Tuesday, September 24, 2013

Pelatih PLKN Dipercayai Mati Dibunuh!

Pelatih PLKN Dipercayai Mati Dibunuh!

Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Muhammad Suhaimi Norhamidi

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

Dibunuh Kerana Potong Barisan Semasa Sarapan

Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air tengah malam kelmarin dikatakan memotong barisan ketika mengambil makanan sarapan pagi di kantin pusat itu.

Ia sekali gus dikatakan menjadi punca tidak puas hati beberapa pelatih lain hingga menyebabkan pergaduhan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ia berikutan soal siasat daripada tiga pelatih berusia 17 hingga 21 tahun yang ditahan petang semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa bergaduh dengan pelatih lain termasuk tiga suspek pada tengah hari diikuti sekali lagi kira-kira jam 11.30 malam.

Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air kem itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Sumber: Mynewshub/Bharian

Mana Peguam PKR Yang Lantang Bersuara Apabila Anggota Polis Di Bunuh!?

Mana Peguam PKR Yang Lantang Bersuara Apabila Anggota Polis Di Bunuh!?

Datuk A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang bersama pegawai dan anggota Kontinjen Pulau Pinang menziarahi keluarga Allahyarham Kpl 147723 Zul Azri Abdul Samad yang telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas.

Koperal Mati Di Bunuh

Allahyarham yang bertugas di Kontinjen Melaka sempat merangkak sejauh 25 meter untuk meminta pertolongan sebelum dia menemui ajal selepas kepalanya dihentak dengan batu oleh pencuri yang cuba melarikan diri daripada dikejar mangsa dalam kejadian di Taman Teknologi Cheng hingga menyebabkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika Koperal Zal-Azri Abd. Somad, 31, sedang melakukan Ops Lejang bersama beberapa rakan setugas sebaik mendapat maklumat mengenai kegiatan curi lori dan besi buruk di sebuah kilang di situ.

Difahamkan, bapa kepada dua anak berusia empat bulan dan lima tahun itu telah berkhidmat selama 10 tahun dengan pasukan polis. Mangsa baru dua bulan ditukarkan sebagai Detektif ke Cawangan Risikan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

Koperal Mati Di Bunuh
Koperal Mati Di Bunuh
Koperal Mati Di Bunuh

Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Gelugor Pulau Pinang malam tadi.

Mana peguam-peguam PKR yang selama ini begitu GALAK DAN LANTANG membela penjenayah??

Adakah kerana dia polis maka dia tak layak untuk mendapat pembelaan?

Tepuk dada, tanya selera.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, September 11, 2013

Cicak Gecko Bernilai RM1 Juta Menjadi Rebutan!

Cicak Gecko Bernilai RM1 Juta Menjadi Rebutan!

Seorang lelaki yang melarikan seekor cicak gecko yang ditafsirkan bernilai RM1 juta telah ditemui mati ditembak tetapi cicak tersebut masih belum ditemui.

Cicak gecko
Cicak Gecko (Gambar hiasan)

Cicak yang dipercayai dapat dijadikan ramuan yang mampu memyembuh pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV telah dilarikan oleh mangsa setelah ia diserahkan oleh seorang usahawan wanita yang dikatakan pemilik cicak tersebut.

Wanita tersebut menyerahkan cicak itu kepada mangsa setelah dia diyakinkan yang mangsa mampu menjadi pembeli yang berpotensi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan memberitahu, lelaki berkenaan telah ditemui terkulai di dalam sebuah kereta berhampiran sebuah kilang minuman dekat sini pada 30 Ogos lalu dengan kesan tembakan ditemui pada anggotanya.

Ekoran kejadian itu polis telah berjaya menahan 16 orang suspek berusia antara 21 hingga 60 untuk membantu siasatan.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan dibunuh kerana mencuri cicak gecko tersebut selepas dikatakan mampu mencari pembeli yang berpotensi.

“Pada masa yang sama kami juga berjaya menahan seorang usahawan wanita berusia 60 tahun yang kami percaya telah mengupah seseorang untuk mencari dan membunuh pencuri cicak gecko berkenaan," katanya kepada para wartawan.

Menurut Mohd Sukri, usahawan wanita itu yang dipercayai pemilik cicak berkenaan memberitahu pihak polis yang dia bersetuju untuk menyerahkan reptilia itu kepada mangsa setelah mangsa menyakinkan yang dia mampu mencari pembeli berpotensi.

Malangnya mangsa telah melarikan cicak tersebut.

Mohd Shukri berkata, suspek yang diupah oleh usahawan wanita tersebut untuk menjejaki mangsa, berjaya menemuinya tetapi telah berlaku pergaduhan yang kemudiannya salah seorang daripada mereka menembak mangsa.

Hasil penangkapan yang dilakukan, polis telah menemui batang besi, enam butir peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan buah telefon bimbit dan pemutar skru.

Bagaimanapun sehingga kini, cicak gecko yang berharga RM 1 juta itu masih belum ditemui.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

Sumber: mStar

Wednesday, September 04, 2013

Cuba Bunuh Diri Selepas Tonton Cerita Seram

Cuba Bunuh Diri Selepas Tonton Cerita Seram

Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan terhun dari sebuah bangunan di sini kerana ketakutan selepas menonton cerita seram.

Hantu, Cerita seram
Gambar hiasan.

Akhbar China News melaporkan, lelaki itu, Chen, 28, berasal dari wilayah Anhui.

Menurut saksi, ini bukan kali pertama Chen cuba membunuh diri. Sebelum ini dia pernah mengelar pergelangan tangannya dan memakan pil secara berlebihan. Dalam kedua-dua kejadian itu, dia diselamatkan oleh kakitangan hospital.

Chen dilapor mula melihat kelibat hantu selepas menonton beberapa filem seram. Ketakutan dialaminya itu mendorong dia untuk membunuh diri.

Dalam kejadian terbaru, polis berjaya memujuk Chen turun dari bumbung sebuah bangunan dengan menyuruhnya memikirkan nasib keluarganya.

Masak mayat suami

Sementara itu, seorang wanita ditangkap kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.

Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.

Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.

Dia memotong mayat suaminya dan memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.

Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.

Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.

Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat.

-Agensi

Sunday, September 01, 2013

Bekas Kekasih Kim Jong-un Dihukum Tembak

Bekas Kekasih Kim Jong-un Dihukum Tembak

Bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah antara 12 artis negara itu yang dihukum tembak beberapa hari lalu.

Hyon Song-wol executed

Hyon Song-wol, seorang penyanyi, dikhabarkan bekas kekasih Jong-un dan ditahan pada 17 Ogos lalu bersama 11 lain atas dakwaan sama.

Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo menyatakan, Hyon, penyanyi Orkestra Unhasu, adalah antara yang ditahan.

Mereka dihukum tembak tiga hari kemudian bersama beberapa anggota kumpulan pop terkenal lain yang disaksikan anggota keluarga.

Anggota keluarga mereka kemudian dihantar ke kem buruh paksa kerana turut dianggap bersalah.

Mereka dihukum dengan tembakan mesingan yang disaksikan anggota penting Orkestra Unhasu, Band Wangjaesan dan band Moranbong Band, kata sumber China.

Seramai 12 orang dihukum tembak itu ialah penyanyi, pemuzik dan penari band Hyon selepas dituduh merakam aksi seks mereka dan menjualnya.

Laporan menyatakan kedua-dua kumpulan itu dibubarkan kerana skandal itu.

Kim Jong-un yang menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya pada Disember 2011, dipercayai bertemu Hyon kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, bapanya, Kim Jong-il, tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan mengarahkannya putus dengan Hyon. -AGENSI

Thursday, August 22, 2013

Teman Wanita Dibunuh Selepas Memadam Nombor Dalam Telefon Bimbit!

Teman Wanita Dibunuh Selepas Memadam Nombor Dalam Telefon Bimbit!

Seorang lelaki dilapor mencekik teman wanitanya hingga mati selepas mangsa memadamkan semua nombor dalam telefon bimbit lelaki berkenaan.

Gambar hiasan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Ali, ditangkap Sabtu lalu selepas polis menemui mayat teman wanitanya, Siti Halimah Tusadiah, 22, di Sungai Cisadane di Bogor.

Anggota keluarga Siti melaporkan kehilangannya selepas dia tidak pulang setelah keluar bersama Ali, kata Pengarah Bahagian Jenayah Am Polis Jakarta, Slamet Riyanto.

Ali yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap di rumah sewanya di Kampung Bababan Nenggewer di Bogor. Dia mengaku mencekik dan melemaskan Siti kerana berang selepas teman wanitanya itu memadamkan semua nombor dalam telefon bimbitnya.

“Dia marah dengan tindakan mangsa. Kami yakin Siti bertindak demikian kerana cemburu,” katanya.

Sementara itu Ketua Bahagian Jenayah Serius Polis Jakarta, Antonius Agus Rahmanto berkata, Ali membawa Siti pulang ke rumahnya selepas berhenti untuk mengadakan seks dalam semak.

“Siti kemudian meminta telefon bimbit Ali dan memadamkan semua nombor telefon di dalamnya. Apabila Ali bertanya kenapa dia bertindak demikian, Siti menjawab, ‘Saya boleh lakukan apa yang saya suka. Kamu marah?’” kata Antonius.

Pertengkaran antara mereka menjadi lebih sengit sehingga Ali membunuh Siti dan mencampakkan mayatnya ke dalam sungai.

Ali berdepan dengan tuduhan membunuh dan menghadapi hukuman penjara maksimum 15 tahun. -Agensi

Tuesday, August 20, 2013

Pembunuh Paling Bodoh Di Dunia!

Pembunuh Paling Bodoh Di Dunia!

Seorang lelaki Habsyah yang tinggal secara haram di Arab Saudi menelefon nombor 999 untuk meminta bantuan melarikan diri selepas dia membunuh bapa saudaranya.

Gambar hiasan

Lelaki berusia 19 tahun itu dilapor mengguna kayu untuk memukul bapa saudaranya hingga mati selepas bergaduh di ladang majikan mereka di Madinah.

Dia kemudian menelefon seorang lelaki tempatan yang dipercayai penyeludup rakyat asing untuk keluar dari Arab Saudi.

“Penyeludup itu memberitahunya supaya menelefon nombor 999 dan ‘mereka’ akan membantunya.

“Dia menelefon nombor berkenaan dan menceritakan apa sebenarnya terjadi, tanpa mengetahui nombor itu nombor polis,” lapor akhbar Al Saudeh.

Polis tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu dan menemui mayat bapa saudara lelaki itu. -Hmetro

Monday, August 12, 2013

Budak 4 Tahun Mati Dibelasah Kerana Tidak Tahu Mengira!

Budak 4 Tahun Mati Dibelasah Kerana Tidak Tahu Mengira!

Hanya kerana tidak boleh mengira sehingga 10, seorang budak berusia empat tahun, telah dipukul hingga mati oleh bapa dan ibu saudaranya, di sebuah kawasan di pinggir bandar di Ecatepec.


Mayat Raúl Antonio kemudiannya telah dibuang.

Ibu dan bapa saudaranya, MarÌa Guadalupe Tovar Hernández, 33, serta Guillermo Delgadillo Becerra, 43, telah ditangkap selepas mengaku membunuh kanak-kanak malang itu.

Dia menetap bersama ibu dan bapa saudaranya selepas ditinggalkan oleh ibunya.

Ibu saudaranya sebelum itu memberikan keterangan palsu dengan mendakwa Raul telah lari dari rumah.

Mereka kemudiannya membuat laporan polis mengenai kehilangan Raul sehingga memaksa polis menjalankan gerakan mencari.

Bagaimanapun pihak berkuasa mula curiga selepas kenyataan ibu saudaranya itu bercanggah dengan penemuan bukti, dan akhirnya mereka mengaku memukul Raul sehingga mati kerana tidak tahu mengira sehingga 10.

Pasangan itu mengaku memukul Raul untuk mendisiplinkannya sehinggalah budak itu rebah, barulah mereka mengetahui bahawa dia telah meninggal dunia.

[Sumber]

Saturday, August 03, 2013

5 Pembunuhan Dalam Tempoh Seminggu Di Malaysia!

5 Pembunuhan Dalam Tempoh Seminggu Di Malaysia!

Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.


Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.

"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rashid berkata, mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. -Bernama

Friday, August 02, 2013

Along Mati Di Tikam Ketika Pungut Hutang Di Sandakan

Along Mati Di Tikam Ketika Pungut Hutang Di Sandakan

Seorang lelaki mati ditikam oleh seorang lelaki lain ketika mengutip hutang di lorong belakang Jalan Dua Pusat Bandar, petang Khamis.

Mangsa yang ditikam.

Mangsa dikenali sebagai Gan Boon Yong, 31, disahkan mati di tempat kejadian akibat tikaman di bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang sedang berjalan di lorong belakang jalan itu telah terserempak dengan suspek.

Mangsa kemudiannya bercakap dengan suspek bagi meminta pembayaran balik wang yang dipinjam oleh suspek. Bagaimanapun, suspek memberitahu yang kononnya dia tidak berhutang dengan mangsa.

Mangsa kemudiannya bertindak memukul suspek sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa.

Polis mengusung mayat mangsa ke dalam lori.

Suspek kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menyerah diri di balai polis tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah, Aisisten Komisioner Rowell Marong mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Pihak polis telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat,” katanya.

Rowell berkata, suspek berumur 32 tahun yang kini ditahan oleh pihaknya akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

[Sumber]

Wednesday, July 31, 2013

Gambar Suspek Yang Menembak Mati Hussain Najadi

Gambar Suspek Yang Menembak Mati Hussain Najadi

Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.

Gambar FB Polis KL.

Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis juga telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun di sebuah restoran di Sri Petaling, di sini, jam 9 malam tadi, dipercayai individu membawa suspek.

Siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek di Jalan Alor selepas insiden berkenaan.

-Mynewshub

Friday, July 26, 2013

Hempas Budak Sampai Mati Berebut Parking Kereta

Hempas Budak Sampai Mati Berebut Parking Kereta

Seorang lelaki menghempas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menyebabkannya menemui ajal selepas ibu mangsa enggan memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta.

Gambar hiasan

Lelaki itu dikenali sebagai Han, mahu meletak kereta dekat perhentian bas namun wanita itu enggan beredar kerana sedang memeriksa anak perempuannya ketika itu, lapor akhbar Beijing Times, memetik seorang saksi sebagai berkata.

Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit” Zhou, Saksi

Han berusia awal 40-an, keluar dari kereta Hyundai Sonata, memukul wanita itu sebelum menarik kanak-kanak itu keluar dari kereta sorong, memegangnya dan menghempasnya, kata saksi, seorang pemilik gerai jalanan, Zhou.

“Bayi itu tidak mengeluarkan suara selepas dijatuhkan dan tidak juga menangis kerana sakit,” lapor akhbar yang memetik Zhou sebagai berkata.

Seorang lagi lelaki keluar dari kereta sama dan turut memukul ibu mangsa sebelum mereka pergi dari situ, tambahnya.

Lokasi dimana kejadian dikatakan berlaku.

Wanita berkenaan kemudian bergegas membawa anak kecilnya yang berada dalam keadaan kritikal ke hospital berhampiran.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu menemui ajal ketika dipindahkan ke sebuah hospital lain, menurut laporan.

Polis kemudian menemui Han yang dibebaskan dari penjara tahun ini selepas menjalani hukuman kerana mencuri, di sebuah rumah mandian air panas dan menahannya, kelmarin.

Dia mungkin didakwa kerana membunuh, lapor akhbar yang memetik pakar perundangan sebagai berkata.

Ini bermakna, lelaki itu ada kemungkinan dikenakan hukuman mati mengikut undang-undang yang ada.

Ketegangan sosial memuncak di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan jurang pendapatan meluas dan penyalahgunaan kuasa. -AFP

Monday, July 08, 2013

Pengadil Dikerat Empat Gara-gara Tikam Pemain Di Padang

Pengadil Dikerat Empat Gara-gara Tikam Pemain Di Padang

Seorang pengadil bola sepak amatur dikerat kepada empat bahagian dan dipenggal selepas dia menikam seorang pemain hingga mati di padang bola dalam satu perlawanan.


Perlawanan itu berlangsung di Stadium Pius XII di Maranho, timur laut Brazil minggu lalu.

Menurut laporan Correio24horas, pemain berusia 30 tahun itu, Josenir dos Santos Abreu menghampiri pengadil Octavio da Silva Catanhede Jordan, 20, untuk mempertikai keputusannya.

Pertengkaran sengit kemudian meletus antara mereka sebelum pengadil terbabit mengeluarkan pisau saku dan menikam Santos Abreu berulang kali.

Pemain itu mati dalam perjalanan ke hospital. Peminat yang terdiri daripada rakan dan anggota keluarga mangsa yang berang dengan kejadian itu menyerbu padang dan mengepung Catanhede Jordan.

Tanpa belas kasihan, mereka mengerat pengadil itu kepada empat bahagian dan memenggalnya sebelum meletakkan kepalanya di atas pagar.

Setakat ini, polis di Santa Ines, Maranhao menahan seorang lelaki, Luis Moraes Souza, 27, berhubung kejadian ngeri itu dan masih memburu dua lagi lelaki bernama ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo,’ menurut beberapa blog Brazil.

“Laporan saksi menunjukkan beberapa orang berada di tempat kejadian ketika pembunuhan itu berlaku. Kami akan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab. Jenayah tidak boleh dibalas dengan jenayah. “Tindakan seperti itu bertentangan dengan undang-undang negara,” kata Ketua Polis Santa Ines, Valter Costa.

-Agensi

Saturday, June 22, 2013

Dipenjara Seumur Hidup Bunuh Dan Rogol Wartawan ABC

Dipenjara Seumur Hidup Bunuh Dan Rogol Wartawan ABC

Seorang perogol bersiri dihukum penjara seumur hidup, semalam, selepas didapati bersalah merogol dan membunuh seorang wanita Ireland di tepi jalan di Australia pada September lalu.

Bayley dihukum penjara seumur hidup kerana merogol 
dan membunuh Meagher (kanan) secara tragis.

Adrian Emest Bayley, mengaku bersalah merogol dan menyerang Jill Meagher, semasa beliau berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya.

Menurut laporan dipetik TheGuardian, Hakim Mahkamah Agung, Geoffrey Nettle berkata, penjara seumur hidup mencukupi untuk menghukum Bayley.

“Anda bukan saja merogol, malah membunuh dan ini merupakan kesalahan paling serius,” kata Nettle

Sebelum ini, Meagher adalah wartawan penyiaran ABC dan berpindah dari Ireland beberapa tahun lalu.

Meagher dilaporkan hilang pada 22 September, semasa berjalan kaki pulang dari bar yang terletak hanya beberapa blok dari kediamannya.

Mayatnya dijumpai lima hari kemudian kira-kira 50 kilometer dari kawasan bandar.

Kematiannya menimbulkan kontroversi apabila puluhan ribu mengadakan demonstrasi menentang keganasan.

-SH

Wednesday, June 19, 2013

Kejam! Isteri Hamil Empat Bulan Di Tendang Sehingga Mati!

Kejam! Isteri Hamil Empat Bulan Di Tendang Sehingga Mati!

Tindakan kejam seorang suami menendang perut isterinya yang sedang hamil empat bulan sehingga wanita itu mati menyebabkan dia diheret ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua dakwaan termasuk membunuh mangsa.

Chin Hua yang dituduh membunuh isterinya didakwa 
di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam.

Terdahulu tertuduh, Yiew Chin Hua, 33, yang bekerja sebagai jurutera didakwa atas pertuduhan pertama iaitu membunuh Vivian Biding Camarota (gambar kecil), 32, yang dikahwininya sejak lapan tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Nombor 77, Jalan Indah 24/10, Taman Bukit Indah, Nusajaya, pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 2.30 pagi, 1 Jun lalu.

Dakwaan terhadap Chin Hua dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berasal dari Kukup, Pontian memahami pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan.

-Kosmo

Monday, June 17, 2013

Trauma Di Perkosa Remaja Perempuan Tetak Kepala Bapa Sehingga Putus

Trauma Di Perkosa Remaja Perempuan Tetak Kepala Bapa Sehingga Putus

Seorang remaja perempuan menetak kepala bapanya hingga putus dengan pisau memburu selepas lelaki terbabit memperkosanya di kediaman mereka di kawasan tanah tinggi di Papua New Guinea.

Penduduk Desa Rang enggan membenarkan polis 
menyoal siasat remaja yang membunuh bapanya.

Kejadian itu mendorong penduduk di desa itu membentuk rangkaian perlindungan bagi remaja berusia 18 tahun berkenaan serta enggan menyerahkan mangsa kepada polis kerana percaya bapanya yang jahat itu memang patut mati.

Pemimpin gereja tempatan, Paderi Lucas Kumi dari Desa Rang di Western Highlands berkata, masyarakat enggan membenarkan remaja itu disiasat pihak berkuasa.

Menurutnya, penduduk dan pemimpin di kawasan itu pergi melihat mayat tanpa kepala bapa mangsa selepas remaja terbabit melaporkan kejadian kepada mereka dan menjelaskan alasan dia membunuh bapanya.

Kumi memberitahu akhbar Post Courier, bapa mangsa berusia pertengahan 40-an merogol anak perempuannya ketika mereka tinggal berdua di rumah selepas isteri dan dua lagi anaknya melawat saudara mereka pada malam kejadian.

“Bapa mangsa memasuki biliknya pada tengah malam dan merogolnya berulang kali.

“Bapanya mahu merogol mangsa sekali lagi pada waktu pagi dan ketika itu mangsa mengambil pisau memburu dan menetak kepala bapanya,” kata Paderi Kumi.

“Kami semua bersetuju remaja itu bebas untuk tinggal di sini kerana bapanya memang patut mati.

“Mangsa melakukan pembunuhan kerana dia trauma dan tidak suka perbuatan jahat bapanya. Sebab itu kami setuju dia diberi perlindungan,” katanya.

Menurutnya, remaja itu diletakkan dalam rangkaian perlindungan dan dia disembunyikan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, mayat bapa mangsa juga tidak akan dikebumikan mengikut adat.

-Daily Mail

Tuesday, May 14, 2013

Di Bunuh Rakan Baik Gara-gara Mengaku Gay

Di Bunuh Rakan Baik Gara-gara Mengaku Gay

Seorang lelaki Russia berusia 23 tahun dibelasah dengan kejam dan dibiarkan mati oleh rakannya selepas memberitahu mereka ketika mabuk bahawa dia seorang gay.

Gambar hiasan

Bekas rakan sekolah mangsa dan seorang lagi lelaki ditahan ekoran pembunuhan itu yang berlaku Jumaat lalu.

Agensi berita RIA Novosti semalam memetik kenyataan polis di bandar selatan Volgograd mengatakan seorang suspek mengakui bahawa dia dan rakannya memutuskan untuk mengenakan mangsa dengan menghantarnya pulang dalam keadaan bogel.

Dan ia tidak akan berhenti setakat itu saja. Polis berkata, mangsa cedera parah, termasuk di alat sulitnya hingga dia dia tidak dapat dikenal pasti pada awalnya.

-AP

Ejen Kastam Di Siasat Kes Pembunuhan TKP Kastam?

Ejen Kastam Di Siasat Kes Pembunuhan TKP Kastam?

Siasatan polis berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim menunjukkan perkembangan positif dengan penahanan seorang lelaki kelmarin.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan suspek berusia 56 tahun itu yang ditahan pada pukul 8.30 pagi di Petaling Jaya, Selangor.

(Baca: Gempar! Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tembak Pembunuh Upahan)

Dalam pada itu, sumber memberitahu, lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai ejen kastam iaitu individu yang dilantik oleh pengimport untuk berurusan dengan pihak kastam.

Lelaki tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sejak semalam.

Pada 26 April lalu, Shaharuddin, 58, maut akibat terkena tiga das tembakan di kepala dan leher yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.

Kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika kenderaan jenis Nissan Murano yang dinaiki mangsa dihampiri oleh suspek disyaki pembunuh upahan ketika berhenti dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Mangsa disahkan meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Putrajaya.

-Kosmo

Friday, April 26, 2013

Gempar! Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tembak Pembunuh Upahan

Gempar! Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tembak Pembunuh Upahan

Gempar apabila dikhabarkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala.


Beliau telah kembali kerahmatullah pagi tadi, jadi sebagai umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga beliau ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi.

Terkini: Polis sahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut akibat tiga das tembakan yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali di Putrajaya, pagi ini. Siasatan sedang dilakukan untuk mengenalpasti suspek.

Gambar kejadian penolong pengarah kastam ditembak.

Kronologi Kejadian Berlaku:
  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
  • Penembak menaiki motosikal
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

[Sumber]

WTF! Mayat Kanak-kanak Palestin Di Makan Anjing Tentera Yahudi

WTF! Mayat Kanak-kanak Palestin Di Makan Anjing Tentera Yahudi

Kekejaman yang dilakukan tentera-tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sudah di luar batas perikemanusiaan. Tentera-tentera Zionis itu bukan hanya menyerang warga Gaza dengan bom-bom dan kereta kebal, tapi juga menggunakan anjing-anjing buas untuk menyeksa warga Gaza.


Kayed Abu Aukal, seorang doktor di Gaza tidak tahu kata-kata apa lagi yang boleh digunakan untuk menggambarkan kekejaman tentera-tentera Zionis itu.

"Oh, Tuhan! Saya tidak pernah melihat pemandangan yang mengerikan seperti ini", cuma itu kata-kata yang terlontar dari mulut Doktor Aukal melihat keadaan jenazah Shahd, seorang anak kecil Palestin yang berusia 4 tahun.

Shahd sedang bermain di belakang rumahnya di kem pelarian Jabalita, utara Gaza ketika sebutir bom Yahudi jatuh di belakang rumah mereka. Shahd yang masih anak kecil itu pun gugur syahid. Orang tua Shahd cuba menyelamatkan puterinya yang sudah berlumuran darah itu, tapi ketika mereka cuba mengambil jasad Shahd, tentera-tentera Zionis menembak mereka dari jauh.

Selama lima hari jasad Shahd terbaring di tanah, sehingga akhirnya tentera-tentera Zionis melepaskan beberapa ekor anjing yang mengoyak jasad Shahd yang sudah tak bernyawa.

"Anjing-anjing itu meninggalkan satu bahagian tubuh bayi yang malang itu dalam keadaan utuh," kata Doktor Aukal sambil menitiskan air mata.

"Kami sudah melihat pemandangan yang sangat memilukan selama ini. Kami mengambil tubuh anak-anak yang terbakar atau terpisah-pisah, tapi kami belum pernah melihat yang seperti ini", sambungnya.

Melihat jenazah adik perempuannya yang masih anak kecil menjadi santapan anjing-anjing tentera Israel, abang Shahd, Matar dan sepupunya Muhammad, nekad mendekati jenazah Shahd, tapi kedua-duanya ditembak tentera-tentera Zionis hingga gugur syahid.

Jiran keluarga Shahd, Omran Zayda mendedahkan, tentera-tentera Zionis Israel itu sengaja melakukan kekejaman itu. "Mereka (pasukan Zionis) mencegah keluarga Shahd yang ingin mengambil jenazahnya dan mereka tahu anjing-anjing itu akan memakan jenazah Shahd," ujar Zayda.

"Tentera-tentera Israel itu bukan hanya membunuh anak-anak kami, mereka juga dengan sengaja melakukan cara-cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kamu tidak akan pernah boleh bayangkan apa yang dilakukan anjing-anjing itu terhadap tubuh Shahd," kata Zayda sambil menahan air matanya.

Warga Palestin juga mendedahkan, ramai warga mereka yang mengalami perkara yang sama dengan Shahd. Di Jabaliya, tentera-tentera Israel menembak keluarga Abd Rabu yang sedang mengebumikan ahli keluarga yang menjadi mangsa serangan Israel. Tembakan menyebabkan orang-orang yang sedang mengebumikan mangsa pembunuhan Yahudi lari mencari perlindungan.

Bukan hanya menembak, tentera-tentera Zionis yang biadab itu kemudian melepaskan beberapa ekor anjing ke arah jenazah-jenazah yang belum sempat dikebumikan.

"Apa yang terjadi kemudian sangat mengerikan dan tidak boleh dibayangkan," kata Saad Abd Rabu.

"Anak-anak lelaki kami meninggal di depan mata kami dan kami dihalang untuk menguburkan jenazahnya. Selepas itu, tentera Israel tersebut melepaskan beberapa ekor anjing mendekati jenazah, seakan-akan kekejaman yang telah mereka lakukan pada kami belum cukup," tutur Abd Rabutak sambil menahan tangisannya.

Tentera-tentera keji... semoga kematian-kematian yang menyeksakan segera kamu rasakan, diteruskan dengan seksa kubur yang lebih menyakitkan sehingga akhirnya menjadi penghuni neraka Jahannam yang paling menyedihkan.. Amiin..

[Sumber]