Selasa, Julai 31, 2018

Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan

Masih wujud kekeliruan antara tuntuan agama serta adat yang juga menjadi pegangan kuat orang Melayu. Sehingga ada pepatah yang mengatakan, 'biar mati anak, jangan mati adat.'

Namun, segala adat yang wujud tidak seharusnya bertentangan dengan syarak. Paling tidak dapat diterima apabila adat melayu dijadikan sebagai tuntutan wajib sehinggakan tuntutan agama diabaikan begitu sahaja.

Segelintir masyarakat perlu bertanggungjawab kerana telah menimbulkan kekeliruan antara memahami adat serta tuntuan agama.

Antara tuntutan yang sering menjadi kekeliruan buat masyarakat adalah ketika berlakunya kematian.

Anda boleh lihat sendiri perbezaan adat Melayu dan adat Islam seperti di bawah:

1. Apabila mendengar berita tentang kematian

Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan

Adat Melayu: Al-Fatihah

Adat Islam: Inalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun

2. Ketika mengusung jenazah

Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan

Adat Melayu: Membaca Al-Fatihah ketika mengusung jenazah. Seterusnya, jenazah akan ditanam di tempat yang dipilih oleh keluarga. Contohnya, meninggal dunia di Kuala Lumpur, namun disebabkan keluarga kebanyakkan berada di Pahang maka jenazah akan dibawa pulang ke Pahang untuk dikebumikan.

Adat Islam: Usung jenazah seperti biasa tanpa sebarang bacaan serta mempercepatkan proses hantar jenazah ke tempat perkuburan dan tidak memperlambatkan dengan bacaan yang tertentu.

Malah, jenazah juga akan ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan tempat jenazah meninggal dunia.

3. Proses tanam jenazah

Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan

Adat Melayu: Menjirus air menggunakan jug yang diikat dengan kain putih dan menabur bunga serta batu.

Adat Islam: Tiada sebarang jirusan air namun, jika air dijirus di atas tanah atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa, buka menjirus agar mayat sejuk kerana ianya merupakan salah satu kepercayaan yang merosakkan Aqidah.

4. Kubur jenazah

Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan

Adat Melayu: Kubur dihias bagaikan pelamin untuk pengantin. Selain itu, kubur juga diletakkan nama, tarikh hidup serta tarikh mati. Ada juga yang mengambil upah untuk bacaan Al-Quran dan meletakkan dua batu nisan sekali gus menjadikan kubur sebagai tempat beribadah, tempat meminta dan mengadu tentang kehidupan.

Adat Melayu juga dikatakan perlu untuk anda memberikan wang kepada si penggali kubur dan wang tunai yang perlu disediakan adalah sekurang-kurangnya RM1,000.

Adat Islam: Kubur tidak ditinggikan malah diratakan tanpa sebarang hiasan dan bangunan. Kubur juga tidak diletakkan sebarang kapur, nama atau tarikh hidup dan mati. Tiada upah bacaan Al-Quran di kuburan serta hanya satu batu nisan diletakkan.

Tempat perkuburan tidak dijadikan sebagai tempat beribadah, hanya di masjid. Paling penting, tiada wang diperlukan kerana tugas menguruskan jenazah adalah Fardhu Kifayah bagi setiap umat Islam.

5. Kenduri arwah

Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan

Adat Melayu: Keluarga si mati akan mengadakan ritual kenduri untuk arwah dengan bacaan doa tertentu. Surah Yassin juga akan dibaca dengan dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu yang hadir dengan juadah makanan walaupun keadaan ketika itu adalah susah dan terpaksa.

Kenduri arwah ini juga akan diadakan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal ketika di dalam kubur.

Selalunya, ritual seperti ini adalah milik agama Hindu.

Adat Islam: Tiada kenduri akan dibuat untuk jenazah, malah hanya mendoakan jenazah tidak kira di mana anda berada.

Doanya adalah seperti di bawah:
  • Jenazah lelaki: Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu
  • Jenazah wanita: Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha

Manakala jiran terdekat akan memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan serta kesedihan.

Masyarakat Melayu selalunya mempunyai kepercayaan tertentu apabila membabitkan soal kematian namun, jangan sampai ianya memudaratkan seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon