Tuesday, October 03, 2017

Indonesia Tuduh Malaysia 'Curi' Kuda Kepang

Indonesia Tuduh Malaysia 'Curi' Kuda Kepang

Pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba ‘curi’ tarian kuda kepang selepas peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia bergambar dengan kuda kepang.

Kuda Kepang

Peserta dari Malaysia, Sanjeda John bergambar dengan pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Miss Grand International berlangsung di Vietnam pada Khamis ini (5/10/2017) sebelum berakhir pada 25 Oktober 2017.

Ramai pengguna media sosial di Indonesia melahirkan kemarahan dan mendakwa kupang kepang adalah budaya asal penduduk Jawa.

Beberapa pengguna juga menuduh Malaysia sekali lagi cuba mencuri budaya Indonesia.

Sanjeda John

Sebelum ini, Malaysia juga pernah dituduh media Indonesia mencuri budaya dan makanan negara itu termasuk kuih popia, batik, rendang, cendol dan lagu Rasa Sayang.

Sementara itu, seorang pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia mempatenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu.

“Selepas ini apa lagi? Saya harap pemerintah supaya lebih peduli,” katanya yang dipetik Jawa Pos.

BACA INI JUGA: Asal Usul Kuih Popia

sumber: hmetro