Tuesday, August 06, 2019

Kylie Jenner Sewa Equanimity RM5.1 Juta Seminggu!

Kylie Jenner Sewa Equanimity RM5.1 Juta Seminggu!

Kapal mewah kontroversi Equanimity yang asalnya dimiliki jutawan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, telah dijual kerajaan Malaysia April 2019 lalu kepada Genting Malaysia Berhad pada harga RM514.14 juta.

Kylie Jenner Equanimity

Sementara itu, selebriti hangat Hollywood, Kylie Jenner, akan menyambut hari jadi ke-22 dengan kapal mewah Equanimity pada akhir bulan Ogos 2019.

Portal hiburan antarabangsa, TMZ melaporkan, Equanimity, yang telah ditukar nama kepada Tranquility disewa oleh Kylie pada harga RM5.1 juta seminggu.

Kylie yang merupakan adik-beradik tiri kepada Kim Kardashian merupakan usahawan kosmetik antarabangsa di samping membintangi program realiti Keeping up with the Kardashians.

Menurut TMZ lagi, kapal itu boleh menampung 22 tetamu yang mempunyai 10 kabin, bilik sauna, jakuzi dan kolam renang.

Sambutan harijadi Kylie itu akan belayar bersamaTranquility di lautan Mediterranean.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, July 03, 2019

Vanessa Angel Di Penjara 5 Bulan Kes Pelacuran

Vanessa Angel Di Penjara 5 Bulan Kes Pelacuran

Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran atas talian membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (kira-kira RM24 ribu) untuk sekali layanan.

Vanessa Angel Melacur
Vanessa Angel.

Hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya, memetik laporan agensi berita Antara.

Vanessa, 27, bagaimanapun dibebaskan pada hujung bulan Jun 2019 kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 31 Januari.

Vanessa Angel ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.

“Terima kasih sahabat kunjungi ketika aku dikurung”

Vaneesa Angel yang dibebaskan pada Ahad (2/7/2019), menerusi Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada individu di sekelilingnya yang banyak memberi sokongan.

"Terima kasih kepada semua sahabat-sahabatku yang mengunjungiku selama aku dikurung, dirampas kebebasanku selama lima bulan kerana kes yang menjeratku.

"Melebihi apa pun aku bersyukur masih ada kamu semua yang mahu membantu aku untuk lebih tabah dan jadi lebih baik," ujarnya.

Vaneesa ucap terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Pelakon tersebut memuat naik posting pertama selepas beberapa jam dibebaskan pada Ahad.

Pada 27 Jun lalu, sebuah mahkamah di Surabaya menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap aktres tersebut selepas didapati bersalah terbabit dalam pelacuran.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Antara, Vanessa, 27, dibebaskan pada hujung bulan Jun iaitu Ahad kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 31 Januari lalu.

Vanessa ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di sini pada 5 Januari lalu.

Aktres itu bersama seorang lagi tertuduh dilaporkan terbabit aktiviti pelacuran dalam talian dengan bayaran hingga mencecah Rp80 juta (RM24,000).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, July 02, 2019

Miley Cyrus Buat Kontroversi Lagi, Kali Ini Tayang Payudara!

Miley Cyrus Buat Kontroversi Lagi, Kali Ini Tayang Payudara!

Penyanyi popular, Miley Cyrus sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan payudaranya dan mempamer aksi mengghairahkan ketika membuat persembahan di satu festival muzik.

Miley Cyrus Tayang Payudara
Miley Cyrus.

Miley Cyrus, 26, kali pertama membuat persembahan di Pyramid Stage ketika Festival Glastonbury di Worthy Farm, Somerset, London.

Namun, penyanyi kontroversi itu memastikan persembahannya di festival muzik terkenal itu terus diingati.

Ketika persembahan, Miley Cyrus yang memakai baju putih jarang membuatkan penonton terkejut apabila sengaja menarik bajunya sekali gus mendedahkan separuh payudaranya.

Tidak cukup dengan itu, Miley Cyrus yang popular dengan siri drama Hannah Montana itu turut membuat beberapa aksi mengghairahkan termasuk meletakkan mikrofon di kemaluannya.

Miley Cyrus sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan membuat persembahan berunsur lucah ketika di pentas.

Penyanyi itu juga berdepan ketagihan dadah dan dimasukkan ke pusat pemulihan.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Monday, July 01, 2019

Taylor Swift Dan Justin Bieber Bergaduh Gara-gara Scooter Braun

Taylor Swift Dan Justin Bieber Bergaduh Gara-gara Scooter Braun

Drama Taylor Swift bermula lagi! Kali ini melibatkan bekas pengurus muzik, Scooter Braun dan Justin Bieber, selepas penyanyi lagu Me! itu meluahkan kesedihan apabila keseluruhan katalog lagu-lagunya sepanjang berada di bawah label Big Machine Record akan menjadi milik Scooter.

Justin-bieber vs Taylor-swift

Berkongsi di laman Tumblr miliknya, Taylor berasa sedih kerana keringatnya sepanjang menjadi anak seni akan menjadi milik orang lain.

Untuk pengetahuan peminat, Taylor memulakan kariernya sebagai anak seni di bawah label tersebut hinggalah pada November tahun 2018 lalu apabila dia menamatkan kontrak dan masuk pula label Universal Music.

Justin Bieber Marah

Susulan itu, penyanyi, Justin Bieber yang juga turut diurus oleh Scooter mengecam tindakan Taylor yang dilihat tidak matang apabila mengunakan media sebagai platform untuk mendapatkan simpati orang ramai.

“Selama ini Scooter banyak membantu kamu, jadi untuk kamu menggunakan media sosial untuk menyerang dia adalah tidak adil.

“Apa yang kamu dapat dengan berkongsi perkara ini? Pada saya, kamu macam meminta simpati orang ramai dan dengan berkongsi perkara seperti ini, peminat kamu akan memberikan sokongan pada kamu seterusnya menyerang Scooter.

“Satu perkara yang saya tahu, baik saya dan juga Scooter sayangkan kamu. Jadi, saya rasa Scooter boleh berbincang secara baik dengan kamu mengenai isu ini,” kata penyanyi What Do You Mean itu.

Isteri Scooter Turut Pertahan Suami

Dalam pada itu, isteri kepada Scooter iaitu Yael Cohen turut mempertahankan suaminya itu menerusi laman Instagram.

“Scooter sudah pernah bagi peluang untuk kamu menjadi pemilik lagu-lagu kamu tapi kamu yang tak ambil peluang itu. Dan apa maksud kamu yang suami saya seorang pembuli?

“Sepanjang hidupnya, dia sering mempertahankan dan membantu orang lain yang dia percaya,” tulisnya.

Peminat Pertahankan Taylor Swift

Bagaimanapun, para peminat penyanyi itu yang digelar Swifties, mempertahankan penyanyi kesayangan mereka dan mengecam tindakan Scooter.

Malah, tanda pagar #WeStandWithTaylor turut trending di laman Twitter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Tuesday, June 25, 2019

'Bukan Semua Janda Nak Suami Orang'

'Bukan Semua Janda Nak Suami Orang'

Pelakon Fatin Afeefa, menyeru masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap wanita yang memegang status janda, kerana dia melihat ramai janda dikecam kerana dikatakan ingin merebut suami orang.

Fatin Afeefa Janda
Fatin Afeefa.

“Kita kalau dah janda orang akan selalu cari salah dan selalunya saya nampak mereka (masyarakat) akan berkata kami terdesak mahukan suami orang.

“Ketepikan semuanya kerana netizen yang mengecam ini selalunya hanya mahukan perhatian,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Mengakui pada awal status itu menggangu dirinya, pelakon yang terkenal menerusi telefilem Tentang Bulan berkata janda harus lebih kuat menempuh cabaran hidup.

“Dulu saya jujur tidak selesa bila orang panggil janda, tetapi sekarang saya bangga.

“Selepas cerai, fokus kita (janda) harus lebih kepada anak-anak dan itulah yang saya sedang lakukan,” katanya.

Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin menambah, janda seharusnya menerima teguran dengan ikhlas dan tidak terlalu memikirkan komen warganet.

“Orang kerap panggil saya, Mak Jan, Mak Jan dulu. Saya marahlah tetapi sekarang bila kena panggil saya pun sama gelak dengan mereka (warganet).

“Lagi kita tidak ambil kisah, mereka (warganet) pun lama-lama akan berhenti juga nak kutuk kita,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan nyanyian, Fatin berkata dia akan mengeluarkan lagu terbaru pada bulan hadapan.

“Single (lagu) saya akan keluar pada Julai ini, persiapan semua dah siap tinggal nak umum tarikh bila untuk keluarkan sahaja.

“Saya pun ternanti nanti bagaimana dengan penerimaan orang terhadap lagu itu nanti," katanya.

Tambahnya lagi, fokusnya kini untuk mengembangkan bidang nyanyian serta berlakon kerana ia merupakan dua perkara yang memang diminatinya.

“Saya akan tetap bernyanyi dan berlakon, dua-dua saya nak buat.

“Dulu saya dah rugi banyak masa kerana berhenti sekejap dari industri, tetapi kini saya kembali dan akan meletakkan fokus sepenuhnya untuk kerjaya saya,” katanya.

Kata Fatin, dia enggan memikiran komen warganet yang mengatakan dia tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

“Ramai juga kata, dah berlakon kenapa sibuk nak menyanyi, tetapi orang tidak tahu saya bermula di industri dengan nyanyian dahulu baru berlakon.

“Biasalah bila orang berkata, saya pun pilih untuk tidak endah sahajalah,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Saturday, June 15, 2019

'Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar di Malaysia', Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

'Saya Bukan Melayu Tapi Lahir Dan Besar di Malaysia', Amelia Henderson Bidas Pengkritik Rasis

Kegembiraan pelakon Amelia Henderson setelah memenangi anugerah Star Model 2019 di majlis Anugerah Festival Model Asia ke-14 (AMFA) 2019 sedikit tercalar oleh komen rasis netizen yang mempersoalkan kelayakannya memenangi kategori itu.

Amelia Henderson Lahir di malaysia

Individu yang menggunakan akaun Instagram yang ditetapkan kepada persendirian mendakwa wanita berdarah kacukan itu tidak layak merangkul anugerah berkenaan kerana bukan daripada keturunan Melayu.

Enggan berdiam diri, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 24, membalas komen rasis netizen yang mempersoalkan anugerah yang diterima.

"Saya sedih melihat komen yang datang daripada rakyat Malaysia sendiri. Sudah 2019, untuk menjadi sebuah negara yang kuat, kita perlu faham bahawa kita mempunyai pelbagai etnik.

"Ya, saya bukan Melayu tapi saya dilahirkan di Klang, Selangor, Malaysia. Ibu saya orang Malaysia dan bapa saya orang luar tapi saya dibesarkan di negara saya.

"Saya belajar di negara ini, saya bekerja di negara saya. Malaysia adalah negara saya sama seperti anda," kata Amelia.

Amelia yang berusia 24 tahun menerima Anugerah Star Model 2019 dalam kategori Malaysia pada hari ketiga acara tersebut.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri ramai selebriti Korea.

Amelia Henderson Rasis

Dalam pada itu, segelintir netizen turut 'menyerang' individu tersebut dan mempertahankan pelakon drama Cinta Non Grata berkenaan.

Selain itu, Amelia turut meluahkan perasaan bangga apabila dapat mewakili Malaysia dan berjaya dengan hasil usahanya sendiri.

"Tiada apa yang membuatkan saya lebih bangga apabila dapat mewakili negara saya. Saya bukan boneka yang dibayar untuk menyampaikan mesej.

"Saya berupaya melakukan sendiri. Saya juga rakyat Malaysia seperti anda," ujar Amelia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar