Thursday, July 09, 2020

Bedah Plastik Safiey Illias Untuk Jadi 'Wanita' Bernilai RM2 Juta!


Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias mendedahkan dia menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan anggaran kos mencecah RM1 juta sehingga RM2 juta.

Safiey Illias RM2 Juta

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata, pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang.

"Kenapa banyak dan mahal begitu? Saya buat naikkan kening dengan tebuk di bahagian atas dahi dengan kos sebanyak RM30,000.

"Saya buat hidung di Korea Selatan menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000. Untuk hidung saya buat 11 kali yang mana 10 kali sebelum itu dilakukan di Thailand dengan kos RM2,000 hingga RM4,000 untuk sekali menggunakan silikon.

"Namun, saya tak nak ambil risiko. Itu yang buat normal dengan tukar tulang rusuk sendiri. Lubang hidung pun potong dengan kos dalam RM10,000.

"Dulu buat silikon di pipi, tapi saya buang dengan menggunakan kaedah 'liposuction'. Saya buat empat kali dengan kos RM16,000.

"Untuk dagu, pernah buat silikon. Untuk masukkan silikon kosnya adalah RM3,000 hingga RM4,000 dan saya buat empat kali.

"Sekarang saya buat rawaran pemindahan lemak di pipi, muka dan dahi dengan kos keseluruhan RM30,000," katanya.

Menerusi pendedahan yang dibuat di saluran YouTube miliknya, Syinta Gila, Safiey yang pernah menghasilkan lagu Syinta Gila pada 2018 berkata, dia turut membuat rawatan suntikan botox di bahagian rahang.

"Saya juga buat rawatan tarik benang pada wajah dengan kos RM18,000 yang mana kena buat enam bulan sekali.

"Rawatan suntikan botox di bahagian rahang untuk kecilkan rahang dengan kos dalam RM2,000 dan kena ulang dalam empat atau enam bulan sekali.

"Ramai salah anggap pipi kembung dan bibir terjuruih disebabkan botox, itu semua bodoh. Tapi, itu disebabkan 'filler'.

"Botox itu membekukan rahang otot dan akan kecut disebabkan satu bakteria yang ada pada botox. Jadi, jangan caci maki. Itu semua bukan sebab botox itu kerana filler.

"Botox berfungsi membekukan otot. Apabila sudah beku, lemak akan kecil dan hasilnya nampaklah tirus.

"Saya buat banyak pembedahan plastik iaitu proses menukar bentuk tengkorak lelaki kepada perempuan. Sebab itu bentuk muka saya macam perempuan. Rahang saya pun kecil dan macam perempuan.

"Begitu juga dagu yang kecil. Saya lakukan 'Facial Feminization Surgery' dengan memasukkan skru yang dikerat dengan kos dalam RM30,000.

"Buang tulang rahang, kos dalam RM30,000. Itu bahagian muka saja dengan keseluruhan RM300,000. Jadi muka saya saja, boleh beli Ford Mustang," katanya.

Safiey juga mendedahkan dia menjalani proses menyedut lemak di bahagian lengan dengan anggaran kos RM16,000.

"Saya buat juga rawatan laser, wajah dan buang parut berlubang dalam RM20,000. Buat pembedahan dengan sedut lemak di lengan sebanyak empat kali dengan kos RM16,000.

"Saya buat botox untuk kecilkan otot, kena banyak dos. Mata tak buat, sebab sudah cantik.

"Perut pun sedut lemak dengan kos sedut RM16,000. Buat punggung dengan suntikan silikon RM30,000, tapi betis saya tak buat. Payudara pula masukkan silikon implan dengan kos RM40,000," katanya.

Pun begitu, Safiey sempat menitipkan nasihat kepada penonton supaya tidak mengikut jejak langkahnya.

"Kepada semua, kalau ada hasrat nak buat pembedahan plastik, fikir banyak kali. Jangan tiru saya. Saya cuma memberikan informasi saja. Terpulang kepada anda.

"Apa yang penting, saya sudah lepas tugas untuk berikan maklumat. Nak buat, buat, tak nak buat, tak kisah, hargai saja apa yang ada," katanya.

p/s: sabar je la.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon