Wednesday, September 04, 2013

Cuba Bunuh Diri Selepas Tonton Cerita Seram


Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan terhun dari sebuah bangunan di sini kerana ketakutan selepas menonton cerita seram.

Hantu, Cerita seram
Gambar hiasan.

Akhbar China News melaporkan, lelaki itu, Chen, 28, berasal dari wilayah Anhui.

Menurut saksi, ini bukan kali pertama Chen cuba membunuh diri. Sebelum ini dia pernah mengelar pergelangan tangannya dan memakan pil secara berlebihan. Dalam kedua-dua kejadian itu, dia diselamatkan oleh kakitangan hospital.

Chen dilapor mula melihat kelibat hantu selepas menonton beberapa filem seram. Ketakutan dialaminya itu mendorong dia untuk membunuh diri.

Dalam kejadian terbaru, polis berjaya memujuk Chen turun dari bumbung sebuah bangunan dengan menyuruhnya memikirkan nasib keluarganya.

Masak mayat suami

Sementara itu, seorang wanita ditangkap kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.

Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.

Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.

Dia memotong mayat suaminya dan memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.

Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.

Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.

Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon