Saturday, June 14, 2014

Update Girlfriend v7.0


Ada seorang pelanggan yang mengirim sepucuk surat kepada pengatur cara komputer. Dia memohon agar direka beberapa buah program baru yang sesuai untuk mengatasi masalahnya.

Girlfriend version

Begini bunyi suratnya..

Ke hadapan tuan programmer. Tujuan saya melayarkan surat ini kerana amat mengharapkan pertolongan pihak tuan. Sudilah kiranya tuan mendengar masalah saya ini. Berikanlah saya jalan untuk mengatasinya.

Begini, baru-baru ini saya melakukan update pada program saya yang bernama Girlfriend 7.0. Saya menukarnya menjadi Wife 1.0. Saya tak sangka rupa-rupanya program baru itu mula melakukan sub-program lain iaitu Child 1.0. Malah, ia turut memakan waktu dan sumber berharga daripada kehidupan saya.

Selain itu, program Wife 1.0 juga telah menggangu program sedia ada yang telah lama wujud. Ia sewenang-wenangnya memasukkan dirinya ke dalam proses 'start-up' harian dan secara automatik memonitor semua aktiviti di dalamnya. Ia bagaikan menjadi virus dalam hidup saya.

Banyak program sedia ada sebelum ini telah terjejas. Antaranya program Hang Out 2.5 dan juga program Saturday Nite Party 311 yang tidak lagi dapat dijalankan. Jika dibuat juga, ia akan menyebabkan sistem menjadi crash.

Masalahnya di sini, saya tidak mampu membuat program Wife 1.0 bekerja di belakang tabir sedangkan saya mahu melakukan aplikasi program lain kesukaan saya tanpa diganggu.

Program ini banyak menyusahkan saya. Ketika ini, saya terfikir jika saya boleh menlakukan uninstall terhadap program Wife 1.0 itu. Tapi, rasanya sangat susah. Apa pandangan tuan programmer? Bantulah saya.

Setelah meneliti surat daripada pelanggannya itu, si pengatur cara pun melakukan kajian mendalam. Dia cuba meneliti program yang sesuai untuk dicadangkan.

Girlfriend version [2]

Apabila sudah mendapat jawapannya, maka dia pun mengirimkan balasan surat seperti ini..

Yang dihormati Mr. XYZ. Berkenaan masalah yang tuan hadapi, ia sebenarnya muncul daripada ketidaksefahaman yang mudah terjadi.

Ramai orang yang update program Girlfriend 7.0 kepada program Wife 1.0 menganggap bahawa Wife 1.0 adalah bersifat utility and entertainment program. Itulah silapnya.

Hakikatnya, program Wife 1.0 merupakan sejenis operating system Unlimited Company bagi menjalankan tugas-tugasnya.

Untuk pengetahuan, anda tidak boleh membuang program Wife 1.0 dan kembali kepada program Girlfriend 7.0. Jika anda memaksa melakukannya, seluruh sistem akan porak-peranda. Percayalah!

Di sini, kami hanya mampu menasihatkan anda untuk terus menggunakan program Wife 1.0 itu. Namun, cuba atasi beberapa perkara yang anda anggap menyukarkan hidup anda.

Ada beberapa tip yang boleh kami berikan. Antaranya, cuba pulihkan sistem program anda dengan aplikasi yang ada dalam folder C:/APOLOGIZE. Anda juga boleh menggunakan perisian Say Sorry 8.0 atau Hug & Kiss 9.0.

Walaupun ramai yang menganggap program Wife 1.0 adalah sebuah program yang memerlukan kos tinggi dan membebankan, namun ramai yang sedar bahawa ia boleh menjadi program yang menyenangkan hidup anda.

Untuk memanfaatkan lagi penggunaan Wife 1.0, anda boleh cuba membeli program tambahan seperti Listening 5.0, Flowers 2.5 atau Chocolates 1.3 untuk menguatkan lagi daya guna program tersebut.

Perlu kami ingatkan, anda tidak disarankan untuk menginstall program Secretary 1.0 (short skirt version) kerana program itu sangat tidak kompetitif dengan Wife 1.0.

Jika anda buat juga, kami gerenti seluruh sistem anda bukan saja crash malah boleh meletup.

Semoga jawapan kami dapat membantu anda.

Yang benar,
Tuan Programmer

Jangan baca serius sangat. Sekadar gurauan..hehe

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon