Monday, July 30, 2018

Histoplasmosis Adalah Penyakit Berbahaya Kepada Pelawat Gua


Histoplasmosis atau nama lainnya reticuloendotheliosis juga dikenali sebagai penyakit gua, merupakan satu penyakit yang lazimnya menyerang individu yang melawat gua dan disebarkan melalui spora fungus Histoplasma capsulatum yang terhasil daripada najis kelawar dan burung yang tinggal di dalam gua.

Histoplasmosis Adalah Penyakit Berbahaya Kepada Pelawat Gua

Histoplasma capsulatum boleh dijumpai di dalam tanah gua dan terhasil daripada tahi kelawar yang lama dan mula mereput.

Udara daripada Histoplasma capsulatum sekiranya dihidu boleh mendatangkan kesan buruk kepada paru-paru manusia dan sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), penyakit tersebut disebarkan oleh kulat yang amat kecil dan tidak boleh dikesan dengan mata manusia. Ia bagaimanapun tidak berjangkit.

Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi untuk terkena serangan penyakit gua.

Antara simptom histoplasmosis ialah batuk-batuk, sakit kepala, sakit dada dan kepenatan.

Terdapat pelbagai jenis komplikasi kesihatan juga boleh menyerang seseorang sekiranya mereka berada terlalu lama di dalam gua.

Profesor Dee Carter yang merupakan seorang profesor Jabatan Kehidupan dan Sains Kesihatan Persekitaran University of Sydney, Australia memberitahu, penyakit gua mempunyai pelbagai peringkat.

Sekiranya kulat sudah merebak ke anggota badan yang lain, ia diklasifikasikan sebagai bahaya dan biasanya, simptom-simptom awal histoplasmosis ialah demam dan batuk-batuk.

Bagaimanapun, simptom penyakit ini biasanya muncul agak lewat iaitu sekitar 12 hingga 14 hari selepas pesakit disahkan menghidap histoplasmosis.

Biarpun tidak berjangkit, pesakit perlu dikuarantin kerana rambut dan pakaian mereka mungkin tercemar dengan kulat dan bakteria yang sememangnya terlalu banyak di dalam gua, ujarnya.

Menurut Profesor Carter, histoplasmosis biasanya akan mula menyerang paru-paru sebelum merebak ke anggota badan yang lain.

Tidak berjangkit

Dalam beberapa kes sebelum ini, sekiranya bakteria Histoplasma capsulatum sudah merebak ke anggota badan yang lain, pesakit akan menunjukkan tanda-tanda yang sama seperti pneumonia iaitu kesukaran untuk bernafas.

Bentuk rawatan yang akan diberikan kepada pesakit yang menghidap histoplasmosis ialah ubat antikulat sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang disuntik ke tubuh pesakit.

Begitu pun, jika penghidapnya memiliki sistem imunisasi yang lemah, mereka perlu menjalani rawatan kemoterapi bagi membunuh kulat dan mengelak ia daripada merebak ke anggota lain.

Langkah Pencegahan Topeng Muka N95

Topeng Muka N95

Salah satu cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada organisma bawaan ini ialah dengan memakai topeng respirator.

Topeng muka yang paling bagus untuk dipakai ialah topeng muka N95 yang ada kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan).

Namun, mereka yang mempunyai penyakit pernafasan yang kronik, sakit jantung atau masalah kesihatan lain perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan topeng jenis N95 kerana kerana ia mungkin memerlukan lebih banyak usaha untuk bernafas.

Topeng muka N95 sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron dalam udara berjerebu oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat.

Fungsi topeng muka N95 berbeza berbanding topeng pembedahan, perubatan atau penjagaan pesakit.

Ketiga-tiga topeng muka lain dicipta bagi menapis partikel yang dikeluarkan oleh pemakainya kepada persekitarannya.

Topeng berkenaan mempunyai bukaan di tepi kerana ia menutup bahagian hadapan mulut, menyebabkan udara luar boleh memasuki hidung dan mulut.

Bagaimanapun, N95 direka untuk mengurangkan pendedahan pemakai kepada pencemaran yang berada dalam udara.

Malangnya, kebanyakan orang masih percaya topeng muka jenis pembedahan iaitu yang mempunyai dua atau tiga lapisan, dapat melindungi pemakai daripada ancaman jerebu.

Mereka tidak menyedari topeng muka jenis pembedahan ini sebenarnya langsung tidak berkesan untuk menapis partikel halus yang terkandung dalam jerebu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon