Tuesday, December 05, 2017

Asal-usul Penciptaan Stapler


Mungkin hampir semua orang pernah menggunakan stapler yang merupakan sebuah alat untuk mencantumkan kepingan-kepingan kertas.

Asal-usul Penciptaan Stapler
First Stapler.

Tapi, tahukah anda dari mana asal-usul stapler? Siapa yang telah mencipta alat ringkas tapi hebat ini?

Menurut catatan, stapler pertama yang direkodkan adalah buatan tangan pada abad ke 18 dan dicipta untuk kegunaan Raja Louis XI dari Perancis.

Setiap stapler ini diberi lambang kerajaan namun, ciptaan stapler terawal ada kekurangannya.

Ia tidak mampu mencantumkan kepingan kertas dalam jumlah yang banyak.

Pada abad ke 19, penggunaan kertas yang banyak semakin meluas dan ini memerlukan kaedah penjilidan kertas yang lebih praktis.

Seorang lelaki Samuel Slocum, kemudiannya mencipta alat penjilidan pada September 1841, tetapi alat ini tidak disebut sebagai stapler.

Ciptaan Samuel hanya menyatukan kertas dengan menggunakan paku yang menembusi lembaran-lembaran kertas sebelum dibengkokkan.

Pada tahun 1866, George McGill kemudiannya mencipta stapler baru yang merupakan satu revolusi kepada penghasilan stapler moden hari ini.

Stapler George membolehkan isi stapler (bullet) diisi ke dalamnya yang apabila ditekan, bullet akan membengkok seterusnya mengikat kepingan-kepingan kertas.

George McGill terus menyempurnakan stapler ciptaannya sehingga tahun 1880an.

Dan pada tanggal 18 Februari 1879, hak paten No. 212,316 diterima George setelah menyempurnakan ciptaannya itu.

Ciptaan terbaru lebih baik kerana boleh diisi banyak bullet ke dalamnya selain mampu menembusi beberapa lembaran kertas sekaligus.

Alat ini dinamakan sebagai McGill Single-Stroke Stapler Press.

Beratnya 1.1 kilogram dan boleh diisi dengan satu bullet berukuran setengah inci.

Berdasarkan ciptaan George, revolusi stapler terus diperkemaskan sehingga lebih moden dan kecil seperti hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pencipta Lif?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon