akan sewenang-wenangnya membuat kesimpulan tanpa sebarang bukti,” tambah Marciano.

Justeru, pihaknya turut meminta kerjasama agensi berkaitan yang mempunyai kepakaran untuk memeriksa lanjut virus berkenaan.

“Sejak timbulnya dakwaan itu, pihak BIN dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah membentuk satu pasukan untuk menyiasat lanjut,” ujar Djoko.

“Apabila timbulnya perkara ini, kami harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana kemungkinan perkara itu benar tetap ada,” tambahnya.

Kerajaan pusat turut meminta pihak berkuasa supaya berjaga-jaga dengan kemunculan virus baru itu.

BACA INI JUGA: Mengenali Apa Itu VX, Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia!

sumber: sh