Thursday, October 24, 2013

Rahsia Tiga Biji Telur Dan RM3,000.00!

Rahsia Tiga Biji Telur Dan RM3,000.00!

Sue tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka.

3 eggs

Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu.

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000.

Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya.

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita?"

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab, "Sayang, setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan" .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.

Kemudian Sue bertanya lagi:

"Tapi abang kenapa ada duit RM3000?"

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ".

[Sumber]

Sunday, October 06, 2013

Video Supermodel Terjatuh Ketika 'Catwalk'

Video Supermodel Terjatuh Ketika 'Catwalk'

Insiden terjatuh sewaktu mengadakan persembahan ‘catwalk’ bukanlah perkara baru.

Catwalk

Dengan penampilan yang kurus tinggi dan memek muka yang cukup menawan dengan setiap langkah menggoda supermodel ini yang sentiasa diperhatikan.

Bagaimanapun supermodel terkenal pun pernah mengalami insiden memalukan diatas pentas ketika melangkah untuk memperagakan pakaian.

Apa yang melucukan adalah apabila model-model ini terjatuh dan cuba untuk coverline tetapi tetap terjatuh apabila tidak lagi fokus dengan pergerakan sehinggakan ada segelintir penonton akan ketawa kerana kelucuan.

Penulis percaya super model yang terjatuh ini terpaksa menahan rasa sakit sambil cuba menahan ketawa ketika memperagakan pakaian.

Jom lihat koleksi video supermodel terjatuh ketika catwalk dibawah;


Sekiranya menarik bolehlah sharing video ni..

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 21, 2013

Apa Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin Selama 25 Tahun?

Apa Yang Akan Berlaku Selepas Berkahwin Selama 25 Tahun?

Sememangnya begitu indah disaat awal perkahwinan. Namun, apa sebanrnya yang akan berlaku 25 tahun kemudian?

25+Tahun

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."

Dara: "Adakah kau rela kalau aku pergi?"

Teruna: "Tentulah tidak! Jangan sesekali berfikiran begitu!"

Dara: "Adakah kau mencintaiku?"

Teruna: "Sudah tentu! Selama-lamanya begitu!"

Dara: "Adakah kau akan berlaku curang?"

Teruna: "Tidak! Aku tidak akan melakukan perbuatan sejijik itu!"

Dara: "Mahukah kau mencium aku?"

Teruna: "Ya!"

Dara: "Sayangku...!"

Selepas 25 tahun berkahwin, sekarang baca dari bawah ke atas pula..


Hehe..

BACA INI JUGA: Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 07, 2013

"Saya Lebih Kacak!"

"Saya Lebih Kacak!"

Ramai yang tidak percaya apabila melihat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek kes bunuh, Kong Swee Kwan pada Selasa semuanya gara-gara gambar mereka berdua nampak seiras.


Ku yang memakai cermin mata dengan misai nipis, sementara Kong juga dilihat mempunyai potongan rambut yang hampir serupa turut memakai cermin mata, membuatkan muka mereka benar-benar nampak seiras.

(Baca: Gambar Suspek Pembunuh Upahan Menyerupai Wajah Ketua Polis!)

Ketika dihubungi pada Rabu untuk mengulas mengenai isu berkenaan, Ku memberi penerangan yang lebih jelas.

"Saya lebih kacak!," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Star Online, yang turut disertakan dengan ikon senyum.

Terdahulu pagi Rabu, ramai pengikut twitter menulis mengenai wajah Ku dan Kong yang hampir serupa.

@tengfoong mentweet: "Lihat wajah yang seriras?". Turut disertakan pautan kepada artikel dan gambar berkenaan.

Thomas Chin @thomaschin239 mengulas: "Kelakar bagaimana suspek dan SAC Datuk Ku Chin Wah nampak sangat seiras."

Peguam Michelle Yesudas @chelle_yesudas pula menyatakan rasa tidak percayanya: "Serius, Ku Chin Wah tidak peduli untuk menukar cermin matanya dengan gambar suspek yang dikehendaki..."

Nikolai @NikolaiAF geli hati: "Haha, dia menyorok dalam terang! Bagaimana liciknya dia!"

@Hellioz666 juga melihat wajah yang seiras itu: "Adakah 'Slim Shady' sebenar akan muncul? Saya ulangi."

Polis sedang memburu, Kong,44, dalam kes pembunuhan pengasas Bank Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi.

Pada 29 Julai, Najadi, 75, mati ditembak selepas seorang melepaskan tembakan kepada beliau dan isterinya di tempat letak kereta di luar kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon.

Isteri Najadi, Cheong Mei Kuen yang terselamat dalam serang tersebut mengalami kecederaan di bahagian lengan.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.

-mStar

Gambar Suspek Pembunuh Upahan Menyerupai Wajah Ketua Polis!

Gambar Suspek Pembunuh Upahan Menyerupai Wajah Ketua Polis!

Gambar yang ketika ini sedang menjadi viral di internet menunjukkan seorang pegawai polis Malaysia kelihatan seperti suspek pembunuh upahan yang sedang diburu.

Gambar suspek ditunjukkan kepada media.

Datuk Ku Chin Wah, yang mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, kelihatan seperti seorang lelaki berusia 44 tahun di dalam poster seorang penjenayah yang sedang ditunjukkan kepada media semasa sidang akhbar.

Lelaki dalam gambar, Kong Swee Kwan, dipercayai menjadi dalang di sebalik pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, pengasas Bank Arab-Malaysia atau Ambank. Najadi meninggal dunia selepas ditembak di dada manakala isterinya, Cheong Mei Kuen mengalami kecederaan serius.

"Beliau sedang memegang gambar sendiri?", kata seorang pengguna, "Saucy" ketika melihat gambar tersebut.

Seorang pengguna lain pula berkata, "Polis dan gambar suspek seperti adik-beradik".

Ada pula yang menyimpulkan bahawa kes ini telah berjaya diselesaikan. Pembunuh sedang memegang gambar sendiri!

-Sentiasapanas.com

Friday, July 12, 2013

Video Parodi Bobo 'Dah Seminggu Kita Couple'

Video Parodi Bobo 'Dah Seminggu Kita Couple'

Minggu ni kecoh habis seluruh dunia mengenai video cinta monyet Puteri Awani yang menghasilkan klip video terhadap kekasih kesayangannya(?) setelah bercinta hanya selama tujuh hari!


Nampaknya Bobo pun nak buat klip yang sama jugak!

Siapa tak kenal Bobo kan, jaguh parodi sampai David Teoh pun ambil dia jadi artis.

Nak tengok boleh tapi jangan gelak lebih-lebih…kurang pahala puasa korang kang.

Jom saksikan aksi menarik Bobo..



-SP

Monday, June 03, 2013

Kisah Hidup Gadis Cun Yang Hidup Berpeleseran

Kisah Hidup Gadis Cun Yang Hidup Berpeleseran

Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana pelajar UITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik ke kampung pada hari jumaat.


Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggu mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka.

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah perangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2, apalah yang nak dihairankan..

"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau, macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku, aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu. Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada, hidupnya memang merempat. Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa. Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini?

Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni, kejap lagi bebudak UITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.

"Eh! Gebunya minah ni, cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki seperti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu. Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang...


"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"

Laa..cerita kucing jalanan rupanya...

[Sumber]

Sunday, May 05, 2013

Tak Habis-habis Kisah Janda Kaya Yang Kehausan

Tak Habis-habis Kisah Janda Kaya Yang Kehausan

Nora adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Nora masih cantik, potongan body macam anak dara.

Janda
Gambar hiasan.

Sejak kematian suaminya, Nora selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Nora tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya Nora sangat kesepian dari segi zahir dan batin.

Lebih-lebih di waktu malam, rasa kesepian di hatinya memuncak-muncak.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, Nora bangun dari tidurnya. Nora merasa begitu 'dahaga' sekali!

Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus…

Nora bangun perlahan-lahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur. Langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.

Sesampai di dapur, Nora terus membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk.

Nora menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut, Nora kembali ke dalam bilik untuk menyambung tidur.

Begitulah kisah mengenai Nora, seorang janda yang kehausan.

Hahaha..

BACA INI JUGA: Perbezaan Antara Dara Dan Janda

Sumber: Xlupa.com

Wednesday, March 20, 2013

Kenapa Lelaki Dan Wanita Tidak Sepasukan Dalam Bola Sepak?

Kenapa Lelaki Dan Wanita Tidak Sepasukan Dalam Bola Sepak?

Agaknya kita sering tertanya-tanya kenapa lelaki dan wanita tidak dibenarkan bermain dalam satu pasukan.

Mungkin kerana pihak berkenaan takut lelaki-lelaki gagah bertukar menjadi 'lelaki lembut' kerana takut pemain lawannya jika wanita tercedera jika dibentes terlalu keras.

Tapi saya tahu jawapan sebenarnya, jom lihat gambar ni..


Huh..takut ambil kesempatan pula kan. Nanti asyik skandal je bola entah kemana..

[Sumber]

Saturday, March 16, 2013

Inilah Padahnya Bila Berita Diputar-belit

Inilah Padahnya Bila Berita Diputar-belit

Situasi sebenar - Seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi. Tiba-tiba dia dilanggar beca dan lalu mati ditempat kejadian.

BECA

Dan apabila kejadian ini tersebar dan dilapor, maka pihak-pihak yang berkenaan pun masing-masing menunjukkan keperihatinan.

Buletin Utama: Nenek meninggal dunia, penarik beca dicari.

Harian Metro: Hangat! Nenek mati dengan ubi ditangan.

Utusan Malaysia: Nenek mati dilanggar beca satu propoganda pembangkang?

Harakah: Kami tiada beca.. (Lari tajuk).

Malaysiakini: Beca langgar lari bukti kerajaan rasuah.

Mastika: Misteri penarik beca: Hantu ubi mengganas.

Tamil Nisan: Nenek punya ubi mati dilanggar beca.

Pancaindera: Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Gangster Beca.

Najib Razak: Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!

Anwar Ibrahim: Kematian nenek yang dilanggar beca adalah suatu konspirasi berniat jahat oleh UMNO.

Ibrahim Ali: Sampai bila kita nak tengok nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!

Blogger: Gempar! Video nenek mati dilanggar beca (100 gambar)!

Sekadar hiburan, jangan pula ada yang terasa ye..

BACA INI JUGA: Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 09, 2013

Lawak! Burung Punai Pun Kena Saman

Lawak! Burung Punai Pun Kena Saman

Ulang tengok boleh…cuma jangan ulang tanya…


Dengan penuh gaya hero Tamil Anwar sound wartawan kat sidang akhbar dia….berakhir dengan jadi bahan lawak…

Ingat…u ulang…I saman u!



{Sumber]

Video Lagu Sayang Paling Menghiburkan Minggu Ini

Video Lagu Sayang Paling Menghiburkan Minggu Ini

Seorang peminat yang membuat mimik dan gaya lagu Shae, "Sayang" memang meletop habis sekarang ni. Aksinya memang menghiburkan, tak kering gusi menontonnya sampai habis.


Jom lihat video kat bawah..


-SP

Thursday, February 07, 2013

Isteri Menjerit Di Malam Pertama

Isteri Menjerit Di Malam Pertama

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.


Pemuda: Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh: Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda: Bagaimanakah caranya tok bomoh?

Bomoh: Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertama.

Pemuda: Bagaimana caranya tok?

Bomoh: Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh: Kenapa cepat sangat?

Pemuda: Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja?

Bomoh: Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan?

Pemuda: Sudah tok. Tiap-tiap malam saya rendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh: Teh apa yang kamu gunakan?

Pemuda: Mustika Ratu - Slimming Tea tok..

[Sumber]

Tuesday, January 22, 2013

Inilah Wanita Yang Di Katakan 'Beauty With No Brain'

Inilah Wanita Yang Di Katakan 'Beauty With No Brain'

Tiada manusia yang sempurna tapi sekurang-kurangnya ada akal yang boleh digunakan. Lelaki ketika mencari gadis idaman tidaklah memilih sangat wanita yang cantik semata-mata tapi sekurang-kurangnya wanita yang mampu menggunakan satu-satunya akal yang dikurniakan Tuhan kepada mereka.


Mungkin wanita yang dipapar didalam video ini rabun hinggakan tidak dapat melihat pintu automatik yang bergerak sendiri ataupun akalnya terlalu cetek tanpa mampu mentafsir apa yang sepatutnya dilakukan.



BACA INI JUGA: Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 21, 2013

Saya Nak Bakar Kilang-kilang Rokok Di Malaysia

Saya Nak Bakar Kilang-kilang Rokok Di Malaysia

Isteri: "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah.".


Suami: "Iya abang tau sayang".

Isteri: "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan".

Suami: "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita".

Isteri: "Membantu? Dengan membeli rokok?".

Suami: "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!".

Isteri: "@#$%%^".

[Sumber]

Awas! Anda Mungkin Dalam Bahaya Jika Memakai Walkman

Awas! Anda Mungkin Dalam Bahaya Jika Memakai Walkman

Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.


“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”

Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (sudah tentu dengan sekuat hati) suaminya dengan kayu sebesar lengan yang dicapainya di belakang pintu.

Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergembira sambil mendengar walkman… patah dua tulang tangan.

-SP