Friday, April 26, 2013

Gempar! Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tembak Pembunuh Upahan


Gempar apabila dikhabarkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala.


Beliau telah kembali kerahmatullah pagi tadi, jadi sebagai umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga beliau ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi.

Terkini: Polis sahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut akibat tiga das tembakan yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali di Putrajaya, pagi ini. Siasatan sedang dilakukan untuk mengenalpasti suspek.

Gambar kejadian penolong pengarah kastam ditembak.

Kronologi Kejadian Berlaku:
  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
  • Penembak menaiki motosikal
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

[Sumber]

1 comment

  1. salam terima kasih kerana meletakan sumber ke website saya... oleh itu anda mahu exchangelink di BLOG Roll portal aiskosong.com... sekiranya bersetuju.. sila tinggalkan komen di mana mana posting saya yea...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon