Sabtu, Mac 16, 2013

Inilah Padahnya Bila Berita Diputar-belit


Loading...

Situasi sebenar - Seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi. Tiba-tiba dia dilanggar beca dan lalu mati ditempat kejadian.

BECA

Dan apabila kejadian ini tersebar dan dilapor, maka pihak-pihak yang berkenaan pun masing-masing menunjukkan keperihatinan.

Buletin Utama: Nenek meninggal dunia, penarik beca dicari.

Harian Metro: Hangat! Nenek mati dengan ubi ditangan.

Utusan Malaysia: Nenek mati dilanggar beca satu propoganda pembangkang?

Harakah: Kami tiada beca.. (Lari tajuk).

Malaysiakini: Beca langgar lari bukti kerajaan rasuah.

Mastika: Misteri penarik beca: Hantu ubi mengganas.

Tamil Nisan: Nenek punya ubi mati dilanggar beca.

Pancaindera: Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Gangster Beca.

Najib Razak: Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!

Anwar Ibrahim: Kematian nenek yang dilanggar beca adalah suatu konspirasi berniat jahat oleh UMNO.

Ibrahim Ali: Sampai bila kita nak tengok nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!

Blogger: Gempar! Video nenek mati dilanggar beca (100 gambar)!

Sekadar hiburan, jangan pula ada yang terasa ye..

BACA INI JUGA: Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon