Monday, January 06, 2020

Hukum Menjual Air Zam-zam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10–12 April 2007, telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam.

Menjual Air Zam-zam

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam.

Walau bagaimanapun, pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan akhbar Harian Metro pada 11 Mei 2015 bertajuk “Zam Zam Tiruan” berkenaan penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna.

Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia.

Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bersetuju supaya Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam memandangkan ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

PENJUAL AIR ZAM-ZAM BOLEH DIDENDA, DIPENJARA

Tahukah anda bahawa air zam-zam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia?

"Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun," menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara itu boleh menyalurkannya kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di laman sesawang fsq.moh.gov.my.

Kenyataan itu memaklumkan maklumat juga boleh disalurkan di www.facebook.com/bkkmhq.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon