Sunday, December 17, 2017

Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kinabatangan

Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kinabatangan

Kinabatangan sangat terkenal di kalangan penduduk di Malaysia dan pelancong luar negara dengan sungainya terpanjang di negeri Sabah dan juga merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia.

Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kinabatangan

Kinabatanga adalah sebuah daerah kecil yang terletak dalam bahagian Sandakan dan mempunyai beberapa pekan kecil seperti Bukit Garam dan Sukau. Kinabatangan dikatakan telah wujud sekitar tahun 1881 dimana penduduknya pada masa itu mula membuat penempatan di sepanjang Sungai Kinabatangan.

Kebanyakan penduduk Kinabatangan terdiri daripada suku kaum Sungai dan jumlah keseluruhan bilangan penduduk di daerah Kinabatangan adalah kira-kira 100 ribu orang dengan keluasan kawasan kira-kira 800 ribu hektar.

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik di sekitar daerah Kinabatangan yang menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini.

HUTAN

Kitaran banjir yang berubah-ubah di daerah ini mempunyai pengaruh yang nyata terhadap tumbuh-tumbuhan di dataran banjir.

Taburan tumbuhan dipengaruhi oleh daya ketahanannya menghadapi pelbagai aras takungan air, kemasinan dan kekerapan terjadinya banjir.

Namun begitu, bencana telah mengubah keadaan hutan di daerah ini seperti diakibatkan oleh aktiviti pembalakan, dan kebiasaannya diakibatkan oleh kemarau yang panjang menyebabkan banyak kawasan yang terbakar seperti pada tahun 1983.

Jenis-jenis hutan di Kinabatangan

1. Hutan paya bakau

Merupakan tumbuhan utama di bahagian muara dan kawasan paya air payau yang menganjur dari muara Sg.Kinabatangan hingga ke kawasan selepas Kg. Abai.

2. Hutan tebing sungai

Tumbuh-tumbuhan di tebing sungai menguasai kawasan yang tidak dipengaruhi oleh pasang surut dan air payau.

Hutan ini terutamanya terdapat di sepanjang alur sungai utama dan terbentuk di atas tetambak-tetambak besar sungai.

Hutan ini didominasikan oleh pokok-pokok yang memerlukan cahaya matahari seperti Bayur (Pterospermum javanicum), Balik Angin (Colona serratifolia), Pokok Ara (Ficus spesies),
Binuang (Octomeles sumatrana) dan Bungur (Lagerstroemia speciosa).

Spesis belukar lain seperti Laran (Neolamarckia cadamba), Sedaman (Macaranga tanarius) dan Bangkal (Neonauclea gigantean) yang boleh juga ditemui di zon hakisan dan mendapan yang tidak stabil di tebing sungai.

Hutan ini juga diliputi oleh tumbuh-tumbuhan pemanjat seperti pemanjat kekacang Entada rheei.

3. Hutan paya air tawar

Boleh didapati di atas kawasan tanah yang sentiasa atau kadang kala ditenggelami air, atau di kawasan paya di mana saliran permukaannya kurang baik.

Biasanya pokok-pokok di kawasan air bertakung adalah rendah tetapi di bahagian-bahagian paya yang lebih kering, pokok-pokok adalah lebih tinggi.

Pokok-pokok yang sering dijumpai di hutan-hutan paya air tawar di hilir Kinabatangan termasuk Salungapit (Mallotus muticus), Simpoh (Dillenia indica dan Dillenia excelsa), Resak (Vatica rassak), Apid-Apid (Sapium indicum), Bayur (Pterospermum macrocarpum) dan Polod Paya (Arenga
retroflorescens).

4. Hutan tanah kering

Boleh didapati di kawasan yang lebih kering dan jauh dari sungai. Kebanyakan pokok dari jenis
hutan ini adalah dari famili Dipterocarpaceae.

Spesies yang sering dijumpai termasuk pokok Dipterokarpa seperti Urat Mata Daun Licin (Parashorea malaanonan), Urat Mata Beludu (Parashorea tomentella), Seraya Tembaga (Shorea leprosula), Seraya Kelabu (Shorea waltonii), Keruing Putih (Dipterocarpus caudiferus), Kapur Paji (Dryobalanops lanceolata) dan Selangan Jangkang (Hopea nervosa).

Bagi spesies bukan dipterokarpa pula, spesies-spesies berikut selalu dijumpai iaitu Belian (Eusideroxylon zwageri), Sepetir (Sindora irpicina), Kasai (Pometia pinnata), Mengaris (Koompassia excelsa), Ranggu (Koordersiodendron pinnatum), Nyatoh King (Ganua kingiana) dan Jelutong (Dyera costulata).

Kecuali di beberapa kawasan Hutan Simpan seperti Hutan Simpan Bod Tai, Pangi dan Keruak semua hutan jenis ini telah, sedang atau akan ditukar kepada kawasan kelapa sawit.

Selepas diganggu oleh pembalakan, kebakaran dan kegiatan drastik lain maka hutan sekunder terbentuk. Hutan sekunder ini didominasikan oleh pokok-pokok belukar seperti Telinga Gajah (Macaranga gigantean), Sedaman (Macaranga hypoleuca), Magas (Duabanga moluccana), Laran (Neolamarckia cadamba), Kulimpapa (Vitex pinnata), Sengkuang (Dracontomelon dao) dan Bayur (Pterospermum javanicum).

FAUNA

Hilir Kinabatangan kaya dengan kepelbagaian spesies ikan, burung, mamalia, reptilia dan amfibia adalah sangat tinggi.

Kawasan ini merupakan tempat kediaman dan habitat kepada beberapa spesies yang terancam dan jarang ditemui.

Di hilir Kinabatangan, terdapat 10 spesies primat, 4 daripadanya adalah endemik kepada Borneo.

Rangkaian tasik dan paya air tawar di kawasan ini adalah sangat penting untuk pemuliharaan hidupan akuatik, burung-burung air dan amfibia.

1. Mamalia: Primat

a) Monyet bangkatan (Nasalis larvatus)

Spesies yang endemik di Borneo. Walau bagaimanapun, spesies ini terhad kepada kawasan-kawasan tebing sungai, paya gambut dan hutan paya bakau di kawasan tanah pamah pinggir laut.

Spesies ini semakin terancam kerana kehilangan habitat.

b) Lotong Merah (Presbytis rubicunda), Lotong Kelabu (Presbytis cristata) dan Lotong Kikok
(Presbytis hosei) Monyet-monyet ini bersaiz kecil.

c) Orang Utan (Pongo pygmaeus)

Orang Utan adalah haiwan yang endemik kepada Borneo dan Sumatra kebanyakannya tertumpu di
hutan-hutan pamah di bawah 150 m dari paras laut.

d) Kera (Macaca fascicularis) dan Beruk (Macaca nemestrina)

Kera yang mempunyai ekor yang lebih panjang daripada beruk. Kera adalah spesies primat yang
terbanyak di Hilir Kinabatangan.

e) Kelawat (Hylobates muelleri)

Spesies ini juga endemik di Borneo. Haiwan ini memakan serangga kecil dan buah-buahan yang masak.

Spesies ini bergerak dari pokok ke pokok yang lain dengan cara berayun dengan lengan yang panjang. Sebagai binatang arboreal, spesies ini sangat terancam disebabkan oleh kemusnahan hutan.

f) Kera Hantu (Tarsius bancanus)

Sejenis spesies yang aktif bergerak di waktu malam (nocturnal) ini boleh memburu dengan cara menerkam tiba-tiba menggunakan kaki belakangnya yang panjang.

g) Kongkang (Nycticebus coucang)

Sejenis spesies nocturnal yang memakan serangga dan buah-buahan.

2. Mamalia Lain

a) Gajah Asia (Elephas maximus)

Dianggarkan terdapat lebih kurang 150 ekor gajah di kawasan Hilir Kinabatangan mengikut rekod WWF.

Seekor gajah dewasa memerlukan lebih kurang 150 kg makanan sehari terdiri daripada bahagian-bahagian pokok palma, rumput dan batang pisang. Haiwan ini memerlukan kawasan makanan yang luas untuk terus suvival.

b) Badak Sumbu Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis)

Spesies ini kini hampir pupus akibat pemburuan untuk mendapatkan sumbunya dan kemusnahan habitat.

Di anggarkan hanya terdapat 3 ekor badak sumbu di kawasan Hilir Kinabatangan.

c) Beruang (Helarcatos malayanus)

Haiwan ini makan buah-buahan, haiwan-haiwan kecil, anai-anai dan sarang lebah. Beruang ini jarang dijumpai dan dipercayai bilangannya semakin berkurangan.

d) Lain-Lain Mamalia

Kelawar, rusa, napuh, kijang, pelanduk, tembadau, babi hutan, kucing liar, tupai, musang, tikus ambang bulan dan memerang antara mamalia lain yang boleh ditemui di Hilir Kinabatangan.

Walau bagaimanapun, spesies-spesies mamalia ini juga dipercayai semakin berkurangan dan terancam akibat gangguan ekosistem dan kawasan habitat mereka terancam oleh kebakaran, pembalakan dan
pemburuan.

3. Spesies burung

Terdapat 198 spesies burung yang tinggal di Hilir Kinabatangan. Bangau dan Pependang Timur sering dijumpai di kawasan tasik-tasik ladam.

Enggang dan Helang adalah burung besar lain yang terdapat di kawasan hilir ini. Burung layang-layang bersarang putih (Collocalia fuciphagus) dan layang-layang bersarang hitam (Collocalia maximus) menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan di Hilir Kinabatangan.

Sehingga 70 spesies burung mungkin ditemui dalam masa satu hari dengan berpandukan sebuah buku burung yang lengkap seperti ‘A Photographic Guide To The Birds Of Borneo’ (Davison & Chew, 1996).

4. Reptilia dan Amfibia

Crocodylus porosus yang terdapat di Hilir Kinabatangan adalah spesies buaya yang terbesar di dunia. Ular, kura-kura, tuntung air tawar, biawak dan pelbagai spesies amfibia menghuni kawasan Hilir Kinabatangan.

5. Hidupan air

Tasik dan sungai di dataran banjir Kinabatangan kaya dengan hidupan akuatik. Sehingga sekarang, lebih kurang 90 spesies ikan telah direkod dari kawasan ini.

Antara spesies akuatiknya ialah ikan pari, ikan ‘sawmill’ air tawar dan ikan lumba-lumba Irrawaddy yang terancam masih terdapat di Hilir Kinabatangan.

Udang air tawar juga banyak ditemui di Sungai Kinabatangan.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sandakan

sumber: Facebook/RazidiClo

Saturday, November 18, 2017

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Pulau Labuan yang terletak kira kira 10 kilometer (km) dari pantai barat Sabah kurang mendapat pendedahan di media dan kebanyakan pelancong dari luar negara yang tidak pernah ke Labuan menganggap ia sekadar pusat perdagangan luar pesisir dan bandar pelabuhan.

Dari sudut pelancongan, ia tidak sepopular pulau-pulau lain di Malaysia seperti Pulau Sipadan, Pulau Pinang, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Redang atau Pulau Perhentian.

Namun, pulau Labuan sebenarnya menawarkan pelbagai keistimewaan yang pasti menarik untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan anda yang seterusnya.

Mari kita kenali lima salah sangka orang ramai tentang labuan.

1. Tiada apa yang menarik

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, pantai di sepanjang Pantai Batu Manikar hingga ke Pantai Sungai Pagar/Miri yang terletak di Labuan pernah dianugerahkan ‘United Nation COBSEA Clean Beach Award’ pada tahun 2008 dan diisytiharkan sebagai ‘101 The Most Beautiful Beaches In South East Asia’ pada tahun 2015.

Kepulauan Labuan juga terkenal sebagai destinasi aktiviti menyelam ‘scuba’ dan ‘snorkeling’.

Terdapat beberapa buah pusat menyelam bertaraf antarabangsa yang ditadbir oleh Jabatan Taman Laut Labuan.

Selain itu, terdapat tapak selaman kapal karam yang terbaik di Asia seperti ‘Australian Wreck’, ‘American Wreck’, ‘Cement Wreck’ dan ‘Blue Water Wreck’.

Pelancong juga boleh melawat Muzium Marin Labuan yang mempamerkan replika dan rangka hidupan laut selain dari akuarium yang menyimpan pelbagai khazanah hidupan laut.

2. Hanya ada bangunan moden

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, Labuan memiliki pelbagai khazanah lama seperti Muzium ‘Chimney’ yang mempamerkan sejarah zaman perlombongan Labuan di Tanjung Kubong.

Menara ‘Chimney’ yang menjadi identitinya dibina dengan 23,000 biji batu bata merah yang diimport dari England.

Selain itu, taman peringatan tentang Perang Dunia Kedua boleh dilihat di ‘Surrender Point’ dan Taman Damai atau ‘Peace Park’ berhampiran Pantai Layang-Layangan.

Manakala, ‘War Memorial’ pula terletak di Tanjung Batu di bawah seliaan ‘Commonwealth War Grave Commission’ (CWGC) untuk memperingati 3,908 orang tentera yang telah terkorban.

3. Tiada tarikan flora fauna

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, di Labuan terdapat Taman Burung dengan kubah sangkar gergasi kembar tiga terletak berhampiran Tanjung Kubong.

Taman tersebut menyimpan hampir 580 spesis burung sama ada di dalam kurungan atau bebas berterbangan di dalam sangkar gergasi tersebut.

Selain itu, Taman Botanikal Labuan yang dibina pada 1852 pula pernah dijadikan kediaman rasmi Gabenor Labuan dan menjadi kunjungan kerabat diraja British seperti King Edward VII (Prince of Wales) pada tahun 1922.

4. Orang Labuan bertutur dialek Sabah

Sebenarnya, majoriti penduduk Labuan adalah bangsa Melayu berketurunan Kadayan Brunei. Mereka beragama Islam dan bertutur Bahasa Melayu dialek Kadayan Brunei.

5. Sukar untuk dikunjungi

5 Salah Sangka Tentang Pulau Labuan

Sebenarnya, penerbangan ke Lapangan Terbang Labuan adalah sekerap empat kali sehari iaitu dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu.

Selain itu, perkhidmatan feri ekspres sebanyak tiga kali sehari disediakan dari Terminal Feri Serasa di Muara, Brunei Darussalam ke Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan atau perkhidmatan bot ekspres dua kali sehari dari Sabah melalui Kota Kinabalu, Lawas, Sipitang dan Limbang di Sarawak serta bot ekspres dari Menumbok, Sabah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

sumber: mstar

Saturday, June 17, 2017

7 Tempat Menarik Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu

7 Tempat Menarik Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu

Kecantikan alam semulajadi, kekayaan budaya, sejarah dan penduduk yang ramah tamah bisa memikat hati-hati mereka yang berkunjung ke Sarawak.

Selain Kuching, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di negeri Sarawak yang menyimpan 1001 rahsia yang ramai tidak tahu.

Mari kita saksikan lokasi-lokasi dan tempat menarik serta perkara-perkara unik yang anda boleh lakukan apabila melawat Sarawak pada masa hadapan.

1. Pemandangan Menakjubkan Di Taman Negara Bako

Taman Negara Bako

Taman Negara tertua di Sarawak ini dibuka pada 1957, meliputi kawasan seluas 27 km persegi, dan terletak lebih kurang 37 km dari bandaraya Kuching. Ia terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, tumbuhan dan hidupan liar.

Ciri paling penting di sini adalah kawasan terlindung yang terpencil dan tanjung tinggi berbatu dengan cenuram curam yang mengagumkan menghadap Laut China Selatan.

Tempias laut, pukulan ombak dan angin juga mengukir indah gerbang laut dan tunggul laut di dasar cenuram, dengan beberapa yang kelihatan seperti kepala ular.

Batu pasir yang terbentuk di atas cenuram dengan corak besi kemerahan nampak begitu menarik. Di kawasan pedalaman terdapat air terjun yang menjunam turun ke dalam kolam air dengan pemandangan hutan yang begitu mempersonakan.

Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesis tanaman, dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako.

Bako juga didiami oleh hampir 275 Monyet Proboscis yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo.

Masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif.

Bako adalah tempat yang menarik untuk mengkaji burung, dengan hampir 150 spesis burung telah direkodkan di sini.

Sistem laluan yang luas di Bako terdiri daripada 16 laluan hutan berkod warna yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berjalan kaki dan mendaki.

Mereka yang sukakan cabaran boleh memilih untuk mendaki hutan sepanjang hari atau menyertai ekspedisi perkhemahan bermalam, manakala bagi mereka yang tidak gemarkan aktiviti lasak boleh memilih untuk berjalan kaki di denai hutan.

2. Pesta Babulang, Limbang

Pesta Babulang, Limbang

Pesta Babulang adalah acara tahunan yang diadakan oleh komuniti Bisaya di Batu Danu, Limbang.

Highlight festival ini adalah perlumbaan kerbau di antara pasukan-pasukan dari Limbang, Sabah Dan Brunei. Aktiviti lain termasuklah persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pameran kraftangan dan cabutan bertuah.

Selain itu, mereka turut mengadakan pertandingan ratu cantik ‘Ratu Babulang’ yang menarik perhatian ramai wanita-wanita muda menyertainya. Pada tahun ini Pesta Babulang akan diadakan pada 6 Jun sehingga 8 Jun.

3. Selamatkan Penyu! Pulau Talang-Talang Besar

Pulau Talang-Talang Besar

Sarawak adalah rumah kepada 5 jenis penyu iaitu penyu agar, penyu karah, penyu lipas, penyu belimbing and penyu tempayan.

Semua spesis ini adalah spesis terancam, dan mendorong kerajaan negeri untuk mewujudkan beberapa buah taman negara marin sebagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan-haiwan ini.

Tapak terbaik untuk melihat penyu-penyu ini bertelur adalah di Taman Negara Similajau berhampiran Bintulu dan Taman Negara Tanjung Datu di Barat Daya Sarawak.

Akan tetapi majoriti penyu, kebanyakannya daripada spesis penyu agar mendarat di pulau-pulau sekitar Taman Negara Talang-Satang, tidak jauh dari Kuching menggunakan bot.

Pulau terbesar, Pulau Satang Besar, dibuka kepada pengunjung untuk aktiviti siang dan malam, termasuk lawatan ke pusat penetasan penyu.

Pulau Satang Besar menawarkan lokasi hebat untuk aktiviti snorkelling – anda mungkin dapat lihat penyu berenang di terumbu-terumbu karang berhampiran pulau ini.

Pulau utama sebagai pusat konservasi penyu pula, iaitu Pulau Talang-Talang Besar selalunya ditutup kepada pengunjung.

Walau bagaimanapun melalui Sea Turtle Adoption Programme, peserta akan menghabiskan masa selama 4 hari di sini bekerja bersama-sama pakar konservasi profesional untuk belajar tentang penyu dan melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan seperti: rondaan pantai untuk menjejak pendaratan penyu; pemantauan aktiviti bersarang; penandaan dan mengukur penyu; memindahkan telur ke tapak penetasan; melepaskan anak penyu dan rakaman data.

Layari laman web Sarawak Tourism untuk maklumat lanjut.

4. Bermesra Dengan Orang Utan, Pusat Hidupan Liar Matang Dan Semenggoh

Pusat Hidupan Liar Matang Dan Semenggoh

Walaupun orang utan Borneo memiliki 97% DNA manusia, ia adalah spesis yang sangat terancam disebabkan kemusnahan habitat dan aktiviti pemburuan haram.

Sarawak mengambil inisiatif untuk melatih orang utan survival dan mengembalikan mereka semula ke habitat semulajadi.

Inisiatif ini telah dimulakan sejak 1970-an. Ianya merupakan proses yang panjang dan menelan kos yang tinggi.

Dalam program Heart 2 Heart with Orangutan yang dianjurkan oleh Sarawak Forestry, para peserta diajar untuk memahami cabaran ini dan mengambil bahagian di dalam pemuliharaan orang utan.

Pelbagai aktiviti pendidikan dan dialog diadakan dalam tempoh satu hari.

Peserta berpeluang belajar daripada pakar-pakar Sarawak Forestry tentang cabaran pemuliharaan orang utan sambil melakukan kerja konservasi di Matang Wildlife Centre dan Semenggoh Wildlife Centre.

Layari laman web Sarawak Tourism untuk maklumat lanjut.

5. Daki Mulu Pinnacles, Taman Negara Mulu

Taman Negara Mulu

Puncak Mulu atau Mulu Pinnacles adalah sekumpulan menara batu kapur yang berbentuk tajam dengan ketinggian 45 meter di atas Gunung Api.

Terbentuk akibat hakisan dan larutan air, formasi pisau tajam dilatari hutan yang menghijau adalah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Taman Negara Mulu yang menempatkan Pinnacles ini menarik minat ramai pelancong asing, dan merupakan salah satu daripada 4 tapak warisan yang diiktiraf UNESCO di Malaysia.

Pendakian ke Puncak Mulu tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah. Ada yang mengatakan pendakian ke Pinnacles adalah lebih sukar berbanding pendakian menaiki Gunung Kinabalu. Perjalanan mendaki memerlukan masa sehingga 3 hari 2 malam.

Perjalanan bermula dari 9.30 pagi menuju ke Kuala Litut menggunakan bot panjang selama 40 minit. Anda akan berjalan kaki sejauh 8 km menuju ke Camp 5 sebelum hari gelap. Perjalanan mendaki hanya akan bermula keesokan harinya.

Pendakian mendatar adalah sejauh 2.4km, dan pendakian menegak sejauh 1200 meter, dan ada bahagian trek yang menggunakan tangga. Kecergasan amat penting untuk mendaki Puncak Mulu.

Sekiranya anda mahukan aktiviti yang lebih santai, kami mengesyorkan supaya anda melawat beberapa buah gua dengan pemandangan indah di sini. Antara gua yang boleh dilawati adalah Gua Rusa, Gua Lang, Gua Clearwater dan Gua Angin.

Kalau anda bernasib baik, anda dapat melihat banyak rama-rama Rajah Brooke berehat di lantai hutan berhampiran gua-gua ini.

Satu perkara yang sukar saya lupakan adalah melihat bagaimana air sungai bertukar menjadi sangat jernis sejurus menghampiri Gua Clearwater.

Anda juga boleh menonton bats exodus, iaitu acara di mana kelawar keluar beramai-ramai dari gua untuk mencari makanan.

Yang pastinya, Mulu menawarkan 1001 pemandangan yang sukar didapati di tempat lain. Harga sebanyak RM406 untuk mendaki Pinnacles sahaja.

Hubungi Taman Negara Mulu untuk maklumat lanjut.

6. Meluncur Benak Di Sungai Batang Lupar, Sri Aman

Meluncur Benak Di Sungai Batang Lupar

Benak atau tidal bore adalah fenomena alam akibat pertembungan arus laut dan sungai di kuala yang menyebabkan ombak besar menuruni seluruh sungai.

Ombak ini sangat besar sehingga mampu menyebabkan sebuah tongkang bersaiz sederhana terbalik.

Ada yang memanggil arus ini ‘tsunami kecil’, oleh kerana sifatnya yang menolak apa sahaja yang menghalangnya ke muara sungai dengan arus yang begitu kuat sekali. Ia berlaku dua kali setiap hari, pagi dan lewat petang.

Pada masa dahulu, benak di Sungai Batang Lupar ini ditakuti. Sungai Batang Lupar itu sendiri ditakuti kerana pernah menjadi tempat tinggal Bujang Senang, seekor buaya gergasi hitam putih dengan kepanjangan 20 kaki yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa. Sehingga kini, masih banyak buaya-buaya mendiami sungai ini.

Akan tetapi pada masa kini, fenomena benak menarik pelancong luar khususnya peluncur untuk meluncur arus deras ini. Arus yang berterusan tanpa henti ini memberikan keterujaan berbeza berbanding meluncur di laut.

Setiap tahun, sebuah pesta meraikan fenomena alam ini dipanggil Pesta Benak diadakan.

Di antara acara yang diadakan bersempena pesta ini adalah perlumbaan bot panjang, meluncur benak, sukan air, karnival jualan, hiburan malam, dan menonton benak.

Untuk mengetahui tentang pesta ini, lawati Facebook group Pesta Benak.

7. Berkayak Dengan Ikan Lumba-Lumba Irrawady Di Kuching

Ikan Lumba-Lumba Irrawady

Ikan lumba-lumba Irrawady adalah spesis ikan lumba-lumba yang dilindungi. Ikan lumba-lumba sungai ini memiliki sifat pemalu dan elusif.

Dengan dahi yang bulat dan paruh yang pendek, ikan lumba-lumba ini kelihatan seperti beluga, akan tetapi sifat biologi sebenarnya adalah lebih mirip kepada paus pembunuh (killer whale atau orca).

Dolphin spotting dapat dijalankan di Sungai Santubong, Sungai Salak atau Pantai Damai di Kuching.

Walaupun anda boleh menaiki bot, berkayak lebih menyeronokkan kerana ia mengurangkan gangguan kepada haiwan liar ini.

Oleh kerana saiz kayak yang kecil dan tidak menakutkan, ikan lumba-lumba mungkin berenang mendekati anda, jika anda bernasib baik.

Anda boleh menghubungi beberapa operator pelancongan seperti Kuching Kayak atau RedRibbon untuk berkayak sambil melihat ikan lumba-lumba di Kuching.

Selamat melancong ke negeri Sarawak.

BACA INI JUGA: 11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sabah

sumber: thevocket

Tuesday, May 30, 2017

9 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sandakan

9 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sandakan

Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dengan banyak lokasi dan tempat menarik untuk percutian atau apabila berkesempatan melawat ke sini.

Kedudukan dan tempat yang betul-betul terletak di tepi laut membuatkan Sandakan tempat terbaik untuk mencari makanan laut yang enak, segar dan sedap.

Harga makanan laut di Sandakan juga lebih sedap dan murah. Sangat berbaloi.

Di sini kami ingin berkongsikan beberapa lokasi dan tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya berkunjung ke Sandakan.

1. Gua Gomatong

Gua Gomatong

Gua terbesar di Sabah ini terletak di daerah Sukau. Kira-kira 2 jam perjalanan dari Sandakan. Sekiranya anda berminat untuk melihat gua tempat dimana sarang burung layang-layang dipungut anda bolehlah ke Gua Gomantong.

Namun, jika anda mempunyai weak stomach bersiap sedialah dengan penutup mulut kerana bau di dalam gua ini bukanlah untuk semua orang.

2. Sandakan War Memorial Park

Sandakan War Memorial Park

War Memorial ini merupakan bekas kem tentera udara Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Taman peringatan ini dibangunkan bagi memperingati korban tebusan perang yang terlibat di dalam Death March menuju ke Ranau.

3. Rumah Agnes Keith

Rumah Agnes Keith

Mengambil gambar di dalam rumah Agnes Keith adalah tidak dibenarkan

Anda pasti pernah mendengar Sabah Land below the Wind. Namun pasti ada diantara anda yang tidak mengetahui nama Land Below the Wind diambil daripada buku tulisan Agnes Keith yang bertajuk Land Below the Wind dimana beliau menceritakan pengalaman beliau menetap di Sandakan, Sabah sewaktu perang dunia kedua.

Kini anda boleh melawat rumah yang pernah didiami oleh beliau dan keluarga semasa perang dunia kedua. Dengan melawat rumah ini anda boleh mengetahui kisah hidup beliau dengan lebih lanjut lagi.

Sekiranya anda seorang yang meminati sejarah terutamanya sejarah perang dunia kedua di kepulauan Borneo anda harus melawat Rumah Agnes Keith.

4. Labuk Bay

Labuk Bay

Proboscis Monkey atau monyet belanda hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan semakin hari jumlah monyet belanda ini semakin berkurangan disebabkan pembalakan dan juga pencemaran alam.

Oleh itu, jika anda ke Sandakan jangan lepaskan peluang untuk ke Labuk Bay untuk melihat sendiri spesies terancam ini.

5. Sepilok

Sepilok

Dengan berkunjung ke Sepilok anda dapat melihat sendiri Orang Utan di habitat semula jadi mereka dan anda juga berpeluang untuk menyentuh spesies yang semakin pupus ini.

Namun, harus diingati bahawa orang utan adalah enam kali lebih kuat berbanding manusia. Oleh itu, sentiasalah berwaspada! Don’t get too excited!

6. Rainforest Discovery Centre (RDC)

Rainforest Discovery Centre (RDC)

Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok, adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok, merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan merupakan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di Sabah.

Bersiar-siar di dalam hutan atau berjalan di sepanjang 147-meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan nikmati pemandangan hutan hujan yang indah, setinggi 28 meter di atas tanah.

Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada pelawat untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung.

Bagi pencinta flora, terdapat banyak yang boleh dilihat di taman ini antaranya kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar.

Keluarga orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesis liar secara keseluruhan.

Peminat, ahli alamiah dan saintis yang sedang meningkat dari semua lapisan masyarakat akan dapat meneroka dengan lebih lanjut mengenai keajaiban hutan hujan melalui RDC yang unik yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat umum dan menghargai kepentingan pemuliharaan serta penggunaan sumber hutan yang mampan.

7. Bornean Sun Bear Conservation Centre

Bornean Sun Bear Conservation Centre

Berlainan dengan konsep Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, di Borneon Sun Bear Conservation Centre pelancong-pelancong akan berjalan di atas deck, canopy yang tinggi.

Di atas observation deck, bolehlah pengunjung memerhatikan tingkah laku sun bear ini berlegar-legar berbanding dengan sun bear yang berada di Zoo.

Sun bear adalah antara jenis beruang terkecil di dunia dan kalau kita duduk bertentangan dengan akar pokok yang besar dihadapan pun, kadang-kadang tak perasan yang sun bear ada antara celah akarnya.

8. Taman Buaya Sandakan

Taman Buaya Sandakan

Taman Buaya Sandakan merupakan salah satu daripada lokasi menarik yang hebat untuk dilawati di Batu 8, Jalan Labuk yang mengambil masa satu setengah jam dari bandar Sandakan.

Taman Buaya Sandakan merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia kerana memiliki lebih 3,000 ekor reptilia itu di dalamnya.

Selain peluang menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah ini, taman ini juga turut menawarkan beberapa tarikan menarik lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular.

9. Taman Nasional Pulau Penyu

Taman Nasional Pulau Penyu

Taman Nasional Pulau Penyu terletak di Kepulauan Penyu, yang berada di sepanjang Laut Sulu yang berjarak sekitar 3 kilometer dari utara Sandakan.

Pulau Penyu terdiri dari 3 pulau, Selingaan, Bakkungan Kechil dan Gulisaan (sering disebut dengan 'an' sebagai pengganti dari kata sambung tradisional 'aan'), termasuk samudera dan terumbu karang di sekitarnya.

Taman Nasional Pulau Penyu terkenal kerana penyu hijau dan penyu hawksbill yang mengubur telur-telur mereka di pantai-pantai kepulauan tersebut.

Taman Nasional Pulau Penyu meliputi wilayah seluas 17.4 km² amun, nama Kepulauan Penyu merujuk kepada 10 pulau, 3 diantaranya merupakan sebahagian dari Taman Kepulauan Penyu di Malaysia dan 7 masuk dalam wilayah Tawi-Tawi, Filipina.

Selamat melancong!

BACA INI JUGA: 14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kota Kinabalu

sumber: thevocket | malaysia | kbb

Sunday, May 28, 2017

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kundasang Ranau

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kundasang Ranau

Bagi anda yang sudah merancang percutian ke Kundasang Ranau, disamping keseronokan cuaca sejuk ala-ala luar negara, sememangnya banyak tempat-tempat dan lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

Kami senaraikan 11 lokasi antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Kundasang Ranau sempena percutian cuti-cuti Malaysia.

1. Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

Pekan Nabalu

Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu masing-masing mempunyai pasar yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar dari kebun.

Selain itu, barangan menarik kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini.

2. Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial

Kundansang War Memorial merupakan sebuah istana kecil yang menempatkan tugu memperingati tentera-tentera Australia yang telah terbunuh sewaktu penjajahan Jepun.

Lokasi menarik ini terkenal dengan kejadian The Marching Death yang telah membunuh lebih daripada 2,000 orang askar Australia.

The Marching Death merupakan kejadian di mana semua banduan telah dipaksa oleh tentera Jepun untuk berjalan kaki tanpa rehat dari Sandakan hingga ke Ranau.

Di sini, selain menikmati kisah kejadian tersebut, pelawat boleh bergambar dan membeli pelbagai jenis produk kraftangan.

3. DESA Cattle Dairy Farm

DESA Cattle Dairy Farm

DESA Cattle Dairy Farm merupakan lokasi menarik sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga sebuah kilang pemprosesan susu lembu dan kambing.

Terletak kira-kira 8 km dari Pekan Kundasang, ladang ternakan ini dibuka kepada pelawat untuk melihat sendiri pemprosesan susu lembu. Anda juga boleh merebut peluang melawat tempat ini dengan membeli produk keluaran kilang ini.

Apa yang lebih menarik tentang lokasi ini adalah pemandangan dan suasana yang seakan-akan berada di New Zealand dan diberi gelaran "Little New Zealand in Sabah".

4. Taman Kinabalu

Taman Kinabalu

Kinabalu Park (Taman Kinabalu) merupakan sebuah lokasi menarik permulaan bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu.

Di lokasi ini, pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide, atau juga menginap di hotel sambil menikmati udara segar, suhu yang sejuk dan juga pemandangan indah Gunung Kinabalu.

Bagi pelawat yang tidak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh datang ke sini untuk bergambar dengan berlatar belakangkan gunung Kinabalu, beristirehat atau melawat Botanical Garden yang ada di sini.

5. Kebun Strawberry

Strawberry Garden Kundasang

Di Ranau juga terdapat banyak kebun Strawberry terutamanya di kawasan Kundasang kerana suhunya yang sesuai untuk penanaman Strawberry.

Antara kebun menarik yang dibuka kepada pengunjung adalah Strawberry and Rose Garden dan juga Strawberry Garden.

Selain menikmati pemandangan menarik kebun Strawberry, pelawat juga masuk ke kebun pelbagai jenis bunga yang ditanam di sini seperti bunga Rose.

6. Tagal Luanti

Tagal Luanti

'Tagal' Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia.

Sebaik memasukkan kaki anda ke dalam sungai, ikan-ikan ini akan mula "mengurut" kaki anda sambil memberi makanan ikan kepada ikan-ikan ini.

7. Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring merupakan sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat tempatan Sabah dan juga pelancong asing.

Menariknya, air panas yang disediakan adalah air panas yang terhasil secara semulajadi dari bawah tanah.

Lokasi ini juga terkenal kerana terdapatnya beberapa tempat menarik yang berada di lingkungan kawasan ini.

Antaranya adalah seperti Air Terjun, Taman Kupu-Kupu dan Jambatan Kanopi. Anda juga berpeluang melihat tumbuhan Rafflesia yang tumbuh di kawasan ini.

8. Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Kepulauan Borneo dan juga seumpamanya di seluruh dunia. Berbeza dengan suhu yang dingin di Kundasang, suhu di ladang teh organik ini agak panas.

Tapi apa yang penting adalah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang anda boleh dapat apabila melawat ladang teh ini.

Ketika berada di ladang teh ini, anda boleh melawat ladang teh organik, melihat pemprosesan teh dan juga membeli pelbagai produk keluaran ladang ini.

9. Ranau Paragliding Park

Ranau Paragliding Park

Aktiviti paragliding juga terkenal di Daerah Ranau dan dijalankan di Ranau Paragliding Park yang terletak 6 km dari Pekan.

Paragliding merupakan sebuah aktiviti meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar setelah berlari atau melompat dari sebuah lokasi yang tinggi.

Kawasan Ranau yang berbukit menjadikannya lokasi yang sesuai untuk aktiviti ini.

10. Mesilau Nature Park

Mesilau Nature Park

Mesilau Nature Park adalah lokasi kedua untuk memulakan pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu.

Menariknya, lokasi ini merupakan lokasi pelancongan paling dekat dengan kaki gunung Kinabalu dan menjadi habitat kepada spesies terbesar periuk kera, iaitu Nepenthes Rajah.

Pelawat yang berkunjung ke sini boleh berjalan-jalan di kawasan sekitar sambil menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu.

Suhu di tempat ini lebih sejuk berbanding Pekan Kundasang.

Semoga membri manfaat dan selamat melancong.

11. Tugu Replika Kobis

Tugu Replika Kobis

Tugu Kobis adalah salah satu lambang yang tidak boleh anda ketepikan bila sudah sampai ke Kundasang.

Tugu ini melambangkan bahawa Kundasang bukan sahaja terkenal dengan Gunung Kinabalu, kedinginan udaranya yang nyaman malah tempat ini terkenal dengan pengeluaran dan penanaman sayur-sayur terbaik dan segar terutamanya sayur kobis.

Semoga memberi manfaat dan selamat melancong.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sandakan

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, May 13, 2017

14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kota Kinabalu

14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Kota Kinabalu

Sabah adalah sebuah negeri yang memiliki begitu banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dan lokasi terbaik sebagai percutian bersama keluarga. Terlalu banyak produk pelancongan untuk diterokai, baik daratan, lautan dan gunungnya, sangat mengagumkam. Bawah lautnya lagilah, tak terkata indahnya. Subhanallah.

Nak pergi seluruh Sabah dalam masa seminggu jenuh! Kami senaraikan beberapa tempat dan lokasi menarik untuk dilawati semasa percutian di Kota Kinabalu.

1. Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik

Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik

Pulau Manukan adalah salah satu pulau-pulau menarik yang terdapat di Tunku Abdul Rahman Marine Park.

Pulau-pulau lain adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug and Pulau Mamutik. Dari segi kecantikan pantai, boleh dikatakan bahawa Pulau Sapi lebih cantik.

Akan tetapi bagi yang berminat dengan snorkling dan sebagainya, anda digalakkan ke pulau ini kerana hidupan dan dasar laut yang lebih menarik dan berwarna warni.

Anda boleh akses ke Pulau Manukan dari jeti bot di Jesselton Point. Caj bayaran dalam lingkungan RM 100 hingga RM 200. Nikmati pemandangan laut yang indah serata tiupan angin yang menyegarkan sepanjang perjalanan ke pulau ini.

Terdapat resort di pulau ini iaitu Manukan Island Resort. Selain dari kemudahan tempat tidur, resort ini turut menyediakan aktiviti seperti sewaan kayak, kelengkapan snorkling dan jaket keselamatan.

2. Tamu Gaya di Gaya Street

Tamu Gaya di Gaya Street

Sekiranya anda tiba di Kota Kinabalu di waktu hujung minggu dan tinggal di kawasan bandar, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar minggu yang amat ‘popular’ dan menarik negeri di bawah bayu ini dan di bandaraya ‘Nature Resort City’.

Saksikan pelbagai kraftangan tempatan, produk tempatan dan gelagat pengunjung di sini yang sangat menarik. Jika berminat, belilah juga kopi Borneo, Sabah Snake Grass dan Mangga King.

Tempat ini agak sesak dan panas menjelang tengahari. Pastikan anda tiba awal.

3. Tanjung Aru Beach

Tanjung Aru Beach

Tidak jauh dari Perdana Park, terletak pula pantai Tanjung Aru yang indah, menarik dan nyaman udaranya. Pemandangan di tepi pantai amat cantik terutama ketika matahari mula terbenam (sunset).

Bagi berminat dengan fotografi, mungkin anda patut ke sini.

Terdapat banyak aktiviti di kawasan ini. Selain dari tempat mandi manda dan bermain bolasepak pantai, terdapat juga kapal-kapal layar di pantai ini.

Ada juga padang golf berhampiran pantai. Ini kerana Pantai Tanjung Aru ini adalah kediaman buat Kinabalu Golf Club dan Kinabalu Yacht Club.

Di sebelah malam, suasana agak meriah dan menarik. Ramai yang berkunjung di sini untuk makan di gerai-gerai sambil menikmati keindahan pantai.

Terdapat juga restoren seafood dan kelab malam buat pelancong yang mahu berhibur. Jangan lupa makan ‘sayap ayam panggang’ dan ‘jagung rebus’.

4. Bermalam Di Bukit Kokol

Bukit Kokol

Bagi mereka yang sukakan tempat menarik dengan suasana aman dan udara nyaman, anda tidak perlu pergi jauh hingga ke Kundasang bagi merasai persekitaran sebegini.

Anda hanya perlu ke Bukit Kokol yang tidak jauh dari pekan Menggatal Kota Kinabalu.

Ada banyak resort menarik yang selesa pada harga yang berpatutan sebagai tempat tinggal di sana.

Nikmati pemandangan indah dari atas Bukit Kokol dan udara yang segar lagi menyegarkan.

5. Tempat-Tempat Bersejarah Dan Mercu Tanda

Mercu Tanda

Bandaraya Kota Kinabalu punyai banyak tinggalan sejarah buat mereka yang berminat dengan subjek ini. Ia juga punyai pelbagai mercu tanda yang ada baiknya anda kenali.

Antara yang menarik anda mungkin berminat untuk kunjungi termasuklah:
  • Menara Tun Mustapha
  • Tugu Peringatan ‘Double Six’
  • Atkinson Clock Tower
  • Petagas War Memorial
  • Tugu Pahlawan
  • Padang Merdeka
  • Menara Tun Mustapha

Selain dari itu, anda boleh menziarahi Muzium Negeri Sabah. Ia amat luas dan punyai isi yang agak menarik.

6. Membeli-Belah di Pasar Filipina

Pasar Filipina

Pusat Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina (sebut pilipin) ini memang amat popular dan merupakan lokasi menarik wajib dikunjungi pelancong yang datang ke Sabah.

Mana-mana agensi pelancongan yang anda gunakan pun, pastinya akan membawa anda ke sini untuk membeli ‘souvenir‘ atau buah tangan untuk di bawa balik nanti.

Saya rasa barangan yang paling menarik yang kerap dibeli dan punyai permintaan paling tinggi di tempat ini adalah mutiara.

Apabila membeli, pastikan anda menawar serendah yang boleh dan cuba survey beberapa tempat sebelum membuat pembelian.
7. Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park

Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm. Tempat ini terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagikan kepada dua komponen iaitu zoologi dan botani.

Dengan menjadikannya taman untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan.

Antara binatang yang menarik di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa.

Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak di sini sampai belajar secara santai memang seronok.

8. Masjid Likas

Masjid Likas

Masjid ini terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah.

Masjid ini mampu memuatkan sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.

Lokasi tempat berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik. Sangat menarik dan memukau mata.

Untuk pengetahuan semua, Masjid Bandaraya adalah masjid terbesar di negeri Sabah.

9. Coral Flyer (Flying Fox)

Coral Flyer (Flying Fox) Pulau Gaya

Seronoknya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi sejauh 250 meter. Cuba bayangkan excitement, thrill dan keindahan laut yang sungguh menarik di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan!

10. Rumah Terbalik Borneo

Rumah Terbalik Borneo

Rumah ini semakin popular sebagai lokasi pelancongan menarik di Sabah sejak ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Bagi mereka yang tidak pernah merasai masuk ke rumah yang silingnya di bawah dan lantainya di atas, silakan ke Rumah Terbalik Borneo.

Semasa di sana jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di Mango Garden Restaurant.

Bertempat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran, nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap serta menarik hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.

11. Perdana Park

Perdana Park

Bagi mereka yang tiba di Kota Kinabalu menerusi terminal 2, anda akan melewati taman menarik ini sebaik sahaja keluar dari kawasan terminal.

Taman Ujana Perdana Park (Perdana Park) telah rasmikan oleh Perdana Menteri pada 28hb Januari 2011 dan kini menjadi antara tempat riadah, rekreasi buat penduduk tempatan.

Di sebelah siang, ia lebih kepada tempat berehat, berjogging dan bersenam. Namun, di sebelah malam ia bertukar kepada satu pusat tarikan pelancong dan aktiviti kekeluargaan.

Dua aktiviti utama di sebelah malam, makan-makan di cafe dan menyaksikan pertunjukkan air pancut berwarna-warni (tarikan utama).

Jika anda datang bersama keluarga atau anak-anak kecil, Perdana Park di Tanjung Aru adalah sesuai dimasukkan dalam itinerary anda.

12. Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu Dari Signal Hill

Kota Kinabalu Signal Hill

Signal Hill atau Bukit Bendera adalah lokasi tertinggi di tengah bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, ia adalah satu tempat yang paling menarik untuk anda meninjau dan melihat sendiri bandaraya ini.

Di atas bukit ini, anda boleh dapat melihat dengan jelas bangunan-bangunan utama seperti Suria Sabah, Hyatt Regency Hotel, Wisma Merdeka dan lain-lain lagi.

Tempat yang menarik dan sesuai untuk berehat, mengambil udara segar dan fotografi.

13. Bird Watching Di Kota Kinabalu Wetlands Centre

Kota Kinabalu Wetlands Centre

Minat dengan aktiviti ‘bird watching‘? Di Kota Kinabalu ada tempat menarik dan sesuai untuk aktiviti ini, jika anda berkesempatan singgahlah ke Kota Kinabalu Wetlands Centre, yang terletak di kaki Bukit Bendera dan tidak jauh dari Kompleks Sukan Likas.

Terdapat kira-kira 80 spesis burung di sini.

Anda juga boleh lihat hutang paya bakau dan hidupan lain di kawasan ini yang seluas 24 hektar.

14. Melihat Ikan Kerapu Hibrid Gergasi

Ikan Kerapu Hibrid

Suka makan ikan kerapu? Bagaimana pula dengan ikan kerapu hibrid bersaiz gergasi? Sanggupkah anda makan?

Ikan kerapu hibrid ini adalah antara tarikan menarik yang terdapat di Muzium Hidupan Laut di Universiti Malaysia Sabah. Ada pelbagai hidupan laut lain juga yang di letakkan dalam akuarium di sini. Ia pasti mengembirakan si kecil anda.

Oleh kerana lokasi ini tidak besar, maka lawatan anda di sini mungkin hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

Selamat datang ke Kota Kinabalu, Sabah.

BACA INI JUGA:

sumber: dululainsekaranglain

Monday, May 08, 2017

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sabah

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Sabah

Sabah memang terkenal dengan tempat-tempat menarik diseluruh dunia dan baru-baru ini ia telah mendapat anugerah untuk Kota Kinabalu iaitu diantara 3 tempat menarik paling popular asia pasifik untuk pelancongan.

Memang benar Sabah merupakan tempat tarikan menarik besar pelancong dari China dan Korea Selatan. Nak tahu kenapa?

Semak 11 senarai tempat menarik di Sabah dibawah dan bersedia untuk mengaguminya.

1. Taman Kinabalu

Taman Kinabalu

Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular.

Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, meliputi kawasan seluas 754 km persegi lokasi menarik yang mengagumkan, merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi dan tempat yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk.

Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.

Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah.

Gunung berceranggah ini menjadi mercu tanda dan menjadi lokasi yang menarik Taman Negara pada hari ini.

2. Rainforest Discovery Centre

Rainforest Discovery Centre

Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok, Sandakan adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok – merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan tempat menarik di Sabah untuk aktiviti kajian alam semulajadi Borneo.

Terletak di Sabah, ia merupakan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling menarik dan terkenal di negeri itu.

Bersiar-siar di dalam hutan atau berjalan di sepanjang 147-meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan nikmati pemandangan menarik hutan hujan yang indah – 28 meter di atas tanah.

Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada pelawat untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan ini, seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung.

Bagi pencinta flora, terdapat banyak spesis menarik yang boleh dilihat di taman ini antaranya kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar.

Keluarga orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesis liar secara keseluruhan.

Peminat, ahli alamiah dan saintis yang sedang meningkat dari semua lapisan masyarakat akan dapat meneroka dengan lebih lanjut mengenai keajaiban hutan hujan melalui RDC yang unik yang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat umum dan menghargai kepentingan pemuliharaan serta penggunaan sumber hutan yang mampan.

3. Pulau Sipadan

Pulau Sipadan

Mendiang Jacques Cousteau, ahli ilmu alam lautan yang terkenal di seluruh dunia, pernah menyifatkan Pulau Sipadan sebagai hasil seni yang tidak tercemar manakala penyelam di seluruh dunia mengundi pulau ini sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam terbaik di dunia.

Pulau Sipadan merupakan tempat menarik di Sabah untuk kategori pulau, dan ianya menjadi tarikan antara 10 pulau terpilih di dunia.

Terletak 700m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar, satu-satunya diantara pulau laut menarik di Malaysia ini mempunyai saiz yang agak kecil.

Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja, tetapi ia menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut.

Pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh pemerintah Borneo Utara ketika itu.

Ia diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Kawasan hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, ‘sunbird’, ‘starling’ dan burung punai.

Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kenari yang menarik bertaburan di tepi pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan.

Anda pasti akan terserempak dengan penyu, kumpulan ikan aji-aji, ‘bumphead parrotfish’ dan ikan alu-alu semasa menyelam di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

4. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Masa terbaik untuk melawat ‘Orang Liar Borneo’ adalah pada pukul 10 pagi dan sekali lagi, pada pukul 2.30 petang apabila primat ini keluar dari hutan untuk mendapatkan makanan harian mereka, pisang dan susu.

Pusat pemulihan ini merupakan tempat menarik di Sabah bagi melihat sendiri dengan lebih dekat aktiviti Orang Utan dan ianya cukup besar.

Anda boleh melihat orang utan diberi makan dari satu platform di pusat ini dan kemudian mereka kembali semula berkeliaran bebas di dalam hutan di mana mereka boleh menjaga diri sendiri.

Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesis burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan simpan seluas 5.666 hektar.

5. Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Terletak kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau yang indah dan menarik, berkeluasan melebihi 4929 hektar, dua pertiga daripadanya adalah laut.

Tempat menarik di Sabah bagi percutian pulau adalah di Taman Marin Tunku Abdul Rahman kerana ia cantik dan dekat untuk dikunjungi.

Pulau-pulau terdiri daripada – Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terumbu karang; sesuai untuk penyelam baru serta mereka yang berkelah.

Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai kembara merentasi hutan dara mereka.

Rumah bagi pelbagai jenis flora dan fauna eksotik, anda pasti dapat melihat spesis yang jarang ditemui seperti Megapode atau Burung Tambun, burung yang kelihatan seperti ayam dengan kaki besar, berbunyi seperti kucing.

6. Lembah Danum

Lembah Danum

Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum yang terletak 83 km ke barat daya Lahad Datu kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang sangat menarik.

Hutan cantik ini menjadi habitat bagi Badak Sumatera, orang utan, ungka, pelanduk dan harimau akar. Lebih kurang 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini.

Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 kaki persegi.

Ia turut menjadi salah sebuah eko-resort pertama di Sabah yang dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge dan menjadikannya salah satu tempat menarik di Sabah. Resort ini memiliki restoran, bar dan chalet yang selesa mengadap Sungai Danum.

Antara aktivit yang ditawarkan adalah berjalan dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung, lawatan hutan waktu malam dan melawat hutan balak dan kilang balak berhampiran.

7. Safari Monkey Tops

Safari Monkey Tops

Anda boleh menggunakan lebuh raya untuk ke Safari Monkey Tops dengan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Di sebalik pokok-pokok bakau yang tumbuh di Semenanjung Tanah Lembap Klias,

Hutan tanah lembap ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar seperti monyet proboscis, monyet long tail ( macaques), buaya, kelip-kelip dan pelbagai spesis burung.

Bangunan utamanya diperbuat daripada bahan tempatan dan boleh memuatkan 200 orang pengunjung pada satu-satu masa. Kompleks ini menempatkan bar kaunter dan sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan kraf tempatan.

Ia turut memiliki menara pemerhati setinggi 30 kaki yang membolehkan anda menikmati pemandangan menarik tanah lembap tropika dan hidupan liar di tebing sungai.

Kompleks ini mempunyai laluan papan setinggi 500 kaki beratap nipah dan sebuah jeti sungai yang menawarkan pelayaran sungai yang selesa.

Nak belayar menelusuri sungai dan menikmati keindahan flora dan fauna ini adalah tempat menarik di Sabah bagi aktiviti sedemikian.

8. Via Ferrata Gunung Kinabalu

Via Ferrata Gunung Kinabalu

Via ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu.

Terdapat lebih daripada 300 laluan menarik via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia, di mana poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter.

Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata diperkenalkan di Asia dan tempat menarik di Sabah untuk mencabar diri anda pada ketinggian.

Aktiviti untuk semua, via ferrata dibina untuk membantu mereka yang ada sedikit atau tiada pengalaman langsung untuk sampai ke permukaan batu yang biasanya dicapai oleh pendaki berpengalaman.

Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata, termasuk tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggii 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter; dan paling penting tidak takut pada ketinggian (atau sanggup untuk mengatasi rasa gayat).

Aktiviti ini pengalaman mencabar dan bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri via ferrata di Gunung Kinabalu, anda perlu tahu bahawa laluan untuk mereka yang baru mencuba adalah merasai pengalaman pertama mendaki dinding granit Gunung Kinabalu (pendakian kira-kira 2–3 jam).

Laluan pertengahan mengambil masa 4 – 5 jam perjalanan dan sebagai ganjaran para pendaki akan dapat menikmati keindahan pemandangan yang cantik.

9. Memorial Perang Kundasang

Memorial Perang Kundasang

Memorial Perang Kundasang merupakan tugu pertama yang dibina untuk memperingati banduan perang dari Australia dan British yang meninggal dunia di Sandakan dan sewaktu melakukan perjalanan maut ke Ranau dalam Perang Dunia ke-2.

Memorial yang dibina seperti kubu ini direka oleh arkitek tempatan, J.C. Robinson. Ia mempunyai empat buah taman yang bercantum tetapi terasing, dan mewakili tanah tumpah darah mereka yang terkorban: Taman Australia, Taman Ros Inggeris, Taman Borneo dengan bunga liar Kinabalu dan di bahagian atas, Taman Tafakur dengan kolam dan pergola.

Memorial menarik ini dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar, bukan saja untuk melihat kawasan taman yang sempurna tetapi juga untuk memperingati mereka yang berkorban nyawa demi kemerdekaan penduduk tempatan. Ia dibuka kepada pengunjung dengan bayaran yang minimal.

10. Taman Marin Pulau Tiga

Taman Marin Pulau Tiga

Pulau Tiga adalah pulau terbesar antara tiga buah pulau menarik yang membentuk Taman Pulau Tiga. Kawasan yang cantik dan persekitaran semulajadi yang tidak tercemar menarik Rangkaian TV CBS dari AS untuk menjadikannya sebagai lokasi utama untuk episod pertama siri program terkenal ‘Survivor’, dan menggelarnya sebagai ‘Pulau Survivor‘.

Pulau ini terbentuk hasil letusan beberapa gunung berapi lumpur. Letusan terakhir berlaku pada tahun 1941 dan sejak daripada itu, semua gunung berapi ini kekal tidak aktif.

Beberapa muntahan lumpur gunung berapi yang telah sejuk, yang kaya dengan mineral masih boleh dijumpai berdekatan puncak pulau ini.

Ramai yang menganggap bahawa lumpur yang kaya dengan mineral ini bagus untuk kulit, menjadikan mandi lumpur sebagai satu aktiviti wajib.

Bagi pencinta alam semulajadi, terdapat hutan hijau yang subur, serta pantai dengan pasir yang putih bersih dan air jernih yang tidak tercemar untuk dinikmati.

Terumbu karang yang mengelilingi pulau ini adalah rumah bagi banyak spesis ikan dan hidupan marin yang lain.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah menyelam, sukan air tidak bermotor, menjelajah, melihat burung dan banyak lagi.

11. Pulau Layang Layang

Pulau Layang Layang

Pulau Layang Layang menjadi salah sebuah lokasi menyelam terkemuka selepas Pulau Sipadan. Pantai syurga yang sangat menarik ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.

Kawasan pulau yang luas menempatkan resort dengan 90 buah bilik, pangkalan Tentera Laut Malaysia dan koloni penetasan bagi beberapa jenis burung laut yang berhijrah.

Topografi terumbu karang terdiri daripada terumbu keras yang banyak di kawasan ini: sesetengah kawasan agak cetek dan boleh dilihat sewaktu air surut tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman 5m di dasar laut.

Antara hidupan laut yang terdapat di 14 tempat menyelam di sini ialah ikan jerung (black-tip sharks, hammerheads), jacks barracudas, bump-head parrotfish, lionfish, belut moray,, penyu, nudibranches, gobies dan ikan ghost pipe.

Sekian tempat-tempat menarik di Sabah yang anda boleh kunjungi. Selamat datang ke Negeri Di Bawah Bayu.

BACA INI JUGA:

sumber: melancong