Wednesday, June 03, 2015

Panduan Dan Tips Jimat Minyak Paling Viral

Panduan Dan Tips Jimat Minyak Paling Viral

Lantaran kenaikan harga minyak yang semakin tidak terkawal, disini kami kongsikan langkah-langkah penjimatan bagi penunggang motorsikal dan kereta. Sila baca baik-baik..

Jimat-minyak

Tips Jimat Minyak Motorsikal
  1. Bila turun bukit matikan enjin, kedudukan superman.
  2. Naik bukit grab bumper lori. Memang jimat sebab tak payah nak pulas minyak. Kalau masa tu takde lori, kena berhenti tepi jalan sampai lori lalu.
  3. Masa ambil lap, tarik clutch. Enjin free dari flywheel.
  4. Jangan brek masa ambik konar, mengucaplah dua kalimah syahadah.
  5. Guna hon banyak-banyak halau kenderaan lain ketepi atau beli siren ambulan.
  6. Jangan brek dan jangan sesekali berhenti di lampu traffic light. Tapi kalau kena saman atau kena langgar tanggung sendiri ye..
  7. Maintain satu kelajuan malar sahaja. Dicadangkan 160km/j supaya cepat sampai.
  8. Pakai pakaian kalis angin atau kalau boleh tak payah pakai pakaian langsung.
  9. Sebelum ride, kencing dan berak terlebih dahulu supaya ringan sikit tubuh badan anda.

Tips Jimat Minyak Kereta
  1. Setiap pagi lepas subuh sebelum start enjin kereta, baca Al-Fatihah dan niatkan sedekah kepada kedua ibu bapa kita.
  2. Kemudian, start enjin kereta dan biarkan selama 3 minit.
  3. Seterusnya, matikan enjin kereta.
  4. Start enjin motorsikal anda dan terus pergi kerja.
  5. Jangan lupa amalkan tips jimat minyak motorsikal diatas.

Selamat mencuba. Insya-Allah, kan jimat minyak kereta tu..

BACA INI JUGA: 9 Kereta Paling Jimat Minyak Di Pasaran

Sunday, March 08, 2015

Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

Video prank paling lucu tapi menjijikkan! Itulah yang digambarkan kepada mangsa ‘prank’ yang terkena cirit orang lain ketika berada di dalam sebuah lif.

Prank-dalam-lif

Kita yang menonton pasti ketawa sakan sebab bukan kita yang terkena.

Boleh naik berang barangkali kalau tidak kena masa dan tempat.

Mana tidaknya, siapa yang suka dengan najis kan?

Apa-apapun, video prank yang baru dimuat naik lima hari itu sudah mencecah enam juta tontonan.

Tonton video asal di youtube.

Atau jom kita tengok video dibawah!


BACA INI JUGA: Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

sumber: mynewshub

Saturday, February 14, 2015

Video Blind Date Yang Melucukan

Video Blind Date Yang Melucukan

Dengan hari Valentine yang disambut ramai pasangan hari ini, perasaan ‘cinta’ mungkin berada dalam puncak awang-awangan.

Blind-Date-Prank

Baru-baru ini, pengeluar kenderaan Ford mengeluarkan iklan komersial yang menarik di mana adengan blindate beberapa lelaki bujang bersama seorang wanita cantik telah dirakam secara rahsia.

Sebenarnya wanita cun tersebut merupakan seorang pemandu lagak ngeri profesional.

Menerusi video, selepas berbual seketika dalam sebuah kafe, pasangan ini keluar dan menaiki sebuah kereta Ford Mustang edisi 2015 yang baru.

Pada mulanya, wanita di dalam video tersebut memberitahu yang dia tidak pandai memandu kereta manual.

Kemudian, apabila lelaki itu mula bosan, perempuan itu mula menunjukkan skill ‘mautnya’.

Jelas sekali brader-brader ini tidak tahu yang mereka sedang di prank dan video ini menunjukkan masalah utama lelaki apabila berdating, tunjuk pandai kepada si perempuan. Heh!

BACA INI JUGA: Asal Usul Sambutan Valentine's Day atau Hari Kekasih


Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, November 23, 2014

Lawak Troll Terbaik Penghantar SMS Scam!

Lawak Troll Terbaik Penghantar SMS Scam!

Jika dilihat, isu pengguna tertipu dengan tektik penipuan scam ini bukanya baru, anda pasti pernah menerima pesanan teks yang berbunyi, “Tahniah, sim card anda memenangi RMxxxxxxx”.

Troll

Memang hidup di zaman serba teknologi ini begitu banyak taktik penipuan ‘scam’ dilaporkan oleh pengguna.

Perasaan cemas dan marah pasti timbul disebabkan oleh pesanan SMS yang terang-terangan menipu ini dan boleh dikatakan amat menjengkelkan.

Kali ini, melalui gambar yang dikongsikan, lain pula jadinya apabila si pengguna membalas balik dengan menggunakan unsur yang sama kepada si penghantar SMS scam ini dengan bijak.

Troll [2]

Inilah yang dipanggil buku bertemu ruas!

Nah, korang bacalah sendiri troll ni. Agak-agak kalau anda jadi si penghantar scam tersebut itu, pasti anda pun akan ‘hangin satu badan’ dibuatnya.

Dan pandai-pandailah korang menilai betul ke tak gambar diatas ye..hehe

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, October 03, 2014

Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Al-kisah pada suatu hari, penghuni neraka mengadu kepada malaikat yang menjaga mereka.

Jambatan Syurga
Gambar hiasan.

"Kami sudah lama tinggal di sini (neraka). Teringin pula nak tahu apa rasanya tinggal di syurga."

Sama seperti penghuni neraka, penghuni syurga juga tertanya-tanya bagaimana kehidupan di neraka.

Jadi, untuk menjawab rasa ingin tahu kedua-dua belah pihak, malaikat pun mengarahkan mereka membina jambatan masing-masing untuk menghubungkan kedua-dua tempat.

Maka, bertungkus-lumuslah ahli syurga dan neraka membina jambatan bermula dari tempat mereka tinggal.

Nak dijadikan cerita, selepas tiga bulan, siaplah jambatan yang dibina oleh ahli neraka. Cuma menunggu jambatan dari arah syurga saja untuk disambungkan ke arah jambatan penghuni neraka.

Tapi yang menghairankan, jambatan ahli syurga tadi terlalu lambat hendak disiapkan. Tak ada progres langsung. Kura-kura jalan pun lagi laju.

Para malaikat yang berasa hairan pun pergi melawat ahli syurga. Pelik juga kenapa jambatan mereka lambat siap.

Nak kata tak cukup bahan binaan, semuanya telah diagihkan sama rata. Tapi kenapa mereka tak boleh siapkan jambatan itu secepat penghuni neraka?

Siasat punya siasat, barulah dapat jawapan kenapa jambatan ahli syurga lambat siap. Nak tahu sebabnya?

Sebab... semua kontraktor pembinaan yang handal-handal duduk dalam neraka. Dalam syurga pula hanya ramai orang-orang miskin dan beriman sahaja. Manalah diorang tahu apa-apa pasal pembinaan.

Jangan marah..kah kah

BACA INI JUGA: Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, August 12, 2014

Video Bukti Wanita Boleh ‘Dibeli’ Dengan Kereta Mewah?

Video Bukti Wanita Boleh ‘Dibeli’ Dengan Kereta Mewah?

Mungkin video prank di bawah ini boleh menilai sejauh mana harga diri wanita ini apabila bertemu dengan seorang lelaki yang berkereta mewah.

Video-Wanita-Dibeli-Dengan-kereta-mewah

Orang cakap perempuan masa kini lebih bersifat materialistik dan mementingkan kebendaan semata-mata.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan ‘statement’ tersebut.

Dalam video ini, lelaki tersebut pura-pura bertanya arah jalan dan selepas itu mengajak wanita itu untuk menaiki keretanya untuk menumpangkannya ke tempat kerja.

Tanpa berlengah, dengan perasaan teruja wanita tersebut terus menuju ke arah kereta mewah milik lelaki yang baru menegurnya itu.

Nak tahu kesudahannya, tonton video di bawah.

hehe..


Saturday, June 14, 2014

Update Girlfriend v7.0

Update Girlfriend v7.0

Ada seorang pelanggan yang mengirim sepucuk surat kepada pengatur cara komputer. Dia memohon agar direka beberapa buah program baru yang sesuai untuk mengatasi masalahnya.

Girlfriend version

Begini bunyi suratnya..

Ke hadapan tuan programmer. Tujuan saya melayarkan surat ini kerana amat mengharapkan pertolongan pihak tuan. Sudilah kiranya tuan mendengar masalah saya ini. Berikanlah saya jalan untuk mengatasinya.

Begini, baru-baru ini saya melakukan update pada program saya yang bernama Girlfriend 7.0. Saya menukarnya menjadi Wife 1.0. Saya tak sangka rupa-rupanya program baru itu mula melakukan sub-program lain iaitu Child 1.0. Malah, ia turut memakan waktu dan sumber berharga daripada kehidupan saya.

Selain itu, program Wife 1.0 juga telah menggangu program sedia ada yang telah lama wujud. Ia sewenang-wenangnya memasukkan dirinya ke dalam proses 'start-up' harian dan secara automatik memonitor semua aktiviti di dalamnya. Ia bagaikan menjadi virus dalam hidup saya.

Banyak program sedia ada sebelum ini telah terjejas. Antaranya program Hang Out 2.5 dan juga program Saturday Nite Party 311 yang tidak lagi dapat dijalankan. Jika dibuat juga, ia akan menyebabkan sistem menjadi crash.

Masalahnya di sini, saya tidak mampu membuat program Wife 1.0 bekerja di belakang tabir sedangkan saya mahu melakukan aplikasi program lain kesukaan saya tanpa diganggu.

Program ini banyak menyusahkan saya. Ketika ini, saya terfikir jika saya boleh menlakukan uninstall terhadap program Wife 1.0 itu. Tapi, rasanya sangat susah. Apa pandangan tuan programmer? Bantulah saya.

Setelah meneliti surat daripada pelanggannya itu, si pengatur cara pun melakukan kajian mendalam. Dia cuba meneliti program yang sesuai untuk dicadangkan.

Girlfriend version [2]

Apabila sudah mendapat jawapannya, maka dia pun mengirimkan balasan surat seperti ini..

Yang dihormati Mr. XYZ. Berkenaan masalah yang tuan hadapi, ia sebenarnya muncul daripada ketidaksefahaman yang mudah terjadi.

Ramai orang yang update program Girlfriend 7.0 kepada program Wife 1.0 menganggap bahawa Wife 1.0 adalah bersifat utility and entertainment program. Itulah silapnya.

Hakikatnya, program Wife 1.0 merupakan sejenis operating system Unlimited Company bagi menjalankan tugas-tugasnya.

Untuk pengetahuan, anda tidak boleh membuang program Wife 1.0 dan kembali kepada program Girlfriend 7.0. Jika anda memaksa melakukannya, seluruh sistem akan porak-peranda. Percayalah!

Di sini, kami hanya mampu menasihatkan anda untuk terus menggunakan program Wife 1.0 itu. Namun, cuba atasi beberapa perkara yang anda anggap menyukarkan hidup anda.

Ada beberapa tip yang boleh kami berikan. Antaranya, cuba pulihkan sistem program anda dengan aplikasi yang ada dalam folder C:/APOLOGIZE. Anda juga boleh menggunakan perisian Say Sorry 8.0 atau Hug & Kiss 9.0.

Walaupun ramai yang menganggap program Wife 1.0 adalah sebuah program yang memerlukan kos tinggi dan membebankan, namun ramai yang sedar bahawa ia boleh menjadi program yang menyenangkan hidup anda.

Untuk memanfaatkan lagi penggunaan Wife 1.0, anda boleh cuba membeli program tambahan seperti Listening 5.0, Flowers 2.5 atau Chocolates 1.3 untuk menguatkan lagi daya guna program tersebut.

Perlu kami ingatkan, anda tidak disarankan untuk menginstall program Secretary 1.0 (short skirt version) kerana program itu sangat tidak kompetitif dengan Wife 1.0.

Jika anda buat juga, kami gerenti seluruh sistem anda bukan saja crash malah boleh meletup.

Semoga jawapan kami dapat membantu anda.

Yang benar,
Tuan Programmer

Jangan baca serius sangat. Sekadar gurauan..hehe

-Sentiasapanas.com

Tuesday, June 10, 2014

Video Aksi Panas Pelakon Terkenal Jepun Tersebar!

Video Aksi Panas Pelakon Terkenal Jepun Tersebar!

Siaran TV di Jepun memang selalu melakukan kejutan yang mengarut dalam rancangannya. Kalau dilihatkan iklan mereka, bertambah-tambahlah kekarutannya.

Akari Hidden Camera Video

Itulah yang disiarkan oleh sebuah stesyen tv di sana bagi mempromosikan sesuatu yang besar.

Iklan terbaru yang ditampilkan seolah-olah ‘melarang’ penonton untuk terus menotonnya terutama yang di bawah umur. Malah dalam versi Youtube, mereka melabelnya sebagai ‘video bocor adegan intim’.

Bintang terkenal Jepun, Akari merupakan pelakon utama di dalam video ini.

Ianya seolah-olah rakaman dari sebuah kamera tersembunyi yang merakam adegan intimnya bersama teman lelaki.

Pada mulanya, Akari tidak sedar dirinya dirakamkan. Namun beliau menyedari sesuatu yang tidak kena sambil berkata kepada teman lelakinya, “Tak apa kalau mahu rakamkan video kan? Relaks sahaja!”

Kami rasa anda patut menontonnya.

Kuatkan sedikit volume speaker komputer anda kerana mikorofon kamera tersembunyi itu agak perlahan. [Sumber]


Wednesday, May 28, 2014

Video Iklan Coklat Babi Cadbury Yang Meloyakan

Video Iklan Coklat Babi Cadbury Yang Meloyakan

Kami tahu ramai umat Islam yang marah mengenai isu DNA khinzir dalam dua produk coklat Cadbury, baru-baru ini.

Iklan Babi Cadbury

Bagi melahirkan rasa tidak puas hati itu, ada pihak yang dengan rajinnya telah mengubahsuai video komersil coklat berkenaan.

Biarpun agak melucukan, namun ia mempunyai maksud yang cukup mendalam sebenarnya.

Saksikan..



Wednesday, April 30, 2014

Lawak! Video Lelaki Disangka Mesin ATM!

Lawak! Video Lelaki Disangka Mesin ATM!

Pandanglah kiri-kanan dulu kalau hendak keluarkan duit dari mesin ATM.

Lawak! Video Lelaki Disangka Mesin ATM!

Boleh pula mamat ini terkeliru antara cik abang ini dengan mesin ATM yang sebenar.

Siap hendak masukkan kad lagi ke perut abang tu.

Kesilapannya sekaligus mengundang ketawa wanita yang turut melakukan transaksi di situ.


Nasib baik abang ni ‘sporting’ dan buat tak tahu saja. Haha.. -Mynewshub.my

Video Mat Bangla Dan Minah Filipina Bersuka-Ria Di Singapura

Mat Bangla Dan Minah Filipina Bersuka-Ria Di Singapura

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook The Real Singapore, satu aktiviti tidak senonoh telah dirakamkan di sebuah taman di Singapura.

Ia dipercayai dilakukan oleh pendatang asing warga Filipina dan Bangladesh dengan tujuan untuk berhibur.

Namun, ternyata aktiviti ‘memakan pisang’ ini sangat tidak manis dan kurang sopan untuk ditayangkan di tempat awam.

Rasanya, anda sendiri boleh memahami apa yang kami maksudkan kerana ia seolah-olah menggambarkan perbuatan seksual.


Hai, inilah akibatnya kalau tidak tahu menghormati budaya di tempat orang. -TheRealSingapore

Histeria Gara-Gara Permainan Video

Histeria Gara-Gara Permainan Video

Benar kata orang, apabila sudah terlalu ‘menjiwai’ permainan video, kita akan menjadi leka sehingga merasakan kita sememangnya sedang berada di dalam dunia maya itu.

Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan antara kesan akibat terlalu asyik menggunakan gajet permainan video, Oculus Rift.

Ia merupakan set kepala yang berfungsi sebagai ‘helmet’ yang menayangkan visual permainan video, seolah-olah kita sedang bergerak melaluinya.

Kebanyakan mereka yang menggunakannya akan mempamerkan pelbagai emosi termasuklah berasa gayat, takut dan cemas walaupun sebenarnya mereka hanya berada di hadapan komputer atau televisyen.


Saksikan reaksi lelaki ini yang hampir histeria tatkala diusik oleh rakannya sehingga terpaksa ditenangkan oleh para pekerja dan orang ramai. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Friday, February 14, 2014

Video Pasangan Sebelum Dan Selepas Berkahwin!

Video Pasangan Sebelum Dan Selepas Berkahwin!

Kata orang sebelum kahwin semuanya indah belaka. Pendek kata, segala-galanya manis sahaja.

Sebelum dan Selepas Berkahwin

Tetapi, selepas kahwin, ramai di kalangan kita yang merungut kerana kemanisan berganda yang dibayangkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan.

Apa tidaknya, semua perangai buruk yang tersimpan selama ini akhirnya terserlah juga bila sudah hidup bersama.

(Baca: Awas! Perkara Yang Menyebabkan Wanita Bosan Di Ranjang!)

Video komedi yang bakal anda saksikan ini berkisar kepada perbezaan kehidupan sebelum dan selepas kahwin.

Kami percaya tidak semua pasangan mengalami nasib sebegini, namun tidak mustahil ia pernah berlaku.

Jom, saksikan!


Sumber: Mynewshub

Friday, January 31, 2014

Madah Cinta Versi Facebook

Madah Cinta Versi Facebook

Masa bercinta banyak sangat luahan atau madah cinta ayng keluar, tapi tiu zaman dulu-dulu. Sekarang ni zaman Facebook. Kenal dan bercinta melalui Facebook.

Madah Facebook

Apa yang akan jadi kalau madah cinta itu di Facebookkan? Jom baca madah-madah cinta Facebook..

Madah biasa: "Tak dapat tengok orang, tengok bumbung pun jadilah!
Madah Facebook: "Tak dapat tengok orang, tengok profile pic pun jadilah!"

Madah biasa: "Kalau tak percaya, ambil kapak belahlah dada!"
Madah Facebook: "Kalau tak percaya, tekan password checklah private message".

Madah biasa: "Keranamu kusanggup redah lautan api".
Madah Facebook: "Keranamu, kusanggup online sampai pagi".

Madah biasa: "Jika benar cinta itu buta, butakah mataku?"
Madah Facebook: ""Jika benar akaunku dihack, engkaukah yang hack akaunku?"

Madah biasa: "Cinta tak kenal siapa".
Madah Facebook: "Aku approve friends tak kira siapa".

Semoga anda terhibur..

-Sentiasapanas.com

Sunday, January 26, 2014

Video Perlawanan Ping Pong Paling Lawak

Video Perlawanan Ping Pong Paling Lawak

Bagi peminat sukan, hiburan diperoleh apabila menonton saat-saat cemas pasukan atau individu yang disokong meraih gol atau mengutip mata.

Video Perlawanan Ping Pong Paling Lawak

Tapi siapa sangka, penonton 2014 Stars Table Tennis Tournament mendapat lebih daripada itu.

Dalam perlawanan ping pong membabitkan pemain terkenal Belgian, Jean-Michel Saive dan pemain Taiwan, Chuang Chih-Yuan awal bulan ini; kedua-duanya tidak bermain dalam keadaan tegang dan serius seperti selalu disaksikan dalam pertandingan membabitkan peringkat antarabangsa terutama Saive.

Malah Saive beberapa kali selamba mengejar bola hingga terkeluar dari gelanggang, selain membuat pelbagai aksi lucu termasuk bersenam dan mengejek Chih-Yuan.

Gelagatnya ini membuatkan penonton dan pengadil sendiri ikut tergelak.



Berdasarkan komen pengulas, Saive dipercayai bermain begini kerana sudah hampir pasti dia tidak dapat melangkah masuk ke peringkat semi final.

Apa pun alasannya, ramai percaya ini adalah permainan ping pong paling lawak dan menghiburkan pernah berlaku dalam sejarah sukan ini di peringkat antarabangsa.

Sumber: Mynewshub

Saturday, December 28, 2013

Adab Penting Apabila Mandi Laut

Adab Penting Apabila Mandi Laut

Ketika hari cuti, memang bagus kalau anda semua membawa keluarga masing-masing ke tepi pantai untuk bermandi-manda. Seronok dapat melihat budak-budak bermain air dan lebih seronok lagi jika dapat melihat awek-awek main air.

Sexy_Beach_Girl

Tetapi, jangan pula lupa tentang adab ketika sedang mandi laut. Ada adab-adabnya juga..

1) Jangan menyamar sebagai buaya untuk menakut-nakutkan orang lebih-lebih lagi jika terdapat buaya di kawasan itu.

2) Jangan membuang air ketika sedang berenang. Lebih jahanam lagi jika korang berak terus dalam air.

3) Jangan bermain golf ataupun permainan-permainan yang tidak munasabah selain bermain bola baling ketika sedang mandi laut.

4) Hanya dibenarkan membuat istana pasir sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali membuat rumah teres lot tepi ataupun rumah pasung di pesisir pantai.

5) Jangan sesekali menuba ikan atau mengebom ikan ketika sedang mandi beramai-ramai. Dikhuatiri akan diterajang secara bergilir-gilir oleh pengunjung lain.

Selamat mandi laut dengan beradab..hehe

(Baca: Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia!)

-Sentiasapanas.com

Friday, November 15, 2013

Gambar Gadis Yang Cantik Tapi Pelik!

Gambar Gadis Yang Cantik Tapi Pelik!

Cuba perhatikan kesemua gambar dibawah. Apa yang pelik pada gadis cantik dan seksi ini? Raut wajahnya memang cantik. Sedap mata memandang. Kulitnya putih gebu. Lelaki miang pasti terliur memandang.


Jawapannya ada pada gambar yang terakhir. Jom lihat satu persatu, hehe..


Haha..

[Sumber]

Thursday, November 07, 2013

Video Lawak Lelaki Cuba Bunuh Diri

Video Lawak Lelaki Cuba Bunuh Diri

Percubaan bunuh diri bukanlah sesuatu yang asing khususnya di zaman yang serba mencabar ini.

Bunuh Diri

Terjun dari tempat tinggi adalah salah satu cara yang paling popular untuk menamatkan riwayat diri.

Namun, adakalanya ia dilakukan hanya semata-mata untuk meraih perhatian daripada orang ramai.

Yalah, kalau benar mahu terjun, kenapa mahu tunggu lama-lama untuk terjun. Kadang-kadang sampai mengambil masa berjam-jam untuk dipujuk oleh pasukan penyelamat.

Dalam rakaman video ini, kami tabik dengan seorang anggota penyelamat yang bertindak menolak seorang lelaki yang kononnya mahu membunuh diri dengan kakinya sehingga jatuh ke atas tilam yang diletakkan di bawah.


Pendek kata, tak payah nak berdrama lama-lama sangat. Padan muka!

Sumber: Mynewshub