Wednesday, November 28, 2018

4 Alasan Kenapa P. Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan


Tindakan Waytha Moorthy yang telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu didiskriminasi dan perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam.

P. Waytha Moorthy Letak Jawatan

P. Waytha Moorthy turut mendakwa rumah-rumah ibadat masyarakat beragama Hindu turut dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

Sebelum ini, video lama Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Dan yang terkini, beliau gagal dengan sangat teruk dalam mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial

ALASAN UTAMA KENAPA YB WAYTHA KENA LETAK JAWATAN.

1. TIDAK TURUN PADANG

Beliau sebagai seorang menteri perpaduan hingga kini tidak turun ke lapangan dan melawat kuil untuk meredakan ketegangan yang sedang berlaku.

Adalah amat mudah untuk beliau beri sepatah dua kata, menjamin kuil berkenaan dari segala serangan mahupun pemindahan. Ini tidak, dibiarkan ianya membarah sehingga kini.

2. MENGAGALKAN NARATIF GANGSTER VS PIHAK KUIL

Usaha pihak kuil untuk menerangkan bahawa ini adalah pergeseran di antara pemaju dan kuil telah digagalkan oleh beliau apabila menyalahkan pihak polis ketika membuat kenyataan di parlimen.

Kenapa saya kata begitu, tahukah anda ketika di malam kejadian, diantara naratif yang telah disebarkan dalam video-video live di media sosial adalah;

"Polis Melayu sedang hancurkan kuil. Ini penghinaan kepada kami, polis anjing dan barua Cina developer dsbnya.."

Bila dah pagi selepas selesai segala kekecohan barulah naratif pemaju/gangsters vs kuil dapat disampaikan oleh pihak pengurusan kuil.

Namun malangnya, bila keduanya Melayu dan India nak 'cool', YB menteri boleh buat statement sedemikian yang seolah-olahnya mengesahkan lagi fitnah bahawa polis memang bersengkokol dengan peristiwa yang mengakibatkan ada ura-ura untuk berarak ke Balai Polis Subang.

3. PRESS STATEMENT BLUNDERS BERASASKAN KAUM

Sepatutnya sidang media mengenai kejadian berkenaan dibawa bersama ataupun secara solo sama ada oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun oleh Datuk Azis Jamman yang merupakan menteri dan timbalan menteri KDN.

Bukannya oleh Menteri Sumber Manusia, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang tidak relevan dengan peristiwa tersebut.

Malah, kritikan terbuka terhadap pihak polis yang juga bukan dari kementerian mereka juga hanya akan mengundang persepsi bahawa menteri-menteri dari kalangan kaum India sedang 'againts' penjawat awam (polis) yang umum tahu majoritinya adalah orang Melayu, yang akhirnya akan mengubah isu ini daripada Kuil VS Pemaju menjadi isu perkauman.

4. RUSUHAN KALI KEDUA DAN ADA PENJAWAT AWAM CEDERA PARAH

Akibat daripada kegagalan beliau mengawal dan mententeramkan keadaan, rusuhan kali kedua berlaku dan malangnya ada yang terbawa-bawa hinggakan merosakkan harta awam dan swasta.

Statement YB Senator yang tidak membantu juga telah menyebabkan ada ura-ura untuk menggerakkan crowd ke Balai Subang dan memaksa OCPD Subang letak jawatan.

Malah lebih menyedihkan, seorang penjawat awam muda (bomba), saudara Muhammad Adib, kini bertarung nyawa hanya kerana menjalankan tugasnya yang murni untuk keselamatan bersama.

Apakah ada kemungkinan naratif perkauman itu telah di'sambut' oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jawab menyebabkan kejadian ini berlaku?

Sebagai kesimpulan, YB Senator Waytha Moorthy kena bertanggungjawab di dalam kemelut dan kebejatan yang telah berlaku dengan meletakkan jawatan beliau sebagai menteri perpaduan dengan segera diatas.

Kegagalan beliau selaku menteri perpaduan dan juga menteri dari masyarakat India yang sepatutnya menjadi 'jambatan' masyrakat tersebut dengan masyarakat Malaysia yang lain adalah sangat ketara.

Kegagalan beliau untuk 'contain' isu ini sebagai isu Pemaju VS Kuil dan bukannya isu perkauman dengan segera adalah sangat mengecewakan.

Kebimbangan kami sebagai rakyat Malaysia, jika beliau masih memegang jawatan tersebut dan kemelut ini tidak diselesaikan dengan segera ianya akan membarah dan akan merebak hingga ke tahap yang tidak boleh diselesaikan lagi.

Kerajaan Malaysia haruslah bertindak dengan segera, jangan tangguh-tangguh lagi.

Buat sementara waktu, marilah kita rakyat Malaysia tanpa mengira sebarang agama, kaum dan bangsa untuk tidak terikut dengan gelodak emosi dan terus mendoakan Saudara Muhammad Adib untuk sembuh dengan segera supaya keadaan tegang ini dapat dikendurkan hendaknya.

Amin Ya Rabbal Alamin.

PETITION LETAK JAWATAN

Gesaan perletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana, P. Waytha Moorthy kini telah ditandatangani lebih 182,000 orang.

Petisyen tersebut digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org itu turut memberitahu tujuan petisyen berkenaan dilancarkan.

Berikut merupakan pautan petisyen tersebut:
https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohamad-menuntut-perlucutan-jawatan-p-waytha-moorty-sebagai-menteri-di-jabatan-pm-dan-senator-petisyen-ini-digerakkan-oleh-gerakan-pengundi-sedar-gps

BACA INI JUGA:

sumber: amenoworld

1 comment

  1. nak suruh dia letak jawatan?. tunggulah 20tahun lagi, kenapa tak dipecat je, sedangkan tPm pun boleh dipecat, inikan menteri yang biasa-biasa. Perpaduan" Konon!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon