Monday, December 11, 2017

Khasiat Badam Meredakan Diabetes Dan  Batu Karang

Khasiat Badam Meredakan Diabetes Dan Batu Karang

Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Khasiat Badam untuk Diabetes Dan  Batu Karang

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response.

Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Badam Membantu Menghalang Batu Karang

Sementara itu, kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25 peratus risiko batu karang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ilham4u

Sunday, December 10, 2017

Khasiat Daun Kaduk Mencegah Lemak Dan Obesiti

Khasiat Daun Kaduk Mencegah Lemak Dan Obesiti

Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).

Daun Kaduk Mencegah kegemukan

Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.

Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pda kulit jari kaki (fungoid dermatitis).

Daun kaduk juga boleh dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi.

Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.

Daunnya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria.

Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN

Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.

Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.

“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, iaitu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri."

Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.

“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti.”

Prof Dr Zhari berkata, berbeza dengan produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan iaitu pembentukan sel lemak dalam badan.

7 Khasiat Daun Kaduk

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;
  1. sembelit
  2. sakitgigi
  3. demam malaria
  4. lemah dan sakit dalam tulang

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat, hanya caranya berbeza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Daun Kaduk Untuk Kesihatan

sumber: herbadantumbuhan

Friday, November 24, 2017

6 Punca Berat Badan Meningkat Secara Mendadak

6 Punca Berat Badan Meningkat Secara Mendadak

Menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.

6 Punca Berat Badan Meningkat

Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika (1999-2002) mengatakan, wanita yang mengunyah lebih daripada dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali kunyahan. Ini sudah tentu mengganggu program diet yang dilakukan.

Penambahan berat badan juga disebabkan oleh beberapa faktor dan ia perlu diperhatikan agar tidak terus meningkat tanpa dapat dikawal.

1. MAKAN KERANA STRES

Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37 peratus responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.

2. MAKAN TENGAH hARI DI LUAR

Sebanyak 20 peratus responden mengatakan makan tengah hari di luar pejabat turut menambahkan berat badan.

Ini kerana kita tidak tahu kuantiti bahan pengolah makanan dan berapa jumlah kalori daripada makanan yang disediakan.

3. MELEWATKAN WAKTU MAKAN

19 peratus pekerja mengatakan mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.

4. MENYAMBUT PERAYAAN

Ketika rakan anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.

Bayangkan dalam sebulan ada lima hingga enam sambutan yang dilakukan, tentunya ia boleh menambahkan kalori dalam badan.

Untuk mengatasinya, kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan rakan yang lain.

5. TIDAK TAHAN GODAAN UNTUK MENGUNYAH

Sebanyak 16 peratus responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli.

Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.

6. SNEK DARIPADA KAWAN SEPEJABAT

10 peratus responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak. Anda boleh makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

sumber: sinarharian

Friday, November 17, 2017

6 Makanan Penting Untuk Membina Otot

6 Makanan Penting Untuk Membina Otot

Rejim kecergasan tidak lengkap kala amalan pemakanan dan pengambilan nutrisi seimbang tidak diamalkan. Memberi impak lebih berkesan ke atas latihan kecergasan yang dilakukan setiap hari, pembinaan otot nyata memerlukan jadual nutrisi yang lengkap untuk menghasilkan otot yang punya dimensi dan kekal lama.

6 Makanan Penting Untuk Membina Otot

Berikut adalah senarai 6 makanan yang sangat penting untuk membina otot terutamanya bagi ahli bina badan.

1. Ikan Salmon

Meski punya kandungan protein seperti pelbagai jenis ikan yang lain, ikan salmon nyata paling banyak mengandungi kandungan protein yang mampu memberi zat secukupnya kepada pembinaan otot.

4 ons salmon mentah mengandungi 23 gram protein, 207 kalori selain 0 gram karbohidrat, 12 gram lemak dan 0 gram serat.

Kandungan lemak yang didapati di dalam ikan salmon sekurang-kurangnya memberikan impak kesihatan pada tubuh badan.

2. Telur

Sempurna dalam memberikan sumber tenaga kala mengharungi latihan olahraga dan kecergasan. Setiap sajian mengandungi asid amino untuk memberi kesan pengembangan dan memelihara otot anda.

Selain itu juga, telur merupakan sumber vitamin yang tinggi serta punya nutrisi penting untuk penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu yang luka dan tercedera akibat latihan bebanan yang dilakukan.

3. Dada ayam

Makanan rutin buat sesiapa sahaja, dada ayam nyata menjadi kegemaran. Dada ayam mengandungi sumber protein yang sangat tinggi dan juga punya kandungan lemak yang rendah berbanding dengan bahagian ayam yang lain.

Pengambilan dada ayam dalam jadual diet setiap hari nyata mampu memberikan kelebihan buat otot saat kekal membentuk.

4. Keju bebas lemak

Hadir sebagai sajian sihat kerana punya kandungan nutrisi asas iaitu protein yang sangat penting untuk membina tenaga.

Latihan kecergasan yang dilakukan nyata memerlukan sejumlah tenaga yang banyak untuk mengerah segala bahagian tubuh dan otot untuk membentuk.

Oleh yang demikian, pengambilan susu rendah lemak di dalam diet adalah jalan yang terbaik untuk mencipta otot yang menawan.

Setengah cawan keju halus mengandungi 80 kalori dan 16 gram protein yang mampu mengekstrak menjadi sejumlah tenaga dalam tubuh.

5. Kekacang

Amalkan pengambilan pelbagai jenis kekacang seperti badam, kismis, kurma dan sebagainya ke dalam satu nutrisi diet agar mencipta kelainan dalam pemakanan seharian.

Sejumlah kekacang mempunyai tenaga untuk mengecaj kembali tenaga yang habis digunakan untuk aktiviti latihan kecergasan selain ianya mempunyai khasiat yang tersendiri.

6. Susu rendah lemak

Sajian utama pada waktu pagi dan malam jika ingin mendapatkan bentuk otot yang diidamkan. Susu rendah lemak mempunyai sejumlah protein lambat hadam serta membekalkan asid amino dalam jangka masa yang panjang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: maskulin

Monday, November 13, 2017

Makan Coklat Mampu Menurunkan Kolesterol

Makan Coklat Mampu Menurunkan Kolesterol

Coklat sering kali dikaitkan dengan makanan kegemaran bagi kebanyakan individu, bagaimanapun, disebabkan manisan tersebut sering dikatakan menjadi punca utama bagi masalah kegemukan, kebanyakan individu akan cuba mengelak daripada mengambil makanan tersebut.

Makan Coklat Mampu Menurunkan Kolesterol

Biarpun begitu, pakar diet dan pemakanan dari Washington, Amerika Syarikat, Rebecca Scritchfield berkata, pengambilan coklat setiap hari tidak akan mendatangkan kesan sampingan terhadap tubuh seperti masalah kegemukan.

Sebaliknya, manisan tersebut memberi pelbagai manfaat terhadap kesihatan tubuh.

“Coklat mempunyai kandungan antioksidan dan flavonoid yang tinggi.

“Percaya atau tidak, jumlah kandungan tersebut sama dengan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran, teh dan anggur merah.

“Kewujudan kedua-dua bahan tersebut bukan sahaja mampu melancarkan aliran darah, tetapi membantu menurunkan tahap kolesterol di dalam tubuh,”jelasnya.

Tambah Rebecca lagi, selain menurunkan tahap kolesterol, coklat juga boleh mengatasi masalah tekanan darah rendah dan mengelakkan diri daripada terkena serangan jantung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Makan Coklat Boleh Menjadikan Anda Lebih Bijak!

sumber: kosmo

Friday, October 27, 2017

Diet Epal Hijau Mampu Turunkan Berat Badan

Diet Epal Hijau Mampu Turunkan Berat Badan

Percaya atau tidak, epal hijau yang nilainya hanya berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?

Diet

Nak tahu macam mana epal hijau boleh menjadikan anda seperti model? Jom baca artikel dibawah.

Ramai yang tahu kebaikan epal hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ini telah terbukti apabila seringkali kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.

Epal secara amnya, terbahagi kepada 2 jenis iaitu epal hijau dan epal merah. Ramai yang mengesyorkan memakan epal hijau untuk mengurangkan berat badan.

Persoalannya, apakah kandungan yang terdapat di dalam epal hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakannya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.

Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal.

Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana kaya dengan nutrien tambahan serta mengandungi kalori yang rendah.

Kalori bagi sebiji epal 154g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.

Epal hijau juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan, jika makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.

Apa itu diet Epal hijau?

3 Kelebihan Epal Hijau

1. Mengandungi Karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22g per 154 g epal.

Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

2. Makanan tinggi serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia.

Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan.

Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.

3. Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Buah epal kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C.

Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.

Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.

Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.

Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet dengan epal hijau.

Cara diet Epal hijau

(Anda mampu menurunkan 4kg dalam masa sebulan dengan diet ini)

Sarapan
  • Oatmeal dan Low Fat Milk

Snek 10.00 pagi
  • Jus Epal Hijau

Lunch
  • Jus Epal Hijau

Snek Pukul 3
  • Jus Epal Hijau

Makan Malam 6.30 petang
  • Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur, Nasi (sikit je tau)

10 malam sebelum tidur
  • Jus Epal Hijau

*Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Anda akan mengalami penurunan 1 @ 2kg seminggu.

Tapi perlu ingat, jus epal hendaklah blender sendiri, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan membuatkan anda merasa kenyang.

Ia juga amat sesuai untuk semua golongan, lelaki dan juga perempuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia 10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol

sumber: diarikurus

Thursday, October 26, 2017

21 Resepi Minuman Detox, Selamat Dan Menyihatkan Badan

21 Resepi Minuman Detox, Selamat Dan Menyihatkan Badan

Banyak kelebihan yang diperolehi melalui pengambilan air minuman detox ini terutamanya ia membantu menguruskan badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk pelangsingan badan.

Detox

Air detox memang sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan utama yang digunakan berasaskan air, campuran buah-buahan dan herba.

Antara kebaikan air detox:
  • mengawal keseimbangan paras gula dalam darah
  • membantu sistem pencernaan dan penghadaman lebih baik dan lancar
  • membantu mencairkan lemak
  • menyahtoksin dalam badan
  • menperkukuhkan sistem imun tubuh
  • mengatasi masalah sembelit
  • mengawal selera makan
  • mengempis dan menjadikan perut rata
  • pemulihan dan pembinaan semula sel dalam tubuh
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
  • sakit berkurangan dan alahan
  • membantu merawat pedih ulu hati
  • meningkatkan tenaga dan kadar metabolisme
  • menurunkan paras kolestrol
  • merawat stres dan sakit kepala

Tubuh kita mengandungi kira-kira 70 peratus air dan ini bermakna setiap hari, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 hingga 3 liter air yang perlu kita minum.

Minum air dengan secukupnya akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus. Di samping itu, ia menjadikan kulit kekal lembap dan berseri manakala rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.

Tetapi mampukah kita minum air putih semata tanpa sebarang rasa? Pengambilan air yang disarankan boleh dicukupkan jika kita pandai mempelbagaikan rasanya dan penyediaannya.

Sekiranya anda dalam proses berdiet dan menguruskan badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Kerana itulah diperkenalkan infused detox water atau lebih dikenali sebagai air detox.

Kami ingin kongsikan kepada anda 21 resepi minuman air detox yang telah dipelbagaikan dan anda mesti cuba dan buat sendiri di rumah.

Anda boleh minum air ini pada bila-bila masa sahaja seperti minum air kosong cuma air detox lebih menyihatkan, penyediaannya yang menarik dan berperisa, sedap baunya, malahan ianya juga amat menyegarkan.

21 Resepi Air Minuman Detox

1. Teh hijau + daun pudina + limau nipis

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ini rendamkan 10 helai teh hijau dengan air panas.

Jika tiada daun teh hijau, boleh juga gunakan 2 sudu besar serbuk teh hijau. Rendam seketika dan tapis habuknya.

Kemudian ambil perahan jus sebiji limau nipis dan 5 helai daun pudina. Gaulkan semua bahan ini ke dalam teko yang berisi air.

Air ini sedap diminum ketika masih suam mahupun sejuk. Air detox ini membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan, melancarkan sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

2. Strawberi + kiwi + daun pudina

Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.

Campuran strawberi, kiwi dan daun pudina berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan lebih baik.

Resepi air minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Gabungkan hirisan 2 biji buah kiwi dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun pudina ke dalam jag minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk untuk lebih sedap.

Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

3. Timun + lemon + limau nipis

Air detox ini dipanggil juga sebagai ‘detox water 3-in-1’. Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan anda.

Jadi, kepada anda yang sedang berdiet, air minuman ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji buah lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air.

Boleh simpankan ia di dalam peti atau masukkan beberapa ketul kiub ais untuk lebih kesegaran.

4. Limau nipis + buah oren + lemon

Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.

Dengan adanya sistem imun yang kuat, ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai jenis penyakit.

Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong.

Boleh juga ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka.

Amalan minum air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

5. Timun + lemon + halia + daun pudina

Resipi air ini sangat membantu bagi mereka yang memiliki perut boroi atau buncit yang berhasrat untuk kempiskan perut.

Resepi air ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya juga senang diperolehi.

Gabungan antara timun, lemon, halia dan daun pudina sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan.

Caranya, sediakan 1 jag air masak dan hiris sebatang timun, 1/2 biji lemon, 1/2 inci halia.

Rendamkan kesemua bahan bersama segenggam daun pudina. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam sebelum nikmatinya ketika cuaca panas.

Wah, kesegarannya sampai bergetar tulang rusuk.

6. Grapefruit + halia + lemon + limau nipis + daun pudina

Ambil sebiji buah grapefruit, 1/2 batang timun, 1/2 biji buah lemon dan sebiji buah limau nipis, kemudian dihiris-hiris.

Campurkan kesemua bahan ini dengan beberapa helaian daun pudina ke dalam jag berisi air. Simpankannya di dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk diminum.

Khasiat yang terkandung dalam buah grapefruit membantu dalam pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak dalam penyingkiran toksin dalam badan.

Halia yang bersifat anti-radang membantu mempercepatkan penyembuhan serta membuang angin dalam badan. Daun pudina pula memudahkan aktiviti perkumuhan sistem badan.

7. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis

Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air.

Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh menggunakan bahan ini berulang kali sehingga 4 kali.

Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme.

8. Strawberi + tembikai + daun pudina

Warnanya yang merah terang sudah tentu mampu memikat dan menaikkan hasrat anda untuk mencuba air detox hasil gabungan kedua-dua buah ini.

Campurkan secawan strawberi bersama 5 hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air.

Untuk aroma yang lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa.

Khasiat air detox ini berfungsi sebagai anti-radang dan mencantikkan kulit.

9. Cuka epal + lemon + kulit kayu manis + epal

Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu besar cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus.

Masukkan ke dalam setengah jag air dan jangan lupa letakkan sebiji epal yang telah dihiris nipis.  Gaul dan biarkan seketika supaya air sebati dengan bahan-bahan tersebut.

Buah epal kaya dengan serat yang membantu memudahkan perkumuhan sementara kayu manis pula membantu mengawal selera makan.

10. Halia + lemon

Halia merupakan penawar bagi banyak penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan pencernaan.

Masukkan jus perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam air. Cuba amalkan air detox ini pada setiap pagi dan ia mampu merawat segala kesakitan dalam badan.

Campuran halia dan lemon berhasil sebagai agen penyahtoksin dalam badan dan begitu berkesan sebagai ubat semula jadi dalam merawat selesema.

11. Aloe vera + lemon

Aloe vera membantu memudahkan penghadaman dalam perut, selain menghilangkan rasa letih dan meningkatkan tenaga.

Kaedah penyediaannya adalah dengan mengambil sebatang aloe vera dan ambil isi berserta lendirnya, lalu dikisar halus dengan campuran perahan jus lemon sedikit air.

Anda boleh juga menggunakan pati atau ekstrak aloe vera yang telah dijadikan gel sekiranya tidak tahan dengan rasa dan bau aslinya yang agak kuat.

Campurkan 3 sudu gel aloe vera dan 2 sudu besar jus lemon. Kacau rata dan minum ketika sejuk.

12. Lemon + limau nipis + oren + timun + halia + daun pudina

Bagi yang sering kembung perut, boleh cuba amalkan minuman detox ini dengan mencampurkan 1/2 biji lemon, 1/2 biji limu nipis, 1/2 biji oren, 1/2 batang timun dan 1/2 inci halia.

Hiriskan kesemua bahan dan rendamkan ke dalam 1 jag berisi air bersama-sama dengan segenggam daun pudina.

Simpan dan sejukkan air ini ke dalam peti sejuk selama 2 jam. Kelebihan air detox ini ia dapat mencuci buah pinggang anda.

Namun, sekiranya air detox ini tidak diminum dan dihabiskan dalam masa 24 jam, buangkan ia dan buat air menggunakan bahan-bahan yang baru.

13. Strawberi + nanas + cuka epal + daun basil

Corak gaya hidup masa kini yang kian mencabar sering membuatkan kita rasa stress dan tanpa sedar apa sahaja makanan atau minuman yang manis akan menjadi ‘santapan’ untuk kita tenangkan diri.

Tetapi, tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan terutamanya dalam minuman bikarbonat akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya penyakit jantung, kegemukan dan diabetes.

Oleh itu, cara yang paling selamat dan berkesan untuk mengurangkan stres adalah dengan menggantikan segala manisan dengan minuman air detox yang berkhasiat iaitu campurkan 5 biji buah strawberi, 1/2 cawan nanas dipotong kecil, 2 sudu besar cuka epal, 5 helai daun basil dan beberapa kiub ais ke dalam jag yang berisi air.

Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan nikmatilah air minuman segar ini dengan rasa yang sedikit masam dan manisnya.

14. Nanas + daun pudina

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis. Daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

Cara untuk membuat air ini ialah ambil 1/2 biji nanas dan potong kecil-kecil mengikut citarasa anda.

Masukkan potongan buah ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air dan tambahkan dengan segenggam daun pudina.

Tutup dan simpankan ia ke dalam peti ais. Biarkan semalaman agar campuran ini sebati sepenuhnya.

15. Strawberi + limau nipis + timun + daun pudina

Penyediaannya mudah malah ia juga rendah kalori. Hanya belahkan 7 biji strawberi, kemudian hiriskan sebiji limau nipis dan 1/2 batang timun.

Masukkan kesemuanya ke dalam jag yang berisi air. Letakkan beberapa kiub ais dan 5 helai daun pudina.

Strawberi terkenal dengan khasiat buahnya yang kaya dengan antioksidan, timun pula bersifat deuretik yang membantu dalam penyahidratan, manakala limau nipis adalah sangat baik yang bertindak sebagai agen anti-penuaan serta memulihkan kembali rambut, kulit dan kuku.

16. Tembikai

Buah tembikai biasanya dimakan sebagai pencuci mulut. Khasiatnya kaya dengan air, serat, mineral dan vitaminnya.

Jika ada lebihan buah ini, jangan biarkan ia tersimpan di dalam peti begitu sahaja. Potong buah tembikai ini kecil-kecil, masukkan air masak ke dalam jag pengisar separas buah dan kisar halus. Sejukkan seketika dan sedia untuk diminum.

Tetapi harus diingat, jus tembikai tidak mampu bertahan lama, jadi buangkan ia jika tidak diminum dalam masa 24 jam dan buat sahaja yang baru.

17. Lemon + daun pudina

Air detox yang paling cepat dan mudah penyediaannya ialah dengan mengambil setengah biji lemon, lalu diperahkan ke dalam segelas air masak. Rendam seketika dengan beberapa helai daun pudina.

Minum dan amalkan setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.

Amalan meminum air ini dapat memecahkan lemak di samping membantu sistem tubuh menyahtoksin yang terkumpul dalam badan. Ini akan menjadikan anda lebih sihat dan cergas.

Jadi, bagi anda yang berhasrat ingin segera kurus, air detox ini sangat membantu.

18. Epal + kulit kayu manis + rhubarb

Hiris sebiji epal dan sebatang rhubarb, lalu masukkan bersama sebatang kulit kayu manis ke dalam segelas air yang berisi 3 ketul ais.

Buah epal membantu dalam mengekalkan kesihatan tulang dan otot, manakala kayu manis pula merupakan salah satu herba yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.

Rhubarb pula merupakan sayuran merah yang mengandungi vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah.

Ia juga mengandungi beberapa antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan kulit, mata, jantung dan sistem imun pada tubuh badan serta membantu metabolisma lemak.

Ia digunakan untuk merawat buasir, darah beku, sembelit dan kolesterol tinggi.

Namun begitu, tumbuhan rhubarb ini tidak sesuai untuk mereka yang menghidap gout, batu karang, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan sewaktu haid.

19. Timun + raspberi + anggur

Apa yang anda perlu sediakan ialah 1/2 batang timun dihiris nipis, 5 biji raspberi dan 10 biji anggur hitam dibelah dua.

Masukkan kesemuanya di dalam segelas air dan biarkan sejuk selama 1 jam di dalam peti. Air ini bertambah sedap sekiranya bahan-bahan ini dibiarkan lebih lama terendam.

Timun membantu mengembalikan kesegaran akibat penghidratan dan juga baik untuk sistem pencernaan selain membantu membersih dan menyingkirkan toksin dalam badan.

Raspberi pula bertindak sebagai agen anti-radang, manakala khasiat yang terkandung dalam anggur bertindak sebagai anti-kanser.

Gabungan ketiga-tiga bahan ini sangat membantu anda yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Air detox ini sangat sesuai bagi perokok tegar yang berazam untuk berhenti dari merokok.

20. Beri

Inginkan kelainan rasa selain strawberi? Jom cuba resepi istimewa ini dengan masukkan secawan beri sama ada gabungan acai beri, bluberi, mulberi, raspberi dan kranberi atau boleh juga dicampurkan kesemua buah-buahan ini ke dalam mesin pengisar dan isikannya dengan sedikit air separas buah.

Untuk kesegaran, tambahkan beberapa kiub ais. Biarkan seketika dan sedia untuk diminum.

Keluarga beri dikatakan mengandungi antosianin dan paras antioksidan yang tinggi selain kaya dengan sumber fiber yang berfungsi menambah baik sistem penghadaman.

Manakala Vitamin C yang terkandung di dalamnya pula membantu meningkatkan tenaga dan sistem imunisasi, sebagai anti-radikal bebas, membantu menyihat dan mencerahkan mata, merawat serangan asma serta mengurangkan kolesterol dan memecahkan lemak.

Malah berita baiknya terutamanya bagi kaum wanita, khasiat keluarga beri ini membantu membuatkan kulit anda lebih awet muda, sihat dan berseri.

Jadi, tidak hairanlah semua produk kesihatan, kecantikan dan pelangsingan banyak menggunakan beri sebagai ramuan khusus.

21. Campuran buah-buahan (cocktail)

Di sini anda mempunyai kebebasan dalam penyediaan minuman detox yang mana anda punya banyak pilihan untuk menggabungkan buah-buahan yang disukai atau boleh juga dengan menambah semua buah-buahan untuk nikmati rasa yang pelbagai.

Tetapi harus diingat, tiada penggunaan buah pisang sebagai minuman detox anda kerana kandungan gula dan karbohidratnya yang agak tinggi.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Salah Ramuan Punca Diet Teh Gagal

sumber: diarikurus

Sunday, October 01, 2017

10 Buah Dan Sayur Yang Boleh Menentang Lemak Untuk Vegetarian

10 Buah Dan Sayur Yang Boleh Menentang Lemak Untuk Vegetarian

Masalah lemak dibadan sememangnya sangat memeningkan kepala. Malah, ada juga yang kerana hendak nampak cantik dan ramping, ramai mengabaikan faktor keselamatan dalam diet pemakanan.

Lemak

Sebenarnya, ada beberapa jenis buah dan sayur yang boleh dimakan untuk menyingkirkan lemak di badan.

Siapa yang tak suka makan buah kan? Tapi, kalau sayur tu mungkin ada sesetengah orang yang tidak berapa suka makan dan memilih sikit.

Jom kita semak apakah buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh 'membantu' kita membakar lemak di dalam badan.

6 Buah-buahan yang boleh menentang lemak

1. Raspberi

Mengandungi antosianin flavonoid yang bantu badan kita hasilkan adiponectin iaitu sejenis hormon yang dikaitkan dengan kemampuannya merendahkan tahap glokusa, mengawal nafsu makan dan rangsang metabolisme.

Ia juga merupakan sumber terbaik serat yang bagus untuk pencernaan dan mengelakkan kembung.

2. Blueberi

Diet dengan buah ni boleh mengubah macam mana badan kita simpan dan proses gula untuk dijadikan tenaga. Boleh dijadikan snek ringan untuk mengurangkan berat badan.

3. Tembikai

Dapat menghalang kita dari dehidrasi sebab ia mengandungi 92% air, terutama pada hari panas. Perut kita pun sentiasa kenyang dengan air yang kita dapat dari buah ni. So, diet dah tu.

4. Nanas

buahnya kaya dengan enzim bromelain yang bantu pecahkan protein dan legakan pencernaan. Kalau korang nak tau, sistem pencernaan yang baik akan bantu kita menurunkan berat badan.

5. Acai

Buah ni amat kaya dengan antosianin yang membantu badan kita menghasilkan adiponectin *hormon yang rangsang penghasilan metabolisme.

Ia juga kaya dengan lemak sihat dan serat supaya aktiviti kardiovaskular dan pencernaan dirangsang.

6. Mangga

Mengandungi serat yang mana ia dikaitkan dengan penurunan gula dalam darah pada orang dewasa yang obes.

Bila gula dalam darah diseimbangkan, so badan akan berupaya mengatur hormon dan lemak akan terbakar dengan senang.

4 Sayur yang boleh menentang lemak

1. Timun

Sifat diuretik semulajadi yang dimiliki olehnya membantu badan mengurangkan pembendungan air dalam badan dan kekembungan. Lagipun, timun mempunyai 95% air.

2. Terung

Sayur yang rendah dengan indek glisemik, rendah karbohidrat dan kalori tapi tinggi zat yang diperlukan oleh badan kita. Pengamal vegetarian sangat sesuai dijadikan menu dalam diet mereka.

3. Kubis

Kubis kaya dengan air dan mineral yang mana ia mampu halang badan kita mengurangkan berat badan disebabkan cecair berlebihan.

4. Zukini

Buah ni merupakan buah yang tinggi serat tapi rendah kalori. Selalunya orang makan buah ni macam tu je *mentah dan diletakkan dalam salad jugak.

Pengambilannya boleh membantu 'memotong' karbohidrat dan kalori.

Dapatkan Nasihat Pakar

Apa yang penting, dapatkan nasihat pakar kalau nak berdiet.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: ciklapunyabelog

Thursday, September 28, 2017

15 Jenis Ulam Awet Muda Yang Anda Patut Makan Selalu

15 Jenis Ulam Awet Muda Yang Anda Patut Makan Selalu

Selain amalan senaman dan penjagaan kesihatan yang baik, antara bahan makanan yang boleh bantu anda yang mahu awet muda ialah pengambilan sayur-sayuran dan ulam-ulaman setiap hari disamping zat makanan yang lain.

Ulam Awet Muda

Dipercayai penting untuk kelancaran proses penghadaman dan pencernaan terutama jika kesuntukan masa untuk menyediakan masakan sayur, boleh amalkan ulam-ulaman.

Mudah, sihat dan tak perlu dimasak melainkan dicelur atau direbus sebentar. Lebih enak jika ada sambal belacan!

Senarai ulam untuk anda yang mahu awet muda.

1. Jantung pisang

Diperolehi daripada pokok pisang, jantung pisang atau bunga pisang ini berwarna merah keunguan.

Tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit, jantung pisang boleh menjadi menu yang baik semasa bulan puasa.

Boleh direbus atau dicelur, dimasak lemak putih atau dibuat kerabu.

2. Ulam raja

Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Ibu dalam pantang pun bagus makan ulam raja ni. Nak tanam pun mudah sahaja.

Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.

3. Kacang botor/kelisa

Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Lazimnya dikacau goreng. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.

4. Timun Jepun

Ini antara ulam yang sedap dan rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu dan dipercayai timun dapat atasi masalah sembelit dan gastrik.

Jadi, boleh amalkan memakan ulam timun sepanjang berpuasa ini.

5. Petai

Salah satu ulam kegemaran rakyat Malaysia ni. Sama ada direbus atau dibakar, enak dimakan bersama sambal. Apatah lagi dimasukkan dalam sambal tumis!

Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat untuk kesihatan tubuh anda.

6. Cekur

Pokok cekur, daripada rizom, pucuk dan daunnya semua boleh dimakan dan tinggi khasiat.

Ulam kegemaran orang Jawa dan sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.

Selain rangup, cekur juga memberi aroma harum pada masakan.

7. Pegaga

Antara ulam yang popular dan sering dijumpai. Pegaga boleh dimakan begitu sahaja bersama sambal, dibuat jus atau dijadikan kerabu.

Amalan meminum air rebusan pegaga pula dikatakan boleh menaikkan seri wajah.

Sangat bagus menjelang raya nanti untuk mendapat kulit muka berseri.

8. Bendi rebus

Selain dijadikan bahan dalam masakan seperti asam pedas dan kari, bendi juga lazat dimakan bersama sambal. Hanya celurkan sebentar hingga lembut.

Antara khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori, juga merupakan satu sumber makanan yang baik untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.

9. Selom

Daun selom biasa dimakan bersama laksa Kedah atau dibuat urap. Dijadikan ulam juga tak kurang enaknya.

Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan.

Daun selom juga mudah ditanam dan boleh tumbuh meliar di kawasan berair dan lembap.

10. Pucuk ubi

Pucuk ubi rebus merupakan salah satu bahan utama dalam pecal Jawa, tapi nak dicicah dengan sambal belacan pun sedap juga.

Khasiat pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.

11. Kaduk

Daun yang seakan-akan daun sirih ini menjadi bahan utama dalam menu snek tradisional Thai iaitu Miang-kham.

Ia boleh juga dicelur sebentar dan dimakan bersama sambal.

Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.

12. Jering

Mungkin ada yang kurang menggemari ulam ini disebabkan bau dan rasa nya yang agak tajam berbanding petai.

Tetapi jering banyak khasiatnya kepada kesihatan antaranya, mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang.

13. Terung pipit

Berbentuk bulat, berwarna hijau dan bersaiz kecil, terung pipit sememangnya berbeza berbanding terung biasa.

Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Memang enak!

Boleh direbus hingga lembut atau dimasukkan ke dalam sambal.

Terung pipit dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.

14. Rebung

Selain dibuat masak lemak, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung? Bantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.

15. Peria katak

Biarpun rasanya amat pahit tapi kaya dengan khasiat, peria katak percayai dapat membantu merendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes.

Jika mampu tahan pahit, boleh dimakan mentah. Jika tidak, boleh cuba masak goreng bersama ikan bilis atau taucu.

Bagi anda yang mahu awet muda tapi ada masalah kesihatan atau was-was dengan apa yang dicadangkan di atas ini, mohon bertanya terlebih dahulu dengan doktor, ahli dietetik atau ahli pemakanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, August 20, 2017

Nak Perut Kempis Bak Selebriti? Minumlah Detoks Timun Sebelum Tidur

Nak Perut Kempis Bak Selebriti? Minumlah Detoks Timun Sebelum Tidur

Lemak di perut dikatakan lemak paling teruk dalam badan dan ia berpunca daripada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes type 2, masalah tidur dan macam-macam lagi.

Detoks Timun

Okay senaman merupakan cara terbaik untuk masalah ini tetapi pada sesiapa yang tidak mempunyai masa yang cukup, mungkin boleh amalkan minuman detoks timun untuk membakar lemak di bahagian perut.

Ya. Timun.Untuk pengetahuan anda, timun merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, malah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia. Selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda?

Ini antara kebaikan minuman detoks timun:

1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.

2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda.

3. Minuman ini mempercepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Bahan-bahan untuk menyediakan minuman detoks adalah sangat mudah, anda hanya perlu sediakan ½ biji lemon, 1 biji timun, segenggam daun parsley, 1 sudu kecil halia yang diparut dan 1/3 air masak.

Selepas itu, campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. Insyallah jika dijadikan rutin hasilnya amat menakjubkan.

Selamat Mencuba Semua!

BACA INI JUGA: 5 Sebab Perut Buncit Mengikut Fakta Saintifik

sumber: wanista

Monday, August 07, 2017

Salah Ramuan Punca Diet Teh Gagal

Salah Ramuan Punca Diet Teh Gagal

Secangkir teh dapat meningkatkan metabolisme tubuh seseorang selain melancarkan proses penurunan berat badan bagaimanapun, rasa teh yang kelat dan sedikit pahit menyebabkan individu sering menambahkan bahan perisa untuk menyedapkan minuman tersebut.

Diet Teh

Tanpa mereka sedari, perbuatan itu bukan sahaja menyebabkan proses penurunan berat badan tidak berlaku, malah menyebabkan perut bertambah buncit.

Menurut pakar diet dan pemakanan Amerika Syarikat, Lana Billings-Smith, antara kesalahan minum teh yang mengganggu proses diet seseorang ialah penambahan bahan perasa seperti gula dan susu yang berlebihan.

Diet teh yang mengandungi gula tinggi boleh meningkatkan penambahan berat badan.

Menerusi kajian yang dilakukan, menambah gula atau madu akan meningkatkan jumlah kalori pada minuman teh seseorang.

Lebih-lebih lagi apabila setiap sudu teh gula yang diletakkan dipercayai bersamaan dengan 16 kalori.

Menurutnya lagi, pertambahan susu di dalam teh pula akan menghilangkan semua kandungan oksida di dalamnya sekaligus menyebabkan gangguan peningkatan metabolisme seseorang.

Pakar diet turut menyarankan agar individu menggunakan lemon sebagai penambah rasa bagi meningkatkan kandungan antioksidan.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Tuesday, May 16, 2017

Diet Lemon Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu!

Diet Lemon Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu!

Diet limau atau disebut juga diet detoksifikasi, selain boleh membuat langsing, menghilangkan perut buncit dan membersihkan tubuh dari racun yang mengganggu sistem pencernaan.

Diet+Lemon

Makanan semulajadi mampu membantu proses detoksifikasi, ditambah dengan meminum air yang cukup dalam satu hari, maka tubuh dengan mudah menghilangkan racun yang berbahaya.

Ketika mengamalkan rutin diet lemon, anda tidak boleh meminum teh, kopi dan minuman beralkohol.

Cara Membuat Lemonade

Bahan diperlukan:-
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 300 ml air masak
  • 2 sudu teh sirap maple organik atau sirap kayu manis
  • secubit lada cayenne

Cara membuat:-
  • Campur semua bahan ke dalam gelas. Jadilah segelas lemonade.

Jadual diet lemon semalam seminggu:-

Isnin

Bermula dengan hari Isnin, di sini anda perlu minum banyak lemonade. Untuk permulaan, minumlah air limau hangat apabila anda bangun tidur.

Hal ini berfungsi agar buang air besar anda lancar dan menghilangkan racun dalam tubuh. Dalam sehari, anda perlu memberi tumpuan untuk meminum air putih yang cukup sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.

Cuba untuk minum, di luar waktu makan anda untuk menekan nafsu makan.

Selasa

Target hari Selasa adalah membakar lemak. Makanlah vitamin C, yang cukup untuk menghilangkan lemak. Minum segelas air limau hangat apabila bangun tidur.

Makanlah lima hidangan buah dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C dalam sehari.

Untuk melengkapkan menu anda, makanlah bijirin dengan buah segar atau buah kering, saat anda lapar.

Rabu

Target hari Rabu adalah mengawal kadar gula darah anda kerana ini adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

Jika gula darah tinggi, badan anda akan menyimpannya menjadi lemak. Tambah 1 sudu makan air limau nipis pada masakan anda. Air limau nipis dan limau dapat membantu memecah gula darah dalam aliran darah anda.

Pengambilan makanan yang rendak glisemik indeksnya dan sayur-sayuran kaya serat.

Khamis

Target hari ini adalah pengambilan makanan rendah gula dan perbanyak karbohidrat sihat yang rendah glisemik indeks.

Karbohidrat yang rendah kadar GInya adalah roti gandum atau biskut bijirin. Elakkan juga buah yang tinggi kadar gulanya. Ganti gula dengan madu yang lebih sihat.

Jumaat

Di hari Jumaat, pengambilan lemak baik bermanfaat untuk kesihatan. Kacang, bijirin, minyak ikan dan minyak walnut serta minyak zaitun sangat baik untuk kesihatan dan membantu melangsingkan badan.

Kurangkan pengambilan lemak yang kurang sihat yang terdapat dalam produk susu, mentega dan daging. Gantilah dengan almond, walnut, bunga matahari, labu dan biji rami.

Sabtu

Target hari Sabtu adalah makan makanan semulajadi yang menyihatkan. Pengambilan bijirin dan makanan dari bijirin, yang kaya serat, vitamin dan mineral.

Gandum tidak mengandungi gula yang menghalang pencernaan dan tidak akan membebankan kerja hati untuk membakar lemak.

Untuk makan tengah hari, anda boleh makan roti gandum atau bijirin. Gunakan bahan-bahan organik dalam menu masakan diet anda.

Ahad

Target untuk hari minggu adalah memperbaiki sistem pencernaan anda. Pencernaan yang baik, akan melancarkan metabolisme tubuh dan membuat anda mudah menurunkan berat badan.

Pertama, kunyah makanan anda dengan baik, kemudian makan secukupnya pada waktu yang teratur dan jangan makan di depan televisyen, kerana akan membuat makan anda tidak terkawal.

Pastikan anda melakukan sukan yang teratur dan banyak bergerak agar pencernaan anda lebih sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Khasiat Tomato Untuk Wanita

sumber: vemale

Thursday, May 11, 2017

8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

Apabila mendengar kacang almond disebut ramai yang tidak tahu, tetapi tahukah anda bahawa kacang almond adalah sebenarnya kacang badam!

Khasiat Badam

Badam merupakan kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi baik untuk kesihatan dan kecantikan telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu.

Kacang Badam mengandungi;
  • protein
  • serat
  • kalsium
  • magnesium
  • kalium
  • zinc
  • selenium
  • kuprum
  • phosphorus
  • biotin
  • riboflavin
  • niacin
  • zat besi
  • vitamin E
  • antioksida lain yang tinggi

Selalunya kacang badam dicampur dalam makanan untuk menambahkan kelazatan seperti aiskrim atau pun salad.

Menariknya, kacang badam adalah kacang yang tidak menimbulkan jerawat di muka yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita.

Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu.

Jom ketahui khasiat badam yang anda perlu ambil tahu.

8 Khasiat Badam Untuk Kesihatan Tubuh Dan Diet Sihat

1. Merendahkan Risiko Darah Tinggi Dan Serangan Jantung

Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.

Ini adalah kerana badam mengandungi asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

2. Menurunkan Berat Badan

Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.

Asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan.

Zat yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.

Jadikan badam sebagai snek sihat anda setiap hari , boleh ambil 5 ke hingga 6 biji badam semasa snek, ini membantu anda mengawal selera makan.

3. Menguatkan Memori

Badam adalah sumber zat yang dikatakan membantu dalam perkembangan otak. Sebab itulah,beribu-ribu tahun dahulu,ia telah digunakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan juga India, untuk tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, hadis dan juga pelbagai ilmu.

Jadi, anda disarankan memberikan badam sebagai makanan wajib buat anak-anak anda yang sedang membesar.

4. Membantu Menghalang Osteoporosis

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis kerana kira-kira 25-30 biji badam mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.

Seperti kita tahu,kalsium sangat diperlukan untuk menghalang osteoporosis malah, kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum.

5. Menghalang Batu Karang

Terdapat kajian yang mendapati sekiranya wanita yang memakan sekurang-kurangnya 30gm badam atau mentega kacang badam dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko batu karang

6. Melancarkan Peredaran Darah

Sekiranya tekanan darah seseorang itu turun,ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi stress. Oleh itu vitamin dan mineral yang terdapat pada almond bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah stress terjadi.

7. Mengelakkan Kecacatan Kepada Bayi

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat sangat penting bagi wanita hamil. Folate dapat membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

8. Badam Mencantikkan Kulit

Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, mampu memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit.

Manakala,dalam rawatan terapi wangian(aromaterapi),minyak badam berperanan sebagai memainkan pelindung kepada kulit daripada terbakar. Ia dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

sumber: mrtengkuasmadi

Saturday, May 06, 2017

9 Makanan Tidak Perlu Dalam Diet Dan Wajib Dielakkan

9 Makanan Tidak Perlu Dalam Diet Dan Wajib Dielakkan

Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan segar.

Makan diet

Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan, manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap kerana ingin menurunkan berat badan.

Terdapat lebih kurang 9 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian bagi mendapatkan pemakanan sihat dan seimbang.

Jika anda menghadapi masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu bagi mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan.

Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

1. Minuman bergas (solf drinks)

Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan.

Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap air bergas.

Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda.

Tambahkan pengambilan air, teh serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

2. Minuman kedai kopi

Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi.

Sama ada kopi ‘O’ atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula dan penambah perisa yang lain.

Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi ‘O’, tanpa menambah susu, creamer atau gula.

3. Produk kaya tepung

Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya.

‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat berharga.

Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4. Roti, kek dan pastry

Roti keju yang besar dan muffin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda.

Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi.

Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.

Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut.

Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5. Makanan dan Minuman pek segera (instant)

Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera.

Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat, tetapi adakah anda sedar bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi?

Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi?.

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan.

Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.

6. Makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin sangat berguna ketika kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

7. Makanan goreng

Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.

8. Makanan segera

Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian.

Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan.

Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.

9. Snek buah

Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar?

Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan.

Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.

BACA INI JUGA: Bahaya Diet Tinggi Protein Untuk Mengurangkan Berat Badan

sumber: sinarharian

Tuesday, June 28, 2016

8 Jenis Makanan Yang Menggemukkan

8 Jenis Makanan Yang Menggemukkan

Jika tak nak berat badan anda bertambah naik, hati-hati dengan lapan jenis makanan yang menggemukkan ini.

Makanan Yang Menggemukkan.jpg

Jika tidak boleh menyingkirkannya daripada menu pilihan anda, cubalah gantinya dengan jenis yang rendah kalori serta bebas lemak. Tak pun, kurangkan kekerapan ‘menyantapnya’.

Berikut adalah lapan jenis makanan yang menggemukkan anda jika tidak dikawal pengambilannya. Semak!

1. Minuman berkarbonat

Biarpun mendatangkan kesegaran sesat, namun minuman yang menjadi kegemaran ramai ini sama sekali tidak mempunyai nila-nilai nutrisi. Tetapi, ia kaya dengan kandungan gula, sodium dan kalori.

2. Aiskrim

Sungguh nikmat! Namun, aiskrim merupakan sajian yang amat tinggi kandungan lemak, gula dan kalori. Anda yang sedang berdiet, eloklah berfikir dua tiga kali terlebih dahulu sebelum mahu menikmatinya!

3. Mayonis

Mempunyai kandungan lemak di dalamnya. Jadi, sebaiknya pakai sedikit sahaja jika anda mahu menikmatinya.

4. Kopi Segera

Tahukan anda bahawa secawan kopi segera itu mengandungi lebih daripada 39 lemak? Jika tidak mahu tubuh anda menjadi timbunan lemak, kira dengan teleiti berapa jumlah kalori daripada kopi segera yang telah masuk ke dalam tubuh anda?

5. Daging Olahan

Sosej dan segala jenis daging olahan mengandungi lemak yang tidak baik. Kadarnya begitu tinggi, sama banyak dengan kadar garam yang terkandung di dalamnya.

6. Makanan Segera

Di antaranya burger dan kentang goreng Kandungan lemaknya sangat tinggi, begitu juga dengan kalorinya.

7. Krim

Whipped cream yang sering dipakai sebagai penghias pada jus strawberi dan dressing salad, mengandungi lemak tnggi, dan akan menjadi kalori tinggi jika dicampur dengan makanan sihat anda.

Sebaiknya, jika anda sedang memakan makanan sihat, sebaiknya tidak dicampur dengan aneka krim atau topping.

8. Kerepek Kentang

Jajan yang ranggup ini merupakan salah satu makanan yang paling besar potensinya untuk membuatkan anda gemuk kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi.

Belum kira lagi kandungan lemak dan gulanya, sehingga jumlah kalorinya menjadi lebih tinggi.

Di samping itu, kerepek-kerepek kentang ini juga mengandungi bahan pengawet, perasa dan pemanis buatan yang cukup jelas tidak baik untuk kesihatan tubuh.

BACA INI JUGA: Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!

Sumber: Wom