Tuesday, April 23, 2019

Radiasi Teknologi 5G Tidak Berbahaya Kepada Manusia


Jangan panik. Radiasi selular yang digunakan dalam teknologi 5G tidak berbahaya dan pada asasnya selamat untuk manusia, kata pensyarah, Chua Tien Han, dari Pusat Komunikasi Wayarles Universiti Teknologi Mara Kuala Lumpur.

Radiasi 5G

Ini kerana teknologi generasi kelima (5G) menggunakan spektrum elektromagnetik terendah dalam julat dari 3 kHz (kilohertz) hingga 300 GHz (GigaHertz).

Beliau bagaimanapun berkata, tahap prestasi mobile baharu dengan kelajuan ultra-tinggi dan latensi rendah melihat pada 26 GHz dan 28 GHz, yang kini muncul sebagai dua band paling penting dalam julat ini.

"Satu-satunya impak, saya fikir ialah kesan bahang. Namun kes thermal ini tidak ada kaitan dengan kanser atau karsinogenik," kata beliau di luar forum "Siri Digital Outlook 2019: Membentuk Landskap Digital" diadakan bersempena pameran, 5G Malaysia Showcase.

Matlamat pameran itu ialah untuk memberi pencerahan kepada rakyat tentang bagaimana teknologi 5G memberi impak dan manfaat kepada kehidupan mereka.

Chua menjelaskan kebimbangan mengenai dakwaan bahawa spektrum frekuensi yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan kesihatan tidak baik kepada manusia.

Beliau berkata, kajian semasa menunjukkan pendedahan kepada Radio Frekuensi Elektromagnetik Field (RF-EMF) adalah dalam had yang diperakukan di bawah garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Perlindungan Radiasi Non-Ionising (ICNIRP).

Dan ramai orang masih tidak faham mengenai radiasi dan menjangka 5G menyebabkan kanser atau ketumbuhan di otak.

Teknologi 5G yang terletak dalam kategori radiasi non-ionising kerana selfon memancarkan radiasi radiofrekuensi (gelombang radio).

Ultraviolet, cahaya tampak, infrared, gelombang mikro, gelombang radio adalah contoh radiasi non-ionising sementara ultraviolet light, sinaran-x, sinaran gamma dianggap sebagai ionising.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon