Rabu, Jun 20, 2018

Sumpahan 'Juara Tak Bertahan' Piala Dunia FIFA


Status selaku juara bertahan Piala Dunia FIFA kerap menjadi sumpahan pada aksi pertama sesebuah pasukan 'juara tak bertahan' di kejohanan berprestij tersebut.

Sumpahan-juara-bertahan

Kali ini, pada tanggal 17 Jun 2018 di bumi Rusia, Stadium Luzhniki, menjadi saksi kekalahan juara dunia 2014, Jerman di tangan Mexico hasil jaringan tunggal Hirving Lozano pada minit ke 35.

Sebelum ini, antara juara bertahan lain yang pernah tumpas pada aksi pertama mereka ialah Argentina (1990, 1-0 kepada Cameroon) dan Perancis (2002, 1-0 kepada Senegal).

Namun, siapa yang menjangka Jerman yang mempunyai tradisi hebat dalam saingan Piala Dunia juga akan terkena "Sumpahan Juara Bertahan"?

Kini, sama ada Jerman mahu mengikut jejak Argentina pada 1990 yang bangkit selepas kekalahan pertama dan mara ke final ataupun mengikut jejak Perancis yang tersingkir di peringkat kumpulan pada 2002.

Apa pun, penulis bersetuju dengan pandangan bekas pemain Jerman, Christian Ziege yang mengatakan beliau tidak terkejut dengan kekalahan kepada Mexico.

Pandangan Ziege adalah berlandaskan peningkatan Mexico di peringkat antarabangsa dalam tempoh lima hingga enam tahun ini.

Perlu diingat, Mexico juga adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012 dan barisan remaja mereka juga pernah meraih kejuaraan Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun pada 2005.

Hampir keseluruhan 23 pemain dalam skuad Mexico di Piala Dunia 2018 juga beraksi di luar negara mereka dan juga di Eropah yang membuktikan kualiti pasukan mereka.

Apa pun, ia hanya aksi pertama Jerman dalam saingan Kumpulan F dan bakal berdepan Sweden dan Korea Selatan selepas ini.

Di atas kertas, Joachim Low jelas mempunyai skuad bertaraf dunia dalam kalangan 23 pemain mereka di Piala Dunia kali ini.

Pemain-pemain seperti Thomas Muller, Mesut Ozil dan juga Mats Hummels turut mempunyai pengalaman untuk segera bangkit daripada situasi sukar yang mereka alami kini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: stadiumastro

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

Nak bertahan macam mana,prestasi 4 tahun dulu tak Sama pada hari ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon