Wednesday, September 05, 2018

Duit Dalam Akaun BSN 'Lesap' Selepas Naik Taraf Perkhidmatan


Kecoh pada pagi Rabu apabila ramai pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) mendakwa mereka kehilangan wang selepas bank tersebut menaik taraf perkhidmatan sejak 31 Ogos hingga 4 September 2018.

Duit-BSN-hilang

Bukan sedikit wang yang hilang kerana terdapat pelanggan yang mendakwa kerugian yang dialami mencecah lebih RM4,000.

Menurut paparan skrin yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Zack Zai pada pagi Rabu, dia menyarankan agar pemilik akaun BSN untuk menyemak baki masing-masing kerana ramai individu mengadu kehilangan wang.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook De'Artanz WG Rudd mendakwa duitnya benar-benar hilang dan cuma ada dua transaksi yang dipaparkan oleh bank tersebut sejak akaun dibuka pada 2012.

Antara luahan pelanggan BSN yang mendakwa wang dalam akaun mereka lesap.

Duit-BSN-hilang

"Dalam penyata mini cuma ada dua transaksi iaitu waktu buka akaun pada 2012 dan yuran penyata mini sahaja.

"Sebelum naik taraf, ada baki lagi RM1,000 dalam akaun. Tambah lagi gaji kelmarin RM3,000 lebih. Mana pergi dah?

"Baki RM0.00? Rakan-rakan semua dah masuk gaji sejak 31 Ogos lagi," tulisnya pada ruang komen.

Dalam pada itu, seorang lagi pelanggan, Aman Hashim Jr. berkata, "Bila sudah tahu ok (perkhidmatan perbankan), semak baki sekali kena telan RM165.

"Nak naik taraf perkhidmatan pun tak kan kami semua kena tanggung?" ujarnya.

Manakala Kelly NM pula mendakwa duit baki akaunnya hanya tinggal 19 sen, sedangkan baki minimum bagi akaun BSN adalah RM10.

Duit-BSN-hilang
Pemberitahuan tentang kerja naik taraf oleh pihak BSN.

"Tidak mengapa lagi tolak RM10. Saya terus hilang RM890, sekali RM10 pun dia (bank) ambil.

"Tinggal 19 sen, apa cerita BSN ni?" soal lelaki tersebut.

Susulan isu ini yang telah tular di media sosial, pihak akhbar cuba mendapatkan maklum balas daripada BSN.

Buat masa ini, BSN mengakui pihak mereka telah menyedari tentang masalah berkenaan dan meminta agar semua pelanggan menunggu kenyataan rasmi daripada pihaknya untuk menjelaskan tentang situasi ini.

(UPDATE!)

BSN JAWAB TULAR DUIT PELANGGAN HILANG

BSN-HILANG-DUIT

Tidak berlaku sebarang pemotongan mahupun pengurangan baki dalam akaun simpanan pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Syarikat perbankan itu yang tampil menjawab rungutan pelanggan berkata, insiden itu berlaku disebabkan oleh beberapa kekeliruan yang timbul.

Rentetan itu, BSN memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pelanggan.

"Untuk makluman pelanggan, tiada sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan anda, ini adalah kerana sistem memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran tidak termasuk dengan jumlah baki minimun pelanggan (mengikut jenis akaun).

"Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sistem akan memaparkan baki sebenar akaun pelanggan dalam tempoh terdekat ini," kata BSN.

Dalam pada itu BSN juga meminta kepada pelanggan yang mendapati terdapat sebarang perubahan pada jumlah baki simpanan dalam akaun (yang melebihi RM10), agar ke cawangan BSN yang berhampiran untuk urusan kemas kini akaun simpanan mereka.

"Bagi pengguna yang mendapati terdapat pengurangan amaun sebanyak RM10 dalam akaun, untuk makluman, tiada sebarang pemotongan/ pengurangan wang dalam akaun simpanan anda.

"Skrin paparan ATM/myBSN akan memaparkan jumlah baki wang yang boleh dikeluarkan (RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan).

BSN sedang membaik pulih perkara ini dan akan memaparkan baki sebenar dalam tempoh terdekat ini," kata BSN lagi.

Dalam pada itu BSN juga menyarankan pelanggan yang mempunyai sebarang masalah untuk terus menghubungi pusat hubungan pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | astroawani

2 comments

  1. BSN adalah Bank Kerajaan, takkan boleh hilang duit kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila semak dikaunter jika berlaku kehilangan wang dari akaun masing-masing.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon