Friday, April 29, 2022

'Bach Long' Jambatan Kaca Terpanjang Di Dunia!


Sebuah jambatan kaca yang diberi nama Bach Long sepanjang 632 meter, dipercayai merupakan jambatan kaca terpanjang di dunia, akan dibuka kepada pelancong bermula pada 30 April 2022 sempena cuti Hari Penyatuan Semula, di Vietnam.

Jambatan kaca Bach Long

Butiran mengenai Bach Long diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia.

Jambatan kaca Bach Long

Rekod semasa kategori itu menjadi milik jambatan kaca sepanjang 429.98 meter yang dibina di atas Ngarai Besar Zhangjiajie di wilayah Hunan, China.

Ketinggian jambatan Bach Long dari atas tanah adalah kira-kira 150 meter.

Jambatan kaca Bach Long

Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong sahaja dibenarkan untuk berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa sebagai langkah keselamatan.

Geladak jambatan itu diperbuat daripada kaca kukuh yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Perancis, Saint Gobai dan mempunyai tiga lapisan setebal 40 milimeter.



BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon