Wednesday, September 26, 2018

Apa Sebenarnya Beza Wanita, Perempuan Dan Betina?


Bunyinya agak sama tetapi mempunyai perbezaan dari segi maksudnya. Apakah sebenarnya perbezaan antara betina, perempuan dan wanita? Dan dalam ketiga-tiga perkataan ini, wanita mempunyai taraf yang lebih tinggi dari segi maksudnya.

Most Beautiful Women
Gambar hiasan.

Wanita dianggap lebih mulia dan mempunyai sifat yang terpuji berbanding perempuan. Tidak ada orang yang marah menyebut, “Hei wanita! pergi dari sini.” Hal ini kerana istilah wanita itu lebih lembut dan halus serta melambangkan darjat tinggi.

Kita selalu mendengar orang menyebut, “Dasar perempuan tidak tahu asal-usul,” yang biasanya diucapkan dalam filem-filem Melayu.

Apabila melihat contoh ini, sudah pasti kita dapat membezakan antara wanita dengan perempuan.

Perempuan mempunyai taraf yang lebih rendah malah kurang dihormati berbanding wanita.

Betina pula merupakan bahasa percakapan untuk panggilan kesat kepada perempuan yang kelakuannya menyimpang daripada norma masyarakat dan jika dibandingkan dengan perempuan, betina lebih rendah tarafnya.

Oleh hal demikian, tidak hairanlah jika banyak peribahasa yang mempunyai kaitan dengan wanita dicipta bagi menggambarkan pandangan masyarakat Melayu.

Antara peribahasa yang jarang-jarang kita dengar tentang wanita ialah;

Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat paksi kain yang bermaksud seseorang perempuan yang baik budinya itu, jika tidak berkenan untuk kita jadikan isteri atas sebab-sebab tertentu maka boleh juga dijadikan isteri, jual sutera, beli mastuli (seorang lelaki yang bercerai dengan isterinya yang baik kemudian beristeri pula dengan perempuan yang lebih baik).

Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan (perihal keelokan seorang perempuan tatkala keluar dari rumahnya hendak berjalan).

Juadah sudah dijilat cicak (perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam sulit).

Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang (perempuan yang berbuat kejahatan ketika suaminya alpa).

Labu dikerbuk tikus (kerosakan besar bagi perempuan pingitan yang tidak dapat dibaiki lagi).

Kain dalam acar dikutip dicuci, dia hendak ke longkang juga (seorang perempuan yang biasa melakukan kejahatan itu payah hendak menghilangkan tabiatnya itu walaupun diajar) dan banyak lagi.

***

Wanita sentiasa diberi peluang yang sama dengan lelaki di negara kita.

Kita jangan terkejut jika sebenarnya 62 peratus daripada 205,557 orang penjawat awam di peringkat pengurusan dan profesional di negara kita pada tahun 2013 terdiri daripada wanita kerana wanita Malaysia sememangnya hebat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon