Sunday, June 09, 2019

5 Punca Kenapa Kucing Membunuh Anak Baru Lahir

5 Punca Kenapa Kucing Membunuh Anak Baru Lahir

Sekiranya anda membela kucing atau seorang peminat kucing, pasti pernah mendengar satu fenomena pelik dimana seekor ibu kucing membunuh anaknya sendiri. Kalau difikirkan secara logik, bagaimanakah tergamaknya seekor ibu kucing sanggup membunuh anak yang baru dilahirkan?

Kucing makan anak

Sekiranya pernah bertanya soalan ini kepada pemilik dan pencinta kucing, anda pasti pernah mendengar beberapa jawapan popular bagi menjawab peristiwa yang dianggap pelik ini.

Kali ini, kami ingin berkongsi 5 teori sebab mengapa seekor ibu kucing sanggup membunuh anaknya sendiri.

Sengaja kami gelarkannya "teori" memandangkan kebanyakannya adalah andaian pemilik kucing itu sendiri berdasarkan beberapa alasan atau pemerhatian yang dilakukan.

1. Anak kucing sudah mati sejak dilahirkan

Seekor ibu kucing biasanya akan memilih tempat yang tersembunyi daripada orang ramai untuk melahirkan anaknya.

Kebiasaannya tempat sunyi seperti dalam kotak, belakang almari dan bawah katil menjadi tempat pilihan untuk melakukan proses kelahiran.

Disebabkan pemilik kucing sendiri kebanyakannya tidak melihat dengan mata sendiri proses kelahiran tersebut, terdapat kemungkinan sebenarnya anak kucing yang dilahirkan memang sudah tidak bernyawa lagi sebaik sahaja dilahirkan.

Dalam erti kata lain, anak kucing memang sudah mati ketika dilahirkan dan bukannya dibunuh oleh ibu kucing itu.

2. Anak kucing mempunyai kecacatan

Seperti manusia, ibu kucing juga mempunyai naluri keibuan terhadap anaknya sendiri. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa ibu kucing sebenarnya mempunyai naluri bahawa anaknya sakit atau mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkannya tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, ibu kucing mengambil pendekatan untuk membunuh anak kerana tidak mahu anaknya terseksa dan beranggapan anaknya tidak mampu untuk bertahan lama.

Dengan membunuh anaknya itu, ia dapat menghalang anaknya yang lain turut dijangkiti penyakit yang sama.

3. Bau tangan manusia

Kita seringkali mendengar larangan daripada pemilik kucing agar tidak memegang anak kucing kerana dikhuatiri bau tangan manusia akan melekat pada anak kucing tersebut.

Sekiranya bau tangan manusia melekat pada anak kucing, ibu kucing mungkin tidak lagi mengenali anaknya lalu bertindak membunuhnya kerana menganggapnya sebagai makanan atau ancaman kepada anak-anaknya yang lain.

Teori ini mungkin benar memandangkan kucing sangat sensitif terhadap bau, termasuklah bau anak-anaknya untuk mengenali mereka.

Sekiranya anda sebagai pemilik terpaksa memegang anak kucing disebabkan perkara-perkara tertentu, disarankan menggunakan kain atau sarung tangan.

Selain itu, pemilik kucing juga dilarang sama sekali untuk menyentuh hidung anak kucing yang baru dilahirkan kerana menjadi salah satu punca ibu kucing membunuhnya.

4. Terpaksa bunuh untuk meneruskan kehidupan sendiri

Teori ini mungkin logik bagi kucing-kucing jalanan yang hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kesukaran mendapatkan makanan menyebabkan ada ibu kucing yang sanggup membunuh anak sendiri dan menjadikannya makanan bagi membolehkan ibu kucing itu terus hidup.

Di luar negara terutamanya ketika musim sejuk dimana kucing jalanan sukar mendapatkan makanan, mereka mungkin membunuh dan memakan anaknya sendiri kerana beranggapan anaknya itu tidak mampu hidup di kawasan yang terlampau sejuk dan ibu kucing itu sendiri terdesak untuk mendapatkan makanan untuk terus hidup.

5. Dibunuh bapa kucing kerana berasa terancam

Terdapat juga kemungkinan bahawa anak kucing tersebut bukan dibunuh oleh ibu kucing sebaliknya oleh kucing jantan yang lain atau bapa kucing itu sendiri.

Secara umumnya, kucing jantan dewasa memiliki pangkat tertinggi dalam hierarki kucing dan bersifat seperti Raja.

Terdapat pendapat kucing jantan dewasa akan membunuh anak-anak kucing kerana beranggapan mereka seperti sebuah ancaman yang akan menggganggu gugat kedudukan mereka sebagai raja.

Kucing jantan juga mungkin membunuh anak kucing untuk mengurangkan persaingan merebut kawasan dan pasangan untuk mengawan.

Walau apa pun sebabnya seekor ibu kucing membunuh anak mereka, itulah lumrah alam seekor kucing. Teori-teori di atas mungkin juga terguna pakai untuk haiwan-haiwan yang lain juga.

Sekiranya anda membela kucing pastikan kucing peliharaan anda mendapat perhatian secukupnya sekiranya mereka bunting dan bakal melahirkan anak.

Sekiranya anda tidak mampu memelihara kucing dalam jumlah yang ramai, pastikan anak-anak kucing tersebut diberikan kepada orang lain dan bukannya sewenang-wenangnya membuangnya di pasar, tempat pelupusan sampah dan sebagainya.

Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab dan sekiranya tidak mahu kucing anda terus beranak, dinasihatkan untuk mengkembiri kucing tersebut agar tidak banyak lagi kucing-kucing domestik yang terpaksa menjadi kucing jalanan akibat sifat tidak 'berperikucingan' pemiliknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, May 19, 2019

Coklat, Kacang Dan Kismis Boleh Membunuh Kucing Anda!

Coklat, Kacang Dan Kismis Boleh Membunuh Kucing Anda!

Terdapat banyak objek di rumah yang boleh membahayakan keselamatan anak anda dan kerana itulah kita semua memastikan persekitaran dalam rumah selamat untuk anak-anak namun, sering kita lupa bahawa perkara sama harus dilakukan demi menjaga keselamatan haiwan peliharaan seperti kucing.

Makanan boleh membunuh Kucing
Gambar hiasan.

Objek yang kelihatan tidak membahayakan untuk manusia mungki memberikan kesan sebaliknya kepada haiwan, termasuklah makanan seperti kacang almond, walnut, pekan, bawang merah, bawang putih dan daun kucai. Semua ini adalah beracun untuk haiwan peliharaan.

Selain itu, anggur dan kismis juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, manakala coklat pula boleh mengakibatkan 'arrhythmias', kekejangan dan kematian ke atas haiwan.

Jadi, anda harus memastikan semua makanan dan kekacang tersebut dijauhkan daripada kucing atau anjing!

Begitu juga halnya dengan ubat-ubatan dan bahan kimia. Sekiranyanya anda menjauhkan semua itu daripada dicapai oleh anak-anak, peraturan sama terpakai ke atas haiwan di rumah.

Ubat-ubatan yang dihasilkan untuk manusia boleh menyebabkan haiwan peliharaan mengalami sakit perut, penyakit gastrousus, ulser, kegagalan hati dan buah pinggang sekiranya dimakan.

Bagi sesiapa yang mempunyai bahan tambahan 'anti-freeze' di rumah, jangan biarkan objek tersebut diletakkan di kawasan yang mudah dicapai oleh haiwan.

Bahan yang terdapat dalam 'anti-freeze' mengeluarkan bau manis dan mengandungi etilena glikol yang amat disukai oleh anjing.

Bahan ini adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan saraf dan kekejangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, May 12, 2019

Kenapa Ikan Tuna Sirip Biru Sangat Mahal?

Kenapa Ikan Tuna Sirip Biru Sangat Mahal?

Ikan bluefin tuna atau tuna sirip biru adalah sebahagian daripada keluarga ikan mackerel yang diburu secara melampau kerana harganya yang sangat mahal dan mendapat permintaan tinggi dipasaran, terutamanya di negara Jepun.

Ikan Tuna Sirip Biru
Antara Ikan Tuna Sirip Biru termahal di dunia.

Ikan tuna sirip biru telah ditangkap secara meluas menyebabkan tangkapan berlebihan yang menjejaskan populasinya dan kini diancam kepupusan.

Tapi, apa sebenarnya kelebihan ikan tuna sirip biru?

1. Spesies Tuna Terbesar

Anda boleh membayangkan sendiri betapa besarnya spesies dewasa ikan tuna sirip biru yang biasanya mampu mencapai 3-4 meter panjang dan tersenarai sebagai salah satu `ikan bertulang’ (bony fish) terbesar dari semua spesies tuna. Berat purata ikan tuna sirip biru dewasa sekitar 130 hingga 679 kg.

Walau bagaimanapun, melebihi julat berat badan diatas kini amat jarang ditemui.

2. Kelajuan

Ikan tuna sirip biru biasanya berenang pada kelajuan antara 7 hingga 15 km sejam, tetapi apabila mengejar mangsa atau untuk mengelakkan pemangsa, ikan tuna sirip biru boleh berenang sehingga 100 km sejam.

Ketika bertarung dengan pemancing, tuna sirip biru akan melakukan aktivit otot yang sangat tinggi sehingga mampu memasak dagingnya sendiri.

Pergerakan sirip ekornya amat pantas sehingga 30 kali sesaat!

3. Makan apa saja

Tuna sirip biru akan memburu hampir apa saja ikan yang lebih kecil, belut, krustasia dan sotong.

Ikan tuna sirip biru juga akan menapis makanan pada zooplankton dan organisme kecil lain termasuk memakan kelp (rumpai laut).

4. Penyamaran hebat

Ikan tuna sirip biru adalah salah satu ikan terbesar, terpantas dan paling hebat dari semua ikan di dunia.

Dengan badan berbentuk torpedo, ia dibina untuk kelajuan dan ketahanan.

Dengan warna badan biru metalik di atas dan berkilauan perak putih di bahagian bawah, membantu penyamaran Ikan tuna sirip biru dari atas dan bawah untuk menyerang mangsa.

5. Diancam kepupusan

Disebalik kehebatan ikan tuna sirip biru, malang sekali populasi ikan ini telah menjadi terlalu teruk akibat tangkapan melampau.

Atas sebab itu, komuniti Marine Conservation Society melahirkan kebimbangan dan menasihatkan agar pemburuan kesemua spesies tuna sirip biru untuk makanan dihentikan demi kelestariannya di lautan.

6. Jutaan telur

Ikan tuna sirip biru bertelur hanya sekali setahun dan tidak mencapai kematangan reproduktif sehinggalah berusia lapan hingga 12 tahun.

Ini menjadikan ikan tuna sirip biru lebih terdedah kepada penangkapan ikan berlebihan berbanding beberapa spesies tuna yang lebih kecil.

Ikan tuna sirip biru Atlantik betina boleh menghasilkan sehingga 10 juta telur setiap tahun, tetapi hanya sebahagian kecil mampu bertahan sehingga dewasa.

7. Spesies

Terdapat lapan spesies tuna dan empat daripadanya adalah sebahagian daripada famili tuna sirip biru (Atlantic bluefin atau northern bluefin, southern bluefin, Pasific bluefin dan longtail).

Empat spesies lain adalah albacore, bigeye, blackfin dan yellowfin tuna.

8. Aerodinamik

Ikan tuna sirip biru dibina seperti torpedo, bukan sahaja mempunyai bentuk hidrodinamik, sirip pektoral ikan ini boleh ditarik balik dan tidak seperti spesies lain, mata ikan tuna sirip biru ditala ke badan.

Ini bermakna badan Ikan tuna sirip biru mampu mengurangkan daya seretan apabila berenang di air.

9. Bernilai tinggi

Harganya tidak terkira! Pada Januari 2017 lalu, seekor ikan tuna sirip biru seberat hampir 200 kilogram telah menjadi rebutan berpuluh-puluh pengusaha restoran termasuk individu bergelar jutawan untuk membeli ikan tersebut dengan harga yang tinggi.

Namun, ikan tuna itu akhirnya menjadi milik seorang pengusaha restoran sushi terkemuka di Jepun apabila berjaya membida harga ikan tuna sirip biru itu dengan harga 74.2 juta Yen sekali gus menjadi ikan paling mahal di dunia.

10. Enam deria

Bluefin mempunyai banyak deria arah, dengan menggunakan pineal window mereka untuk mengikuti isyarat matahari dan langit.

Ikan tuna sirip biru memanfaatkan deria visual, pencium dan elektromagnetik untuk terus berenang atau memburu mangsanya.

Selain itu, Ikan tuna sirip biru adalah thermotactic (pergerakan organisma ke arah atau jauh dari sumber haba).

Diburu melampau-lampau, apa sebenarnya khasiat Ikan Tuna Sirip Biru?

Kaya Omega-3

Kandungan omega-3-nya membuatkan ikan tuna sirip biru mempunyai seribu satu manfaat bagi kesihatan tubuh.

Dilihat dari komposisi gizinya, ikan tuna sirip biru mempunyai nilai gizi yang sangat luar biasa.

Kadar protein pada ikan tuna sirip biru hampir dua kali ganda kadar protein berbanding telur yang selama ini dianggap sebagai sumber protein utama.

Kadar protein bagi setiap 100 gram ikan tuna sirip biru dan telur masing-masing 22g dan 13g.

Sebagai salah satu komoditi dari laut, ikan tuna sirip biru kaya lemak omega-3 dan kandungannya 28 kali lebih banyak berbanding ikan air tawar.

Omega-3 dapat menurunkan kadar kolesterol dalam salur darah dan menghalang terjadinya penyumbatan pembuluh darah.

Pengambilan ikan 30 gram sehari dapat menurunkan risiko kematian akibat penyakit jantung hingga 50 peratus.

Omega-3 juga mempunyai peranan penting untuk proses perkembangan sel-sel saraf, termasuk sel otak, sehingga dapat meningkatkan kecerdasan, terutama pada anak-anak yang sedang mengalami proses pembesaran.

Sumber mineral

Ikan tuna juga kaya pelbagai mineral penting yang diperlukan tubuh. Kandungan iodium dalam ikan tuna sirip biru lebih 28 kali kandungan iodium pada ikan air tawar.

Iodium sangat penting untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kecerdasan anak.

Selain itu, ikan tuna sirip biru juga kaya selenium. 100 gram sehari sudah cukup untuk memenuhi 52.9 peratus keperluan tubuh setiap hari.

Selenium mempunyai peranan penting dalam tubuh, iaitu mengaktifkan enzim antioksidan glutathione peroxidase, yang dapat melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab pelbagai jenis kanser.

Dilihat dari perbandingan kalium dan natrium, ikan tuna sirip biru sangat baik untuk pesakit jantung dan menyihatkan pembuluh darah kerana mengandungi ratio kalium dan natrium 5 berbanding 1.

Perbandingan kalium dan natrium mencapai 6,4:1 pada tuna sirip biru; 11:1 pada tuna jenis skipjack; dan 12:1 pada tuna yellow fin.

Kalium bermanfaat untuk mengawal tekanan darah, terapi darah tinggi, serta membersihkan karbon dioksida di dalam darah.

Kalium sangat baik untuk otot dan masalah saraf serta membantu kelancaran oksigen ke dalam otak dan keseimbangan cairan tubuh.

Sumber Vitamin

Kandungan vitamin pada ikan tuna sirip biru, sangat tinggi, mencapai 2,183 IU. Pengambilan 100 gram ikan tuna sirip biru setiap hari sudah cukup untuk memenuhi 43.6 peratus keperluan vitamin A setiap hari.

Vitamin A sangat baik untuk memelihara sel, menguatkan antibodi tubuh, pertumbuhan badan dan penglihatan Ikan tuna sirip biru juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin B6 dan folat.

World's Health Rating dari The George Mateljan Foundation menggolongkan kandungan vitamin B6 tuna ke dalam kategori sangat baik kerana mempunyai nutrien density yang tinggi, iaitu 6.7 (kategori terbaik adalah 3.4-6.7).

Vitamin B6 bersama folat mampu menurunkan tahap homosistein, yang sangat berbahaya bagi pembuluh arteri dan menjadi punca terjadinya penyakit jantung.

Walaupun ikan tuna mengandungi kolesterol, kadarnya cukup rendah dibandingkan dengan haiwan lain, sekitar 38-45mg bagi setiap 100 gram.

Mencegah Strok dan Obesiti

Kandungan gizi yang tinggi membuatkan ikan tuna sirip biru sangat efektif untuk menyembuhkan pelbagai penyakit, salah satunya strok.

Satu kajian yang pernah dilakukan selama 15 tahun menunjukkan bahawa pengambilan ikan tuna sirip biru 2-4 kali setiap minggu, dapat menurunkan sehingga 27 peratus risiko penyakit strok.

Pengambilan 5 kali atau lebih dalam seminggu dapat menurunkan risiko penyakit strok sehingga 52 peratus.

Manakala pengambilan ikan tuna sirip biru 13 kali sebulan dapat mengurangkan risiko tubuh dari ischemic strok, iaitu strok yang disebabkan oleh kurangnya aliran darah ke dalam otak.

Dari lapan kajian yang tercatat dalam, The George Mateljan Foundation (2006), pengambilan tuna 1-3 kali sebulan dapat mengurangkan risiko ischemic strok sebanyak 9 peratus.

Seterusnya, risiko menurun sebanyak 13 peratus jika pengambilan tuna sekali seminggu, 18 peratus 2-4 kali seminggu dan 31 peratus jika diambil 5 kali atau lebih setiap minggu.

Sebuah kajian yang diterbitkan pada 6th Congress of The International Society for the Study of Fatty Acids and Lipid pada Disember 2004, membuktikan bahawa ikan tuna sirip biru dapat mencegah obesiti dan sangat baik untuk pesakit diabetes melitus tahap 2.

Ia disebabkan kandungan EPA (eicosapentaenoic acid) yang tinggi pada ikan tuna dapat menstimulasi hormon leptin, iaitu hormon yang membantu mengawal pengambilan makanan.

Dengan itu, tubuh akan terhindar dari pengambilan makanan secara berlebihan, yang menjadi penyebab obesiti.

Mencegah kanser payudara

Ikan tuna juga baik untuk mencegah kanser payudara, disebabkan kandungan omega-3 pada tuna dapat menghalang enzim proinflammatory yang disebutcyclooxygenase 2 (COX 2), enzim yang menjadi punca terjadinya kanser payudara.

Omega-3 juga dapat mengaktifkan reseptor di membran sel yang disebut peroxisome proliferator-activated receptor (PPAR), yang mampu mengawal aktiviti sel penyebab kanser, selain dapat memperbaiki DNA tubuh.

Jadi, kini tahulah anda kenapa harga ikan tuna sirip biru sangat mahal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, May 01, 2019

Ketahui Berapa Lama Umur Binatang Peliharaan Anda

Ketahui Berapa Lama Umur Binatang Peliharaan Anda

Bagi anda yang mempunyai haiwan peliharaan, kewujudan mereka merupakan sesuatu yang sangat bermakna kerana mampu memberikan ketenangan dan hiburan namun, tahukah anda berapa purata usia haiwan peliharaan yang kerap menjadi kesayangan kita semua?

Tikus belanda

Berikut adalah senarai purata usia 7 haiwan peliharaan yang kerap menjadi pilihan rakyat Malaysia.

1. Tikus belanda

Berbeza dengan tikus biasa, tikus belanda atau 'hamster' mempunyai tahap penjagaan yang mudah.

Tikus belanda mempunyai jangka hayat lebih pendek berbanding tikus biasa dengan anggaran dua ke tiga tahun dengan penjagaan yang baik.

Harus diingatkan, tikus belanda adalah haiwan nokturnal, jadi gangguan waktu tidurnya akan menyebabkannya kurang selesa.

2. Bengkarung

Bengkarung atau 'chameleon' merupakan salah satu haiwan yang cukup popular di kalangan peminat, berikutan rupanya yang unik.

Namun, chameleon adalah sejenis haiwan yang sensitif serta memerlukan penjagaan yang rapi serta memerlukan persekitaran tertentu.

Berikutan tahap sensitiviti yang agak tinggi, anggaran usia bengkarung tidak panjang dengan 2 ke 3 tahun dianggap normal.

Bengkarung jantan pula mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding bengkarung betina, menjadikannya lebih popular.

3. Arnab

Arnab senang dijaga tetapi sifatnya sensitif serta mudah terganggu namun, bagi individu yang memilih untuk membela arnab kerana kecomelannya, pastikan anda tahu arnab merupakan antara haiwan peliharaan yang panjang umur dengan anggaran 8 ke 12 tahun purata.

Jadi, pastikan tahap komitmen anda berada di tahap sepatutnya sebelum membela arnab.

4. Burung

Terlalu banyak spesies burung sebagai haiwan peliharaan yang ada, jadi jangka hayat burung sebagai haiwan peliharaan berbeza-beza.

Secara puratanya, burung dianggap sebagai haiwan peliharaan yang panjang umurnya, dengan anggaran 10 tahun ke atas adalah kebiasaan.

Bagi sesetengah spesies seperti burung kakak tua, ia dianggarkan mampu hidup sehingga 30 ke 50 tahun.

5. Kucing

Haiwan comel dan gebu ini terkenal dengan sifat degil dan manja yang tidak menentu.

Tidak mendengar arahan, suka buat hal sendiri namun mampu membuatkan pemiliknya riang, kucing yang tinggal di dalam rumah mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding kucing yang hidup di luar kerana perlindungan yang diperolehinya.

Purata jangka hayat kucing adalah sekitar 10 ke 15 tahun dengan penjagaan baik, dengan sesetengah kucing mampu mencapai usia 20 tahun.

6. Anjing

Setia dengan tuannya serta mampu menurut arahan dengan baik sekiranya dilatih, anjing mampu melakukan tugasan yang diberikan jauh berbeza dengan kucing.

Mempunyai banyak spesies berbeza, secara puratanya spesies anjing bersaiz kecil mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding spesies anjing yang besar.

Spesies kecil dikatakan mampu hidup selama berbelas tahun lamanya dan kebiasaannya, anjing mampu hidup di antara 6 ke 15 tahun.

7. Kura-kura

Kura-kura merupakan haiwan peliharaan paling sesuai bagi mereka yang tidak mampu memberikan banyak perhatian, makanannya juga senang disediakan hanya sayur dan daun.

Berikutan cara hidupnya yang perlahan serta kadar metabolisme rendah ditambah dengan proses hibernasi bagi sesetengah spesies, kura-kura mampu hidup lama dengan angka 50 tahun bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Jadi, pastikan anda turut sama melatih anak bagaimana untuk menjaga kura-kura.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, March 26, 2019

Video Pertarungan Dua Ekor Ular Berbisa Sampai Mati!

Video Pertarungan Dua Ekor Ular Berbisa Sampai Mati!

Seorang wanita, Jenny Hillman, telah berkongsi rakaman mendebarkan pertarungan sehingga mati dua ular berbisa, seekor ular jenis red-bellied black sedang bergelut dengan ular jenis brown sebelum memuat naik rakaman itu ke Facebook ketika dia bersiar-siar di sekitar kawasan perumahannya di Ballandean, Australia.

Jenny Hillman snake fight

“Di tepi sungai pagi ini! Satu pertarungan yang sangat sengit,” jelas hantaran kapsyen Hillman pada video tersebut. Ular hitam itu kelihatan seperti cuba melarikan diri tetapi musuhnya enggan melepaskan gigitannya.

Ular hitam berkenaan beberapa kali mematuk ular coklat itu untuk memaksanya melepaskan gigitan tetapi gagal sebelum kedua-duanya tergolek ke dalam sungai berhampiran.

Jenny mendakwa ular hitam tersebut akhirnya tewas tetapi dia berpendapat ular coklat itu juga mungkin akan mati kerana banyak kali dipatuk lawannya.

Rakaman pertarungan itu telah menarik minat ramai pengguna media sosial yang kagum melihat pertarungan sengit kedua-dua reptilia berbisa itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 20, 2019

7 Spesis Ular Kapak Di Malaysia, Berbisa Dan Mampu Membawa Maut

7 Spesis Ular Kapak Di Malaysia, Berbisa Dan Mampu Membawa Maut

Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae dan di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular Kapak Hijau.

Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga.

Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Bisa

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari.

Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini.

Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Kedudukan taring Viperidae

Ular dalam keluarga Viperidae yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.

Kesan gigitan

Antara tanda-tanda dipatuk ular Kapak ialah:
  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit)
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

ULAR KAPAK TOKONG

Ular Kapak Tokong
Ular Kapak Tokong.

Ular Kapak Tokong (Trimeresurus wagleri) merupakan sejenis Ular Kapak berbisa, mampu melahirkan 15-40 ekor anak yang mampu menjaga diri sebaik sahaja dilahirkan.

Ciri-ciri

Sebagai mana kebanyakan haiwan beracun lain, ular Kapak Tokong mempunyai warna badan yang terang dan mudah dilihat. Ular Kapak Tokong betina dewasa mempunyai kepala yang besar dan berwarna hijau, firus atau hitam dengan jalur kuning, hijau muda dan bintik hitam.

Sesetengah ular jantan dewasa dan juga anak ular berwarna hijau terang. Jalur berwarna perang yang terdapat di mata ular adalah untuk penyamaran.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh

Habitat

Terdapat di selatan Thailand, Malaysia Barat, Indonesia di Sumatera, di kepulauan Riau, Pulau Bangka, Belitung, Nias, Pulau Mentawai (Siberut), Natuna, Karimata, Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan), Sulawesi dan Buton, dan di Filipina di pulau Balabac, Basilan, Bohol, Dinagat, Jolo, Leyte, Luzon, Mindanao, Negros, Palawan, Samar dan Tumindao.

Sifat bisa

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak sertamerta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

2. ULAR KAPAK SUMATRA

Ular Kapak Hijau
Ular Kapak Sumatra.

3. ULAR KAPAK BODOH

Ular Kapak Bodoh
Ular Kapak Bodoh.

4. ULAR KAPAK HIDUNG PIPEH

Ular Kapak Borneo

Ular Kapak Borneo atau juga dikenali sebagai Ular Kapak Hidung Pipeh (Trimeresurus borneensis) ialah salah satu dari ular berbisa dalam keluarga Ular Kapak.

5. ULAR KAPAK BAKAU

Ular Kapak Bakau
Ular Kapak Bakau.

Ular Kapak Bakau (Trimeresurus purpureomaculatus) atau ular lumpur biasanya berada di kawasan seperti muara sungai atau pokok bakau.

6. ULAR KAPAK GUNUNG

Ular Kapak Gunung

7. ULAR KAPAK HIJAU

Ular Kapak Hijau Ekor Merah
Ular Kapak Hijau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Tuesday, March 05, 2019

'Jonathan' Kura-kura Haiwan Darat Tertua Di Dunia Yang Berusia 187 Tahun

'Jonathan' Kura-kura Haiwan Darat Tertua Di Dunia Yang Berusia 187 Tahun

Seekor kura-kura jantan dari Pulau St. Helena yang diberi nama Jonathan, secara rasminya telah diiktiraf sebagai hidupan darat paling tua di dunia oleh Guinness World Record apabila usianya mencecah 187 tahun pada tahun 2019 ini.

Kura-kura Tertua

Menurut portal guinnessworldrecords, kura-kura jenis Aldabran yang berasal dari Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi itu dilahirkan pada tahun 1832, lima tahun sebelum pertabalan Ratu Victoria dan dibawa ke Pulau St. Helena di Lautan Atlantik pada tahun 1882.

Pemeriksaan lanjut ke atas cangkerang Jonathan mendapati ia adalah subspesies yang dipercayai hampir pupus. Terdapat kira-kira 80 ekor kura-kura Aldabran di seluruh dunia, menurut Kumpulan Pakar Kura-kura dan Penyu Air Tawar dari Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Kura-kura tertua ini buta disebabkan katarak dan kehilangan deria bau namun, ia masih mempunyai pendengaran yang bagus dan selera makan, kata pakar veterinar, Joe Hollins yang bertanggungjawab menjaga reptilia itu.

Sepanjang hidupnya, Jonathan melalui dua zaman perang dunia, Revolusi Perancis, tujuh pertukaran monarki Britain dan pelantikan 39 Presiden Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com