Tuesday, October 23, 2018

Malaysia Guna 'Spyware Israel' Untuk Mengintip?


Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata tiada pembelian perisian intip (spyware) daripada syarikat-syarikat perisikan siber Israel setakat yang diketahuinya semasa memegang portfolio itu.

Spyware Israel

Beliau dihubungi bagi mendapatkan pengesahan tentang laporan akhbar terkemuka Israel, Haaretz, mengatakan Malaysia melanggani syarikat-syarikat perisikan siber Israel dan membeli sistem yang membolehkan pihak berkuasa mengumpul maklumat daripada rangkaian sosial dan mengintip rakyat.

“Semasa saya, tiada yang saya tahu,” katanya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta wartawan merujuk isu pembelian perisian intip (spyware) kepada Kementerian Pertahanan.

“Saya rasa bawah tentera. KDN tidak ada. Pertahanan luar negara itu semua tentera,” kata Nur Jazlan.

Menurut Haaretz, sistem yang dibeli Malaysia itu tidak invasif dan tertumpu kepada maklumat sumber terbuka yang dikaji dalam cara yang membolehkan kesimpulan diperoleh daripada data raya dan untuk membantu pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong ketika dihubungi berkata beliau akan menyemak perkara itu dengan angkatan tentera.

Pada 2012, bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan hubungan dagangan antara syarikat-syarikat di Malaysia dan Israel.

Sebilangan besar perdagangan itu adalah komponen elektronik atau bahagian-bahagian yang dimasukkan ke dalam jentera atau peralatan oleh syarikat-syarikat asing besar yang beroperasi di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon