Monday, January 14, 2013

Virus H5N1 Yang Melanda Indonesia Disyaki Senjata Biologi


Virus baru selesema burung yang dikenali sebagai H5N1 clade 2.3.2 mungkin merupakan senjata biologi dicipta negara asing sehingga menyebabkan beribu-ribu itik mati di negara itu sejak beberapa bulan lalu.

Virus H5N1

“Kami telah mengikuti perkembangan virus ini sejak mula lagi.

"Justeru kita harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana perkembangan sentara biologi ini cukup pantas,” kata ketua Agensi Perisikan Kebangsaan (BIN), Leftenen Jeneral Marciano Norman semalam.

Bagaimanapun Indonesia belum lagi menemui sebarang bukti wabak itu merupakan serangan senjata biologi oleh negara asing.

Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto turut bersetuju dengan pandangan Marciano.

“Kami akan terus mengikuti perkembangan virus ini. Kami juga tidak akan sewenang-wenangnya membuat kesimpulan tanpa sebarang bukti,” tambah Marciano.

Justeru, pihaknya turut meminta kerjasama agensi berkaitan yang mempunyai kepakaran untuk memeriksa lanjut virus berkenaan.

“Sejak timbulnya dakwaan itu, pihak BIN dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sudah membentuk satu pasukan untuk menyiasat lanjut,” ujar Djoko.

“Apabila timbulnya perkara ini, kami harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana kemungkinan perkara itu benar tetap ada,” tambahnya.

Kerajaan pusat turut meminta pihak berkuasa supaya berjaga-jaga dengan kemunculan virus baru itu.

BACA INI JUGA: Mengenali Apa Itu VX, Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia!

sumber: sh

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon