Saturday, November 03, 2018

Asal-usul Perkataan OK

Asal-usul Perkataan OK

OK ialah satu ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak digunakan sebagai kata sifat, kata nama dan kata kerja, namun tahukah anda dari manakah ungkapan kata ini berasal?

Asal-usul Perkataan OK

Selama beratus tahun pelbagai pendapat telah diutarakan mengaitkan sebutan OK ini diambil daripada perkataan OKEH.

Ungkapan ini dituturkan oleh suku kaum asli Amerika, Choctaw, dan bukti tulisan paling awal perkataan 'okeh' tertera dalam karya dua orang mubaligh bernama Cyrus Byington dan Alred Wright pada tahun 1825.

Perkataan OK dipercayai banyak digunakan sebagai perkataan akhir yang bermaksud 'It is so'.

Lain-lain pendapat mengatakan OK berasal daripada bahasa pertuturan ibunda suku Wolof masyarakat Sub-Sahara di Afrika.

Di Amerika Syarikat, sebutan OK didakwa mula dituturkan pada awal abad ke 19 di Boston dan dikatakan menjadi trend para penulis ketika menghasilkan karya mereka.

Pakar Etimologi AS, Dr. Allen Walker Read berpendapat, penggunaan sebutan OK berasal daripada perkataan lama dipanggil 'Oll Korrect'.

Difahamkan bahawa, perkataan ini tertera pada teks ucapan yang diterbitkan di Boston Morning Post pada tahun 1839.

Pendapat ini turut disokong oleh Pakar Linguistik dan Falsafah dari Universiti Yale, Dr. Laurence R. Horn.

Menurutnya, terdapat bukti lain turut mengaitkan penggunaan OK lahir daripada sebuah organisasi politik yang diketuai bekas Presiden Amerika Syarikat Yang Kelapan (1837-1841), Martin Van Buren.

Ahli dalam organisasi tersebut menggelar pertubuhan itu 'OK Club' yang dipercayai diambil sempena nama tempat kelahiran ketua mereka di Old Kinderhook, New York.

Walau bagaimanapun, tidak semua pakar bahasa di dunia menyokong hujah ini dan menolak bahawa perkataan singkat dua huruf OK kononnya mula dituturkan di Amerika Syarikat.

Sebutan OK turut dirujuk sewaktu perbualan Angkasawan Pertama Amerika Syarikat bernama Allah Shepard dengan pusat kawalan pada tahun 1961.

Sewaktu melakukan pendaratan ke Bumi, sebutan tersebut berbunyi 'A-OK' dan 'Everything is A-OK'.

Selain isyarat pendaratan oleh angkasawan, sesetengah pakar bahasa mengemukakan hipotesis bahawa OK turut digunakan ketika awal penggunaan telefon.

Dua huruf OK digunakan oleh operator telefon sebagai isyarat mesej telah diterima. Sama ada ia benar atau tidak, masih belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Bahasa pertuturan OK juga tertulis dalam laporan perbicaraan mahkamah di Summer County, Tennessee pada tahun 1790 dalam teks laporan yang ditemui oleh sejarahwan Tennessee bernama Albigence Waldo Putnam.

Malangnya, kandungan keseluruhan laporan perbicaraan tersebut tidak di dedahkan kepada umum.

Sementara itu, Pakar Linguistik Inggeris, Andrew Dalby, turut mendedahkan bahawa sebutan OK turut ditemui dalam buku catatan perjalanan seorang pengembara bernama William Richardson dari Boston ke New Orleans pada tahun 1815. Ia ditulis kira-kira sebulan selepas peristiwa pertempuran New Orleans.

Sehingga ke hari ini, asal-usul sebutan OK masih lagi menjadi perdebatan hangat dikalangan pakar bahasa di dunia.

OK Diseluruh Dunia

Di Brazil, Mexico dan Peru, serta di negara-negara Amerika Latin, perkataan OK disebut sama seperti bahasa Inggeris.

Negara Timur Tengah turut menggunakan perkataan OK secara meluas bagaimanapun, penggunaan sebutan jarang digunakan dalam media formal.

Di Rusia, sebutan OK membawa pengertian tentang sesuatu yang positif.

Negara Jepun, China dan Korea Selatan, sebutan OK membawa pengertian agak 'terhad' atau 'baik'.

Di negara Filipina, ungkapan OK membawa erti 'hanya baik-baik sahaja.

Lain pula di India, OK bermaksud hukuman, tidak sopan. Masyarakat di sana lebih suka mengungkap perkataan 'BYE'.

Negara Belanda menjadikan perkataan OK sebagai sebahagian daripada bahasa mereka setiap hari yang dinyatakan dengan cara yang sama.

Dalam bahasa Ibrani, OK membawa maksud umum iaitu 'mencukupi'.

Di Taiwan, OK sering diucapkan dalam pelbagai ayat dan popular di kalangan generasi muda.

Di Perancis dan Belgium, OK digunakan untuk menyampaikan persetujuan antara dua pihak.

Penggunaan dalam bahasa Melayu lebih kepada pengakhiran ayat yang membawa maksud tegas.

Ok!

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, August 06, 2018

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Melayu bukan pendatang di negara ini apabila kajian menunjukkan mereka berada di kawasan ini puluhan ribu tahun lalu lagi.

Bangsa Melayu Kedua Tertua Di Dunia?

Etnik Melayu memiliki kumpulan DNA mitokondria (mtDNA) kedua tertua di dunia selepas etnik Afrika, apabila kira-kira 60,000 ke 75,000 tahun lalu, berlaku penghijrahan orang rendah dari Afrika ke pelantar Sunda, kini dikenali Asia Tenggara.

Merujuk kajian Stephen Oppenheimer, profesor Universiti Oxford, beliau menghuraikan perkara itu dalam forum asal-usul Melayu.

Kajian Pertubuhan Genom Manusia (Hugo) yang diterbitkan pada 2013 menunjukkan moyang Melayu, yakni Semang dan Senoi, berhijrah dari Champa yang kini terletak di bahagian Vietnam dan Kemboja.

Nenek moyang mereka asalnya suku kaum Afrika yang pertama berhijrah ke kawasan darat sekitar Arab Saudi dan Timur Tengah.

Suku Semang dan Senoi berkembang menjadi suku-suku kaum lain termasuk orang peribumi seperti Orang Asli, Iban, Dayak dan banyak lagi.

Karya Oppenheimer pada 1998, “Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia ”, menunjukkan Melayu antara kaum terawal di dunia.

Zaharah berkata bukti sains juga menunjukkan Melayu memiliki mtDNA berusia 63,000 tahun, manakala etnik Cina hanya 43,000 tahun.

Namun, beliau menegaskan Cina bukanlah cabang keturunan Melayu. Sesuatu etnik mengambil masa ribuan atau puluhan ribu tahun untuk berubah.

Asal-usul orang Greek juga datang dari Champa tetapi mereka tidaklah menjadi Melayu.

Bahasa Melayu atau Rejang, satu cabang Sanskrit yang berasal dari pelantar Sunda sebelum dibawa ke benua India.

Kerana warga India banyak belajar Sanskrit, ramai terfikir bahasa itu berasal dari sana dan Melayu meminjam banyak kata Sanskrit.

Walhal, perkara sebaliknya yang berlaku. Sanskrit masuk ke pelantar Sunda dulu sebelum ia tersebar ke India.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: projekmm

Sunday, August 05, 2018

Asal-usul Perkataan 'Tourism'

Asal-usul Perkataan 'Tourism'

Tahukah anda perkataan Tourism pertama kali digunakan secara rasmi pada tahun 1937 yang pada ketika itu, Liga Negara-negara diwujudkan di Eropah

Asal-usul Perkataan 'Tourism'

Merujuk perkataan itu sebagai perjalanan ke luar negara lebih daripada 24 jam. Perjalanan ini termasuk dalam negara itu sendiri.

Sebenarnya, pelancongan bermula sejak beberapa abad lalu dan ia berlaku dalam pelbagai peringkat. Ada yang di dokumenkan dan ada yang tidak.

Kisah pengembaraan Marco Polo pada kurun ke 13 merupakan satu bentuk perjalanan melancong yang didokumenkan dan terkenal di seluruh dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, April 28, 2018

Sejarah EMO, Aliran Muzik Punk Rock Yang Berasal Dari Amerika Syarikat

Sejarah EMO, Aliran Muzik Punk Rock Yang Berasal Dari Amerika Syarikat

Emo ialah singkatan daripada perkataan 'hardcore emosional' iaitu sejenis aliran muzik punk rock yang berasal dari Washington pada pertengahan tahun 1990an.

Sejarah EMO
Gambar hiasan.

Gaya Emo boleh dikenali dengan pemakaian serba hitam termasuklah warna cat kuku, gincu, eyeliner tebal dan rambut menutupi separuh wajah dengan sebahagiannya diwarnakan dengan pewarna merah jambu.

Dari segi pakaian pula, berseluar jeans ketat dan baju berlapis menjadi kegemaran pengikut Emo.

Mereka juga bergaya habis-habisan dengan aksesori seperti tali pinggang, bertindik dan perhiasan berjuntai.

Walaupun pengaruh muzik dan gaya Emo kelihatan sama dengan Gothik, namun kedua-dua gaya tersebut sebenarnya berbeza.

Emo mempunyai pengaruh budaya dan ekspresi. Ideologi Emo sering berkaitan dengan depresi, kegelapan, berwajah sendu, menyanyikan lagu-lagu sedih dan tidak menyukai banyak perkara dalam hidup mereka.

Selain itu, sikap mengasingkan diri dari bercampur dengan masyarakat, menyakitkan diri sendiri dan cenderung berakhir dengan menggantung diri menggunakan tali pinggang yang dipakai juga adalah identiti aliran Emo.

Larangan EMO

Walau bagaimanapun, ada negara yang melarang aliran Emo dari terus berkembang dengan alasan ideologi dan gaya Emo adalah wabak penyakit yang perlu dijauhi kerana boleh merosakkan generasi muda dan dianggap sebagai budaya negatif.

Emo dianggap membahayakan kerana boleh menjurus ke arah gaya hidup tidak sihat seperti membunuh diri dan perilaku anti sosial, selain menjadi ancaman sosial kepada negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Album Kumpulan Hair Metal Terbaik Sepanjang Zaman

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, April 12, 2018

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah

Sabah memiliki pelbagai suku kaum dan penduduknya yang dikenali sebagai bumiputera terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kaum yang menutur lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah
Suku Bajau Laut.

Suku kaum Bajau adalah salah satu daripada etnik terbesar di Sabah selepas suku Kaum Dusun dan Murut.

Menurut bancian, suku Bajau berjumlah lebih kurang 343,178 orang diseluruh negeri Di Bawah Bayu.

Daripada beberapa hipotesis pengkaji Barat dan tempatan mendapati bahawa, sejarah kehidupan etnik Bajau sangat panjang dan antara yang paling unik pernah ditemui.

Siapa sebenarnya suku kaum Bajau?

Bajau adalah merujuk kepada sebuah etnik atau anak negeri yang mendiami Sabah sejak lebih kurang 900 tahun lalu.

Bajau mendapat namanya daripada gabungan dua imbuhan, 'Ba' dan kata dasar 'Jau' yang bermaksud jauh.

Istilah 'bajau' dikatakan lahir daripada masyarakat etnik itu sendiri di mana kebanyakan mereka tinggal berjauhan antara satu sama lain.

Walaupun saling berjauhan dan terpisah lama, apabila bertemu, suku ini dikatakan tetap saling kenal-mengenali kerana masing-masing berasal dari kumpulan yang sama.

Istilah Bajau dipercayai lahir daripada sebutan orang Tausug atau Suluk yang bermaksud 'Melayu'.

Dakwaan ini bersandarkan kepada satu peristiwa dimana sebua rombongan dari Johor telah datang ke Filipina dan disambut oleh orang Sulu.

Apabila ditanya tujuan kedatangan mereka, maka jawapan yang diberikan adalah mereka datang dari 'jauh'.

Perkataan 'jauh' membawa maksud 'Melayu' bagi orang Sulu, maka dari situ lahirlah satu istilah "Ta'u Melayu" yang bermaksud 'orang jauh' dan daripada kata dasar 'jauh' inilah bermulanya panggilan 'Bajau'.

Namun begitu, ada sesetengah kaum Bajau tidak suka dipanggil dengan sebutan 'Bajau' tetapi mahu digelar 'Sama' atau 'Samal'.

Perkataan 'Sama' lahir daripada panggilan yang digunakan oleh orang Tausug atau Suluk, berkahwin dengan orang suruhan Sultan SUlu, berasal dari Pulau Samal, dimana orang-orang Sama atau Samal ramai menduduki kawasan ini.

Sejarah bagaimana Bajau mendapat namanya tidak habis disitu.

Daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa, asal-usul nama Bajau turut berkait rapat dengan perkataan Bugis iaitu 'waju' yang bererti bergerak secara berkumpulan.

Bagaimanapun, sebutan itu lama-kelamaan berubah menjadi 'Bajo' dan ia kekal menjadi sebutan orang-orang Bugis sehingga ke hari ini.

Selain itu, orang Bugis turut memanggil etnik ini dengan nama 'Bajos' atau Badjoos' pada sekitar abad ke 17, manakala dikalangan penulis dan pengkaji Barat pula, Bajau popular dengan gelaran Bajau-Sama.

Bajau-Sama

Bajau-Sama sebenarnya merujuk kepada penggunaan bahasa yang sama. Sebagai contoh, hasil dokumentasi menjelaskan bahawa suku kaum Bajau banyak mendiami kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah.

Kawasan pantai barat adalah termasuk daerah Kota Belud, Kota Marudu, Tuaran, Kudat, Papar dan Pitas.

Manakala kawasan pantai timur meliputi daerah Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Justeru, kaum Bajau dipantai timur barat disebut sebagai Bajau Kota Belud, Bajau Kudat, Bajau Papar, Bajau Putatan, Bajau Kota Marudu dan Bajau Pitas.

Sementara Bajau yang menetap dipantai timur pula digelar sebagai Bajau Semporna, Bajau Kubang, Bajau Balangingi, Bajau Banaran, Bajau Laminusa, Bajau Sibutu, Bajau Simunul, Bajau Kagayan, Bajau Ubian dan Bajau Laut.

Setiap suku Bajau memiliki dialek berbeza dan terpisah oleh kedudukan geografi.

Walapun begitu, keseluruhan masyarakat Bajau didapati menggunakan bahasa standard disebut 'Sama' yang boleh difahami oleh sesama mereka.

Bajau Kota Belud

Asal-usul Suku Bajau Di Sabah
Suku Bajau Kota Belud.

Ironinya, persamaan diantara suku Bajau disetiap daerah di Sabah tidak merangkumi semua aspek.

Ini kerana Bajau Sama di bahagian pantai barat khususnya di Kota Belud adalah berlainan dengan Bajau dipantai timur terutamanya di Semporna, khasnya daripada segi makanan, pakaian tradisonal, budaya hidup dan adat resam.

Sebagai contoh, masyarakat Bajau Sama yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran umumnya dikenali sebagai 'koboi timur' kerana kemahiran mereka menunggang kuda.

Selain itu, kebanyakan mereka juga terlibat dalam pertanian dan sebahagian lain bekerja sebagai nelayan dipesisiran pantai barat.

Ada yang mengatakan bahawa Bajau Kota Belud adalah pakar dalam pembuatan parang dan pedang yang bermutu tinggi.

Berbeza dengan masyarakat Bajau dipantai timur Sabah khususnya di Semporna, mereka lebih terkenal sebagai nelayan dan penyelam yang sangat handal.

Bajau Laut Semporna juga mendapat gelaran istimewa seperti 'sea gypsies', 'panglima laut', pelaut dan pelayar terunggul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Istilah Kaum Suluk (Tausug)

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, April 03, 2018

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak

Apa itu Orang Minyak dan dari mana asal-usulnya adalah merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin, ilmu sesat atau ilmu hitam dengan cara menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa untuk merompak sebelum memperkosa gadis yang masih perawan.

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak
Gambar hiasan.

Salah satu cerita mengatakan bahawa, Orang Minyak ini telah tersalah menuntut ilmu, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas merogol 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkahan pada mukanya selepas dinodai.

Versi lain juga menyatakan, Orang Minyak adalah manusia biasa yang sedang mempelajari ilmu batin dan ilmunya akan sempurna setelah berjaya memperkosa 41 wanita dengan kemampuan memasuki sebuah rumah tanpa dapat dilihat oleh sesiapa.

Apabila ilmunya telah lengkap, kulit hitamnya akan berubah menjadi putih dan akhirnya memiliki kuasa sakti.

Ilmu hitam walaupun dianggap amalan salah dan khurafat tetapi kemunculan orang minyak memang tidak dapat dinafikan apabila terdapat segelintir masyarakat yang berniat serong untuk kepentingan diri sendiri sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat dalam sesebuah kampung tersebut.

Kewujudan Orang Minyak sebenarnya amat popular sehingga ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958 bertajuk Orang Minyak, yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) dan diarahkan oleh seniman tersohor P. Ramlee.

Kelebihan dan Kelemahan Orang Minyak

Orang minyak dikatakan mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah dan selain itu, ia dikatakan mampu menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar.

Orang minyak juga mampu melekat pada siling seperti cicak, mampu naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan jin sebagai pelindung.

Sekiranya tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidur hendaklah ditabur dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira.

Jika sebuah rumah ditabur kelopak jantung pisang atau daun keladi bira ini, maka selamatlah semua perempuan di dalamnya.

Untuk mengalahkan Orang Minyak, apabila ia telah ditangkap, selubung dengan kain batik untuk melemahkannya, kemudian gigit ibu jari kaki Orang Minyak itu untuk menghapuskannya.

Dikatakan juga bahawa Orang Minyak takut melihat cermin.

Selain itu, kelemahan ketara orang minyak ialah tidak boleh terkena hujan. Apabila terkena hujan, dengan mudah orang akan dapat melihat pengamal ilmu tersebut.

Hal seumpama ini telah pun berlaku, semasa orang minyak ingin merogol mangsa di sebuah rumah ketika hujan turun, perbuatan makhluk berkenaan telah dilihat oleh beberapa orang penduduk dari kampung itu dengan jelas.

Ilmu Siam

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak
Orang minyak didakwa berjaya ditangkap [azmirelatif].

Menurut cerita orang tua-tua, Orang Minyak adalah amalan ilmu hitam dari Siam yang tuannya menuntut ilmu ghaib untuk tujuan jahat dan gadis-gadis sunti dijadikan sebagai cagaran untuk menjadikan ilmu itu lebih sempurna.

Modus operandi yang dilakukan oleh pengamal ilmu hitam Orang Minyak ialah rompak dan rogol. Setiap kali pengamal ilmu hitam itu melakukan rompakan dan rogol, dia akan diekori oleh ilmu yang dipelajarinya, sebab itulah digelar orang minyak.

Tujuan ilmu tersebut mengekorinya ialah apabila pengamal ilmu hitam itu dalam keadaan bahaya dan terdesak atau dilihat orang semasa menjalankan aktivitinya, ilmu hitam tersebut akan memasuki tubuhnya dan menyebabkannya hilang secara tiba-tiba.

Dengan demikian dia pastinya terselamat daripada dibelasah orang yang melihatnya.

Orang yang ingin menangkap dan memasung Orang Minyak mestilah ilmunya dapat menandingi kelebihan ilmu yang diamalkan oleh pengamal ilmu hitam itu.

Jika tidak, Orang Minyak sukar ditangkap kerana pengamalnya memang licik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEJADIAN SERANGAN ORANG MINYAK YANG PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA.

Serangan Orang Minyak 2001

Penduduk beberapa kampung di sekitar daerah Kuala Kedah gempar apabila empat makhluk kononnya jelmaan `orang minyak' berjaya ditangkap bersama seorang lelaki.

Berita penangkapan orang minyak itu telah mengakibatkan lebih 3,000 penduduk sekitar membanjiri Masjid Putra Seberang Nyonya dan Balai Polis Kuala Kedah.

Bagaimanapun difahamkan makhluk-makhluk itu yang masing-masing dibungkus dengan kain batik dan disimpan di dalam balang (botol) akan dihapuskan mengikut cara tradisional.

Menurut saksi-saksi, lelaki itu diberkas ketika dia cuba memaksa seorang wanita melepaskan makhluk-makhluk berkenaan sejurus setelah dua daripada makhluk itu ditangkap.

Apa yang sangat menarik adalah, salah seorang penduduk kampung yang berjaya menangkap makhluk tersebut, Che Wan Che Othman, ketika ditemui berkata, dia berusaha menjejaki orang minyak kerana bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang berusia 17 tahun.

Menceritakan detik-detik ketika berusaha menangkap makhluk itu, katanya, walaupun takut, dia terpaksa mengetepikan perasaannya demi memastikan orang minyak tidak lagi berleluasa di kampung tersebut.

"Mak cik tangkap orang minyak ini semasa dia bertukar menjadi kecil dan cuba melarikan diri melalui celah-celah papan lantai rumah," katanya.

Serangan Orang Minyak 2006

Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melumurkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tawas, Malaysia.

Serangan Orang Minyak 2008

Pada tahun 2008 yang lalu, beberapa akhbar berbahasa Cina mendakwa kononnya berlaku kejadian rogol oleh Orang Minyak melibatkan pelajar yang berlaku dalam kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, pihak universiti menafikan kejadian itu.

Serangan Orang Minyak 2009

Pada tahun 2009 yang lalu, dilaporkan lebih 300 keluarga hidup dalam ketakutan ekoran empat kejadian di cabul Orang Minyak membabitkan dua keluarga berlaku di Taman Keladi dan Taman Angsana, Kedah.

Serangan Orang Minyak 2011

Gombak

Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana, Gombak, terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

Anehnya, kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

Orang minyak tersebut turut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarga itu berada di dalam rumah.

Lembaga itu bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut.

Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran mangsa.

Turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.

Adik ipar mangsa yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu, namun sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut.

Bentong

Pada tahun 2011 lalu, lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari, Bentong, mendakwa diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Serangan Orang Minyak 2012

Polis berjaya menyelesaikan misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun 2011 lalu menerusi pengakuan daripada suspek yang ditahan pada 14 November 2012.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November 2012.

Serangan Orang Minyak 2013

Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah Marang, apabila mangsa, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi.

Serangan Orang Minyak 2014

Mengikut laporan akhbar China Press orang ramai di sekitar Dataran Pahlawan Melaka di gemparkan dengan ”Orang Minyak” yang berjaya di tangkap oleh orang ramai.

Orang minyak ini cuba untuk mengusik orang ramai, khasnya perempuan di sekitar tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap oleh beberapa pengawal keselamatan.

Orang minyak tersebut dikatakan agak kuat dan cuba melarikan diri, Pengawal Keselamatan turut mendapati satu botol berwarna hitam disimpan bersama lelaki terbabit.

Orang Minyak itu di tangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, sememangnya kejadian ini mengejutkan orang ramai.

Serangan Orang Minyak 2018

Seorang remaja perempuan mendakwa menjadi mangsa serangan orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Serangan kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, sedang menjemur pakaian di belakang rumah.

Dia mendakwa ditarik kelibat seorang lelaki dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumah.

“Saya tidak dapat berfikir seperti kena pukau dan hanya tersedar selepas kelibat lelaki itu mencekik leher saya. Tangan, kaki dan bahagian perut saya diikat dengan tali.

“Jerutan yang kuat di bahagian perut membuatkan saya sesak nafas. Saya menjerit meminta tolong sebelum keli-bat itu lari melalui tingkap dapur rumah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Kesan minyak di leher dan kaki mangsa didapati masih ada ketika ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: azmirelatif | wikipedia

Saturday, March 17, 2018

Asal-usul Dan Sejarah Dikir Barat

Asal-usul Dan Sejarah Dikir Barat

Dikir Barat adalah satu persembahan dari negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan dan biasanya diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara yang akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Asal-usul Dan Sejarah Dikir Barat

Tahukah anda Dikir Barat adalah satu bentuk persembahan nyanyian, namun asal-usul kewujudannya sehingga kini masih diperdebatkan, walaupun kebanyakan menerimanya sebagai bentuk seni yang datang dari selatan Thailand atau utara Semananjung Malaysia.

Dalam lingkungan masyarakat petani, Dikir Barat dipersembahkan sebagai upacara keagamaan atau sambutan sempena musim menuai.

Kini, persembahan Dikir Barat lebih berperanan sebagai satu bentuk hiburan begitupun, pertandingan antara kumpulan Dikir Barat sering diadakan.

Sehingga kini, Singapura dan dua negeri di Malaysia - Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri yang masih mempersembahkan Dikir Barat secara aktif.

Kita memanggilnya Dikir, perkataan yang bunyinya ada persamaan dengan perkataan Melayu zikir yang bermakna doa atau amalan keagamaan, sesuatu yang dilihat oleh penduduk di utara semenanjung Malaysia dan diamalkan orang Thai setiap musim menuai padi.

Barat pula bermakna kedudukan geografi, orang utara dulu menganggap Thailand berada di sebelah barat padahal dari segi kedudukan geografinya, ia berada di utara Malaysia.

Memandangkan nama itu sudah sebati dengan penggunaan, ia kekal sehingga ke hari ini dan tidak pernah diubah.

Budaya Dikir Barat kemudian terus menular ke selatan, Singapura sekitar 1970-an.

Pelbagai pertandingan dianjurkan badan kerajaan setiap tahun dan sambutan terhadapnya begitu baik sehingga ke hari ini, biarpun Singapura kini adalah kota metropolitan yang maju.

Sejarah Dikir Barat bermula dengan tarian

Banyak kajian dilakukan untuk mengesan sejarah sebenar Dikir Barat di Malaysia dan menurut sumber sejarah, Dikir Barat wujud dari sebuah tarian yang dipanggil tarian Patung Inai - tarian yang sangat popular dikalangan masyarakat Siam dan Kelantan sekitar tahun 1800 hingga 1940.

Kemudian, seorang penggiat seni ini yang dikenali sebagai Pak Leh Tapang atau Haji Salleh menukarnya menjadi nama Dikir Barat.

Tarian Patung Inai adalah tarian tradisional yang dipersembahkan ketika majis perkahwinan di mana seorang ketua (Tok Jogha) akan menyanyikan lagu dan diikuti secara beramai-ramai anggota dikir lain.

Muzik Dikir Barat pula punya pengaruh ritma rebab atau rebana Sunda dan aktiviti ini sudah menjadi amalan kebiasaan setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan di perkampungam Melayu.

Dikir Barat juga ada kaitan dengan Dikir Laba atau lebih dikenali sebagai Dikir Punjab yang bermaksud drama dalam bahasa Punjab (Hindustan) dan mempunyai kaitan rapat dengan Qawwali, iaitu budaya popular di kalangan orang India.

Dalam Dikir Laba, anggotanya akan menyanyikan lagu dan cuba mengikuti rentak dengan menggerakkan badan. Mereka juga perlu menyanyi menerusi nada yang tinggi.

Tidak kira apa bentuk dikir sekalipun, Tok Jogha punya tanggungjawab besar untuk menghidupkan lagu yang dipersembahkan itu.

Pada 1948, Pak Leh Tapang mengubah cara tarian Patung Inai iaitu dimainkan dengan mengadaptasi beberapa elemen dari Dikir Laba dan Dikir Punjab.

Perkataan barat diambil dari gelaran yang diberikan orang Kelantan kepada masyarakat Siam. Ada juga pihak memnbawa teori bahawa perkataan barat datang dari perkataan 'Bharat', nama lama kepada benua kecil India.

Ia boleh dikira logik memandangkan pengaruh dari konteks Dikir Punjab.

ASAL USUL DIKIR BARAT

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam.

Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan.

Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan pernah diperintah oleh Kerajaan Siam.

Rakyat daripada kedua-dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat.

Ketika dibawa ke Kelantan, ianya adalah dalam bentuk Dikir sebelum ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu

Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana.

Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai suatu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat.

Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu.

Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam.

Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun.

Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun.

Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam).

Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.

Fungsi Tukang Karut

Elemen asas dalam kumpulan Dikir Barat adalah dua teraju utamanya, iaitu Juara dan Tukang Karut.

Anggota kumpulan Dikir Barat tidak terhad kepada jumlah tertentu. Di Singapura, ketika berlangsungnya pertandingan, siaz standard kumpulan ialah dua teraju utama - 14 awak-awak dan empat pemain muzik percussion.

Juara ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan memulakan persembahan diikuti Tukang Karut.

Tidak seperti Juara, Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya. Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan menghiburkan sebagai berkesan fungsinya sebagai penghibur. Juara pula biasanya adalah penyanyi yang memiliki suara cukup mendayu.

Awak-awak biasanya akan menyanyikan korus pada dikir. Mereka akan menyanyi dan menari dalam keadaan duduk mengikut irama yang didendangkan oleh dua teraju utama.

Pemuzik percussion pula terdiri daripada ibu rebana, anak rebana, maracas, trambouline, gong dan canang.

Ibu rebana, adalah percussion paling penting. Anak rebana pula berfungsi sebagai penyokong kepada ibu rebana dan lebih kecil dari segi saiz namun memiliki nada lebih tinggi.

Gong dan Canang pula memperkemaskan lagi tempo. Canang adalah gong tradisional Melayu bersaiz kecil yang diletakkan di atas lantai.

Maracas dan Trambouline pula biasanya digunakan untuk kesan bunyi tambahan kepada muzik itu. Trambouline biasanya dimainkan seorang teraju utama ketika anggota lain menyanyi.

Dikir Barat di Kelantan dipercayai dipelopori Pak Leh Tapang, diikuti Pak Ku Mat, Seman Wau Bulan, Husin Gelang Mas, Jusoh Kelong, Daud Bukit Abal, Arifin Ana.

Kemudian generasi baru terdiri daripada penyanyi dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Mat Gelemor dan Megat Nordin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Tarian Kuda Kepang

sumber: adisaufi

Saturday, March 03, 2018

Asal-usul Tarian Barongan

Asal-usul Tarian Barongan

Gabungan buni gendang, gong, saron, angklung, bonang, tipung dan sampret akan menghasilkan alunan yang indah, tambahan pula gabungan bunyi ini menaikkan semangat pendengarnya.

Asal-usul Tarian Barongan

Bulu roma terasa tegak apabila mendengar irama muzik itu. Ada sepuluh orang penari kuda kepang sedang beraksi.

Tiba-tiba datang masuk seorang penari dengan memakai topeng harimau. Itulah yang dinamakan 'Barongan'.

Sedang semua mata tertumpu pada Barongan, terdengar suara seorang berteriak kuat. Heppppp!!

Dia kemudian bangun dan terus masuk ke tengah laman. Mukanya kelihatan sangat garang. Matanya tepat melihat ke arah penari-penari kuda kepang. Beberapa orang cuba menenangkannya, tapi dia semakin agresif.

Apabila dia semakin tidak terkawal. Seorang lelaki bangun lalu mendekati Barongan itu. Dia memandang lelaki tersebut sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu ditiup ke muka lelaki itu. Sebentar kemudian, lelaki itu terus rebah.

Namun demikian, walaupun terdapat gangguan daripada lelaki tersebut, penonton seolah-olah tidak terganggu.

Mereka seperti sudah biasa dengan keadaan begitu. Persembahan Barongan tetap berjalan.

Jarang sekali kita mendengar tentang Barongan. Tarian ini terkenal di Johor. Apa sebenarnya tarian Barongan?

Barongan adalah kesenian orang Jawa yang berasal dari daerah Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Tarian Barongan membawa semangat harimau, berdasarkan satu hikayat dalam kepercayaan orang Jawa.

Kononnya, pada suatu zaman dahulu, terdapat seorang lelaki paling kaya di daerah Ponorogo.

Dia mempunyai 40 ekor kuda belaan, namun setiap hari banyak kudanya hilang. Daripada 40 ekor, akhirnya hanya tinggal empat ekor sahaja.

Dia merasa sangat hairan namun, lama-kelamaan akhirnya dia mendapat tahu kudanya hampir habis dimakan harimau.

Orang kaya itu merasa marah. Dia menguar-uarkan kepada semua penduduk kampung, sesiapa yang dapat membunuh harimau itu akan dihadiahkan ganjaran lumayan.

Ramai yang mencuba tapi semuanya tewas sehinggalah datang seorang pemuda bernama Bujang Ganong yang disebut-sebut sebagai seorang yang handal dan merupakan anak murid Kiyai Klono Sewan Dono.

Bujang Ganong yang menawarkan diri untuk menangkap harimau itu akhirnya berjaya membunuh harimau yang telah membaham kuda-kuda orang kaya itu.

Bujang Ganong kemudiannya meletakkan bangkai harimau itu diatas bahunya dan pulang ke kampung.

Orang kampung yang teruja melihat bangkai harimau turut sama mengikut dibelakang Bujang Ganong sehinggalah ia dipersembahkan kepada orang kaya tersebut.

Sebab itulah jika mengikut prinsip tarian Barongan, sesiapa pun tidak boleh duduk lebih ke depan daripada Barongan tanpa mengira pangkat dan kedudukannya.

Upacara Sebelum Persembahan

Asal-usul Tarian Barongan

Sebelum memulakan pertunjukan Barongan, perlu ada adat dan upacara harus dijalankan terlebih dahulu.

Biasanya mereka akan menyiapkan 'sajan' yang diibaratkan seperti 'makanan' untuk memanggil semangat harimau.

Sajan biasanya terdiri daripada pisang raja, daun sirih, tembakau, cengkih, telur, nasi, air kopi dan kemenyan. Semuanya akan diletakkan di dalam sebuah dulang.

Selepas itu, akan dimulakan dengan bacaan untuk memanggil semangat harimau yang dinamakan 'Joblongko'.

Tujuan semangat Joblongko diseru adalah supaya pertunjukan nampak lebih 'hidup' apabila Barongan dirasuk semangat harimau.

Menurut cerita, pisang raja yang digunakan untuk dijadikan sajan jika dimakan selepas pertunjukan Barongan, rasa manisnya hilang, rasanya tawar dan tidak sedap.

Semangat Joblongko

Pada kebiasaannya, penari yang diresapi semangat harimau akan menjadi seperti harimau. Gaya, gerak geri dan wataknya nampak seakan-akan seperti seekor harimau.

Semangat Joblongko sememangnya suka jika orang memuja dan memanggilnya.

Kalau dipanggil memang Joblongko akan datang, tapi bila nak suruh balik dikatakan sangat payah dan perlu dipujuk elok-elok.

Peralatan muzik Barongan juga dikatakan tidak boleh disimpan sembarangan kerana adakalanya ia akan berbunyi sendiri terutama jika ditinggalkan ditempat baharu.

Kini, Barongan hanyalah salah satu kesenian tradisi warisan zaman dan persembahannya lebih kepada hiburan semata-mata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Tarian Kuda Kepang

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, March 02, 2018

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Pesta Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di dalam kalendar lunar pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari, Februari atau Mac).

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Sambutan pesta Tanglung disambut sebagai tanda berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.

Asal-usul

Terdapat pelbagai jenis cerita rakyat dan sejarah yang dikaitkan dengan perayaan tanglung antaranya ialah:

Pesta Tanglung mula diraikan sejak pemerintahan Dinasti Han (206 SM - 221 M). Dipercayai juga festival Tanglung ini berasal dari ajaran Taoisme.

Secara tradisinya, mereka akan menyediakan makanan tradisional sebagai tanda menyambut perayaan Tanglung.

Pada malam perayaan, orang ramai akan keluar ke jalanan untuk bermain Tanglung di bawah sinaran bulan, menyaksikan tarian singa dan naga, membakar mercun dan bunga api, meneka tulisan yang tertulis di Tanglung serta permainan-permainan lain.

Permainan meneka tulisan di Tanglung amat popular sekali. Mereka akan meneka teka-teki yang tertulis di kertas Tanglung. Permainan ini akan berlanjutan sehingga lewat malam perayaan Tanglung.

Legenda

Maharaja Jade di syurga kononnya berang apabila manusia membunuh angsa kesayangannya. Untuk membalas dendam, Maharaja Jade mahu membakar kota itu namun rancangannya diketahui pari-pari.

Beliau menyuruh semua penduduk kota supaya menyalakan Tanglung mereka. Maharaja Jade menyangka kota tersebut telah terbakar kerana cahaya lampu Tanglung yang terang lalu membatalkan serangan ke atas kota tersebut.

Pesta Tanglung juga dikenali sebagai Hari Valentine Cina.

Pada zaman dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk bebas berjumpa. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan yang paling sesuai dengan mereka

Pesta Tanglung pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan.

Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu Tanglung yang digantung.

Kepercayaan

Asal-usul Sambutan Pesta Tanglung Masyarakat Tionghua

Makanan paling popular untuk festival Tanglung adalah Yuanxiao. Sesetengah tempat memanggil makanan ini dengan nama Yuen Siu atau Tong Yuen.

Dipercayai nama Yuanxiao adalah bersempena dengan nama gundik istana Maharaja Wu pada zaman Dinasti Han.

Yuanxio: Yuanxiao adalah sejenis adunan bebola yang direbus dan dikukus berisikan inti manis, daging ataupun buah-buahan.

Ia diperbuat daripada tepung beras, dimasak dalam sup sayuran dan daging. Bentuk bulat menandakan simbol kesatuan keluarga, kesempurnaan dan kebahagian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: perayaancina

Friday, February 09, 2018

Sejarah Seluar Jeans Levi's Sebelum Menjadi Popular Di Seluruh Dunia

Sejarah Seluar Jeans Levi's Sebelum Menjadi Popular Di Seluruh Dunia

Semasa zaman Renaissance, seluar denim dibuat di Itali dan dijual melalui pelabuhan Genoa kerana tentera Laut Genoa memerlukan seluar tahan lasak dan lama untuk mereka belayar, sebab itu mereka memilih denim kerana ia adalah material yang baik untuk mereka yang lasak.

Sejarah Seluar Jeans Levi's Sebelum Menjadi Popular Di Seluruh Dunia

Jeans adalah sejenis seluar yang diperbuat daripada bahan yang dipanggil "denim" yang mula dibuat di bandar Nimes Perancis. Nama denim itu diambil sempena nama bandar kelahiran seluar jeans tersebut iaitu bandar ("de Nîmes").

Frasa jeans biru pula berasal dari Perancis iaitu Bleu de Gênes yang bermaksud biru dari Genoa.

Seluar jeans denim biru yang popular di Eropah pada tahun 1800an adalah tidak sama dengan seluar jeans moden Amerika pada zaman itu.

Hasil usaha pembangunan dan kerjasama dua benua ini telah melihatkan kejayaan seluar jeans yang dipakai pada masa ini.

Pada tahun 1850an di Bandar California terdapat seorang saudagar barangan kain dari Jerman bernama Levi Strauss mula menjual seluar kerja denim berwarna biru kepada pekerja tempatan.

Sejarah Seluar Jeans Levi's Sebelum Menjadi Popular Di Seluruh Dunia

Salah seorang pelanggannya ialah seorang tukang jahit Latvia bernama Jacob Davis yang kerap membeli kain dan seluar kerja denim dari perniagaan borongnya iaitu Levi Strauss & Co.

Apabila terdapat salah seorang pelanggan Jacob Davis yang mengeluh berulang kali mengenai seluar yang senang koyak, Davis mula mengembangkan idea untuk menggunakan rivet tembaga untuk menguatkan poket dan jahitan seluar.

Davis mahu mematenkan ideanya tetapi dia tidak mempunyai wang sebnyak $68 yang diperlukan untuk mengambil hak cipta paten itu.

Walaupun Davis tidak mempunyai wang yang cukup, dia tetap tidak berputus asa. Davis mendekati Strauss dan mencadangkan mereka berkerjasama dalam perniagaan tersebut.

Dengan bantuan kewangan Strauss, lelaki itu telah menerima Paten US 139 121 iaitu "Penambahbaikan dalam jahitan poket" pada 20 Mei 1873. Ada yang menganggap hari itu sebagai hari kelahiran rasmi seluar jeans biru.

Sejarah Seluar Jeans Levi's Sebelum Menjadi Popular Di Seluruh Dunia

Strauss dengan strateginya telah mengupah Davis untuk mengawasi pengeluaran seluar rivet di kilang Levi Strauss & Co. San Francisco. Apabila rivet tersebut telah dipatenkan perniagaan mereka selamat.

Levi Strauss & Co. adalah satu-satunya syarikat yang membuat pakaian riveted selama hampir 20 tahun.

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila paten mereka telah berakhir dan berpuluh-puluh pengeluar lain mula meniru rekabentuk pakaian mereka.

Pada masa itu, orang ramai rutinnya merujuk kepada seluar jeans biru sebagai "Levi's". Akhirnya bermulanya jenama Levi’s sebagai salah satu trademark.

Walaupun pada asalnya ia direka sebagai seluar kerja namun seluar jeans biru menjadi sebahagian besar budaya yang popular pada tahun 1950-an selepas seorang pelakon iaitu James Dean memakai seluar jeans dalam filem Rebel Without a Cause.

Populariti mereka terus meningkat mendadak dan pada hari ini pakaian mereka telah menjadi rutin kepada warga Amerika dan juga seluruh negara.

Sejarah Seluar Jeans Levi's Sebelum Menjadi Popular Di Seluruh Dunia

Mereka merupakan pendatang asing berwawasan yang telah mengubah denim dan kepingan logam ke dalam produk pakaian yang paling popular di dunia.

Mungkin mereka tidak pernah membayangkan akan menjadi terkenal pada suatu hari nanti dan hakikatnya, jenama seluar jeans Levi’s amat terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Terdapat beberapa fakta menarik mengenai seluar jean biru ini, di antaranya ialah:
  • Di Sepanyol seluar jeans biru dikenali sebagai vaqueros (koboi) atau tejanos (Texans).
  • Jeans biasanya dicelup ke dalam warna biru menggunakan pewarna indigo. Terdapat pelbagai warna jeans yang lain seperti merah jambu, kuning, hitam dan putih. Sekarang terdapat pelabagi warna dan paten menyerupai seluar jeans.
  • Purata penduduk Amerika memiliki sekurang kurangnya tujuh pasang jeans biru.
  • Pada tahun 1885, harga seluar jeans di Amerika adalah sekitar $ 1.50.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Seluar Jeans Ada Poket Kecil?

sumber: iluminasi

Sunday, February 04, 2018

Sejarah Asal-usul Penciptaan Seterika

Sejarah Asal-usul Penciptaan Seterika

Baju tidak licin dan berkedut? Seterika saja! Tapi tahukah anda sejak bila kewujudan peralatan yang banyak membantu kita dalam urusan seharian ini? Seterika dipercayai telah digunakan oleh bangsa Yunani sejak tahun 400 Sebelum Masihi.

Asal-usul Seterika

Kegunaan seterika ketika itu dipercayai untuk menandakan lipatan-lipatan tertentu pada pakaian kebesaran yang digunakan dalam upacara atau ritual tertentu.

Menurut sejarah, seterika juga pernah digunakan oleh bangsa Rom dan dikatakan ketika itu, alat yang dinamakan 'prelum' sudah menyerupai bentuk seterika yang digunakan pada hari ini.

Seterika zaman itu menggunakan teknik tekanan sehingga ramai yang mengatakan kegunaannya hampir sama dengan mesin pembuat anggur.

Menurut catatan lain, seterika turut digunakan bangsa China sekitar kurun pertama. Seterika yang digunakan mereka berbentuk logam yang diisi dengan bara api.

Seterika Moden

Seiring dengan perjalanan waktu, seterika juga mengalami perkembangan. Ramai yang mempercayai seterika elektrik moden diipta oleh Henry W Seely pada tahun 1882.

Namun, seterika ciptaannya mempunyai beberapa kekurangan iaitu lambat panas dan terlalu cepat sejuk.

Melihat keadaan itu, ramai pereka mengambil inovasi ciptaan Henry dengan melakukan penambahaikan.

Crompton dan beberapa orang rakannya di Syarikat General Electrics kemudiannya mencipta seterika bergagang pada tahun 1892.

Earl Richardson dan Joseph Mayers menyempurnakan ciptaan seterika pada tahun 1926 dengan mencipta seterika wap.

Sehingga ke hari ini, teknologi penciptaan seterika mengalami perkembangan yang pesat sehingga pelbagai jenis seterika terdapat di pasaran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Penciptaan Stapler

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, January 29, 2018

Sejarah Tarian Hip Hop Di Malaysia

Sejarah Tarian Hip Hop Di Malaysia

Apabila menyebut hip-hop, pasti kebanyakan peminat muzik akan mengingati beberapa artis hip-hop dunia seperti Eminem, Dr Dre, Nelly, Tupac dan beberapa lagi namun, genre muzik ini sudah bermula di Amerika Syarikat (AS) seawal sekitar 1970-an lagi.

Sejarah Tarian Hip Hop Di Malaysia

Hip-hop lahir apabila golongan Afrika-Amerika yang tinggal di Bronx bercakap-cakap sambil mendendangkan rentak, tanpa diiringi instrumen muzik.

Daripada rentak tersebut, tercetus idea daripada golongan tersebut dengan menamakan rentak itu sebagai Rap.

Pada ketika itu, lahirlah artis rap otai seperti DJ Kool Herc, Grandmaster Flash and The Furious Five, Fab Five Freddy dan lain-lain lagi.

Selepas itu, rap mengalami evolusi dalam apabila bunyi-bunyian daripada alat muzik dimasukkan untuk mengiringi rap.

Evolusi ini telah melahirkan istilah hip-hop di kalangan artis rap dan dikatakan kumpulan The Sugarhill Gang yang memulakan genre tersebut apabila mencipta lagu bertajuk Rapper’s Delight.

Lagu tersebut menjadi pujaan penggemar rap, sekali gus golongan ini dapat menerima genre tersebut di samping hip-hop.

Selepas Sugarhill Gang, maka lahirlah beberapa artis yang mewarnai dunia hip-hop dengan gaya tersendiri seperti DMC, Beastie Boys dan LL Cool J.

Kemunculan Too Phat

Akibat ledakan genre tersebut, dua anak muda daripada Johor Bahru tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan genre itu di Malaysia pada lewat 1990-an.

Menamakan diri mereka sebagai Too Phat, kemunculan Malique Ibrahim (Malique) dan Johan Ishak (Joe Flizzow) sangat diterima sekali gus tiba-tiba menjadi popular.

Segala-galanya bermula apabila mereka melancarkan lagu pertama, Too Phat Baby sebelum memperkenalkan lagu Freak To The Beat.

Freak To Beat sangat diminati oleh masyarakat kerana menggunakan lagu klasik Melayu yang agak popular, Anak Ayam sebagai muzik latar.

Pertaruhann penggunaan lagu Anak Ayam membuahkan hasil bagi mereka dan Too Phat tidak menyangka lagu tersebut menerima sambutan hangat daripada masyarakat.

Selepas kejayaan penjualan album pertama, Too Phat terus melangkah mencipta beberapa buah lagu yang menjadi hit sehingga kini seperti Just A Friend, Alhamdulillah, Dua Dunia dan Ala Canggung.

Pun begitu, jodoh Malique dan Joe tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri demi mengembangkan karier masing-masing.

Perkara ini amat menyedihkan peminat mereka, lebih-lebih lagi mereka merasakan Too Phat mampu menghasilkan lebih banyak lagu hip-hop berkualiti untuk jangka masa yang lama.

Namun begitu, sumbangan Too Phat terhadap industri muzik telah memberi impak besar, dengan lebih ramai artis yang mencuba nasib mereka di dalam genre hip-hop.

Nama-nama seperti Urban XChange, Poetic Ammo, Altimet dan Waris diharap dapat mengembalikan kegemilangan hip-hop seperti ketika 90-an dahulu!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Tarian Dan Budaya Ravers

sumber: sinarharian

Thursday, January 04, 2018

Misteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang

Misteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang

Tarian Ulek Mayang merupakan tarian yang mengandungi unsur pemujaan, tarian keasyikan keagamaan pra Islam yang diiringi oleh nyanyian dan muzik di Terengganu, berasal dari sebuah pulau berdekatan tidak dikenali di mana orkestra Melayu, mengandungi gendang, gong, biola dan accordion dan sebagainya digunakan.

Misteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang

Ulit atau Ulek merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.

Biasanya persembahan Ulek Mayang ini berlangsung pada waktu malam apabila tiba musim puja pantai. Selain itu, Ulek Mayang turut ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari.

Namun begitu, pada zaman sekarang Ulek Mayang dijadikan sebagai seni persembahan Melayu yang boleh dianggap seni teater muzika kerana di dalamnya terdapat pelbagai seni persembahan seperti pantun yang dilagukan, tarian mengikut lagu dan irama, serta dilakonkan oleh watak-watak tujuh orang puteri, watak pawang atau bomoh dan pesakit.

Segala unsur-unsur mantera di dalam lirik lagu Ulek Mayang juga turut diubah setelah kedatangan Islam.

Asal-usul legenda Ulek Mayang

Legenda Ulek Mayang atau Ugam Mayang (Pahang) dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar lagi.

Kewujudan tarian Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870-an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.

Pada zaman tersebut, Ulek Mayang amat popular sebagai upacara rawatan penyakit kepada masyarakat Terengganu dewasa itu.

Disamping itu, tarian Ulek Mayang juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.

Sejarah Ulek Mayang bermula pada zaman dahulu, apabila sekumpulan nelayan keluar ke laut menangkap ikan dengan berperahu.

Tiba-tiba, mereka telah dilanda ribut yang amat dahsyat di tengah lautan sehingga jong yang dinaiki mereka telah dipukul ombak ganas.

Kesemua nelayan terhumban di dalam laut yang bergelora sambil terkapai-kapai menyelamatkan diri. Akhirnya mereka kepenatan dan beralah dengan takdir apabila gagal menyelamatkan diri dari kekuatan ombak laut yang tidak dapat dikawal lagi.

Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat.

Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.

Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa nyawa nelayan yang tidak sedarkan diri itu berada di alam lain walaupun jasadnya ada bersama mereka.

Zaman tersebut lebih juga dikenali sebagai zaman animisme dimana bomoh digunakan untuk menyembuhkan penyakit seseorang.

Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali nelayan tersebut.

Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya seorang yang tertarik. Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian.

Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu.

Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang puteri sehingga menjadi enam orang kesemuanya.

Pertarungan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut menjadi semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut.

Apabila pertarungan menjadi semakin sengit, muncul Puteri ke-7, iaitu puteri yang sulung. Puteri ini memiliki rupa yang lebih rupawan, lebih kuat dan bijaksana.

Setelah itu, bomoh telah merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semula semangat nelayan tersebut.

Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

Dalam pertempuran tersebut, puteri sulung berkata, “Aku tahu asal-usulmu. Biarkan yang laut pulang ke laut dan yang darat pulang ke darat.”

Jiwa nelayan telah dipulangkan dan nelayan kembali sedar. Bomoh dan rakan-rakan nelayan berasa terhutang budi kepada sang puteri, lalu mereka mempersembahkan nasi berwarna kepada sang puteri sebagai tanda penghargaan atau berterima kasih.

Upacara ini kekal diamalkan sehinggalah kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Walaupun asal-usul bermulanya tarian Ulek Mayang terdapat dalam pelbagai versi namun, susunan peristiwanya agak serupa iaitu tentang sekumpulan nelayan yang telah mengalami kecelakaan di laut dan salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri.

Tarian Ulek Mayang dilakukan untuk memuja semangat Puteri yang merujuk kepada tujuh semangat yang bersal dari laut.

Semangat puteri ini sudah wujud di kalangan masyarakat Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar umbi dari kepercayaan animisme atau khurafat masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

Tujuh Semangat Puteri dikenali sebagai Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh.

Terdapat beberapa sumber menyatakan upacara Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara mengubati pesakit dengan menggunakan semangat yang dipuja.

Namun begitu, upacara Ulek Mayang telah diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan unsur-unsur khurafat seperti mantera dan jampi.

Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Upacara Ulek Mayang

Upacara Ulek Mayang dipercayai mengandungi mantera yang digunakan untuk memujuk roh atau semangat.

Perkataan “mantera” berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu “mantra” atau “manir” yang merujuk kepada ucapan kudus dam kitab-kitab Veda, serta mengandungi unsur mistik dan jampi serapah.

Mantera menjadi amalan yang merangkumi seluruh hidup masyarakat hindu, untuk tujuan kebaikan (T.plattes dalam Harun Daud:2004).

Harun Daud pula berpendapat bahawa, “Mantera ialah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau prosa berirama yang mengandungi unsur magis dan diamalkan oleh orang tertentu, terutamanya bomoh, dengan tujuan kebaikan dan sebaliknya.” (Harun Daud, 2004:xxi).

Kewujudan mantera dalam bentuk puisi dapat dilihat pada kebanyakan mantera seperti yang terdapat dalam lagu Ulek Mayang.

Oleh itu, (Harun Daud:2004) telah menyatakan lima perkara penting dalam keberkesanan mantera iaitu pertama, kepercayaan dan keyakinan diri seseorang pengamal, kedua adalah kesucian diri, ketiga adalah perlakuan diri, keempat pula adalah suasana tempat, masa dan peristiwa dan yang kelima adalah penggunaan peralatan atau benda seperti pengeras, benda pembantu ritual, makanan, pantang larang dan kekuatan isi mantera. Kesemua ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas dalam seni persembahan Ulek mayang.

Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang yang merupakan bahan utama dalam tarian Ulek Mayang.

Mayang tersebut akan dibangkitkan dengan semangat dan dibangunkan dengan semah asal usul.

Semah bermaksud sajian berupa makanan, binatang dan sebagainya yang disediakan untuk makhluk halus.

Untuk menyembuhkan penyakit, pawang akan menggunakan mayang pinang yang masih lagi dalam seludangnya. Mayang pinang tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan ritual setelah seludangnya pecah.

Seterusnya, pawang akan menggunakan sebiji guri tembaga atau batil yang berisi air, sebatang lilin yang diperbuat dari sarang dan madu lebah, bertih padi (bertih jantan), kemenyan dan beberapa kuntum bunga yang kebiasaannya bunga cempaka, melati dan melor.

Seterusnya, lilin dinyalakan dan kemudiannya diletakkan dalam batil atau guri tembaga yang berisi air. Apabila sampai waktunya, pawang akan membakar kemenyan dalam dupa yang siap dengan bara api dan seterusnya melihat arah asap yang sekaligus memberi petunjuk bahawa arah itulah nanti penyakit akan dibuang dan dari arah yang berlawanan pula “Puteri Tujuh Beradik” dipanggil bagi menyempurnakan proses pengubatan.

Sewaktu upacara persembahan diadakan, ianya akan diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya.

Persembahan ini dilakukan beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan dan pawang yang memegang mayang pinang akan duduk di tengah-tengah bulatan tersebut.

Pada peringkat awal, tidak ada alat muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya, para pemain terdiri dari mereka yang berusia antara lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Setiap peralatan yang digunakan akan diasap dengan kemenyan satu persatu telebih dahulu bermula dengan seludang mayang dan diikuti dengan bunga dan peralatan yang lain.

Setelah itu bomoh akan menutup kepala dengan kain batik lepas dan dililit “semutar” dan separuh badannya ditutupi dengan kain putih yang menggunakan benang kapas dan duduk bersila sambil mengulek atau mengugam.

Mengugam atau mengulek membawa maksud menyanyi dan melihat waktu yang baik untuk memohon pertolongan dan caranya ialah menyanyi dan menari.

Pada waktu bomoh memulakan nyanyian, pukulan rebana mula mengiringi nyanyian pawang dengan tingkah laku tertentu yang mulanya perlahan kemudian kepada nada yang lebih sederhana dan tinggi.

Dalam upacara ini, irama rebana tidak boleh tersalah kerana ini akan mengurangkan konsentrasi bomoh serta tidak akan membawa turun ”Puteri Tujuh” ke alam maya dan semangat.

Lukah, Serkap

Dalam upacara yang dianggap permainan inilah seorang bomoh atau pawang akan memulakan persembahan dengan membaca mentera memuja sejambak mayang pinang atau lukah atau kukur kelapa atau sebuah serkap dan benda-benda itu akan bergerak perlahan-lahan dan menari-nari dengan sesiapa sahaja yang memegang mayang tersebut atau dengan objek-objek lain.

Maksudnya, jika mayang dijadikan objek utama dalam persembahan ini, maka orang yang memegangnya akan ikut bergerak mengikut gerakan mayang yang dipegangnya. Begitu juga dengan lukah atau kukur kelapa, bubu atau serkap.

Terdapat beberapa daerah di Pahang terutamanya di Hulu Tembeling dan Temerloh, lukah atau serkap diberikan pakaian seperti manusia. Jika bomoh itu tinggi ilmunya, lukah atau serkap itu seakan bergerak-gerak tanpa dipegang.

Malah, yang lebih menarik lagi jika kukur kelapa digunakan, kukur itu akan bergerak sendiri.

Menurut kepercayaan, jika kukur kelapa tersebut diletakkan dengan pasangan yang tidak sejenis, maka gerakannya akan menjadi lebih halus dan “romantis” dan jika diletakkan pasangan sejenis, maka ianya ”berperang”.

Dalam tradisi masyarakat di daerah ini, kukur biasa diberikan jantina iaitu kukur jantan dibuat ”sawat” atau alat kemaluan, manakala kukur betina di bawahnya tidak terdapat apa-apa ukiran.

Gerakan “tari” atau “perang” kukur jika menggunakan kukur atau gerakan mayang yang menari-nari dengan pawang itu merupakan kemuncak kepada persembahan ini.

Pada peringkat terakhir, bomoh akan memecahkan mayang kelapa dengan menghempaskannya ke pasir atau menghempaskan sedulang mayang tadi ke telapak tangannya.

Pada saat inilah sedulang mayang tersebut digerak-gerakkan untuk memanggil-manggil tujuh orang puteri seorang demi seorang.

Puteri Satu adalah puteri tertua dan sulung yang harus dipanggil dengan tertib dan hormat sehinggalah Puteri tujuh yang terakhir iaitu puteri bongsu dan merupakan puteri yang paling cantik dan paling sakti.

Dipanggil untuk mengulek dan melihat si pesakit jika bertujuan untuk pengubatan dan akan merahmati persembahan Ulek Mayang jika ianya untuk persembahan hiburan.

Upacara membawa turun tujuh puteri ini dibantu oleh “peduan” (Panduan) yang berfungsi sebagai “Tok Minduk”.

Tok Minduk atau Peduan bermaksud “guru tua” atau guru segala guru dalam pengamalan ilmu seni tersebut.

Kedatangan setiap puteri disambut dengan taburan tujuh biji bertih jantan dan biasanya setiap orang puteri akan memberi salam dan salam ini hanya dapat didengari oleh Pawang atau Peduan sahaja.

Antara dialognya adalah seperti berikut:
Puteri Tujuh: Assalamualaikum!
Peduan: Waalaikumussalam!
Puteri Tujuh: Apa hajat dipanggil hamba turun ni?
Peduan: Nak minta tengok si Fatimah (jika pesakit itu perempuan dan kalau pesakit itu lelaki diberikan nama Ali). Minta tolong tengok dan sembuhkan penyakit (jika untuk persembahan hiburan, minta tenangkan keadaan dan berikan semangat yang baik).
Puteri Tujuh: Ambo (hamba) tak reti (tak pandai), tapi cuba-cuba buat cuba-cuba tengok.
Ketika peduan berbual dengan Puteri ketujuh, penepuk gendang perlu menghentikan rebananya dan jika rebab digunakan sebagai menggantikan rebana, pemain rebab akan menghentikan gesekan rebabnya.

Hal ini kerana untuk mengelakkan penonton “tergerak angin” atau terasuk kerana jika hal ini berlaku, suasana pada ketika itu akan menjadi rumit, iaitu yang diubati tidak sembuh dan yang tidak sakit mendapat penyakit.

Penggunaan mantera dan pantun dalam Ulek Mayang

Mantera dan pantun digunakan serentak dalam persembahan Ulek Mayang sebagai alat berkomunikasi dengan Puteri 7 yang diseru.

Seperti yang difahami umum bahawa pantun adalah seni pengucapan Melayu yang paling indah dan popular dalam masyarakatnya.

Hampir seluruh wilayah-wilayah adat yang termasuk 19 wilayah suku besar Melayu seperti Acheh, Gayo-Alas, Batak-Nias, Minangkabau-Mentawai, Jambi-Engganao, Melayu-Melaka-Medan-Riau-Pontianak, Dayak-Raya, Bangka-Belitung, Sunda, Jawa-Tengah,Jawa-Timor-Madura, Bali-Lombok, Sulawesi-Selatan-Makasar, Teroja, Gorontolo, Flores-Timor, Minahasa-Sanghi-Talaud, Maluku-Utara (Ternate), Malaku Selatan (Ambon), Papua (Jakob Sumardjo:2002), daerah ini mempunyai tradisi pantun masing-masing.

Penggunaan pantun dalam persembahan Ulek Mayang, dapat dilihat kepada fungsi magisnya iaitu sewaktu upacara “memanggil” ketujuh-tujuh Puteri Tujuh turun menyertai acara atau upacara menurun bagi mengubati penyakit.

Puteri Tujuh merupakan lambang daripada mitos masyarakat dan ianya juga sebagai watak-watak yang sentiasa hadir dalam kebanyakan cerita-cerita lisan tempatan, watak atau peristiwa yang ada hubungan legenda dan sejarah tempatan atau pandangan dunia semesta masyarakat Melayu secara umumnya.

Pantun yang digunakan dalam persembahan Ulek Mayang tidak banyak bezanya antara rangkap pertama sehingga ketujuh.
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Berdasarkan petikan pantun di atas, dasar pembentukan sebuah pantun mestilah dua baris pertama sebagai pembayang dan dua baris berikut adalah maksud yang tidak akan kita temui.

Ini kerana keempat-empat baris merupakan kesinambungan pemerihalan tentang puteri yakni berbaju serong di baris pertama, bersanggul sendeng dibaris kedua, bersubang gading dibaris ketiga dan berselendang kuning di baris keempat dan begitulah hingga puteri ketujuh.

Pantun di atas dinyanyikan pada peringkat menghidupkan mayang. Apabila mayang telah hidup dan ”puteri tujuh” telah turun dan teresap sama ada kepada pesakit, suasana akan menjadi rancak maka pelbagai jenis pantun akan dinyanyikan namun lebih memfokuskan kepada ”puteri” yang dikaitkan dengan semangat suatu bentuk aforisme, iaitu menghaluskan ungkapan sebagai lambang atau kias kepada tujuh jenis semangat yang terdapat di dalam diri pesakit dan juga di alam ghaib termasuk, hantu, jin, penunggu, roh dan sebagainya.

Dalam persembahan Ulek Mayang, struktur persembahan yang diungkap dalam pantun amat berkaitan dengan mentaliti persekitaran hidup mereka.

Pantun-pantun yang diungkap menyebut tujuh alamat bidadari atau puteri yang diundang dalam upacara dalam tubuh dukun atau bomoh.

Dengan ini memberikan kekuatan magis dan berpadu dengan segala rahsia kekuatan hal yang dikisahkannya. Pengkisahan ini amat berhubungan dengan mentaliti masyarakat pendokongnya.

Dia amat memahami perilaku masyarakat yang dia juga hidup bersama. Dari pemahaman inilah setiap pengucapan dukun, bomoh atau pawang dapat memenuhi psikologi khalayak dan dia dianggap orang pandai dan sebagai pengantara antara alam fizikal dan alam batin juga alam ghaib.

Dengan mantera atau jampi serapah yang diawali terdahulunya, suatu bentuk pengucapan antara dia dan “puteri” memberikan nilai mistik dan sakral:
Tujuhkan beradik
Tujuh sebiring
Tujuh segenap
Mengikutlah dari bari
Amboilah kan tujuh
Semangat tujuh
Selangkat tujuh
Tunjanglah kan tujuh
Anggota tujuh
Sifatkan tujuh
Maknuyah tujuh
Ai..turunlah kan tujuh
Belahkan sifat
(Aripin Said: 1997)
Dalam tradisi mantera Melayu terdapat tujuh jenis angin (dilambangkan tujuh puteri) iaitu Angin Dewa tujuh (tambahan dari penulis, Dewa tujuh terdiri Dewa sakti,dewa Muda, Dewa Kecil, Dewa Indera, Dewa Bisnu, Dewa Syahmalik dan Dewa Kesukma Daru ataupun Dewa Semar Daru, iaitu Angin dalam persembahan Main Puteri atau tokoh-tokoh dalam cerita Mak Yong), Angin Bidan ketujuh, Angin Hala Ketujuh, Angin Mambang Ketujuh, Angin Raja Bongsu, Angin Hulubalang atau Pendekar dan Angin Bersenang Pesakit (Hashim Awang:2007).

Pelbagai jenis mantera sama ada dalam bentuk pantun atau mantera biasanya bertujuan yang pertamanya untuk memanggil semangat dan yang keduanya untuk memanggil angin.

Bagi keempat-empat kelompok mentaliti masyarakat Melayu seperti yang diungkapkan di atas, konsep semangat dan angin adalah sama sahaja.

Konsep semangat tujuh ini juga hampir sama dalam mantera masyarakat Jawa. Tujuh bidadari itu adalah Tohok (tuak), Sulasih (air), kuranta (sayur mayur), tunjung biru (laut/garam), Wilotomo(daging/buah), supraba (padi) dan gagar mayang (minuman keras) (Jakob Sumardjo:2002) yang mengambil lambang-lambang dipersekitaran kehidupan mereka.

Ini sesuai dengan konsep perlambangan yang diambil dari alam keseluruhan, yakni gunung, laut, bukit bukau dan lambang-lambang dari flora dan fauna serta anatomi tubuh badan manusia itu sendiri.

Pada kebiasaanya, mantera (juga mantera dalam bentuk pantun) digunakan bagi memulihkan semangat pesakit yang telah dirasuk atau diserang hantu laut (puteri berselendang kuning) manakala hantu gunung (belantara) disebut puteri berselendang hijau:
Bismillah al-Rahman al-Rahim
Syeikh minat raja di kapal
Penjajah pengganti
Kecil besar, tua muda
Jantan betina, riuh rendah
Buta rengek, riuh pikuk
Jangan dikosek
Balik anak cucuku
Orang di hutan kita minta jauhkan diri
Orang di laut kita minta jauhkan diri
Orang di darat kita minta jauhkan diri
Orang di laut ada di darat
Diminta balik ke laut
(Hashim Awang:2007)
Dalam mantera Ulek Mayang, semangat pesakit dipanggil balik serta dipulihkan dengan istilah yang disebut angin bersenang pesakit, dengan ungkapan lemah lembut hantu laut (juga hantu hutan, gunung, belantara) yang merasuk atau mengusai pesakit, diminta kembali ke tempat asal diminta balik ke laut.

Kerasukan hantu ini dipercayai telah masuk ke dalam timun betek timun belulang (ke dalam diri) pesakit sehingga pesakit tidak sedarkan diri, meracau, berkelakuan aneh dan kadangkala tidak sedarkan diri.

Perkara ini terjadi mungkin kerana pesakit secara tidak sengaja telah memasuki ”wilayah” tempat tinggal penunggu laut atau gunung atau tidak menghormati pantang larang, misalnya kencing dalam laut.

Pesakit boleh dipulih dengan menghantar pulang hantu atau penunggu yang menumpang dalam dirinya.

Setelah segala-galanya dapat dikembalikan pulih seperti sediakala akan ada upacara lain iaitu mengirimkan ancak atau sesaji ke laut tanda terima kasih pesakit kepada semangat atau hantu laut.

Ulek Mayang Selepas Kedatangan Islam

Setelah kedatangan Islam, persembahan Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera.

Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit (Suzan Ahmad:2009).

Setiap olahan termasuk gerak tari dan susunan muzik dilakukan selaras dengan perkembangan zaman dan penerimaan masyarakat ketika ini.

Permainan Ulek Mayang dimainkan sekadar untuk hiburan, di mana ia melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Puteri Tujuh Beradik.

Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.

Doa dan 'bangkitan' dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa sebarang kemalangan.

Lagu Ulek Mayang
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning

Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Nota: Puteri 2 maksudnya 2 orang puteri turun. Puteri 4 turunnya lagi 2 menjadikan 4 dan seterusnya hingga 1 puteri akhir turun menjadikan puteri 7.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Asal-usul Tarian Mak Yong

sumber: ceriteradimensi

Sunday, December 17, 2017

Asal-usul Bangsa Rungus Di Sabah

Asal-usul Bangsa Rungus Di Sabah

Kepelbagaian kaum, budaya dan tradisi malah juga bahasa mahupun dialek adalah antara sumber kekayaan Borneo yang tiada tandingnya sehingga ke saat ini dan berbicara soal ini, Sabah iaitu jiran dan saudara se-Borneo Sarawak juga tidak kurang dengan cerita yang unik apabila berkata mengenai suku kaum mereka.

Asal-usul Bangsa Rungus Di Sabah

Populasi etnik Rungus ramai tertumpu di kawasan seperti Beluran, Kota Marudu, Kudat dan Pitas di Sabah.

Dari segi bahasa pula, bahasa etnik Rungus dikategorikan dibawah kelas bahasa Astronesia, Malayo-Polinesia, North Borneo, Sabahan, Dusunic, Dusun.

Dan selain daripada itu ianya juga kaya dengan dialek-dialeknya berdasarkan kepada tempat kediaman mereka seperti Gandahon, Gonsomon, Nuluw, Pilapazan (Central Rungus, Rungus Tanga).

Adalah difahamkan bahawa dialek Gonsomon dan Nuluw adalah antara yang paling popular dipertuturkan dikalangan etnik Rungus di Sabah sekarang.

Di dalam kita cuba menggodek cerita sebenar asal muasal etnik Rungus dikatakan sehingga ke hari ini para sejarahwan dan antropologi masih belum menemui titik sebenar asal keturunan mereka.

Pakar dari barat dan juga orang Rungus sendiri masing-masing mempunyai pendirian tersendiri apabila berkata mengenai soal keturunan mereka.

Ini kerana kajian dari Barat dikatakan telah menidakkan cerita legenda asal keturunan etnik Rungus yang sememangnya antara nilai sejarah yang paling sentimental dan berharga mengikut kepercayaan etnik Rungus.

Teori Orang Rungus Asal Mongolia (Barat)

“North Borneo was blessed with waterways and channels teeming with marine and human life introduced by early land bridges which had carried migrants in from areas now called Vietnam and Southern China. Some anthropologists believe these people began pouring into Borneo about 20,000 years ago. Then, as global climate warmed, polar ice caps melted. Sea levels rose, washing over the once useful tendrils. This trapped the early explorers on the fertile island of Borneo. Their descendants settled the land to become the island’s first known indigenous peoples.

That’s one version of the story. Another more prevalent theory is that a group from the Mongolian region migrated to Borneo some 5,000 years ago. Naturally enough, these people settled the coastal areas first. Today, these people are defined by modern anthropologists and linguists as the Borneo superstock. Later, as the primarily Muslim Malay, Bajau and Suluk races settled the same areas, the Borneo superstock migrated deeper and deeper into the heartland of North Borneo.” (Granville-Edge, P.J. 1999)

Melihat kepada penyataan petikan dari Granville-Edge ini dapatlah disimpulkan bahawa menurut beliau, kesemua penduduk asal Sabah dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia.

Teori pertama menyatakan segala mengkhusus bahawa tanah kelahiran mereka dicatitkan sebagai Vietnam dan Southern China lebih kurang 20,000 tahun yang lalu.

Teori kedua pula menyatakan bahawa penduduk asal Borneo itu berasal dari sekumpulan orang Mongolia yang kemudiannya berhijrah ke Pulau Borneo kira-kira 5,000 tahun yang lalu.

Dan kerana itulah ramai yang menerima pernyataan ini memandangkan jika ditinjau dari warna kulit masyarakat Rungus yang bermata sepet dan berkulit kuning langsat serta fizikal yang “pendek-pendek tagap” ada mempunyai persamaan dengan orang Mongolia itu sendiri.

Teori Tamadun Nunuk Ragang (Legenda dan Sejarah Orang Rungus)

Cerita legenda yang menjadi sejarah oral masyarakat di Borneo adalah antara yang menjadi sandaran apabila berbicara soal asal muasal mereka.

Bagi etnik Rungus pula tidak akan boleh lari daripada kepercayaan mereka terhadap wujudnya satu ketamadunan yang telah diasaskan oleh nenek moyang mereka di Borneo suatu waktu dahulu iaitu Tamadun Nunuk Ragang.

Oleh kerana ianya cerita lisan yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain menjadikan sejarahwan mahupun ahli antropologi Barat tidak mahu menerimanya namun untuk etnik Rungus inilah yang sebenarnya mampu memperjelaskan secara terperinci tentang agama mahupun pemerintah mereka dahulukala.

Menurut legendanya suatu waktu dahulu pernah berdiri satu ketamadunan bagi orang-orang Rungus iaitu yang bernama Nunuk Ragang.

Diasaskan oleh seorang “Usan-Usan” (maksudnya seorang yang tiada mempunyai keluarga).

Diceritakan beliau telah dianiayai oleh keluarganya sehingga menyebabkan beliau dan isteri berserta dengan pengikutnya yang setia dihukum buang negeri dengan menaiki kapal sehingga terdampar ke Borneo iaitu di satu kawasan bernama Pampang Nabalu.

Berada lama di Pampang Nabalu tanpa ada masyarakat lain pada waktu itu menyebabkan mereka dibangkitkan dengan semangat keagamaan iaitu dekatnya mereka kepada penyembahan kepada Lumaag Nabalu.

Hari demi hari bentuk penyembahan itu semakin mendapat sambutan sehinggalah mereka terfikir untuk menjadikannya satu hukum adat istiadat.

Dikala inilah seorang yang paling kanan dengan Usan-usan iaitu Aki Bobolizan Gomburon dipilih kerana kefahamannya tentang Lumaag Nabalu lalu diwartakan menjadi satu peraturan hidup bagi Usan-usan dan masyarakatnya.

Antara hukum adat istiadat ini adalah yang dinamakan Hukum Gomburon yang mana sekiranya ada yang melakukan perzinaan maka akan dihanyutkan di dalam air dengan memasukkannya di dalam bubu atau ‘popok’ bersama-sama dengan batu besar.

Batu itu pula harus dipilih sendiri oleh si pesalah tersebut. Dan dikatakan hukum ini juga masih lagi mempunyai belas iaitu sekiranya jika ada yang sengaja mahu membunuh pasangan tersebut sewaktu di dalam menjalani hukuman maka orang tersebut juga akan turut dihukum bunuh sama.

Apabila Aki Bobolizan Guraumanok menjadi ketua keagamaan, dia telah menghapuskan Hukum Gomburon ala Aki Bobolizan Gomburon.

Berdasarkan kepada wahyu dari Lumaag Nabalu hukum itu diperhalusi iaitu dengan menyatakan bahawa segala dosa yang dibuat boleh dibayar dendanya dengan memberi “mangaraha” iaitu korban penebus bercorak sembelihan khinzir.

Dari sinilah “bobolizan” ini akan menjadi “orang tengah” untuk memohon pengampunan dosa dari “Kinoringan”.

Tamadun Nunuk Ragang akhirnya semakin maju dan makmur lagi-lagi dibawah ketuanya iaitu Aki Nunuk Ragang.

Dengan kepercayaan agama labus (Pagan) yang dianuti mereka menyebabkan rakyat di Nunuk Ragang semakin berkembang.

Dari mereka hanya membuat penempatan di sekitar Nunuk Ragang akhirnya mereka mula menebar populasi mereka ke tempat-tempat yang lain di Borneo.

Ini sejajar dengan wahyu yang diturunkan oleh Lumaag Nabalu menerusi Aki Bobolizan Guraumanok yang menyatakan bahawa semua sungai-sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu sehingga ke lautan lepas adalah milik bangsa mereka.

Sejak itu warisan legasi Aki Nunuk Ragang iaitu tiga orang anak lelakinya telah diperintahkan untuk mula berhijrah ke seluruh kawasan di Borneo.

Dua orang anak lelaki iaitu yang sulung dan kedua yang bernama Aki Rungsud dan Aki Longuvai telah dihantar ke kawasan pesisir pantai Pompod Tana.

Pompod Tana yang dimaksudkan adalah Kudat, Kota Marudu dan Pitas sekarang. Ianya dilakukan agar Pompod Tana tidak akan diceroboh oleh orang-orang Mizonvaig atau Orang Laut.

Hendak dijadikan cerita sewaktu keluar daripada kawasan penempatan asal mereka dikatakan hanya Aki Rungsud yang sampai dahulu di Pompod Tana sedangkan Aki Longuvai pula memulakan perjalanannya agak lewat kerana isterinya sedang sarat mengandung untuk melahirkan anak mereka.

Oleh kerana Aki Rungsud yang memulakan perjalanan kerana beliau tidak mahu adiknya tersesat maka ditandakannya perjalanannya dengan setiap puncak bukit diadakan upacara menyembelih ayam.

Ini sebagai satu tanda pemberitahuan kepada semangat Lumaag bahawa itu merupakan wilayah mereka disamping untuk Aki Longivui mengesan jejak mereka.

Namun apakan daya walau sudah ditandai dengan cara penyembelihan ayam di setiap puncak bukit, Aki Longuvai tetap tersesat jalan dan ianya bermula ketika memilih dua persimpangan yang menuju arah yang berlainan.

Sejak itulah Aki Longuvai telah tersesat sehinggalah beliau sampai ke kawasan yang dinamakan Pinampang atau Penampang sekarang.

Ada satu ketika, Aki Longuvai dan pengikutnya telah kehabisan bekalan makanan maka mereka pun mula bercucuk tanam dan akhirnya di Pinampang itu juga boleh dijadikan penempatan mereka kerana subur makmur.

Aki Rungsud mendengar cerita mengenai adik keduanya lalu menghantar wakilnya meminta adiknya kembali ke Pompod Tana namun Aki Rungsud lebih senang untuk berada di Pinampang. Hanya 17 tahun selepas itu barulah dihantarnya putera sulung yang bernama Aki Bulun untuk ke Pompod Tana.

Dikatakan tujuan ketibaannya adalah untuk membahagikan wilayah Pompod Tana pada masa itu.

Pada hari yang sesuai akhirnya Aki Bulun dan ayah saudaranya Aki Rungsud telah membuat pembahagian wilayah kekuasaan dengan syaratnya adalah sejauh mana bunyi paluan gong Aki Rungsud boleh didengar.

Handalan-handalan dari Aki Bulun telah mula berkampung di puncak bukit sekitar Pompod Tana dan mana-mana yang tidak mendengar paluan gong Aki Rungsud diminta untuk memacakkan sejenis lembing yang bersaiz pengaruh kapal layar dinamakan Binorudan.

Untuk anak lelaki bongsu yang bernama Aki Terumpok diminta untuk menjadi penjaga kepada ayahandanya iaitu Aki Nunuk Ragang.

Beliau bersama ayahandanya sehinggalah beliau meninggal dunia dan dikebumikan di satu danau yang lokasinya dikenali sebagai Kampung Tampias, Lubuk Sugut, Sandakan sekarang.

Menurut legenda setelah 40 hari, Aki Nunuk Ragang dikebumikan, pada hari upacara “Mongupus” tumbuhlah sejenis pokok ara di tengah-tengah kubur Aki Nunuk Ragang.

Pokok ara tersebut agak berlainan kerana ia berwarna merah dan jika daunnya tercalar pokok itu akan mengeluarkan darah manusia.

Lalu pengikut Aki Nunuk Ragang menyembah pokok tersebut dan menamakannya Nunuk Ragang kerana mereka percaya pokok itu merupakan jelmaan Aki Nunuk Ragang.

Dibawah pemerintahan Aki Turumpok diceritakan bahawa Nunuk Ragang menjadi huru-hara kerana beliau tidak begitu tertarik kepada penyembahan agama palasnya, sebaliknya lebih kepada ilmu kebatinan dan dek kerana itulah Nunuk Ragang mendapat bala.

Dari satu penempatan yang aman makmur akhirnya ianya menjadi berpecah belah dan tiada satu aktiviti ekonomi untuk survival hidup mampu dilakukan.

Setiap tanaman tidak akan menjadi, turun ke sungai tiada penghidupan sungai yang mampu ditangkap dan boleh dikatakan segalanya tiada. Ini mengakibatkan kawasan Nunuk Ragang menjadi padang jarak padang terkukur kerana tiada mana-mana masyarakat yang mahu mendiaminya.

Begitulah cerita legenda dan sejarah oral yang dipercayai oleh masyarakat Rungus di dalam mengatakan asal usul keturunan mereka di Borneo atau lebih mengkhusus di Sabah sekarang.

Nenek moyang asal keturunan orang Rungus adalah dipercayai daripada keturunan Aki Nunuk Ragang iaitu Aki Rungsud.

Putera kedua pula iaitu Aki Longuvai adalah nenek moyang kepada orang Kadazan di Penampang sekarang manakala Aki Terumpok pula merupakan nenek moyang semua suku kaum Dusun.

Bagi masyarakat Rungus Gonsumon yang menguasai pantai timur Kudat pula adalah berasal daripada keturunan Aki Bulun yang datang ke Pompod Tana suatu waktu dahulu untuk membahagikan wilayahnya.

Jika dahulu kebanyakan masyarakat Rungus di Sabah masih mempercayai agama pagan namun sejajar dengan waktu ramai antara mereka telah memilih agama Kristian dan Islam sebagai pegangan agama mereka.

Mereka juga sudah terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat di Sabah dan ramai yang sudah menjadi tenaga professional penyumbang kepada ekonomi Sabah sekarang.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots