Tuesday, October 09, 2018

LGBT Paling Ramai Hidap Kanser HPV


Mungkin masih ramai tidak tahu, HPV adalah faktor risiko kanser anogenital (berkaitan dengan anus dan genital) dan telah dikaitkan dengan barah pada bahagian leher dari segi seks oral untuk penyebaran virus.

Kanser HPV
Gambar hiasan.

Malah, ramai yang tidak tahu HPV juga boleh menyerang lelaki terutamanya golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kerana aktiviti seks songsang.

Jangkitan HPV boleh meningkatkan risiko lelaki mendapat kanser zakar dan kanser anus, juga boleh menyebabkan ketuat genital pada lelaki, sama seperti pada wanita.

Lebih separuh daripada lelaki yang aktif seksual akan menghidapi HPV pada masa tertentu dalam hidup mereka.

HPV adalah virus yang sangat umum dan boleh disebarkan melalui hubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti HPV.

Penyakit ini tersebar dengan mudah ketika melakukan seks melalui dubur atau vagina dan ia juga boleh disebarkan melalui seks oral atau sentuhan kulit ke kulit semasa hubungan seks.

Kira-kira 79 juta rakyat Amerika Syarikat (AS), kebanyakannya remaja dan awal 20-an, dijangkiti HPV.

Anda boleh medapat HPV walaupun orang yang dijangkiti tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas kelihatan.

Hampir semua orang yang aktif secara seksual boleh terdedah kepada virus HPV sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

Berdasarkan laporan statistik dari CDC, lebih daripada 50 peratus boleh mendapat jangkitan HPV sekali seumur hidup asalkan pernah melakukan hubungan seks.

Namun begitu, kebanyakan jangkitan kekal di dalam badan dan ia selalunya akan hilang sendiri dalam satu tempoh.

HPV juga tinggi dalam kalangan mereka yang memiliki imuniti rendah contohnya mereka yang mengambil steroid, mengambil rawatan kanser, dan dijangkiti HIV.

Jangkitan ini juga boleh ditemui dalam golongan yang tidak bersunat.

Perlu diketahui bahawa memakai kondom semasa melakukan seks tidak akan mencegah virus HPV daripada merebak.

Kanser

Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser genital seperti kanser dubur atau penis pada lelaki.

Kedua-dua jenis kanser ini jarang berlaku terutama pada lelaki yang mempunyai sistem imun yang sihat.

Risiko kanser dubur adalah kira-kira 17 kali lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang mengamalkan seks songsang seperti homoseksual dan biseksual berbanding lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan wanita sahaja.

Lelaki yang mempunyai HIV juga berisiko tinggi mendapat kanser ini.

Pengamalan seks songsang juga menyebabkan trauma pada bahagian dubur, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada virus ini.

Virus HPV biasanya menyebabkan ketuat kelamin dan sekarang, kira-kira satu peratus lelaki yang aktif secara seksual di AS mempunyai ketuat kemaluan.

Kebanyakan kanser yang terdapat di bahagian belakang tekak termasuk di pangkal lidah dan di tonsil turut dikaitkan dengan HPV.

Malah, nasopharyngeal adalah kanser berkaitan HPV yang paling biasa terdapat pada lelaki. Terdapat peningkatan kepada kanser oropharyngeal dikalangan lelaki sekarang ini.

Ia mungkin juga kerana peningkatan golongan homoseksual atau biseksual serta pelakuan seks oral yang berleluasa.

Selalunya, tiada simptom atau gejala bagi mereka yang mendapat virus ini. Ketuat kelamin, luka pada anus atau penis yang muncul selalunya petanda pertama.

Simptom kanser tekak pula selalunya batuk berterusan, iritasi pada bahagian tekak, suara keserakan dan bengkak pada sekitar nodus limfa.

Oleh itu, perlu peka akan perubahan badan dan segera bertemu doktor kerana kanser ini boleh membawa maut.

Tidak ada ujian rutin bagi lelaki untuk memeriksa jenis HPV berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kanser.

Bagaimanapun, sesetengah doktor mencadangkan ujian calitan pap dubur untuk lelaki homoseksual dan biseksual.

Jenis-jenis HPV yang boleh menyebabkan kanser jarang menimbulkan gejala pada lelaki atau wanita pada peringkat awal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon